Saturday, June 8, 2013

Soal Jawab Agama Siri 24 (Permasaalah Iddah, Cerai Talak 3, Perkahwinan Muhallil Dan Fasakh)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 24 menjawab persoalan iddah, cerai talak 3, perkahwinan muhallil (cina buta) dan fasakh.

416. Soalan :  Apakah yang dimaksudkan iddah dan huraikan kebaikan iddah yang ditetapkan oleh syariat Islam?

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. 


Maksud  Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang wanita yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada wanita dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, wanita dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang wanita yang baru bercerai atau kematian suami, jika si wanita tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika wanita itu tiba-tiba didapati hamil akan menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu?

Bagi wanita yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk wanita berihat menenangkan fikirannya ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah SWT. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran. Jika ada jodoh dia boleh memulakan hidup dengan suami yang baru.


417. Soalan : Berapa lamakah tempoh iddah yang perlu dilalui oleh wanita yang diceraikan atau kerana kematian suami?

Pertama : Iddah talak atau iddah cerai secara fasakh.

1. Jika bercerai di dalam suci. maka selesai Iddah apabila datang haid yang ketiga.


2. Jika bercerai di dalam haid selesai iddah apabila datang haid yang keempat termasuk haid semasa cerai.

Kedua : Iddah wanita hamil.
 

Iddah wanita hamil berakhir apabila melahirkan anak samaada hidup atau mati ,sudah sempurna atau masih gumpalan daging (mengikut doktor gumpalan daging tersebut adalah bakal janin) dan jika hanya gumpalan darah maka iddahnya belum berakhir.

Ketiga : Iddah kanak-kanak perempuan dan wanita menopause.


Iddahnya adalah 3 bulan
(  3 bulan qamariyah, iaitu sebanyak 90 hari.) dari tarikh cerai..
 

Jika wanita itu tidak datang haid kerana menyusu ,nifas dan berpenyakit atau kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui maka dia hendaklah menunggu hingga umur menopause ,selepas itu menunggu hingga 3 bulan

Keempat : Iddah kematian suami.
 

1. Jika isteri tidak mengandung maka tempoh iddah 4 bulan 10 hari.(130 hari)

2. Jika isteri mengandung selesai iddah apabila melahirkan anak itu samaada hidup atau mati atau gugur seketul daging yang berupa manusia walaupun kurang jelas seperti biasa dan mengikut pakar itulah kandungan yang sebenar.
 

3. Sekiranya suami meninggal dunia ketika isteri masih di dalam iddah talak rajie dan dalam keadaan mengandung  selesai iddahnya apabila melahirkan seluruh janin yang dinisbahkan kepada suami yang mati.

4. Sekiranya suami meninggal dan isteri didalam iddah rajie dan tidak mengandung maka tempoh iddahnya 4 bulan 10 hari (130 hari)

Kelima: Iddah sebelum hubungan kelamin.


1. Jika isteri diceraikan sebelum hubungan kelamin dengan suaminya maka tiada iddah.
 

2. Jika suami mati sebelum hubungan kelamin tempoh iddahnya adalah 4 bulan 10 hari dan berhak mewarisi pusaka suaminya.

418. Soalan : Jika seorang wanita diceraikan oleh suaminya dengan talak 3. maka suaminya tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya. Bagaimanakan caranya suami tersebut boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya? 

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangkakan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya." (Surah al-Baqarah ayat 230)

Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 230 .

Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Muqatil bin Hibban: Bahawa turunnya ayat ini  berkenaaan dengan pengaduan ‘Aisyah binti Abdurrahman bin ‘Atik kepada Rasulullah SAW bahawa ia telah ditalak oleh suaminya yang kedua (Abdurrahman bin Zubair Al-Quradzi) dan akan kembali kepada suaminya yang pertama (Rifa’ah bin Wahab bin ‘Atik) yang telah mentalak “bain” kepadanya. ‘Aisyah berkata: “Abdurrahman bin Zubair telah mentalak saya sebelum menggauli (jimak). Apakah saya boleh kembali kepada suami saya yang pertama?” Nabi menjawab: “Tidak, kecuali kamu telah digauli (dijimak) suamimu yang kedua”.

Kejadian ini membenarkan seorang suami yang telah mentalak “bain” isterinya, mengawini kembali isterinya itu setelah isterinya itu digauli dan dicerai oleh suaminya yang kedua.


Berdasarkan ayat di atas ulama feqah sepakat , sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak 3, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu berkahwin dengan suami yang baru melalui perkahwinan yang di ikhtiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhalil atau perkahwinan cina buta). Dan berdasarkan hadis di atas perkahwinan dengan suami ke dua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.

Jika berlaku penceraian dengan suami kedua (penceraian yang tidak dirancang) setelah habis iddah maka bolehlah bekas suaminya yang pertama dulu mengawini semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Dan suami pertama akan kembali memiliki tiga talak sekaligus memadamkan talak yang lalu.

419. Soalan :  Adakah cara perkahwinan muhallil (cina buta) sah di sisi Islam?

Ada pun perkahwinan muhallil (cina buta)  yakni perkahwinan yang dirancang agar bekas isterinya yang diceraikan dengan talak 3 boleh kembali kepada bekas suaminya yang pertama setelah berlaku penceraian dengan suami kedua, perkahwinan seperti ini adalah haram, batil dan tidak sah. Jika berlaku juga perkahwinan dengan bekas suami pertama dengan cara ini, maka perkahwinan itu tidak sah dan ia di anggap sebagai perbuatan zina ini berdasarkan hadis Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Mahukah kamu jika aku beritahu siapakah orang yang paling keji dan hina? "

Para sahabat menjawab,"Ya, ya." 

Rasulullah SAW bersabda, "Ia adalah muhallil (lelaki yang mengawini seorang perempuan yang telah di ceraikan talak 3 dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suaminya selepas ia menceraikan). Allah melaknat muhallil dan al-Muhallal lahu (suami yang menjatuhkan talak 3 kemudiannya ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil."

Saidina Umar al-Khattab r.a. berkata," Tidak dibawa kepadaku muhallil atau muhallal lahu melainkan akan aku rejam keduanya." Abdullah bin Umar (anak Saidina Umar) ketika itu menerangkan maksud ayahnya menjawab kedua-duanya penzina.

420. Soalan : Saya telah berkahwin selama 2 tahun. Selama masa tersebut suami saya sering memukul dan mendera saya kerana sifatnya yang panas baran dan cemburu walau pun saya tidak melakukan kesalahan yang besar. Saya sudah tidak tahan untuk hidup bersama-sama dengannya. Bolehkan saya memohon fasakh atas alasan sering dipukul dan di dera oleh suami.?

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak.

Sebelum puan memohon untuk fasakh di pejabat agama puan perlulah membawa bahan bukti bahawa puan sering dipukul dan di dera oleh suami. Caranya adalah puan pergi membuat pemereksaan doktor di klinik atau hospital dan mendapat surat pengesahan daripada doktor yang membuat pemereksaan. Selepas itu puan perlu membuat laporan polis. Kedua-dua bahan bukti ini penting apabila di adakan perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Cara Melakukan Fasakh :

1. Jika  isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh


2. Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka. Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya.

3. Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Untuk makluman puan terdapat beberapa sebab seorang isteri boleh memohon fasakh di Mahkamah Syariah.


Di antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami :

1. Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.


2. Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.

3. Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.

4. Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.

5. Telah mati pucuk.

6. Telah gila selama tempoh 2 tahun.

7. Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit

8. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.

9. Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.

10. Memaksa isteri hidup secara lucah.

11. Melupuskan harta isteri.

12. Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.

13. Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.

14. Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.

15. Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

Friday, June 7, 2013

Jadikanlah Diri Kita Golongan Yang Bersyukur.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka , penyakit dan bencana yang menimpa. 

Antara lain pengertian syukur ialah:

Pertama : Mengaku dan memuji Allah SWT atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah SWT.


Kedua : Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan ,kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan satu kewajipan kepada Allah SWT.


Ketiga : Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah adalah orang yang tidak mengenal budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT untuk menambahkan ibadah kepada-Nya dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.


Allah SWT menyatakan dalam al-Quran bahawa mereka yang bersyukur adalah golongan yang sedikit.

Pada zaman Saidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"


Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"


Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah SWT seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:
  "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur." (Surah al-A'raf ayat 10)

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".


Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:
  "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, seperti doa pemuda tersebut.

 
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji.
maksudnya : "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim ayat 7)

Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.


Sahabat yang dikasihi,
Jesteru,untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu meminta dan memohon kepada Allah SWT . Dia mengajarkan doa tersebut di dalam Al Quran ;”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” 
(Surah Al Ahqaf ayat 15)

Marilah sama-sama kita menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur dan reda dengan ketentuan takdir Allah SWT. Banyakkan berdoa semoga kita terpilih dimasukkan kedalam golongan yang "sedikit" iaitu orang-orang yang bersyukur kepada Allah SWT.

Soal Jawab Agama Siri 23 ( Jenis-jenis Riba, Hukum Sorok Barang, Hutang Dan Barang Jumpa)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 23 adalah menjawab persoalan mengenai jenis-jenis riba, hukum sorok barang, permasalahan hutang dan hukum barang jumpa ( luqatah).

411. Soalan : Saya telah memberikan pinjaman wang kepada kawan saya sebanyak RM 500 dengan perjanjian di bayar semula dalam tempuh 1 bulan. Kemudian setelah saya memberikan wang tersebut kepadanya, dia mengajak saya minum di kedai. Adakah di kira sebagai riba apabila saya menerima pelawaannya untuk minum?

Saudara jangan menerima ajakannya untuk minum kerana setelah saudara memberikan pinjaman itu kepadanya saudara dilarang menerima apa-apa pelawaan atau ganjaran daripada peminjam tersebut kerana terdapat riwayat daripada Nabi SAW melarang sesiapa yang telah memberi pinjaman mengambil habuan daripada orang yang mengambil pinjaman tersebut. kerana sesuatu menfaat  tersebut di kira sebagai riba. Tetapi jika beliau hendak belanja minum hendaklah dilakukan sebelum pinjaman itu di lakukan atau selepas hutang itu dilunaskan sepenuhnya.

Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang, dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan, tetapi dia boleh bila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya). (Hadis Riwayat Bukhari)


Dalam riwayat yang lain, Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Jika kamu memberikan kepada seorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, janganlah makannya. Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya . Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum (pinjaman ) dibuat, maka kamu boleh menerimanya. (Hadis Riwayat Sunan Baihaqi – Jilid 5 – Hadis 10955 – Sunan Alkubra – Bab 97 – Setiap hutang yang ada lebihan/manfaat maka ia adalah Riba)

412, Soalan : Apakah hukum dalam Islam peniaga yang menyorok barang keperluan harian semata-mata untuk dinaikakan harganya? 

Hukumnya adalah haram dan berdosa sesiapa dikalangan peniaga yang cuba untuk menyorokkan barangan keperluan harian supaya barang tersebut di naikkan harganya,

Makmar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda (maksudnya) : "Jika seseorang menyimpan barangan sehingga harganya meningkat, dia adalah seorang pendosa (berbuat dosa)."  (Hadis Riwayat Muslim)


Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya) : "Orang yang membawa barangan untuk dijual akan dirahmati (disayangi) dengan nasib yang baik tetapi orang yang menyimpannya sehingga harga meningkat adalah dilaknat".  (Hadis Riwayat Ibn Majah, Darimi)


413. Soalan. Saya dan kawan saya menjula durian di pasar malam. Kawan saya menjual durian gred A (isi tebal dan warna tembaga) dengan harga yang lebih mahal sedikit. Saya menjual durian biasa dengan harga biasa. Saya ingin bertanya bolehkah jika saya berhajat membeli durian tersebut (untuk keluaga) kami buat pertukaran, dua biji durian yang saya jual bersamaan sebiji dengan durian gred A yang dijual oleh kawan saya.? 

Dalam Islam jenis barang yang sama tidak boleh dibuat pertukaran dengan jumlah berat yang berbeza kerana lebihan itu dikira sebagai riba. Terdapat hadis daripada Nabi SAW mengenai larangan tersebut.

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Bilal telah membawa kepada Nabi SAW beberapa kurma Barni (jenis kurma) dan apabila beliau (Bilal) ditanya oleh baginda (Nabi) dari manakah beliau mendapatkannya, beliau menjawab ” Aku mempunyai kurma yang mempunyai kualiti yang rendah , kemudian aku menukarkan dua Sa’ (gantang) daripadanya untuk satu Sa’ (gantang) yang ini.

Nabi SAW menjawab : "Ah, inilah intipati riba. Intipati dari riba. Jangan kamu lakukan demikian, tapi jika kamu mahukan, jualkan kurma dalam transaksi yang berasingan kemudian kamu beli dengan apa yang kamu dapatkan (dari jual beli kurma tadi)."


Berdasarkan hadis di atas maka caranya adalah saudara jual dahulu harga 2 biji durian yang saudara jual selepas urusan jual beli selesai maka saudara beli pula sebji durian kawan saudara (durian gred A) maka cara akad tersebut jelas tidak menggandungi riba.

414. Soalan : Saya telah berhutang dengan kawan saya semasa kami belajar di universiti. Setelah sama-sama tamat belajar kami berpisah dan membawa haluan masing-masing. Apabila teringat saya ada berhutang dengannya, saya cuba mencari  kawan saya tersebut untuk membayar hutangnya tetapi tidak berhasil . Bagaimanakah caranya boleh saya selesaikan hutang tersebut kerana saya dengar bahawa roh seorang mukmin itu akan tergantung diantara langit dan bumi jika dia mati dalam keadaan hutangnya belum dilunaskan?

Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Jika saudara sudah berikhtiar dengan berbagai cara untuk membayar hutang tetapi tidak berjumpa dengan kawan tersebut maka saudara boleh sedekahkan jumlah hutang tersebut  untuk sedekah jariah dan di niatkan untuknya. Supaya nanti di hari akhirat ada alasan dihadapan Allah SWT bahawa saudara telah cuba untuk selesaikan secara berhadapan dengan pemberi hutang tetapi tidak berhasil . Semoga pahala hasil daripada sedekah tersebut akan dimiliki oleh pemberi hutang dan beliau tidak akan tuntut pahala daripada kita seperti hadis di atas. Tetapi sekiranya dengan izin Allah saudara berjumpa dengan beliau maka tanggungjawab membayar balik tetap perlu dilaksanakan, kecuali jika beliau halalkan.

415. Soalan : Jika saya berjumpa barang ditengah jalan samaada wang atau barang makanan bagaimana caranya untuk selesaikan. Bolehkan saya menggunakannya atau serahkan kepada Baitulmal?

Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.

Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?

Ulama telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadis-hadis Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

1. Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti    roti , buah-buahan , kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadis Rasulillah SAW :

Ù„Ù…Ű§ Ű±ÙˆÙ‰ ۏۧۚ۱ Ù‚Ű§Ù„ : ( ۱۟۔ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… في Ű§Ù„Űč۔ۧ ÙˆŰ§Ù„ŰłÙˆŰ· ÙˆŰ§Ù„Ű­ŰšÙ„ يلŰȘÙ‚Ű·Ù‡ Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆ ŰŻŰ§ÙˆŰŻ .
 
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan, tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

2. Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta, tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu , kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadis Nabi SAW

( Ù…Ű§Ù„Ùƒ ÙˆÙ„Ù‡Ű§ ؟! مŰčÙ‡Ű§ ŰłÙ‚Ű§Ű€Ù‡Ű§ ÙˆŰ­Ű°Ű§Ű€Ù‡Ű§ ŰȘ۱ۯ Ű§Ù„Ù…Ű§ŰĄ ، وŰȘŰŁÙƒÙ„ Ű§Ù„ŰŽŰŹŰ± ، Ű­ŰȘى ÙŠŰŹŰŻÙ‡Ű§ Ű±ŰšÙ‡Ű§ ) مŰȘفق Űčليه ،

Maksudnya : "Biarkanlah ia ! Apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri dan mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya."

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ŰčÙ…Ű± : ( من ۣ۟۰ Ű§Ù„Ű¶Ű§Ù„Ű© فهو Ű¶Ű§Ù„ )

"Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat sesunggunya ia telah bersalah."

3. Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

a) Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada :

* Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.

* Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut.

* Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.

( ŰźŰ°Ù‡Ű§ ، ÙŰ„Ù†Ù…Ű§ هي لك ŰŁÙˆ Ù„ŰŁŰźÙŠÙƒ ŰŁÙˆ Ù„Ù„Ű°ŰŠŰš ) مŰȘفق Űčليه
 
Bermaksud : "Ambillah kerana haiwan itu samada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala."

b) Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

c) Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .

Nabi SAW  bersabda :

من ÙˆŰŹŰŻ Ù„Ù‚Ű·Ű© ÙÙ„ÙŠŰŽÙ‡ŰŻ ۰ۧ ŰčŰŻÙ„ ŰŁÙˆ Ű°ÙˆÙŠ ŰčŰŻÙ„ ÙˆÙ„Ű§ يكŰȘم ÙˆÙ„Ű§ يŰșÙŠŰš ÙŰ„Ù† ÙˆŰŹŰŻ Ű”Ű§Ű­ŰšÙ‡Ű§ ÙÙ„ÙŠŰ±ŰŻÙ‡Ű§ Űčليه ÙˆŰ„Ù„Ű§ فهو Ù…Ű§Ù„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„ ÙŠŰ€ŰȘيه من ÙŠŰŽŰ§ŰĄ

Maksudnya : "Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedekahkan kepada sesiapa yang diingini.” 

( Riwayat Abu Daud )

Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma’bud, hlm 101).

Tindakkan yang perlu dilakukan adalah :

1.Catatkan sifat dan jenis barang tersebut.

2.Hebahkan selama setahun. Ulama memberi panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka pada zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

Wallahualam.




Thursday, June 6, 2013

Soal Jawab Agama Siri 22 (Doa Yang Mustajab, Doa Dijauhkan Syirik, Tafsir Mimpi Dan Zuhud)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soala Jawab Agama Siri 22 adalah membincangkan mengenai doa yang mustajab, doa supaya di jauhi syirik, tafsir mimpi dan sifat zuhud

406. Soalan : Doa adalah senjata orang mukmin, siapakan di antara hamba-hamba Allah SWT doa mereka mustajab di sisi Allah SWT? 

Terdapat 7 golongan manusia doa mereka mustajab di sisi Allah SWT.iaitu :

1.Doa orang tua kepada anaknya.

2.Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.

3.Doa orang yang dianiaya.

4.Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

5.Doa seorang pemimpin yang adil.

6.Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.-mata.

7.Doa anak soleh terhadap orang tuanya.

Hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan tujuh golongan di atas adalah seperti berikut :

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Abu Daud)

Bahawasanya Nabi SAW  bersabda yang bermaksud : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

407. Soalan :Bolehkah ustaz berikan beberapa doa-doa yang diajarkan Nabi SAW untuk di amalkan dalam kehidupan kita seperti doa-doa berikut :

1. Doa agar terhindar daripada dosa syirik.

2. Doa agar selamat daripada kemalangan.

3. Doa ketika rasa takut.

4. Doa murah rezeki.

Terdapat dalam hadis-hadis Nabi SAW yang sahih yang di ajarkan oleh baginda kepada umatnya supaya sentiasa berdoa dan mohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.

1. Doa agar terhindar daripada dosa syirik.

 "Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak menyekutukan-Mu kepada sesuatu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun terhadap apa-apa yang tidak kami ketahui." (Hadis Riwayat Ahmad. no. 403, lihat Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib no. 36)

2. Doa agar selamat daripada kemalangan.

 "Ya Allah, tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah SWT."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi no. 3482 lihat Sahih al-Jami' al-Soghir no. 1297, Sahih al-Nasa'i no. 5053)

3. Doa ketika rasa takut.

 "Ya Allah, kami jadikan Engkau pada leher mereka dan kami berlindung kepada-Mu daripada kejahatan mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i dengan sanat yang sahih. Lihat Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no. 4582, al-Azkar no. 318 mengikut susunan oleh Dr, Hamid Ahmad al-Tahir)

4. Doa murah rezeki.

"Ya Allah, ampunkan dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan kepadaku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi - al-Jami' al-Tirmizi dalam bab al-Da'awat) 

408. Soalan : Di hari akhirat nanti sebahagian besar manusia akan melalui hisab (hanya sebahagian manusia terpilih sahaja yang akan terlepas daripada di hisab) iaitu di timbang dan di pereksa dengan teliti semua kebaikan dan keburukan manusia semasa di dunia. Adakah terdapat doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW supaya kita akan dipermudahkan semasa hisab nanti?

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Zubair daripada Aisyah r. ha. beliau menyatakan bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat baginda dengan doa : " Ya Allah! Mudahkanlah hisabku"

Sayidatinah Aisyah r.ha bertanya kepada Nabi SAW apakah yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah itu. Nabi SAW menjawab : "Allah SWT melihat amalan dalam catatan amalan seseorang itu dan kemudian Dia memaafkannya begitu sahaja. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan atas dosanya akan binasa. Apa-apa jua yang menimpa seseorang mukmin itu menghapuskan dosanya, sehingga duri yang kecil yang menusuk kakinya sekalipun."

Menurut Imam Ibn Kathir, hadis ini merupakan hadis sahih kerana menepati syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim. (Hadis Riwayat Ahmad no. 48)

409. Soalan : Saya bermimpi melihat masjid yang cantik dan tertulis di kubahnya ayat-ayat al-Quran. Apakah maksud mimpi saya ini.?

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana saudara telah mendapat mimpi yang baik, kerana sesungguhnya mimpi yang baik itu datangnya daripada  Allah SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)


Menurut Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi menurut Islam oleh Imam Ibnu Sirin jika bermimpi melihat masjid bermaksud aman daripada bahaya. dan melihat ayat-ayat al-Quran bermaksud mendapat petunjuk daripada Allah SWT insyaa Allah.

410. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan zuhud? Adakah orang yang zuhud itu akan meninggalkan kenikmatan dunia?


Sifat zuhud adalah satu sifat yang mulia di sisi Allah SWT. Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-A'laa ayat 16 dan 17 , yang mana Allah SWT. menyifatkan orang kafir mengutamakan dunia semata-mata, kemudian Allah menyebut kehidupan akhirat lebih baik dan kekal.


Firman Allah SWT bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)


Ibnu al-Qayyim mengatakan bahawa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.


Saidina Ali k.wj. pernah berkata , "Aku telah talak dunia dengan talak tiga" ini bermaksud dunia ini tidak masuk di dalam hatinya, apa yang beliau lakukan adalah semata-mata kerana Allah dan tidak ada langsung kepentingan dunia masuk di dalam hatinya.


Dari Abul Abbas, Sahel bin Sa'ad as-Sa'idi r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah aku suatu amalan, jika aku kerjakannya, nescaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai". Bersabda Rasullulah SAW, "Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah kepada pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai" (Hadis Hasan Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan)


Jelaslah kepada kita bahawa seseorang yang zuhud itu bukanlah mereka yang meninggalkan kemudahan dan nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT  tetapi mereka yang zuhud adalah dihatinya tidak ada perasaan tamakkan harta dunia . Bagi sesiapa yang memiliki sifat zuhud bahawa bertambahnya harta tidak menyebabkan dia bergembira begitu juga sekiranya berkurangnya harta dunia tidak meyebabkan dia merasai dukacita.

Wednesday, June 5, 2013

Soal Jawab Agama Siri 21 (Hati Terhijab, Bersabar Dengan Musibah, Jauhi Sifat Marah dan Maki Hamun dan Aurat Wanita)

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Siri 21 adalah menjawap persoalan kenapa hati terhijab, perlu bersabar ketika datangnya musibah, jauhi sifat marah dan suka maki hamun dan kenapa wanita ramai di neraka dan permasaalahan aurat wanita.

401. Soalan : Apakah sebabnya hati kita terhijab untuk menerima kebenaran dan bagaimana cara-cara mengatasinya?

Setiap manusia dilahirkan mempunyai hati. Samaada hati itu hidup atau mati bergantung kepada pemilih hati itu sendiri. Jika ia berusaha mengenali Allah SWT dan mencari kebenaran maka hatinya akan jadi baik, bersih dan sihat. Sebaliknya jika ia menjauhkan diri dengan Allah SWT dan melanggar perintah dan larangan-Nya maka hatinya akan menjadi sakit, berpenyakit dan terhijab. Inilah kelebihan manusia daripada haiwan-haiwan iaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah SWT dengan sebenarnya hingga ia menjadi hamba Allah yang benar-benar takutkan kepada-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Surah Al Baqarah ayat 10)

Terdapat 4 sebab kenapa hati kita boleh terhijab (tertutup) :

Pertama : Memakan makanan yang haram atau syubahat .
 

Bukan sahaja hati terhijab tetapi doa pun tidak diterima oleh Allah SWT.

Dalam hadis Nabi SAW : "....seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya, dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa) Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram, dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua :Makanan halal tetapi berlebih-lebihan di dalam pemakanan.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :"Wadah yang paling dibenci oleh Allah ialah perut yang penuh dengan makanan yang halal".

Allah SWT. benci kepada perut yang penuh dengan makanan sebab perut yang ketat itu akan melemahkan kegiatan hati yakni tidak kuat untuk memandang pada alam ghaib. Bila hati lemah maka manusia jadi lalai dan malas (mahu tidur sahaja). Malas beribadah dan mudah terjebak dalam maksiat. Atas dasar inilah para solafussoleh hanya sedikit makannya.
 

Ketiga : Pandangan dan Pendengaran yang Haram.

Telah sepakat orang-orang kita mengatakan: “Dari mata turun ke hati.” Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan setakat di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan ke hati. Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram), maka hati kita akan bersalut kejahatan dan kemungkaran.


Allah SWT menyuruh lelaki beriman supaya menundukkan pandangan matanya kepada wanita yang bukan mahram, begitu juga Allah SWT menyuruh wanita beriman  supaya menundukkan pandangan mereka kepada lelaki yang bukan mahram. Hikmah arahan ini adalah supaya mereka akan merasa kemanisan iman dan terpelihara hati mereka daripada cenderung kepada kemungkaran.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..." (Surah an-Nur ayat 31)

Keempat : Melakukan dosa akan berlaku titik hitam di hati.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu (dosa dan kekufuran) telah menutup hati mereka." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." 

(Surah al-Baqarah, ayat 74).

402. Soalan : Kawan saya telah ditimpa musibah dengan penyakit barah tahap yang serius, dia sentiasa mengeluh dan sedih diatas musibah yang di alaminya. Telah banyak wang dihabiskannya untuk mengubati penyakit tersebut tetapi masih belum sembuh.  Apakah cara terbaik dapat saya menasihatinya supaya hatinya tenang dan dia redha terhadap qada dan qadar yang berlaku keatas dirinya?

Saudara perlu menasihatinya supaya redha dengan qada dan qadar yang berlaku keatas dirinya kerana seorang mukmin yang beriman dan bertakwa perlu redha dengan ketentuan takdir daripada Allah SWT. Di balik penyakit yang di alaminya pasti ada hikmah yang ada di sisi Allah SWT yang mana kita sendiri tidak mengetahuinya. Jika dia bersabar ganjaran pahala besar menantinya , dihapuskan dosa-dosa dia yang telah lalu dan ditingkatkan satu darjat kedudukannya di sisi Allah SWT.

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dilanda musibah. Mereka tidak cepat berputus asas, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah SWT selepas segala usaha dan ikhtiar untuk berubat telah dilakukannya.

Mereka yang mendapat petunjuk adalah mereka yang sentiasa berlapang dada  untuk  dengan penyakit yang alami  tanpa kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman :

قُلْ يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيَ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِهِمْ Ù„Ű§ ŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِن ۱َّŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ
 

"Katakanlah :'Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang." (Surah az-Zumar ayat 53)

Hadis dari Jabir bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).

Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 

Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW .bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang redha dengan musibah itu maka baginya keredhaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak redha) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Hadis riwayat Tirmidzi)

403. Soalan : Saya bekerja di syarikat swasta, pengurus syarikat yang saya bekerja sifatnya suka marah-marah dan maki hamun pekerja dibawahnya walau pun mereka melakukan kesilapan yang kecil. Minta pandangan ustaz adakah saya boleh membalasnya dengan maki hamun kepadanya atau saya perlu bersabar menghadapai perangai buruk beliau.?
 

Peribadi seorang mukmin dia tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan, maki hamun dengan maki hamun tetapi dia tetap bersabar dan tidak meluahkan perasaan marahnya tanpa kawalan.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)

Dalam satu hadis Nabi SAW melarang seseorang yang membalas maki hamun dengan makin hamun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bertakwalah kepada Allah dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan pakaian kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur, satu sifat yang tidak disukai Allah. Andainya ada orang yang memaki dan mencaci dengan sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat yang ada padanya, biarlah ia yang menanggung padah dan kita mendapat pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain. (Hadis Riwayat At Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman).

Perlu diingat bahawa ucapan negatif yang lahir daripada mulut seseorang sebenarnya ucapan negatif tersebut akan kembali balik kepada orang yang mengucapkannya.

Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang maksudnya  :”Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” ( Muttafaq 'alaih).


404. Soalan : Semasa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW melihat ramai wanita di neraka, dan baginda melihat sendiri gambaran seksaan yang akan diterima oleh wanita kerana dosa-dosa besar yang mereka lakukan semasa di dunia. Bolehkan ustaz terangkan apakah yang menyebabkan wanita ramai di neraka?

Rasulullah SAW. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj baginda bersabda yang maksudnya "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Berdasaarkan riwayat di atas jelaslah bahawa wanita ramai dalam neraka kerana :

1. Kurang taat kepada Allah dan Rasulullah.

2. Kurang taat kepada suami mereka.

3. Tabarruj dedah aurat dan berhias-hias.

Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah SWT?

Allah SWT tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang menderhaka kepada suami dan mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak jika mereka tidak mensihati wanita.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Hadis Riwayat Muslim).

Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit tidak sopan sebagai artis, sebahagiannya pula pakai tudung tetapi baju dan seluar yang dipakai cukup ketat hingga menampakkan susuk badan dan peha meraka. Wanita  begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah SWT kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah SWT, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak, tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang bukan Islam.

405. Soalan : Saya sungguh hairan kenapa wanita tahu bahawa menutup aurat adalah wajib dan seksaan di akhirat cukup berat dan azab jika tidak menutup aurat tetapi kenapa majoriti wanita Islam hari ini tidak tutup aurat malah mereka berbangga pula dengan fesion pakaian morden yang mereka pakai. Bagi yang memakai tudung pula tudung yang dipakai terlalu nipis dan masih tidak sempurna kerana aurat mereka masih terdedah kerana baju dan seluar yang di pakai terlalu ketat?
 

Faktor yang paling besar kenapa wanita masih tidak mahu menutup aurat adalah kerana jiwa dan imannya terlalu lemah sehinggakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya tidak mendorong mereka untuk melaksanakan dengan rasa insaf dan takut akan seksaan-Nya di hari akhirat. Mereka juga tidak suka menuntut ilmu agama di masjid untuk menambahkan kesedaran dan kefahaman Islam hingga menyebabkan jiwa mereka kosong. Mereka lebih seronok melayan nafsu untuk berhibur dengan artis-aris pujaan mereka dan menghabiskan masa di depan television daripada mendalami ilmu agama atau mengikuti tarbiah dan tazkirah di masjid-masjid.

Suami-suami dan bapa-bapa mereka pula tidak berilmu dan tidak pula memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada isteri-isteri atau anak-anak gadis mereka akan perintah dan larangan daripada Allah SWT. Kesan daripada ini maka maka ramailah kita lihat wanita Islam tidak menutup aurat dan yang memakai tudung pula masih tidak sempurna menutup aurat seperti kehendak ajaran Islam.

Untuk mengatasi masaalah ini perlulah Jakim, Jabatan Agama, Jemaah Islam, NGO Islam, Pertubuhan Dakwah, pendakwah bebas dan alim ulama bekerjasama untuk  mengadakan kuliah-kuliah agama, kursus-kursus dakwah, kursus motivasi Islami, penyebaran risalah Islam, tazkirah khusus untuk kaum wanita di hujung minggu dan di perkasakan peranan dan tanggungjawab suami dan bapa untuk mendidik orang-orang dibawah tanggungan mereka terutama isteri dan anak-anak mereka.