Saturday, June 25, 2011

Empat Golongan Manusia Allah SWT Tidak Akan Memasuki Kedalam Syurga.


ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
  ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya : "Empat (macam manusia) tidak Allah SWT. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Hadis Riwayat Al-Hakimi)

Terdapat 4 golongan manusia yang yang tidak akan merasai kenikmatan syurga :

Pertama : Peminum arak

Kedua : Pemakan riba

Ketiga : Menzalimi (memakan) harta anak yatim.

Keempat : Derhaka kepada ibu bapa.

Huraiannya :

Pertama : Peminum arak

Arak adalah ibu segala maksiat. Seseorang yang meminum arak akan hilang akalnya yang waras dan mendedahkan dirinya kepada fitnah yang besar.

Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram" 
(Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la)

Nabi SAW  pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain baginda pernah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)

Dalam hadis-hadis  diatas jelaslah bawa peminum arak adalah amalan yang boleh memutuskan ikatan imannya kepada Allah SWT. Tidak ada kebaikan yang diperolehi bagi peminum arak melainkan kepapaan, tidak ada keberkatan umurnya, hartanya akan habis dan dia akan dihina makhluk di dunia dan dilangit.

Kedua : Pemakan riba

Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Dalam hadis yang lain baginda pernah bersabda maksudnya : "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah SWT daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad dan Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)

Amalan riba ini diharamkan kerana riba akan mengkayakan golongan atasan (pemimpin/ hartawan) sedangkan golongan bawahan (rakyat) akan menderita, tertindas dan tidak akan mudah bebas daripada sistem ekonomi yang tidak adil. Oleh itu jauhi riba dengan apa cara sekalipun dan tukarlah amalan riba dengan muamalah secara Islam dibank-bank yang menyediakan kaunter syariah.

Ketiga : Menzalimi (memakan) harta anak yatim.

Islam telah mendorong pemeluknya agar memiliki akhlak mulia. Salah satu akhlak mulia itu adalah menyayangi dan berlemah lembut dengan  anak yatim. Sesungguhnya, anak yatim adalah manusia yang paling memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Kerana ia adalah anak yang kehilangan ayahnya pada saat ia sangat  memerlukannya. Ia memerlukan pertolongan dan kasih sayang kita, kerana ia tidak mungkin mendapatkan kasih sayang ayahnya yang telah tiada.

Jika kalian melihat seseorang yang penyayangi dan berlemah lembut kepada anak yatim dan memberi pertolongan kepadanya, maka ketahuilah bahwa ia adalah seorang yang berbudi dan berakhlak mulia.

"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadis Abu Hurairah r.a:Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati oleh Allah. 

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? 

Rasulullah SAW bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik yaitu yang boleh dikawini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah: melakukan perbuatan zina."

Janganlah selalu memarahi anak-anak yatim, berlemah lembut dan bersantunlah dengan mereka demi semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

Keempat : Derhaka kepada ibu bapa.

Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya : "Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)

Baginda SAW  pernah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan) maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah SWT. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah SWT" (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis Nabi SAW  pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah SWT (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah SWT menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)

Sahabt yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita jauhi empat golongan yang dinyakan di di atas yang tidak akan mencium bau syurga dan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. Jika kita meliht realiti masyarakat kita mereka ramai yang terlibat perkara ke 2 di atas iaitu terlibat dengan amalan riba dan  mereka tidak merasi bersalah apabila menggunakan riba.

Adab-adab Menuntut Ilmu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amalan di dalam Islam terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi kerana adab adalah umpama roh kepada jasad. Tanpa roh jasad tidak akan berfungsi dan akan mati. Oleh itu patuhilah segala adab-adab yang dinyatakan di dalam Islam supaya amalan kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Menuntut ilmu adalah wajib dan amalan yang sangat mulia. Tanpa ilmu seorang itu tidak mungkin akan menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, kerana ilmu adalah perkara yang paling penting untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan tidak mudah ditipu oleh iblis laknatullah.

Terdapat sembilan adab-adab menuntut ilmu yang perlu dipatuhi semoga ilmu yang kita pelajari menjadi ilmu yang bermanfaat dan diberkati oleh Allah SWT. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Niat yang ikhlas.

Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.

Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.

Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri.

Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah : "Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun".

Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

Kedua : Tekun berusaha dan bertawakal.

Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan sentiasa membaca dan mengulangkaji pelajaran tanpa jemu.

Nasihat ataupun tazkirah akan melembutkan hati kita kepada Allah SWT. Perlu dihidupkan hati ini supaya sentiasa takut kepada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Saff yang bermaksud : "Dan ingatlah ketika mana Nabi Musa berkata kepada kaumnya :'Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?'. Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik."

Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.

Kita hendaklah mencontohi ulama-ulama silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

Ketiga : Menjauhi maksiat.

Kita mestilah menghidupkan budaya amar makruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.

Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

Keempat : Memilih teman yang soleh.

Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.

Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka.

Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud : "Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertakwa".

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud maksudnya  : "Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman".

Kelima : Banyakkan zikrullah.

Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat.

Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya dua muka surat setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

Keenam : Menjaga kehormatan.

Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala keaiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.

Firman Allah SWT dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan perasaan-prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Ketujuh :  Mendapat doa dan keredaan ibu bapa.

Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. 

Firman Allah SWT dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan “ah” dan janganlah kamu mengertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : 'Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil'."

Kelapan : Menghormati guru.

Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana Imam As-Syafi’e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab’adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya. 

Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.

Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

Kesembilan : Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi.

Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.

Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.

Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.

Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. 

Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya. Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Saff yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan sembilan adab-adab untuk menuntut ilmu seperti yang dinyatakan diatas. Keberkatan dan keberkesanan sesuatu ilmu adalah sejauhmana kita mematuhi adab dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Perlu diingat keluar saja kita daripada rumah untuk menuntut ilmu yang bermanfaat umpama kita berjihad dijalan Allah SWT. Sentiasa dinaungi oleh para malaikat dan setiap langkah akan diberikan pahala dan mendapat doa semua makhluk dibumi termasuk ikan-ikan diair.

Friday, June 24, 2011

Kambing Gurun Bertanduk Panjang: Trajedi Orang Lemah.

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mengambil satu kisah seekor kambing gurun dengan harimau untuk melihat balik kedudukan umat Islam dengan orang bukan Islam supaya kita boleh menyusun dan membaiki kelemahan kita.

"Seekor kambing gurun tiba-tiba dikejar oleh seekor harimau.Dengan pantas kambing memecut dan lari mendaki bukit yang berhampiran.Kepantasannya tidak dapat ditandingi oleh harimau yang akhirnya tertinggal di bawah bukit.Namun harimau tidak putus asa,ia terus menunggu di bawah dengan harapan kambing itu akan turun juga akhirnya.

Harimau terus menunggu,dan kambing terus pada kedudukannya di atas bukit.Masing-masing menanti siapakah yang akan mengalah.Sejak pagi kedua-duanya menunggu hinggalah tiba waktu tengah hari dan matahari mula condong kebarat.Pada waktu itu bayang-bayang  kambing yang diatas bukit mula tertayang dia atas muka bumi.

Mata harimahu terus merenung kambing,manakala mata kambing merenung bayang-bayangnya sendiri.Kambing semakin hairan dilihatnya bayang-bayang tanduknya semakin lama semakin panjang.Ia menyangka sesuatu 'keluarbiasaan'sedang berlaku pada dirinya yang mana tanduknya telah menjadi semakin panjang dan tajam.Dalam diam-diam timbul satu rasa kagum dan hebat terhadap dirinya sendiri.Ia rasa semakin kuat,yakin dan mampu untuk berdepan dengan harimau dengan tanduk 'barunya' itu.

Tanpa berfikir panjang,kambing pun melompat turun untuk berlawan dengan harimau.Apalagi 'pucuk di cita ulam mendatang' harimau pun menerkam dan mencengkam leher si kambing.Kambing menjerit kesakitan dan akhirnya mati dalam keadaan terkejut kerana 'kekuatan' yang dimilikinya rupa-rupanya tidak ada."

EGO DENGAN KEKUATAN:
Kisah kambing gurun bertanduk panjang itu adalah satu contoh bagaimana satu trajedi telah berlaku pada orang yang lemah. Dan trajedi itu semakin buruk apabila diburukkan lagi oleh kebodohan,keujuban dan kesombongan si lemah.Kambing gurun bukan sahaja lemah berbanding harimau,tetapi juga bodoh,ego dan ujub dengan kekuatan dirinya sendiri.
  
Khusus buat Islam yang kini sedang berdepan dengan musuhnya yang jauh lebih kuat,maka kita terlebih dahulu perlu mengenal kelemahan dan kekuatan kita.Hanya dengan ini umat Islam dapat menggunakan dan menambah kekuatannya.Dan pada masa yang sama dapat mengurangkan dan mengatasi kekurangannya.

Iktibar dari cerita pendek ini sangat relevan dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam kini.Mengenal diri sendiri adalah perkara pertama dan utama untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan.Untuk berjaya,umat Islam perlu fokus pada 'circle of influence'nya(dalam dirinya:dapat dikawal) berbanding 'circle of concern' nya(luar dirinya:tidak dapat dikawal).Kita tidak dapat menipu diri sendiri dengan menyangka kita memiliki kekuatan yang tidak kita miliki atau menafikan kelemahan yang memang kita miliki.Hanya setelah menerima hakikat ini barulah kita boleh mula merancang dan merangka strategi untuk mencapai kejayaan.

JANGAN TERTIPU:
Kita tidak boleh tertipu dengan bayang-bayang kekuatan yang baru diangan-angankan atau diharap-harapkan sebelum memulakan usaha gigih dalam membinanya.Dan kita tidak boleh berani membuta tuli untuk bertembung dengan musuh tanpa persiapan sepatutnya.Kita perlu menggunakan strategi orang lemah untuk mengelakkan berlakunya trajedi yang sedang berlaku pada umat Islam kini.
  
Apakah kekuatan umat Islam kini? Kekuatan yang ada boleh dibahagikan kepada dua.Pertama,yang berbentuk rohaniah-iman dan taqwa serta perpaduan.Kedua,yang berbentuk lahiriah-ekonomi dan sumber alam.Umat Islam mesti kenal dan yakin bahawa Islam yang dianutinya adalah sumber kekuatan yang utama,Ini telah ditegaskan berkali-kali oleh Tuhan dalam al-Quran dan telah pernah dibuktikan oleh Rasulullah SAW dalam kenyataan.

Islam adalah ugama yang memiliki seluruh ciri keunggulan dari segi spritual,mental dan fizikal,Islam telah menukar umat Arab jahiliyah yang ganas,mungkar dan tidak berketrampilan menjadi yang agung dan bertamadun.Tetapi dengan syarat.Islam yang diyakini ialah Islam yang sebenar dan sempurna,bukan Islam yang serpih dan tercemar.Islam yang mempu memberi kekuatan ialah Islam yang tergabung secara bersepadu persoalan aqidah,syariah dan aqhlaq.Jadi untuk menambah kekuatannya,umat Islam mesti serius dengan agamanya.Keunggulan Islam tidak sepatutnya diterima disudut teori tetapi ia mesti diamalkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh bidang kehidupan dan sistem hidup.
  
Hasil pengamatan Islam secara total ini akan melahirkan hubungan yang lebih aqrab dengan Tuhan (taqwa),hubungan yang rapat sesama manusia (aqhlaq) dan kecermelangan dalam seluruh bidang kehidupan (itqam).

Taqwa,aqhlaq dan itqam adalah tiga kekuatan rohaniah yang perlu diterokai dan dicapai oleh umat Islam masakini.Ini adalah satu kekuatan yang bukan sahaja telah merubah bangsa Arab,tetapi juga bangsa Mongol,Turki,Kurdi dan Parsi.

KEJAYAAN YANG TERENCAT:
Umat Melayu khususnya telah pernah mencapai mukadimah awal kepada kejayaan ini dengan tertubuhnya empayar Islam Melayu Melaka pada akhir kurun ke-14.Sayangnya,kejayaan ini terencat dan pupus apabila sultan,pembesar dan rakyat jelata negeri Melaka menjauhkan diri daripada Islam.Akibat kerapuhan iman dan taqwa pada mulanya,kemudian merebak kepada perpaduan dan aqhlaq yang akhirnya menjejaskan pretasi dalam bidang pentadbiran,kewangan,peperangan dan lain-lain lagi.

Selain dari kekuatan rohaniah,dunia Islam punya juga kekuatan dari segi ekonomi.Hampir semua negara pengeluar minyak utama dunia terdiri daripada negara-negara Islam.Sumber alam ini jika digunakan dengan hemat,sudah pasti akan menjana kekuatan ekonomi dikalangan umat Islam. Negara Islam yang kaya tetapi kurang kemahiran dari segi ilmu dan teknolgi boleh mendapat bantuan daripada negara Islam yang mempunyai bijak pandai dalam bidang-bidang yang diperlukan.Arab Saudi misalnya,boleh mendapatkan kepakaran tenaga-tenaga dari Pakistan dan Mesir yang selama ini lebih banyak mendapat peluang pekerjaan di negara-negara Barat.

Negara Islam juga mempunyai jumlah rakyat yang paling ramai yang dapat membekalkan tenaga kerja yang mahir kepada negara-negara kecil seperti Brunei,Bahrain,Emiriah Arab Bersatu dan sebagainya.Sumber tenaga manusia yang ramai ini sepatutnya dibangunkan dari sudut rohaninya dan kemudian dibekalkan dengan pelbagai kemahiran sesuai dengan bakat,minat dan kecenderungan masing-masing.Manakala negara-negara  Islam yang sudah mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan,pentadbiran,perancangan ekonomi dan kemahiran teknoloji boleh memindahkan pengalaman itu kepada negara-negra Islam yang lain.

BUKAN MUSTAHIL:
Itulah antara kekuatan yang perlu dikenali,di gunakan dan ditambah oleh umat Islam.Jika benar-benar dimanfaatkan,akan terbinalah dua kekuatan yang sangat diperlukan oleh sesuatu umat untuk berjaya yakni kekuatan luaran(iman,perhubungan dan teknolji).Usaha mengembeling kekuatn ini bukanlah sesuatu yang mustahil justeru itu dunia Islam telah pun memiliki platform kearah merealisasikannya.Badan-badan seperti OIC misalnya,boleh dijadikan gelanggang untuk membincangkan,menyatukan seterusnya melaksanakan usaha ini secara bertahap-tahap bermula dengan agenda yang paling mudah hingga ke yang paling rumit.

USAH JADI SEPERTI KAMBING GURUN:
Dari segi lahiraih,umat Islam masih ketinggalan di bidang ekonomi,persenjataan,sains dan teknolji.Kelemahan ini perlu disedari agar umat Islam tidak tersilap meledakkan kekuatan sebelum tiba masanya.Pencapaian kita masih jauh dan perjuangan ke arah itu sebenarnya masih panjang .

Peristiwa 11 Sepetember walaupun berjaya menjejaskan keangkuhan Amerika tetapi ia sangat sedikit untungnya kepada perjuangan umat Islam diseluruh dunia.Umat Islam yang mati dibunuh, menjadi pelarian,kehilangan tempat tinggal,sekolah, hospital dan lain-lain bentuk kesengsaraan lebih kronik keadaannya berbanding Amerika yang dianggap musuh oleh sesetengah kumpulan Islam,Malah sekiranya benar umat Islamlah yang menyerang WTC dan Pentagon,luka yang dialami oleh Amerika adalah sedikit daipada apa yang dideritai oleh umat Islam di Afghanistan Iraq dan Palestin.

KENAL PASTI KEKUATAN SENDIRI:
Jangan jadi seperti kambing gurun yang menyangka tanduknya sudah panjang dan cuba mencabar harimahu yang garang.Sepatutnya kekuatan kaki kambing gurun yang mampu memanjat bukit bukit dan kedudukannya yang stratejik (di atas bukit) sudah cukup untuk menghadapi harimau.Jangan terlupa bahawa kekuatan persenjataan yang masih rendah tidak dapat diatasi oleh keberanian dan semangat yang meluap-luap.

Umat Islam bukan umat kambing gurun bertanduk 'panjang'-menempah trajedi dengan kelemahan dan kebodohan,Umat Islam adalah umat yang meniru strateji Rasulnya yang penuh kebijaksanaan (fatanah) dan keberanian (saja'ah).Allah ma'lum.


Sekadar berkonsi sedkit ilmu:
Azmi Bin Abdul Aziz(Dodi Alf)

Mahasuci Engkau-Subhanaka
Alangkah sempitnya jalan bagi orang yang tidak mempunyai jalan
Alangkah jelasnya jalan orang yang Kautunjuki...

Rezeki Yang Tiada di Sangka-sangka Untuk Orang Yang Bertakwa

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Tidak ada satu makhluk melatapun di muka bumi kecuali Allah yang menanggung rezekinya, dan Dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Loh mahfuz)” (Surah Hud ayat 6)

Manusia diminta untuk bertawakkal, berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah SWT. dimuka bumi ini.

Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah SWT. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah SWT. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT. Banyak membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.

Allah SWT. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT. akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan dan yang sedikit akan diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan untuk menguruskannya.

Untuk memastika rezeki Allah SWT berterusan maka hendaklah banyak memohon keampunan disisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Sesungguhnya amalan orang-orang yang bertakwa tidak akan sia-sia malah akan mendapat ganjaran yang besar di dunia lagi dan ditambah nikmatnya di akhirat. Dan rugilah bagi sesiapa yang ingkar akan suruhan dan larangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT akan melaknati orang yang mengingkari suruhan dan larangan-Nya. Maka akan memberinya pembalasan dan azab yang pedih di dunia lagi dan akan ditambah keseksaan dengan azab yang lebih pedih di akhirat kelak di dalam neraka  di atas amalan-amalan mereka yang kufur.

Firman Allah SWT maksudnya : “Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A`raf ayat 96 )

Oleh itu, sebagai orang mukmin, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya. Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Tawakkal atau berserah diri dalam perkara rezeki, bukanlah bererti penyerahan diri secara lahiriah dengan hanya duduk berpangku tangan tanpa bekerja. Yang dimaksudkan disini ialah kita harus yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah telah menjamin rezeki bagi segala makhluk yang telah diciptakan-Nya. Untuk mendapat jaminan tersebut, manusia mestilah berusha dan berikhtiar untuk mendapatkannya, melainkan orang-orang tertentu diberi kelebihan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah bahawa Rasulullah mengabarkan bahawa Allah berfirman dalam hadis Qudsi, “Wahai Hamba-hambaku, hendaknya kalian memenuhi waktu  dengan ibadah, kalau kalian melakukannya Aku akan memenuhi dada kalian dengan kekayaan, dan Aku akan menutupi kefakiran kalian. Kalau kalian tidak melakukannya, Aku akan memenuhi dada kalian dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiran kalian.”

Maka hendaknya seorang hamba menyibukkan dirinya dengan ibadah dan tetap berusaha mencari rezekinya. Kerana dengan memberi tumpuan beribadah  akan mempermudah seseorang dalam mencari rezeki dan mendapat pertolongan Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah SWT hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan amal soleh, amal ibadah dan sentiasa membuat kerja-kerja kebajikan. Apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Thursday, June 23, 2011

Musibah Adalah Balasan Tuhan Kepada Kaum Yang Engkar

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bila melihat gambar mangsa gempabumi di Haiti yang terbakar kulit ini segera mengingatkan kita akan ayat al Quran yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah an-Nisa' ayat 56)

Sanggupkan kita menghadapi seksaan sebegini bukannya sesaat, sejam, sehari... malah setahun tapi silap perhitungan berjuta-juta tahun bahkan mungkin kekal selama-lamanya. Oleh itu marilah kita merenung sejenak setiap tingkah laku kita bermula dari saat ini.. adakah kita mengikuti suruhan-Nya serta menjauhi larangan-Nya? adakah kita mendidik anak-anak serta kaum keluarga kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam? adakah kita menutup aurat? adakah kita masih melakukan maksiat? Kalau jawapannya masih lagi kita tidak melakukan ajaran Islam sepenuhnya maka janganlah menyesal kelak kita akan dibakar ke dalam api neraka sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT.

Ketika nyawa sudah tiada maka tidak ada gunanya penyesalan lagi. Kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri sahaja kerana Allah sudahpun memberi amaran kepada kita semua sejak ribuan tahun dahulu lagi.

(Di petik daripada tulisan Tolahah)

Tidak Suci Air Kencing Menyebabkan Seksa Kubur

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

ISLAM SANGAT MEMANDANG BERAT tentang masaalah BERSUCI (THAHARAH) sebelum mendirikan solat dan ibadat2 lain...AIR KENCING ADALAH tergolong ke dalam najis dan wajib disucikan.. Apabila seseorang Muslim bersikap sambil lewa dan meringan2kan kewajipan ini dan tidak BENAR-BENAR BERUSAHA untuk bersuci dari air kencingnya (dengan menentukan ia benar2 habis keluar dari kemaluannya) maka ia telah melakukan DOSA BESAR. INI MENGAKIBATKAN SOLAT yang dilakukannya TIDAK SAH...

Dari Ibnu Abbas r.anhuma, katanya: Nabi SAW. telah melewati dua buah kubur seraya bersabda: Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang diazab kerana dosa besar yang dilakukan..adapun salah seorang dari mereka berjalan dengan membawa 'namimah' (fitnah antara orang ramai), dan yg kedua pula TIDAK BENAR-BENAR BERSUCI DARI KECINGNYA.. (Dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih kedua-Dduanya)... Iaitu tidak berjaga-jaga dari air kencing dari mengenai tubuhnya dan pakaiannya

Dalam sebuah hadis yg lain, Rasulullah SAW. bersabda: "BERSUCILAH DARI AIR KENCING, kerana kebanyakkan azab kubur adalah disebabkannya (air kencing yang tidak suci dari tubuh dan pakaiannya).." (H.R. Ad Daruqutni)

Umat Islam hari ini kurang SANGAT memberi perhatian serius masaalah buang air kecil..Banyak di kalangan umat Islam meniru cara orang-orang bukan Islam buang air kecil di tempat yang terdedah, sambil berdiri, dan air untuk membasuh air kencing yg sangat sedikit atau tiada air langsung.. Perhatikanlah di hentian-hentian lebuhraya, dibangunan-bangunan pejabat, atau di mana juga...Bukan tidak ada tempat membuang air kecil yang bertutup, tetapi tidak digunakan...Akibatnya, secara tidak disedari, air kencing terpercik ke ke tubuh dan ke pakaian, yg menyebabkan tubuh serta pakaiannya tidak suci dan tidak boleh di guna untuk bersolat...

(Di petik daripada tulisan Ramli Joned)

Adab Semasa Buang Air Kecil Atau Besar

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di bawah ini dihuraikan adab-adab semasa membuang air kecil atau besar sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW.

1. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu:

 ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡، Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű„Ù†ÙŠ ŰŁŰčÙˆŰ° ŰšÙƒ من Ű§Ù„ŰźŰšŰ« ÙˆŰ§Ù„ŰźŰšŰ§ŰŠŰ«

"Dengan nama Allah, Ya Allah  aku berlindung kepada-Mu dari syaitan jantan dan syaitan betina" (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

2. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah doa berikut:

ŰșÙŰ±Ű§Ù†Ùƒ، Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰŁŰ°Ù‡Űš Űčني Ű§Ù„ŰŁŰ°Ù‰ وŰčŰ§ÙŰ§Ù†ÙŠ

"Segala puji milik Allah semata yang telah menghilangkan kotoran daripadaku, dan menjadikan aku sehat walafiat."
 
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

3. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi SAW tidak menjawab salam ketika baginda sedang buang air. Ibnu Umar menceritakan; “Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi SAW yang sedang kencing. Ia memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya”...

4. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama...Perlahankan nada dering ayat2 Al Quran, selawat Nabi SAW. dan seumpamanya..

5. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi;

a) Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.

b) Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.

c) Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal tersebut amat dilarang oleh Nabi s.a.w. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.

d) Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; “Nabi menegah kencing di air yang tenang"..

e) Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin Sarjis r.a. berkata; “Nabi SAW. melarang kencing ke dalam lubang..”

(Di petik daripada tulisan Ramli Joned)


Gambar hiasan sahaja...

Membantu Ibu Tunggal Sifat Mulia di Sisi Allah SWT


ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan masyarakat Islam. Umat Islam digalakkan hidup  bantu membantu dan tolong menolong sesama muslim. Ini termasuk membantu golongan fakir miskin, anak yatim, janda dan ibu tunggal. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat penyayang dan adil sehingga dapat mengatasi masalah golongan terbiar dan yang tidak berada.

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW. bersabda maksudnya : ''Orang yang berusaha membantu wanita janda dan orang miskin, mendapat pahala sama seperti pahala orang berjuang di jalan Allah, atau seperti pahala orang yang selalu qiamullail (bangun sembahyang malam) dan berpuasa di siang hari. ( Hadis riwayat Bukhari).

Harian Metro Rabu 22.06.2011, melaporkan di Kota Bharu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan Wan Ubaidah Omar berkata : "Jika sesiapa termasuk wakil rakyat nak kahwin dengan ibu tunggal, itu satu kebaikan dan digalakkan kerana dapat membela nasib mereka.".

Malah katanya; Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami dinegeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal. Wan Ubaidah berkata, Islam tidak menghalang poligami asalkan berkemampuan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagai ketua keluarga.

Sahabat yang dimuliakan,
Memang benar apa yang dinyatakan oleh Y.B Puan Wan Ubaidah Omar bahawa Islam tidak menghalang poligami kerana terdapat banyak hikmah dan kebaikan yang terdapat di dalam hidup berpoligami terutama membantu ibu tunggal atau janda yang mempunyai tanggungan anak- anak disebabkan kematian suami yang dikasihi. Walaupaun seorang wanita yang berstatus ibu tunggal mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara anak-anaknya , tetapi apabila tidak ada ketua keluarga yang dapat bersama-sama membesarkan anak-anak untuk diberikan didikan akan terasa satu kekurangan besar. Wanita mempunyai sifat lemah tidak akan mampu memikul tugas sebagai ibu dan pada masa yang sama memikul tugas bapa untuk melahirkan keluarga sakinah.

Kita boleh pertikaikan pandangan negatif daripada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai rancangan Kerajaan Kelantan untuk mengalakkan suami berpoligami. Beliau berkata, "Sewajarnya peghargaan diberikan kepada suami yang menunjukkan kesungguhan menjaga isteri dan keluarga dengan baik, bukan yang hendak menambah isteri. Tanggungjawab utama suami ialah menjaga keluarga terutama anak-anak."

Secara langsung beliau pertikaikan kebaikan poligami dan menganggap seolah-olah tiada kebaikan suami yang berpoligami dan juga suami yang berpoligami tidak akan memberi tumpuan kepada isteri dan anak-anak seperti suami yang tidak berpoligami.

Perlu diingat bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran adalah mengandungi hikmah dan kebaikan untuk manusia sendiri. Termasuklah hukum berpoligami dalam Islam. Salah satu kebaikan poligami adalah dapat membantu ibu-ibu tunggal memberi nafkah zahir dan batin, memberikan tempat berlindung dan bersama-sama mendidk dan membesarkan anak-anaknya supaya ada ketua keluarga yang dapat mentakbir keluarga dengan lebih sempurna. Berpoligami juga dapat membantu gadis-gadis yang telah meningkat umurnya tetapi masih belum bertemu jodoh.

