Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang
dianugerahkan yang diberikan oleh Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi
terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur
kerana terlepas daripada bala, malapetaka , penyakit dan bencana yang
menimpa.
Antara lain pengertian syukur ialah:
Pertama : Mengaku dan memuji Allah SWT atas nikmat yang diberi dan
menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah SWT.
Kedua : Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepada makhlukNya
adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan,
kekayaan ,kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan
berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan satu kewajipan
kepada Allah SWT.
Ketiga : Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak
berterima kasih adalah adalah orang yang tidak mengenal budi. Oleh itu,
hendaklah digunakan nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT untuk menambahkan
ibadah kepada-Nya dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat
itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
Allah SWT menyatakan dalam al-Quran bahawa mereka yang bersyukur adalah golongan yang sedikit.
Pada zaman Saidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering
berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku
dalam golongan yang sedikit"
Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau sedang melakukan
tawaf di Kaabah. Saidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda
tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda
berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya
Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada
permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"
Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa
berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah SWT seperti
firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di
bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur." (Surah
al-A'raf ayat 10)
Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu
terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".
Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:
"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".
Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, seperti doa pemuda tersebut.
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji. maksudnya : "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim ayat 7)
Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.
Sahabat yang dikasihi,
Jesteru,untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu meminta dan
memohon kepada Allah SWT . Dia mengajarkan doa tersebut di dalam
Al Quran ;”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang
Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat
berbuat amal soleh yang Engkau redai, berilah kebaikan kepadaku dengan
(memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat
kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
(Surah Al Ahqaf ayat 15)
Marilah sama-sama kita menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur
dan reda dengan ketentuan takdir Allah SWT. Banyakkan berdoa semoga kita
terpilih dimasukkan kedalam golongan yang "sedikit" iaitu orang-orang
yang bersyukur kepada Allah SWT.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment