أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita mengambil satu kisah seekor kambing gurun dengan harimau untuk melihat balik kedudukan umat Islam dengan orang bukan Islam supaya kita boleh menyusun dan membaiki kelemahan kita.
"Seekor kambing gurun tiba-tiba dikejar oleh seekor harimau.Dengan pantas kambing memecut dan lari mendaki bukit yang berhampiran.Kepantasannya tidak dapat ditandingi oleh harimau yang akhirnya tertinggal di bawah bukit.Namun harimau tidak putus asa,ia terus menunggu di bawah dengan harapan kambing itu akan turun juga akhirnya.
Harimau terus menunggu,dan kambing terus pada kedudukannya di atas bukit.Masing-masing menanti siapakah yang akan mengalah.Sejak pagi kedua-duanya menunggu hinggalah tiba waktu tengah hari dan matahari mula condong kebarat.Pada waktu itu bayang-bayang kambing yang diatas bukit mula tertayang dia atas muka bumi.
Mata harimahu terus merenung kambing,manakala mata kambing merenung bayang-bayangnya sendiri.Kambing semakin hairan dilihatnya bayang-bayang tanduknya semakin lama semakin panjang.Ia menyangka sesuatu 'keluarbiasaan'sedang berlaku pada dirinya yang mana tanduknya telah menjadi semakin panjang dan tajam.Dalam diam-diam timbul satu rasa kagum dan hebat terhadap dirinya sendiri.Ia rasa semakin kuat,yakin dan mampu untuk berdepan dengan harimau dengan tanduk 'barunya' itu.
Tanpa berfikir panjang,kambing pun melompat turun untuk berlawan dengan harimau.Apalagi 'pucuk di cita ulam mendatang' harimau pun menerkam dan mencengkam leher si kambing.Kambing menjerit kesakitan dan akhirnya mati dalam keadaan terkejut kerana 'kekuatan' yang dimilikinya rupa-rupanya tidak ada."
EGO DENGAN KEKUATAN:
Kisah kambing gurun bertanduk panjang itu adalah satu contoh bagaimana satu trajedi telah berlaku pada orang yang lemah. Dan trajedi itu semakin buruk apabila diburukkan lagi oleh kebodohan,keujuban dan kesombongan si lemah.Kambing gurun bukan sahaja lemah berbanding harimau,tetapi juga bodoh,ego dan ujub dengan kekuatan dirinya sendiri.
Khusus buat Islam yang kini sedang berdepan dengan musuhnya yang jauh lebih kuat,maka kita terlebih dahulu perlu mengenal kelemahan dan kekuatan kita.Hanya dengan ini umat Islam dapat menggunakan dan menambah kekuatannya.Dan pada masa yang sama dapat mengurangkan dan mengatasi kekurangannya.
Iktibar dari cerita pendek ini sangat relevan dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam kini.Mengenal diri sendiri adalah perkara pertama dan utama untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan.Untuk berjaya,umat Islam perlu fokus pada 'circle of influence'nya(dalam dirinya:dapat dikawal) berbanding 'circle of concern' nya(luar dirinya:tidak dapat dikawal).Kita tidak dapat menipu diri sendiri dengan menyangka kita memiliki kekuatan yang tidak kita miliki atau menafikan kelemahan yang memang kita miliki.Hanya setelah menerima hakikat ini barulah kita boleh mula merancang dan merangka strategi untuk mencapai kejayaan.
JANGAN TERTIPU:
Kita tidak boleh tertipu dengan bayang-bayang kekuatan yang baru diangan-angankan atau diharap-harapkan sebelum memulakan usaha gigih dalam membinanya.Dan kita tidak boleh berani membuta tuli untuk bertembung dengan musuh tanpa persiapan sepatutnya.Kita perlu menggunakan strategi orang lemah untuk mengelakkan berlakunya trajedi yang sedang berlaku pada umat Islam kini.
Apakah kekuatan umat Islam kini? Kekuatan yang ada boleh dibahagikan kepada dua.Pertama,yang berbentuk rohaniah-iman dan taqwa serta perpaduan.Kedua,yang berbentuk lahiriah-ekonomi dan sumber alam.Umat Islam mesti kenal dan yakin bahawa Islam yang dianutinya adalah sumber kekuatan yang utama,Ini telah ditegaskan berkali-kali oleh Tuhan dalam al-Quran dan telah pernah dibuktikan oleh Rasulullah SAW dalam kenyataan.
Islam adalah ugama yang memiliki seluruh ciri keunggulan dari segi spritual,mental dan fizikal,Islam telah menukar umat Arab jahiliyah yang ganas,mungkar dan tidak berketrampilan menjadi yang agung dan bertamadun.Tetapi dengan syarat.Islam yang diyakini ialah Islam yang sebenar dan sempurna,bukan Islam yang serpih dan tercemar.Islam yang mempu memberi kekuatan ialah Islam yang tergabung secara bersepadu persoalan aqidah,syariah dan aqhlaq.Jadi untuk menambah kekuatannya,umat Islam mesti serius dengan agamanya.Keunggulan Islam tidak sepatutnya diterima disudut teori tetapi ia mesti diamalkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh bidang kehidupan dan sistem hidup.
Hasil pengamatan Islam secara total ini akan melahirkan hubungan yang lebih aqrab dengan Tuhan (taqwa),hubungan yang rapat sesama manusia (aqhlaq) dan kecermelangan dalam seluruh bidang kehidupan (itqam).
Taqwa,aqhlaq dan itqam adalah tiga kekuatan rohaniah yang perlu diterokai dan dicapai oleh umat Islam masakini.Ini adalah satu kekuatan yang bukan sahaja telah merubah bangsa Arab,tetapi juga bangsa Mongol,Turki,Kurdi dan Parsi.
KEJAYAAN YANG TERENCAT:
Umat Melayu khususnya telah pernah mencapai mukadimah awal kepada kejayaan ini dengan tertubuhnya empayar Islam Melayu Melaka pada akhir kurun ke-14.Sayangnya,kejayaan ini terencat dan pupus apabila sultan,pembesar dan rakyat jelata negeri Melaka menjauhkan diri daripada Islam.Akibat kerapuhan iman dan taqwa pada mulanya,kemudian merebak kepada perpaduan dan aqhlaq yang akhirnya menjejaskan pretasi dalam bidang pentadbiran,kewangan,peperangan dan lain-lain lagi.
Selain dari kekuatan rohaniah,dunia Islam punya juga kekuatan dari segi ekonomi.Hampir semua negara pengeluar minyak utama dunia terdiri daripada negara-negara Islam.Sumber alam ini jika digunakan dengan hemat,sudah pasti akan menjana kekuatan ekonomi dikalangan umat Islam. Negara Islam yang kaya tetapi kurang kemahiran dari segi ilmu dan teknolgi boleh mendapat bantuan daripada negara Islam yang mempunyai bijak pandai dalam bidang-bidang yang diperlukan.Arab Saudi misalnya,boleh mendapatkan kepakaran tenaga-tenaga dari Pakistan dan Mesir yang selama ini lebih banyak mendapat peluang pekerjaan di negara-negara Barat.
Negara Islam juga mempunyai jumlah rakyat yang paling ramai yang dapat membekalkan tenaga kerja yang mahir kepada negara-negara kecil seperti Brunei,Bahrain,Emiriah Arab Bersatu dan sebagainya.Sumber tenaga manusia yang ramai ini sepatutnya dibangunkan dari sudut rohaninya dan kemudian dibekalkan dengan pelbagai kemahiran sesuai dengan bakat,minat dan kecenderungan masing-masing.Manakala negara-negara Islam yang sudah mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan,pentadbiran,perancangan ekonomi dan kemahiran teknoloji boleh memindahkan pengalaman itu kepada negara-negra Islam yang lain.
BUKAN MUSTAHIL:
Itulah antara kekuatan yang perlu dikenali,di gunakan dan ditambah oleh umat Islam.Jika benar-benar dimanfaatkan,akan terbinalah dua kekuatan yang sangat diperlukan oleh sesuatu umat untuk berjaya yakni kekuatan luaran(iman,perhubungan dan teknolji).Usaha mengembeling kekuatn ini bukanlah sesuatu yang mustahil justeru itu dunia Islam telah pun memiliki platform kearah merealisasikannya.Badan-badan seperti OIC misalnya,boleh dijadikan gelanggang untuk membincangkan,menyatukan seterusnya melaksanakan usaha ini secara bertahap-tahap bermula dengan agenda yang paling mudah hingga ke yang paling rumit.
USAH JADI SEPERTI KAMBING GURUN:
Dari segi lahiraih,umat Islam masih ketinggalan di bidang ekonomi,persenjataan,sains dan teknolji.Kelemahan ini perlu disedari agar umat Islam tidak tersilap meledakkan kekuatan sebelum tiba masanya.Pencapaian kita masih jauh dan perjuangan ke arah itu sebenarnya masih panjang .
Peristiwa 11 Sepetember walaupun berjaya menjejaskan keangkuhan Amerika tetapi ia sangat sedikit untungnya kepada perjuangan umat Islam diseluruh dunia.Umat Islam yang mati dibunuh, menjadi pelarian,kehilangan tempat tinggal,sekolah, hospital dan lain-lain bentuk kesengsaraan lebih kronik keadaannya berbanding Amerika yang dianggap musuh oleh sesetengah kumpulan Islam,Malah sekiranya benar umat Islamlah yang menyerang WTC dan Pentagon,luka yang dialami oleh Amerika adalah sedikit daipada apa yang dideritai oleh umat Islam di Afghanistan Iraq dan Palestin.
KENAL PASTI KEKUATAN SENDIRI:
Jangan jadi seperti kambing gurun yang menyangka tanduknya sudah panjang dan cuba mencabar harimahu yang garang.Sepatutnya kekuatan kaki kambing gurun yang mampu memanjat bukit bukit dan kedudukannya yang stratejik (di atas bukit) sudah cukup untuk menghadapi harimau.Jangan terlupa bahawa kekuatan persenjataan yang masih rendah tidak dapat diatasi oleh keberanian dan semangat yang meluap-luap.
Umat Islam bukan umat kambing gurun bertanduk 'panjang'-menempah trajedi dengan kelemahan dan kebodohan,Umat Islam adalah umat yang meniru strateji Rasulnya yang penuh kebijaksanaan (fatanah) dan keberanian (saja'ah).Allah ma'lum.
Sekadar berkonsi sedkit ilmu:
Azmi Bin Abdul Aziz(Dodi Alf)

No comments:
Post a Comment