Seseorang wajar mengahwini ibu tunggal untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti ibu tunggal yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi ibu tunggal yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi SAW  juga mengahwini sebahagian ibu tunggal demi menolong mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Membantu darisegi kewangan kepada ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak-anak yang ramai adalah digalakkan dan sangat dituntut dalam agama terutama anak-anaknya adalah anak yatim.

Nabi S.A.W. memberi jaminan bahawa sesiapa yang mengasuh dan berlemah lembut dengan anak yatim akan dapat bersama-sama Nabi S.A.W. disana. Itu adalah derajat yang akan diperolehi oleh orang  yang mengasuh dan berlemah lembut terhadap anak yatim  .

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “Orang yang mendengar hadis ini wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga."

Salah satu cara dapat membantu dan mengasuh anak-anak yatim yang kehilangan bapa adalah dengan mengawini ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Sahabat,
Segala usaha-usaha yang dicadangkan oleh Kerajaan Kelantan mengalakkan suami berpoligami (jika berkemampuan) sepatutnya mendapat sokongan setiap kerajaan negeri kerana amalan tersebuat adalah amalan sunah yang patut digalakkan dan diberi perhatian serius. Bukannya membuat berbagai syarat yang menyulitkan para suami yang berkemampuan untuk berpoligami, sehinggakan mereka terpaksa bernikah dinegara jiran semata-mata untuk mengelakkan perbuatan zina kerana zina adalah perbuatan terkutuk dan dosa besar.  Oleh itu para wanita perlulah bersikap terbuka dan mengambil nilai iman dan takwa apabila memberi komentar mengenai poligami . Wanita perlulah merasai bahawa berpoligami adalah hukum Allah, ianya bukanlah suatu yang menyusahkan dan membebankan hingga terpaksa membuat sesuatu tindakkan yang akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.





Wednesday, June 22, 2011

Doa Mohon Perlindungan Allah Daripada Neraka dan Keburukan Kaya dan Fakir

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Doa ini dihuraikan oleh Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Riyadus Solihin. Doa yang akan kita huraikan adalah doa berlindung dari keburukan kaya dan fakir.  Doa ini teramat penting bagi kita kerana kadang kala kekayaan dan kemiskinan mendatangkan kebaikan, sebaliknya pula ia boleh  mendatangkan keburukan.

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa Nabi SAW  pernah berdoa dengan doa ini, iaitu:

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّى ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ Ű§Ù„ْŰșِنَى وَŰ§Ù„ْفَقْ۱ِ

"ALLAAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MIN FITNATIN NAAR WA 'ADZAABIN NAAR, WA MIN SYARRIL GHINAA WAL FAQR" (maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari fitnah neraka dan azab neraka, serta dari keburukan kekayaan dan kefakiran)." (Hadis Riwayat Abu Daud no. 1543. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Berdasarkan doa daripada hadis sahih di atas, Nabi SAW mengajarkan kepada kita satu doa yang diriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa setiap mukmin perlulah memohon perlindungan daripada Allah SWT dari empat perkara iaitu :

Pertama : Perlindungan dari fitnah neraka

Kedua : Perlindungan dari azab neraka

Ketiga : Perlindungan dari keburukan kaya

Keempat : Perlindungan dari keburukan fakir

Huraiannya :

Pertama : Perlindungan dari fitnah neraka.

Berlindung dari fitnah neraka adalah bermaksud berlindung dari seksa yang akan menjerumuskan dalam neraka, yang mana seksa tersebut akan terus berulang ketika seseorang berada di dalamnya.

Juga yang dimaksud dengan berlindung dari fitnah neraka adalah berlindung dari pertanyaan penjaga neraka, di mana maksud pertanyaan tersebut untuk menghina  orang yang masuk ke dalamnya. Pengertian kedua ini adalah isyarat dari firman Allah Ta’ala dalam surat Al Mulk,

كُلَّمَۧ ŰŁُلْقِيَ فِيهَۧ فَوْŰŹ ŰłَŰŁَلَهُمْ ŰźَŰČَنَŰȘُهَۧ ŰŁَلَمْ يَŰŁْŰȘِكُمْ نَŰ°ِÙŠŰ±

Maksudnya : “Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?" (Surah al-Mulk ayat 8)

Demikian tafsiran menarik dari penulis ‘Aunul Ma’bud (Lihat ‘Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 4/282.)

Kedua : Perlindungan dari azab neraka

Azab neraka biasa ditimpakan bagi orang-orang kafir. Sedangkan orang yang beriman akan diseksa dahulu di neraka sebab dosa-dosa mereka, mereka bukan diazab. Mereka hanya dibersihkan dari dosa yang mereka perbuat.
[Demikian keterangan dari penulis ‘Aunul Ma’bud, Al ‘Azhim Abadi rahimahullah.]

Ini menunjukkan bahawa selama seseorang masih beriman dengan benar walaupun hanya sebesar biji sawi jika ia masuk neraka, ia tidak akan kekal di dalamnya.

Permintaan diselamatkan dari seksa neraka mengandung permintaan agar kita dibebaskan dari berbagai sebab yang menjerumuskan ke dalam neraka iaitu dengan dijauhkan dari berbagai perbuatan yang haram dan dosa, dan diberi petunjuk untuk meninggalkan perkara syubhat (yang masih samar) . [Demikian keterangan dari Ibnu Katsir rahimahullah. Tafsir Al Qu’ran Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 2/263, Muassasah Qurthubah (Surat Al Baqarah ayat 201).]

Di antara jalan selamat dari neraka adalah dengan melatih diri untuk bersyukur, bersabar dan tidak melupakan zikir kepada Allah SWT.

Kasim bin ‘Abdirrahman berkata : “Barangsiapa yang dianugerahkan hati yang selalu bersyukur, lisan yang selalu berzikir, jasad yang selalu bersabar, sungguh ia akan diberi kebahagiaan dunia, kebahagiaan akhirat dan diselamatkan dari seksa neraka.”

Ini menunjukkan bahawa selama seseorang beriman  dengan benar, jika ia masuk neraka, ia tidak akan kekal di dalamnya.

Ketiga : Perlindungan dari keburukan kaya

Pentingnya berlindung dari kekayaan yang dapat membawa pada keburukan. Apa yang dimaksudkan di sini adalah sifat sombong dan melampaui batas terhadap kekayaan yang diberikan. Termasuk juga adalah menggunakan harta untuk perkara yang diharamkan atau melakukan perbuatan maksiat, juga untuk saling berbangga dengan harta dan kedudukan.

Islam menggalakkkan kita supaya berusaha mencari harta kekayaan, kita diingatkan agar melakukan usaha yang halal dan yang dibenarkan oleh syariat. Agama Islam melarang sama sekali kita mencari harta kekayaan dengan jalan yang salah seperti terlibat dengan perbuatan menipu, mencuri, merompak, merasuah salahguna kuasa dan sebagainya.

Perlu difahami oleh kita semua, kesenangan dan kekayaan bagi orang yang kufur dan berbuat derhaka kepada Allah SWT bukanlah kesenangan dan kekayaan yang hakiki, sebaliknya merupakan satu istidraj (umpan) daripada Allah SWT. Semoga Allah melindungi kita dari sifat yang buruk kerana harta.

Keempat : Perlindungan dari keburukan kefakiran.

Pentingnya berlindung dari kefakiran (kemiskinan) yang mengandung keburukan. Apa yang dimaksudkan di sini adalah sifat hasad dengki dan iri hati terhadap  orang-orang kaya dan begitu tamak dengan harta-harta mereka. Kefakiran juga boleh menghampiri kekufuran. Agama boleh dijual dengan wang ringgit untuk mendapat habuan dunia.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadak dan qadar.” (Hadis Riwayat Abu Naim)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan,“Hasad adalah sekedar benci dan tidak suka terhadap kebaikan yang ada pada orang lain yang ia lihat.” (Amrodhul Qulub wa Syifauha, hal. 31, Dar Al Imam Ahmad, cetakan pertama, 1424 H)

Termasuk juga yang dimaksudkan keburukan miskin adalah menghinakan diri (dengan meminta-minta atau mengemis) sehingga merendahkan kehormatan dan merusak agama.

Keburukan kefakiran juga bermaksud  tidak reda dengan ketentuan Allah SWT yang telah membagi-bagi rezeki-Nya kepada setiap makhluk dengan begitu adil.

Boleh jadi kekayaan dan kemiskinan adalah cubaan daripada Allah SWT. Dengan kekayaan mampukah seseorang untuk bersyukur. Dengan kemiskinan bolehkah ia mampu bersabar. Jadi keduanya boleh jadi ujian.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memohon kepada Allah SWT semoga dijauhi dan dilindungi daripada fitnah neraka dan seksaan azab neraka, begitu juga supaya dilindungi Allah SWT daripada keburukan kaya ( sombong , bakhil, melupakan hari akhirat dan bergelumang dengan noda dan dosa) dan juga kita mohon dilindungi Allah SWT daripada keburukan fakir (fakir yang berhasad dengki, kufur dengan nikmat Allah, tidak sabar dan tidak reda dengan qadak dan qadar). Semoga Allah SWT meredai kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Tuesday, June 21, 2011

Tiga Nasihat Nabi SAW Kepada Abu Hurairah Untuk Dijadikan Ikhtibar

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Abu Hurairah berkata , Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Barang siapa yang mengambil daripada aku nasihat  - nasihat ini dan dia beramal dengan nasihat ini ataupun dia mengajarkan orang akan nasihat ini maka sesungguhnya kebaikan akan dapat kepada nya”

Abu Hurairah berkata :  “Aku nak pegang nasihat itu ya Rasullullah”

Nabi pegang tangan Abu Hurairah lalu Nabi SAW bersabda maksudnya : “Yang pertama kamu jadikanlah diri kamu takut melakukan benda – benda yang haram. Kalau kamu boleh jadikan diri kamu takut kepada benda-benda yang haram, kamu jadi manusia yang paling kuat beribadat pada Allah".

Kemudian Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Kamu kena reda dengan benda yang di bahagi-bahagikan oleh Allah. Kamu jadi orang paling kaya”.

Kemudian sabda Nabi SAW lagi maksudnya : “ Dan berbuat baik engkau kepada jiran nescaya jadi engkau mukmin yang kamil”

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Berdasarkan hadis di atas terdapat nasihat-nasihat Nabi SAW kepada Abu Hurairah. Apabila kita menjaga tiga perkara maka akan mendapat tiga kebaikan pula yang akan dikurniakan oleh Allah SWT.

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : "Kamu jadikanlah diri kamu takut melakukan benda – benda yang haram kamu jadi manusia yang paling kuat beribadat pada Allah"

Setiap perkara haram adalah penyakit. Penyakit yang akan menyerang hati. Apabila seseorang melakukan satu dosa, maka akan terjadi sati titik hitam di dalam hatinya, jika berkali-kali dosa itu dilakukan maka lama kelamaan hati akan menjadi hitam kerana banyaknya dosa yang telah dilakukan. Bila hati menjadi hitam pekat maka akan wujud hijab di antara hati manusia dengan Allah SWT. Maka terhalanglah taufik dan hidayah daripada Allah SWT.

Apabila hati bebas daripada kotoran dosa dan penyakit-penyakit hati maka akan melahirkan kekhusyukkan dan ketenangan dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT

Hati yang sihat, tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stres, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, aktif dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah SWT

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ قُلُÙˆŰšُهُمْ ŰšِŰ°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَلَۧ ŰšِŰ°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ Ű§Ù„ْقُلُÙˆŰšُ

Maksudnya; Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Apabila seseorang tidak mengetahui bahawa dosa merupakan hal yang dapat menjauhkan dirinya dari Allah, maka dia tidak akan merasa menyesal atas dosa yang dilakukannya, dan ia juga tidak merasa bersalah dengan perilakunya yang jauh dari Tuhannya. Semua itu mengakibatkan ia tidak akan pernah kembali kepada jalan yang benar, iaitu jalan taubat. Oleh kerana itu, mengetahui punca-punca dosa dan menjauhkan diri daripadanya adalah satu kewajipan kepada Allah SWT.

Ibnu al-Mubarak Rahimahullah berkata; "Aku melihat dosa-dosa mematikan hati. Kadang kebiasaan melakukan dosa mengakibatkan kehinaan. Meninggalkan dosa adalah kehidupan hati. Itu lebih baik untuk dirimu dengan meninggalkannya."

Kedua : "Kamu kena reda dengan benda yang di bahagi-bahagikan oleh Allah. Kamu jadi orang paling kaya”.

Kalau seseorang itu reda akan kurniaan Allah SWT maka dia akan jadi orang yang kaya. Sememangnya bagi individu yang mempunyai sifat khana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada) dia akan kaya kerana rezeki yang Allah SWT bagi walaupun sedikit tetapi cukup. Berbeza dengan orang yang gaji besar tetapi wang yang banyak tidak cukup untuk memenuhi kehendak nafsunya. Saidina Ali bin Abi Talib k.wj pernah jumpa nabi dan bertanya kepada Rasullullah SAW : “Ya Rasululullah  siapakah orang paling miskin dan siapakah orang paling kaya”..Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Sesungguhnya orang paling miskin ialah orang yang sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada , sesunguhnya orang yang paling kaya ialah orang yang cukup dengan apa yang ada”

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Ketiga : “ Dan berbuat baik engkau kepada jiran nescaya jadi engkau mukmin yang kamil”

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah SWT. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW  pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah SWT. lalu berkata:' Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku' . " (Hadis Riwayat Bukhari)

Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Bagaimana Nabi SAW menyamakan seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat dengan memuliakan jiran tetangga. Baginda ada menyatakan bahawa tidak sempurna iman seseorang muslim itu jika dia tidur dalam keadaan kenyang dan dia membiarkan jirannya kelaparan dan dia mengetahui keadaan tersebut.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amallkan hadis Nabi SAW yang tersebut di atas dalam kehidupan kita dan disampaikan pula kepada orang lain supaya saudara-saudara kita juga akan mendapat menfaat  daripada nasihat yang amat berguna kepada kita semua. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kita untuk sentiasa istiqamah di atas jalan yang benar.

Monday, June 20, 2011

Orang Mukmin Memiliki Cemburu yang Positif dan Tinggalkan Cemburu yang Negatif

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perasaan cemburu merupakan fitrah semulajadi manusia. Perasaan cemburu ini timbul atas dasar percintaan antara pasangan. Cemburu terbahagi kepada dua, iaitu berasaskan keimanan dan cemburu berasaskan nafsu. Cemburu berasaskan keimanan akan membawa keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga manakala cemburu atas dasar nafsu akan merosakkan rumahtangga.

Cemburu ada kesan positif dan negatif yg tersendiri..Sifat ini adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar dibendung dan ada pada dalam diri setiap insan yg bergelar manusia..Tapi berpada-padalah sebelum menurut rasa hati yang cemburu.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan di antara buruk sangka itu pun ada yang disukai Allah dan ada yang dibencinya. Cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu terhadap masalah yang patut dicurigai. Cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu terhadap sesuatu yang tidak patut diragui. Buruk sangka yang disukai Allah ialah buruk sangka terhadap dirinya ketika dalam pertempuran. Buruk sangka yang tidak disukai Allah ialah buruk sangka yang bersarang dalam jiwa seseorang.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasaei)

Seorang suami juga dituntut mengawal isterinya dari sebarang gejala buruk yang boleh merosakkan kehormatan dan nama baiknya. Lantaran itu dia digalakkan agar bersikap cemburu terhadap isterinya.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya:  “Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga cemburu, dan cemburu Allah itu ketika seseorang hambaNya melakukan sesuatu yang diharamkan ke atasnya."

Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia, yang pada asalnya tidak tercela, selama tidak melampaui batas. Maka dalam hal ini, wajib bagi seorang muslim, terutama bagi seorang wanita muslimah yang dipoligami, untuk mengendalikan kecemburuannya. Kerana cemburu yang melampaui batas boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, seperti berburuk sangka, dusta, mencela, atau bahkan kekafiran, iaitu jika kecemburuan tersebut menyebabkannya membenci ketentuan hukum yang Allah syariatkan.

Allah S.W.T.  berfirman,

{Ű°َلِكَ ŰšِŰŁَنَّهُمْ كَ۱ِهُÙˆŰ§ مَۧ ŰŁَنŰČلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁَŰ­ْŰšَŰ·َ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„َهُمْ}

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada ketentuan (syariat) yang diturunkan Allah sehingga Allah membinasakan amal-amal mereka” (Surah  Muhammad ayat 9).

Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah SWT menyuruh iblis sujud pada Nabi Adam, iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih baik dari Nabi Adam a.s. Iblis cemburu kerana Allah SWT memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam a.s. Akibatnya, iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan dua orang putera Nabi Adam.

Qabil tidak puas hati apabila korbannya berupa buah-buahan yang kurang baik dan tidak ikhlas tidak diterima oleh Allah SWT sedangkan korban Habil dengan hati yang penuh ikhlas seekor kibas yang gemok dan sihat diterima oleh Allah SWT hingga menyebabkan Qabil rasa cemburu kepada Habil.

Qabil juga tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Kemuncak kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas mukabumi ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah SWT berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

Demikian pula perlu diingatkan bagi kaum lelaki untuk lebih bijaksana dalam menghadapi kecemburuan para wanita, kerana hal ini juga terjadi pada diri wanita-wanita terbaik dalam Islam, iaitu para isteri Rasulullah S.A.W. Dan baginda menghadapi semua itu dengan sabar dan bijaksana, serta menyelesaikannya dengan cara yang baik.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Asal sifat cemburu adalah merupakan watak bawaan bagi wanita, akan tetapi jika kecemburuan tersebut melampuai batas dalam hal ini sehingga melebihi (batas yang wajar), maka itulah yang tercela.

Sebab-sebab yang mendorong timbulnya cemburu yang tercela (kerana melampaui batas) adalah:

1. Lemahnya iman dan lalai dari mengingat Allah S.W.T.

2. Bisikan dan godaan syaitan.

3. Hati yang berpenyakit

4. Ketidak-adilan suami dalam memperlakukan dan menunaikan hak sebagian dari isteri-isterinya.

5. Isteri hanya ikut emosi dan tidak berpandukan akal yang waras.

6. Suami suka menyebutkan kelebihan dan kebaikan seorang isterinya di hadapan isterinya yang lain.

Cara-cara untuk mengatasi kecemburuan ini adalah:

1. Bertakwa kepada Allah S.W.T.

2. Mengingat dan memperhitungkan pahala yang besar bagi wanita yang bersabar dalam mengendalikan dan mengarahkan kecemburuannya sesuai dengan batasan-batasan yang dibolehkan dalam syariat.

3. Menjauhi pergaulan yang buruk dan hasutan orang lain

4. Bersangka baik kepada suami dan madunya yang lain

5. Bersikap qana’ah (menerima segala ketentuan Allah S.W.T. dengan lapang dada).

6. Selalu mengingat kematian dan hari akhirat, hidup ini hanya sementara dan tidak perlu direbut hak-hak yang kecil di dunia ini.

7. Berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan kecemburuan tersebut.

Sahabat yang dimuliakan,
Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah SWT berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak reda pada takdir dan ketetapan Allah SWT. Jika kita sendiri tidak reda pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredaan Allah SWT? Dan jika Allah tidak reda pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud , seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih baik dan lebih mulia dari orang lain. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa orang yang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Jika kita dapati ada dikalangan masyarakat kita suka berbuat maksiat tatapi hidup kaya raya . Tidak semestinya kekayaan itu diberkati Allah SWT. Kadang-kadang rezeki yang Allah SWT beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata.

Rasullulah SAW bersabda maksudnya : "Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah".- (Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Istidraj adalah nikmat yang Allah SWT berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan buangkan sifat cemburu yang negatif. Cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi  kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

Kasih Bapa Kepada Anak-anaknya

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang bapa yang pengasih dan penyayang tidak akan membiarkan anak-anaknya hidup menderita tanpa kasih sayang dan tanpa ilmu pengetahuan. Dia akan sanggup berkorban untuk memastikan anak-anaknya mendapat nafkah yang secukupnya dan diberikannya pendidikan samaada untuk kebahagiaan di dunia dan hari akhirat.




Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “Apakah perihalnya kamu ini?”

Perempuan itu menjawab, “Yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”

Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”

Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga aku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkanbalasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil'.” (Surah al-Isra’ ayat 24)

(Di petik daripada tulisan Tazkirah)

Peranan Bapa Mendidik Anak-anak Untuk Melahirkan Keluarga Sakinah

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada hari Ahad 19.06.2011 diseluruh negara telah diadakan sambutan Hari Bapa. Sambutan Hari Bapa setiap tahun disambut  pada minggu ketiga bulan Jun setiap tahun, dan tarikh sambutan tahun ini adalah jatuh pada hari ini Ahad 19.06.2011. 

Pada hari ini julung-julung kalinya Pertubuhan Ikram Malayasia (IKRAM) Negeri Selangor melancarkan Pelancaran Sambutan Hari Bapa 2011 di Hotel Singgahsana Petaling Jaya Selangor. Di undang wakil-wakil media tempatan untuk mewar-warkan program susulan untuk menyambut Hari Bapa secara berterusan. Program sambutan Hari Bapa bersama masyarakat akan disambut pada 10.07.2011 (8 pagi hingga 12 tengahari) di Dewan Orang Ramai Seksyen 19 Shah Alam Selangor. Akan diadakan forum (mengenai tanggungjawab bapa) dan aktiviti-aktiviti lain. Orang ramai dijemput hadir.

Di dalam masyarakat kita Sambutan Hari Ibu disambut secara besar-besaran dan mendapat tempat dalam masyarakat kita sehinggakan terdapat anugrah kepada tokoh-tokoh  ibu mithali yang diberikan kepada mereka yang layak setiap tahun. Walaubagaimanapun Sambutan Hari Bapa kurang mendapat tempat dimedia-media tempatan dan kurang mendapat sambutan masyarakat dan tidak pernah kita dengar ada tokoh-tokoh bapa mithali yang telah dianugrahkan hadiah sebagai tokoh bapa mithali sedangkan jika dilihat darisegi  pengorbanan seorang bapa sama pentingnya sebagai seorang ibu, demi untuk melahirkan  keluarga sakina dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Bagaimana pula dengan hukum umat Islam meraikan hari bapa ini? Dalam Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat dan peraturan Islam, ianya boleh diraikan dengan cara yang munasabah.

Sebab itulah setiap muslim sepatutnya paling kurangpun mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa mereka 5 kali sehari setiap kali selepas solat 5 waktu di samping berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan dan perasaan mereka yang bersusah payah membesarkan anak-anak.

Pada masa yang sama Islam juga telah meletakkan peranan bapa di tempat paling tinggi dalam institusi keluarga. Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, bermoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya.

Sahabat yang dimuliakan,
Peranan bapa dalam pembinaan keluarga dan proses pembesaran anak-anak adalah cukup penting terutama dalam zaman serba mencabar ini. Jika dahulu kebolehan bapa memimpin dan mengurus keluarga adalah suatu yang dianggap lumrah atau tabii. Namun dalam dunia yang serba kompleks kini kebapaan adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai.

Gejala negatif yang melanda institusi rumahtangga pada hari ini adalah berpunca daripada lemahnya kepimpinan seorang bapa sebagai ketua keluarga. Dalam keadaan demikian kewibawaannya sering dipersoalkan dan mereka tidak lagi dilihat sebagai contoh oleh anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terutamanya remaja tercari-cari 'hero' yang boleh mereka banggakan. Ketiadaan bapa sebagai 'hero' mendorong anak-anak mencari orang luar yang diharap dapat mengisi peranan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan seringkali anak remaja lelaki terpedaya oleh pihak yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberi oleh remaja.

Firman Allah SWT. dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Seorang bapa yang bertanggungjawab akan memastikan bahawa dirinya, isteri dan anak-anaknya akan terselamat daripada seksaan api neraka.

Sabda Rasulullah SAW  maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

Di dalam al-Quran terdapat satu surah yang bernama Surah Luqman. Surah ini memaparkan satu kisah mengenai Luqman yang dikurniakan hikmah kebijaksanaan dan rahsia mengenal Allah SWT., membanteras syrik, mendorong supaya berakhlak mulia dan menjauhi daripada akhlak tercela yang merupakan tujuan utama mengapa al- Quran diturunkan.

Dalam Surah Luqman didapati lapan ayat berturut-turut secara khusus memperkatakan kisah Luqman, dimana tajuk ayat tersebut merupakan isi pengajaran Luqman kepada anaknya.

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata) : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya) ; kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya ; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi."
(Surah Luqman ayat 16)

Dalam ayat yang lain Allah SWT menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku, dirikan solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya." (Surah Luqman ayat 17)

Dari ayat-ayat surah Luqman dapat diklasifikasi kepada tiga asas utama iaitu Asas Aqidah, Asas Ibadah dan Asas Akhlak.

Pertama :  Asas Aqidah.

Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.

Dewasa ini didapati beberapa bentuk penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran, percakapan lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap asas aqidah Islam  secara mendalam, sedangkan kefahaman tentang aqidah itu merupakan satu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah SWT. Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman ayat 13)

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana jiwa yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.

Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah SWT. Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

Kedua : Asas Ibadah.

Konsep ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas kepada soal-soal ta'abbudi yang dikenali seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ibadah mempunyai erti yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian sepenuhnya dan berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah. Hubungan ini sebenarnya yang menjadi asas utama pendidikan Islam pada keseluruhannya.

Ibadah dalam Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam dan makhluk Allah yang lain. Setiap perkara yang kita lakukan dan tinggalkan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaan-Nya akan dikira sebagai beribadah kepada Allah SWT.

Ketiga : Asas Akhlak.

Misi Islam sebenarnya ialah pengarahan manusia supaya mencapai nilai-nilai kemanusiaan yang luhur, yang sesuai dengan kemuliaan manusia. Islam sangat mementingkan budi pekerti untuk mewujudkan unsur-unsur kekuatan dan peribadi yang baik, yang akan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan di dunia serta keredhaan Allah SWT di sebalik kehidupan sekarang ini.

Secara ringkasnya di antara peranan bapa mengikut perspektif Islam adalah seperti berikut :

1. Bapa adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang paling kecil ini.

2. Seorang bapa berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kelurgaa, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

3. Bapa juga wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama.

4. Pentadbiran seorang bapa  di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan sifat rahmah iatu kasihan belas, baik, adil, berakhlak dan contoh yang baik kerana dia bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya.

Sahabat yang dikasihi,
Secara keseluruhannya peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti seorang suami atau bapa. Jika seorang bapa menjadikan Islam sebagai teras kehidupan dan menghayati nilai-nilai akhlak Islam maka keseluruhan ahli keluarganya akan terpimpin di atas jalan kebenaran, sebaliknya jika seorang bapa mempunyai jiwa yang rapuh dan tidak ada matlamat hidup yang jelas maka keluarganya akan hidup terumbang-ambing dan akan tersesat jalan. Oleh itu hendaklah setiap bapa memainkan peranan yang pro-aktif dan agresif untuk mendidik anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah supaya mereka nantinya dapat mendoakannya ketika dia kembali kepada Allah SWT.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya"
(Hadith Riwayat Muslim)

Selamat menyambut hari bapa kepada semua  bapa-bapa  mungkin boleh kita bermuhasabah terhadap amanah dan tanggungjawab yang telah di berikan kepada kita semua dalam berumahtangga, mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang dan sama-sama dapat diperbaiki segera.