Saturday, February 2, 2013

Kebaikan Membaca Kalimah Bismillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Membaca kalimah Bismillah adalah keutamaan didalam memulakan setiap bentuk pekerjaan yang baik dalam kehidupan kita supaya pekerjaan tersebut mendapat keberkatan kerana kita memulakan dengan menyebut nama Allah SWT. Dalam kehidupan kita seharian kita banyak menyebut nama Allah yang  Maha  Agung seperti  Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim dan mengharapkan pertolongan dan keberkatan. Apabila pertolongan  telah datang kepada kita maka ini adalah rahmat dari  Allah SWT  kepada hamba-Nya yang sentiasa berusaha dan 
bertawakal kepada Allah SWT. Setiap pekerjaan yang mendapat keberkatan menjadi mudah, ringan, berkesan dan mencapai matlamat kerana mendapat rahmat dari Allah SWT.

Dengan membaca kalimah Bismillah akan mendapat rahmat dan keberkataan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Menurut Imam Ahmad Al-Buni didalam Kitab Syamsul Maarif Al-Bakri bahawa membaca Bismillah mendapat keberkatan dari Allah SWT kerana hadis Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : “Tiap tiap pekerjaan yang baik tidak dimulakan dengan membaca Bismillah Hir Rahman Nir Rahim, maka pekerjaan itu terputus rahmat Allah”. 

Maknanya sedikit keberkatan atau langsung tidak ada keberkatan lagi.


Di larang membaca kalimah Bismillah pada pekerjaan dan perbuatan yang haram atau yang makruh atau apa apa pekerjaan yang keji kerana Bismillah itu sangat sangat di muliakan oleh Allah SWT.


Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."
Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)"
 (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah keberkataan di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar Malaikat Jibrail a.s. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Sahabat yang dikasihi,
Mulakanlah setiap pekerjaan dengan membaca kalimah Bismillah baru disertakan dengan doa-doa tertentu yang diajarkan oleh Nabi SAW. Jika kita belum menghafal sesuatu doa untuk memulakan pekerjaan (seperti doa melihat cermin atau doa memakai pakaian) maka memadailah kita mulakan dengan membaca kaliamah Bismillah. Terdapat riwayat mengatakan bahawa jika kita membaca kaliamh Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur maka kita tidak akan diganggu oleh syaitan, kecurian dan bala bencana. Wallahualam.








Dua Amalan Manusia Yang Di Sukai Oleh Allah SWT


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Anas ra berkata: Nabi SAW bersabda; Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) dan mereka yang beristighfar di waktu fajar Aku elakkan azab-Ku yang Kurencanakan itu." (Hadis Riwayat Baihaqi) - Hadis Qudsi.

Berdasarkan hadis qudsi di atas bahawa apabila Allah SWT ingin menurunkan azab seksanya dibumi di sebabkan maksiat dan kederhakaan manusia kepada Allah SWT tetapi Dia menangguhkannya disebabkan terdapat dua amalan hamba-Nya di muka bumi iaitu :

Pertama : Manusia yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT

Kedua : Manusia beristighfar di waktu fajar.

Huraiannya :

Pertama : Manusia yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT

Orang-orang mukmin akan memakmurkan masjid-masjid Allah SWT.kerana hati dan jiwanya sentiasa tertambat dan merasai tenang apabila berada di dalamnya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menuaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah ayat18)

Adapun kata “memakmurkan” adalah salah satu maksudndari sebuah kata dalam bahasa Arab iaitu ( Űčَمَ۱َ – يَŰčْمُ۱ُ -Űčِمَۧ۱َŰ©ً ) yang juga memiliki banyak maksud yang lain di antaranya: menghuni (mendiami), menetapi, menyembah, mengabdi (berbakti), membangun (mendirikan), mengisi, memperbaiki, mencukupi, menghidupkan, menghormati dan memelihara.

Dengan demikian, yang dimaksud “memakmurkan masjid” adalah membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkannya dengan berbagai ibadah (terutama solat fardu berjemaah) , majlis ilmu dan  ketaatan kepada Allah SWT, merancang dan berbincang untuk kebajikan umat Islam, menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkannya dari kotoran-kotoran dan sampah serta memberikan bantuan kewangan untuk aktiviti masjid.

Setiap mukmin (khususnya kaum laki-laki) wajib memakmurkan masjid-masjid Allah dengan berbagai ibadah dan ketaatan, kerana padanya ada keutamaan. Dan Allah SWT mengelar orang-orang yang memakmurkan masjid-masjidNya sebagai orang-orang mukmin, sebagaimana ayat di atas surah at-Taubah ayat 18.

Dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

 Ű„۰ۧ Ű±ŰŁÙŠŰȘم Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ يŰčŰȘۧۯ Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ ÙŰ§ŰŽÙ‡ŰŻÙˆŰ§ له ŰšŰ§Ù„Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†، Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„ { Ű„Ù†Ù…Ű§ يŰčÙ…Ű± Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ من ŰąÙ…Ù† ŰšŰ§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§Ù„ÙŠÙˆÙ… Ű§Ù„ŰąŰźŰ± . . Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© ) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆÙ‚Ű§Ù„ : Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű­ŰłÙ†

Maksudnya : “Jika kamu melihat orang rajin mendangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan beliau menghasankannya serta yang lainnya)

Semua bentuk ketaatan apapun yang dilakukan di dalam masjid atau terkait dengan masjid maka hal itu termasuk bentuk memakmurkannya.

Para malaikat sentiasa mendoakan mereka yang memakmurkan masjid samaada bersolat, berzikir, beriktikaf, membaca al-Quran dan mengadakan majlis ilmu. Kerana kasih sayang Allah SWT melihat para hamba-Nya beribadah dan memuji-muji-Nya di dalam masjid Dia tangguhkan azab penduduk ditempat tersebut.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya:' Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

Kedua : Manusia beristighfar di waktu fajar.

Jadikanlah istighfar kepada Allah SWT amalan setiap hari yang tidak kita tinggalkan.
Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat  Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam  pernah bersabda:

مَنْ Ù‚Ű§َلَ ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ŰčَŰžِيْمِ َۧلَّŰ°ِي Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُوْمُ وَ ŰŁَŰȘُوْŰšُ Ű„ِلَيْهِ

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar kepada Allah SWT bahawa Dia akan mengampunkan dosa para-hamba-Nya,  sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Waktu yang paling afdal beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT adalah waktu dua pertiga malam sebelum masuk waktu subuh.

Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan  bahawa sifat-sifat ahli syurga adalah mereka yang di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jika telah lewat setengah malam atau sepertiganya, Allah Tabaroka Wata'ala turun ke langit dunia dan berkata: “Bagi mereka yang meminta akan Aku beri, bagi mereka yang berdoa akan Aku kabulkan, dan bagi mereka yang meminta ampun akan Aku ampuni dia” hingga masuk waktu subuh. (Hadis Riwayat Muslim)

Betapa cinta dan kasihnya Allah SWT kepada para hamba-Nya yang bertaubat dan beristighfar di waktu sahur sebelum fajar hinggakan Dia menangguhkan azab yang hendak diturunkan-Nya kepada manusia.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memakmurkan masjid-masjid Allah SWT dengan solat berjemaah, mengikuti majlis-majlis ilmu dan merancang program-program kebajikan untuk masyarakat. Dalam hadis yang lain salah satu golongan daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat adalah lelaki yang hati dan jiwanya sentiasa terikat dengan masjid. Kita juga jangan lupa selalu beristighfar kepada Allah SWT kerana terlalu banyak dosa yang kita lakukan kepada-Nya. Doa yang paling mustajab adalah berdoa  diwaktu sunyi iaitu  diwaktu sahur hingga menitiskan air mati penyesalan. Mereka yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dan memohon ampun kepada-Nya di waktu malam yang sunyi dan syahdu adalah golongan yang juga akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat nanti.

Friday, February 1, 2013

Amalkan Lapan Pintu-pintu Murah Rezeki


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam soal rezeki manusia hanya diminta untuk berusaha , berdoa dan bertawakkal. Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan akidah seorang muslim, Allah SWT. adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah SWT. untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah SWT apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.

Sebagai seorang manusia biasa kadangkala keyakinan dan pergantungan kita kurang kepada Allah SWT. Kita menganggap usaha-usaha kitalah penentuaan segala-galanya untuk mendapatkan rezeki. Tetapi seorang mukmin berbeza pandangan dan keyakinannya. Ikhtiar dan usahanya adalah dalam rangka ibadah tetapi pergantungannya mutlak kepada Allah SWT. Jika dia memperolehi sedikit rezeki dia redha dan menerima banyak dia bersyukur kepada-Nya.

Apabila kita membicarakan mengenai rezeki, ulama telah ada menjelaskan bahawa terdapat lapan (8) pintu-pintu murah rezeki. Jika kita faham dan amalkan perkara-perkara tersebut akan terbuka pintu-pintu rezeki yang akan dibukakan oleh Allah SWT samaada daripada langit atau pun dibumi.

Pintu-pintu tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Jangan derhaka dengan ibu bapa.

Kedua : Jangan bergaduh dengan saudara mara.

Ketiga :
Berusaha untuk menunaikan fardu haji / umrah.

Keempat : Sentiasa sembahyang sunat duha.

Kelima : Jangan tidur selepas solat subuh.

Keenam :
Selalu baca surah Al-Waqiah di waktu malam setiap hari dan berdoa selepas membaca surah tersebut.
 
Ketujuh : Rezeki ada dalam perkahwinan.

Kelapan : Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, empat perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Huraiannya :

Pertama : Jangan derhaka dengan ibu bapa.

Nabi SAW dalam suatu peristiwa ditanya oleh seorang lelaki sebagaimana hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?" Jawab Rasulullah SAW: "Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi: "Kemudian siapa lagi?" Ujar Baginda: "Ibumu". Lelaki itu bertanya sekali lagi: "Kemudian siapa lagi?" Jawab Baginda:" Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi: "Siapa lagi?" Baginda menjawab: "Bapamu". (Muttafaqun alaih)

Malah, dalam sebuah hadis lain dinyatakan: "Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Jika seorang anak itu derhaka kepada kedua ibu bapanya atau salah satu daripadanya maka akan tertutup pintu-pintu rezeki dan keberkatan. Rezeki yang tidak berkat walau pun dapat banyak tetapi cepat habis dan sentiasa tidak mencukupi.

Kedua : Jangan bergaduh dengan saudara mara dan ahli keluarga.

Pergaduhan di antara adik beradik, di antara anak dengan ibu bapa, anak saudara dengan bapa saudara atau diantara mertua dengan menantu akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Sesiapa yang mulakan dahulu persengkitaan maka dia perlu memulihkannya semula.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Hadis Riwayat Abu Daud : no 4914).

Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad ayat 22-23 yang maksudnya :

"Kalau kamu tidak mematuhi perintah maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya".

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Ketiga : Berusaha untuk menunaikan fardu haji / umrah.

Menunaikan fardu haji ke Baitullah adalah menyempurnakan rukun Islam ke lima bagi sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai kuota dan terpilih. Mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah SWT adalah mereka yang terpilih di sisi Allah SWT, oleh itu peluang untuk menjejakkan kaki ketanah suci cukup berharga dan doa disana sungguh mustajab di sisi Allah SWT. Terbukti mereka yang mendapat haji mabrur sentiasa dimurakkan rezeki oleh Allah SWT dan sentiasa di dalam ketaatan kepada-Nya. Jika belum berkesempatan menunaikan haji maka sekurang-kurangnya boleh memulakan dengan mengerjakan umrah sunat ke Baitullah.

Daripada Abdullah bin Masu'd bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (Hadis riwayat Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan". (Hadis riwayat Bukhari).

Jika belum mendapat peluang mengerjakan haji tetapi berpeluang menunaikan umrah maka tunaikanlah kerana banyak keberkatan dan kebaikan di dalamnya. Lebih baik mengerjakan umrah daripada menghabiskan wang melancung ke luar negara.

Keempat : Sentiasa solat sunat Duha.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat Duha." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat Duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur". (Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi SAW. telah bersabda : Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Duha yang mana antara faedahnya, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari termasuk rezeki untuk manusia.

Kelima : Jangan tidur selepas solat subuh.

Ibn Qaiyim menambah, "Tidur pada awal (lepas waktu subuh) dan akhir siang hari (hampir magrib) amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya), merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan syahwat. Sekeji-keji ialah ketika pada awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur diakhir siang hari (lepas asar)."

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda:“Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim )

Keenam : Selalu baca surah Al-Waqiah di waktu malam setiap hari dan berdoa selepas membaca surah tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Firman Allah S.W.T maksudnya : " maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan maka, "Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan! (sambut malaikat)" (Surah al-Waqiah ayat 89-91)

Rasulullah SAW bersabda:

 
Űłُوْ۱َŰ©ُ Ű§Ù„ÙˆَŰ§Ù‚ِŰčَŰ©ِ Űłُوْ۱َŰ©ُ Ű§Ù„Űșِنَى فَŰ§Ù‚ْ۱َŰ€ُوْهَۧ وَŰčَلِّمُوْهَۧ ŰŁَوْÙ„Ű§َŰŻَكُمْ

Maksudnya : “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Hadis Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

Ketujuh : Rezeki ada dalam perkahwinan.

Dengan berkahwin, bukan sahaja rezeki yang kita menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas-luasnya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah An Nuur ayat 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masaalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, ramai mereka sebelum berkahwin miskin tidak mempunyai apa-apa harta, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya sekeluarga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang berkahwin kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

Kelapan : Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, empat perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Allah berfirman:

 
وَÙ„Ű§َ ŰȘَقْŰȘُلُÙˆŰ§ ŰŁَوْÙ„Ű§َŰŻَكُمْ ŰźَŰŽْيَŰ©َ Ű„ِمْÙ„Ű§َقٍ ۖ نَŰ­ْنُ نَ۱ْŰČُقُهُمْ وَŰ„ِيَّŰ§Ùƒُمْ ۚ Ű„ِنَّ قَŰȘْلَهُمْ كَŰ§Ù†َ ŰźِŰ·ْŰŠًۧ كَŰšِÙŠŰ±ًۧ
 

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu “(Surah al-Isra ayat 31).
 
Keadaan ini berlaku di zaman jahiliyah sejak dahulu lagi, tetapi ianya menular ke zaman moden ini. Dalam kalangan mereka ada yang membunuh anak kerana takut ditimpa kemiskinan, kerana apabila mereka mempunyai ramai anak maka kos pengeluaran dan sara hidup akan menjadi bertambah tinggi dan perkara ini merupakan suatu bebanan yang besar, apatah lagi mereka hidup di kota raya yang memerlukan banyak kos yang perlu dibelanjakan. Kejadian membunuh anak pada hari ini dapat kita baca dalam ruangan akhbar dan media massa.

Sesungguhnya ayat di atas adalah jaminan daripada Allah SWT setiap anak yang dilahirkan telah dijamin rezeki oleh Allah SWT.

 
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita fahami dan hayati perkara-perkara di atas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhi amalan-amalan yang boleh menjadi penyebab terhalangnya rezeki daripada Allah SWT. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi rezeki itu meragkumi keseluruhan kehidupan kita iaitu mendapat keberkatan, ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan daripada musibah dan bencana.




Thursday, January 31, 2013

Berdoa dan Bermunajat Ketika Solat Adalah Mustajab Di sisi Allah SWT.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

وَۧ۳ْŰȘَŰčِينُÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„Ű”َّŰšْ۱ِ وَŰ§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ

Maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. " (Surah al-Baqarah (2) ayat 45)

Berdasarkan ayat di atas Allah SWT telah memberi jalan kepada orang-orang beriman bahawa mintalah pertolongan daripada Allah SWT dengan bersabar menghadapi dugaan hidup dan mengerjakan solat sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sekiranya kita memiliki hajat-hajat yang tertentu, hendaklah ianya dipinta daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana sesungguh Dia bersifat al-Ijabah al-Doa (mengabulkan doa). 

Firman Allah SWT : 

وَŰ„ِŰ°َۧ ŰłَŰŁَلَكَ ŰčِŰšَۧۯِي Űčَنِّي فَŰ„ِنِّي قَ۱ِÙŠŰšٌ ŰŁُŰŹِÙŠŰšُ ŰŻَŰčْوَŰ©َ Ű§Ù„ŰŻَّۧŰčِ Ű„ِŰ°َۧ ŰŻَŰčَŰ§Ù†ِ

Maksudnya: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. (Surah al-Baqarah (2) ayat 186

Dan di antara tempat yang mustajab untuk memohon doa terhadap sesuatu hajat adalah ketika solat. 

Oleh itu solat sunat hajat adalah solat yang dikerjakan oleh seseorang yang mempunyai hajat tertentu dan ingin memohon kepada Allah agar memperkenankan hajat tersebut. Sekiranya kita meneliti buku-buku yang membahaskan tentang solat sunat hajat ini maka kita akan mendapati terdapat pelbagai tatacara perlaksanaan serta jumlah rakaatnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Ibadah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah ibadah yang dikerjakan semata-mata ikhlas kerana-Nya dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi SAW. Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. Dia berkata: Yahya bin Abi Kathir telah menceritakan daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ radhiallahu’ anh katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ فَŰŁَŰłْŰšَŰșَ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄَ Ű«ُمَّ Ű”َلَّى ۱َكْŰčَŰȘَيْنِ يُŰȘِمُّهُمَۧ ŰŁَŰčْŰ·َŰ§Ù‡ُ Ű§Ù„Ù„َّهُ مَۧ ŰłَŰŁَلَ مُŰčَŰŹِّÙ„Ű§ً ŰŁَوْ مُŰ€َŰźِّ۱ًۧ

Maksudnya : "Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat." (Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225.)

Imam al-Suyuti rahimahullah di dalam kitabnya La’aaliul Mashnu’ah berpendapat bahawa hadis ini adalah satu-satunya hadis yang sahih tentang solat hajat. 

Dalil keharusan mengerjakan solat hajat, seseorang hendaklah melaksanakannya menurut tatacara yang bertepatan dengan hadis tersebut, iaitu:

1. Menyempurnakan wuduk.

Dari Umar bin al-Khattab r.a. katanya: "Ada seorang lelaki berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi SAW. Disebabkannya baginda bersabda: "Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebaik-baiknya!" Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat." (Hadis Riwayat Muslim)

2. Solat sebanyak dua rakaat. 

3. Tidak ada bacaan ayat-ayat mahupun surah-surah yang tertentu yang dibacakan dalam jumlah tertentu untuk solat hajat ini.

4. Berdoa sama ada di dalam solat atau sesudah solat. Jika ingin berdoa ketika dalam solat antara tempat yang afdal untuk berdoa adalah ketika sujud dan sesudah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Tidak ada lafaz doa tertentu yang disyariatkan bagi solat hajat. Justeru, doa tersebut bolehlah disusun sendiri mengikut apa yang dihajati.
Jika kita berdoa semasa dalam solat (samaada semasa sujud atau selepas tasyahhud akhir sebelum salam) jika menggunakan bahasa melayu maka doa itu hanya di dalam hati tidak boleh dlafaskan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

ŰŁَقْ۱َŰšُ مَۧ يَكُونُ Ű§Ù„ْŰčَŰšْŰŻُ مِنْ ۱َŰšِّهِ وَهُوَ ŰłَۧۏِŰŻٌ ، فَŰŁَكْŰ«ِ۱ُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥَ

Maksudnya : “Saat yang paling dekat bagi seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa” (Hadis Riwayat Imam Muslim no 482)

Terdapat banyak riwayat menunjukkan bahawa para salafussoleh mengerjakan solat hajat (solat mutlak). Melalui solat tersebut mereka mengambil kesempatan untuk berdoa di tempat yang afdal untuk berdoa ketika di dalam solat, iaitu ketika sujud dan sebelum salam dan juga bertawassul dengan amalan yang mulia, iaitu mengerjakan solat. 

Di antara hadis lain yang digunakan sebagai dalil untuk solat hajat adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Uthman bin Hunaif katanya:

ŰŁَنَّ ۱َŰŹُÙ„Ű§ً ۶َ۱ِÙŠŰ±َ Ű§Ù„ْŰšَŰ”َ۱ِ ŰŁَŰȘَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ فَقَŰ§Ù„َ: ۧۯْŰčُ Ű§Ù„Ù„َّهَ لِي ŰŁَنْ يُŰčَŰ§Ùِيَنِي.
فَقَŰ§Ù„َ: Ű„ِنْ ŰŽِŰŠْŰȘَ ŰŁَŰźَّ۱ْŰȘُ لَكَ وَهُوَ Űźَيْ۱ٌ وَŰ„ِنْ ŰŽِŰŠْŰȘَ ŰŻَŰčَوْŰȘُ. فَقَŰ§Ù„َ: ۧۯْŰčُهْ.
فَŰŁَمَ۱َهُ ŰŁَنْ يَŰȘَوَ۶َّŰŁَ فَيُŰ­ْŰłِنَ وُ۶ُÙˆŰĄَهُ وَيُŰ”َلِّيَ ۱َكْŰčَŰȘَيْنِ وَيَŰŻْŰčُوَ ŰšِهَŰ°َۧ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥِ:
Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ وَŰŁَŰȘَوَŰŹَّهُ Ű„ِلَيْكَ ŰšِمُŰ­َمَّŰŻٍ نَŰšِيِّ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَŰ©ِ.
يَۧ مُŰ­َمَّŰŻُ Ű„ِنِّي قَŰŻْ ŰȘَوَŰŹَّهْŰȘُ Űšِكَ Ű„ِلَى ۱َŰšِّي فِي Ű­َۧۏَŰȘِي هَŰ°ِهِ لِŰȘُقْ۶َى Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŽَفِّŰčْهُ فِيَّ

Maksudnya: "Seorang lelaki buta datang menemui Rasulullah SAW  lalu berkata: Doakanlah kepada Allah supaya dia sembuhkan (kembalikan penglihatan) aku.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kalau engkau suka untuk bersabar engkau akan mendapat pahala di atas kesabaranmu (di atas kecacatanmu itu) ataupun boleh juga sekiranya jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau sekarang (supaya sembuh serta-merta).

Kata lelaki itu : "Doakanlah untuku sekarang. Lalu baginda SAW  menyuruhnya agar berwuduk dan menyempurnakannya lalu mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian dia berdoa: 'Ya Allah Ya Tuhanku! Aku berdoa dan bermunajat kepada-Mu dengan (perantaraan doa) Muhammad, Nabi yang membawa rahmat.
Ya Muhammad, sesungguhnya aku telah menghadap dengan (doamu) kepada Tuhanku tentang hajatku ini supaya dimakbulkan hajatku ini. Ya Allah! Berikanlah syafaat (baginda SAW) kepadaku." (Hadis riwayat Imam Ibn Majah dalam Sunannya, Kitab Iqamah al-Solah wa Sunnah Fiha, no: 1375.)

Hadis di atas sebenarnya berkisar tentang tawassul atau berdoa menggunakan perantaraan yang selari dengan syarak.

Amalan yang dilakukan oleh lelaki  tersebut adalah :

Pertama : Menggunakan perantaraan amal soleh, iaitu dengan mengerjakan solat sunat mutlak sebanyak dua rakaat.

Kedua : Menggunakan perantaraan doa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Bertawassul dengan doa orang soleh yang masih hidup adalah di bolehkan dalam syariat Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Untuk mengharapkan daripada Allah SWT akan hajat-hajat kita dikabulkan oleh Allah SWT maka banyakkan berdoa di dalam solat.

Kita dibenarkan untuk memohon apa jua hajat kita dalam solat sama ada fardu mahupun sunat terutamanya ketika sujud dan sesudah membaca tasyahhud akhir sebelum salam. Apa yang lebih utama adalah jika kita panjatkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika masih dalam solat. 

Menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa, Jld. 22, ms. 512-514:
"Seseorang yang sedang bersolat sebenarnya sedang mengadu (bermunajat) kepada Tuhan-nya, maka ketika dia memberi salam (menunjukkan berakhirnya solat), selesailah sudah munajatnya. Oleh itu sewajarnya permohonan itu dipanjatkan ketika bermunajat (dalam solat sebelum salam) kerana ianya lebih mungkin untuk dimakbulkan jika dibandingkan dengan permohonan yang dipanjatkan setelah dia selesai bermunajat (selesai solat).




Tuesday, January 29, 2013

Pentingnya Mempelajari Dan Menghayati Ilmu Tasawuf Sebagai Pelengkap Kehidupan Seorang Mukmin - Siri Kedua



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu sifat yang dibenci oleh Allah SWT adalah sifat mazmumah, kerana sifat ini adalah dimiliki oleh musuh-musuh Allah SWT terutama iblis laknatullah. Selain daripada iblis laknatullah, al-Quran menceritakan raja kepada segala kesombongan manusia adalah Firaun dan Qarun. Firaun sombong kerana kekuasaannya menjadi Raja Mesir dengan memiliki bala tentera yang kuat dan hebat, sedangkan Qarun sombong kerana kekayaan hartanya yang melimpah ruah dan gedung-gedung simpanan emas yang besar. Kedua-dua mereka dibinasakan oleh Allah SWT dengan kematian yang hina.

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 

Pertama : Banyak Makan 
Kedua : Banyak bercakap.
Ketiga : Marah. 
Keempat : Hasad. 
Kelima : Bakhil. 
Keenam : Cintakan kemegahan. 
Ketujuh : Cintakan dunia .
Kelapan : Bangga Diri. 
Kesembilan : Ujub ( Hairan Diri ). 
Kesepuluh : Riyak ( Menunjuk-nunjuk ).

Huraiannya :

Pertama : Banyak Makan.

Banyak makan (syarrut ta'am) dan minum adalah amalan yang tidak baik darisegi akhlak mukmin kerana jika seseorang itu banyak makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah merta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi. Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan tetapi bukanlah dengan cara makan berlebih-lebihan. Ini kerana makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak, dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat. 

Setiap anggota yang terlibat dalam pemproses makanan yang dimakan oleh seseorang individu itu ialah seperti mulut, farinks, esophagus, gaster, usus kecil dan juga usus besar. Manakala organ aksesori sistem pencernaan pula ialah gigi, kelenjar, liur, pundi hempedu, dan pancreas. Setiap organ ini mempunyai tugasnya yang tersendiri dalam memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita tidak membawa bahaya kepada perut kita khususnya.

Manakala makanan yang baik dan seimbang amatlah diperlukan untuk kelangsungan hayat dan kesihatan tubuh badan. Namun makanan yang seimbang sahaja belum mencukupi bagi mereka yang betul-betul ingin menjaga kesihatan, mereka juga perlu manjaga kuantiti makanan yang diambil pada sesuatu masa itu. Seseorang yang makan terlalu banyak atau mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut. Sesungguhnya hal ini merupakan faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu tersebut.

Firman Allah SWT  dalam al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” 

Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai satu pembaziran. Islam melarang pembaziran, kerana pembaziran adalah saudara syaitan. Salah satu keburukan amalan banyak makan dan minum adalah mudah mendapat berbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis , sakit jantung, ghout dan lain-lain lagi .

Kedua : Banyak bercakap.

Di dalam Islam Rasulallah SAW menasihatkan umatnya supya berdiam saja sahaja kalau tiada yg bermanfaat hendak dikatakan atau diucapkan atau diceritakan kepada orang lain. Dalam hadis Nabi SAW di nyatakan bahawa bercakap yang tidak berfaedah akan membawa akibat buruk di hari akhirat nanti.

Dari Isa b Thalhah hadis dari Abi Hurairah r.a berkata: "Telah bersabda Rasulallah SAW : 'Sesungguhnya seorang lelaki (atau perempuan) nescaya bercakap-cakap dengan beberapa kalimah (yang dicakapkannya) tidak melihat (yakni, perasan) dia akan bahaya kata-katanya itu yang menjerumuskannya (kerana kata-kata itu) selama 70 tahun (yakni, diseksa selama) dalam neraka.' (Hadis Riwayat Termidzi)

Oleh yang demikian, jadikanlah tabiat harian kita mulai hari ini jangan banyak bercakap, jangan suka berbual-bual kosong atau mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain kerana tidak tahu bahawa  perbualan kita itu akan mendapat dosa, dan kita terjerumus ke dalam neraka kerana sepatah kata selama 70 tahun. Ingatlah sehari di akhirat adalah bersaman dengan 1,000 tahun kiraan waktu dunia!

Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda (maksudnya) : "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga :  Marah.

Sifat pemarah (ghadhab) adalah satu sifat tercela apabila marah bukan pada tempatnya.

 Fiirman Allah SWT  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (Surah Al-A'raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Perasaan marah hanya boleh dilahirkan untuk  menjaga hak dan kebenaran. Mempertahankan Islam apabila Islam dihina atau diperlekehkan begitu juga melahirkan rasa marah apabila orang kafir cuba menghina peribadi Rasulullah SAW.

Keempat : Hasad. 

Hasad dengki adalah sifat tercela yang dimiliki oleh seorang individu yang menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu." (Hadis Riwayat Abu Daud)"

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.” (Surah al-Baqarah ayat 10)

Salah satu penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah penyakit hasad dengki. Penyakit ini adalah sifar mazmumah yang boleh menjadi sebagai kaya bakar yang akan membakar (menghapuskan) amal-amal soleh seseorang.

Kelima : Bakhil. 

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , "Maafkanlah kesalahan orang yang murah hati (dermawan).Sesungguhnya Allah melihat tangannya jika dia terjatuh.Seorang pemurah hati dekat kepada Allah,dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga.Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil" (Hadis Riwayat at Tabrani)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tidak akan berkumpul dalam hati seorang hamba bersifat bakhil dan keimanan"

Saidina Abu Bakar r.a berkata : "Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

Pertama : Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

Kedua : Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

Ketiga : Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

Keempat : Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna"

Keenam : Cintakan kemegahan. 

Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah. Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

Firman Allah SWT :

ŰŁَلْهَŰ§Ùƒُمُ Ű§Ù„ŰȘَّكَُۧ۫۱ُ {1} Ű­َŰȘَّى ŰČُ۱ْŰȘُمُ Ű§Ù„ْمَقَِۧۚ۱َ {2} كَÙ„Ű§َّ Űłَوْفَ ŰȘَŰčْلَمُونَ {3} Ű«ُمَّ كَÙ„Ű§َّ Űłَوْفَ ŰȘَŰčْلَمُونَ {4} كَÙ„Ű§َّ لَوْ ŰȘَŰčْلَمُونَ Űčِلْمَ Ű§Ù„ْيَقِينِ {5} لَŰȘَ۱َوُنَّ Ű§Ù„ْŰŹَŰ­ِيمَ {6} Ű«ُمَّ لَŰȘَ۱َوُنَّهَۧ Űčَيْنَ Ű§Ù„ْيَقِينِ{7} Ű«ُمَّ لَŰȘُŰłْŰŠَلُنَّ يَوْمَŰŠِŰ°ٍ Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّŰčِيمِ {8}

Makasudnya :“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,[1] sampai kamu masuk ke dalam kubur.[2] Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),[3] dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. [4] Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,[5] niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahannam,[6] dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yakin,[7] kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu ).[8]” (Surah at-Takatsur ayat 1-8)

Allah SWT melarang para hamba-Nya bermegah-megahan samaada bermegah dengan harta kekayaan, mempunyai ramainya anak-anak yang berjaya, pangkat kedudukan, keturunan dan memiliki ilmu pengetahuan.

Ketujuh : Cintakan dunia .

Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)

Firman Allah SWT maksudnya : “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)

Kelapan : Bangga Diri. (Takabbur)

Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada terkeluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.(Hadis Riwayat Muslim)

Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.

Kesembilan : Ujub (Hairan diri)

Orang yang bersifat ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dia (Qarun) berkata: 'Sesungguhnya aku hanya diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." (Surah al-Qashash ayat 78)

Qarun bersifat ujub kerana dia merasakan bahawa harta yang banyak yang dia miliki adalah hasil daripada kepandaiannya mengumpulkan harta dan perniagaan yang dia usahakan, sedangkan asalnya dia adalah seorang yang miskin dan tidak memiliki apa-apa kepandaian. Berkat daripada pertolongan dan doa Nabi Musa a.s yang menyebabkan Allah SWT mengurniakan harta yang banyak kepadanya. Ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat adakah Qarun hendak bersyukur dan taat kepada-Nya. Ujub yang dimiliki Qarun adalah rasa bangga dengan nikmat yang ada tanpa mengaitkan dengan pemberian daripada  Allah SWT.

Begitu banyak nikmat yang diterima seorang hamba, tetapi ia lupa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah memberinya nikmat itu. Sehingga hal itu menggiringnya kepada penyakit ujub, ia membanggakan dirinya yang sebenarnya tidak patut untuk dibanggakan.

Kesepuluh : Riak ( Menunjuk-nunjuk ).

Riak  ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
Orang yang riak adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.  Buat sesuatu amalan bukan kerana Allah SWT.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 
Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi daripada sepuluh sifat-sifat mazmumah yang dinyatakan di atas. Sesungguhnya sifat-sifat tercela tersebut akan menghapuskan amalan-amalan yang kita lakukan kepada Allah SWT. Alangkan ruginya jika kita beramal berpuluh-puluh tahun lamanya tetapi amalan tersebut diiringi dengan  sifat mazmumah di atas maka ianya tidak diterima oleh Allah SWT dan akan menjadi debu-debu yang berterbangan. Oleh itu pastikan amalan yang kita lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan bukan untuk mencari kemegahan dan kepentingan duniawi.