Thursday, June 23, 2011

Adab Semasa Buang Air Kecil Atau Besar

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di bawah ini dihuraikan adab-adab semasa membuang air kecil atau besar sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW.

1. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu:

 بسم الله، اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث

"Dengan nama Allah, Ya Allah  aku berlindung kepada-Mu dari syaitan jantan dan syaitan betina" (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

2. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah doa berikut:

غفرانك، الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني

"Segala puji milik Allah semata yang telah menghilangkan kotoran daripadaku, dan menjadikan aku sehat walafiat."
 
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

3. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi SAW tidak menjawab salam ketika baginda sedang buang air. Ibnu Umar menceritakan; “Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi SAW yang sedang kencing. Ia memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya”...

4. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama...Perlahankan nada dering ayat2 Al Quran, selawat Nabi SAW. dan seumpamanya..

5. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi;

a) Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.

b) Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.

c) Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal tersebut amat dilarang oleh Nabi s.a.w. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.

d) Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; “Nabi menegah kencing di air yang tenang"..

e) Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin Sarjis r.a. berkata; “Nabi SAW. melarang kencing ke dalam lubang..”

(Di petik daripada tulisan Ramli Joned)


Gambar hiasan sahaja...

No comments: