Friday, November 4, 2011

Empat Belas Kebaikan Dunia yang Perlu di Miliki Oleh Orang Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan melalui lima fasa alam, bermula daipada alam roh, alam kandungan ibu, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.

Semasa di dalam alam roh (alam arwah) Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-'Araf ayat 172 yang bermaksud, "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, 'bahkan kami menyaksikan'." Kesemua roh makhluk telah membuat pengakuan kepada Allah S.W.T. bahawa mereka semuanya mengakui bahawa Tidak ada Tuhan lain melainkan Allah S.W.T.

Selepas berada di alam arwah, roh manusia pula di turunkan kebumi melalui perut kandungan ibu. Seperti hadis di bawah :

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya:
“Rasulullah S.A.W.  telah menceritakan kepada kami sedang baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: 'Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.
(Surah al-Mukminun ayat 12-14).

Apabila manusia dilahirkan di dunia ini maka bermulalah tanggungjawab manusia kepada Allah apabila mencapai umur akil baligh. Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah ibu bapanyalah yang akan membentuk anak tersebut samaada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menyahudikannya, atau menasranikannya atau memajusikankannya."

Manusia dilahirkan kedunia adalah untuk menyembah Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku" (Surah az-Zariyat ayat 56)

Setelah manusia faham bahawa hidup di dunia ini hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. kemudian manusia melaksanakan pula tanggungjawabnya sebagai khalifah dimuka bumi ini iaitu memakmurkan muka bumi Allah S.W.T. ini dengan kebaikan.

Allah S.W.T. berfirman tentang kriteria khalifah-Nya yang bermaksud :
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan beramal soleh (kebaikan), bahwa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah di bumi, Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah. Sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah diredai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-Ku dan tidak menyekutukan apapun dengan-Ku. Dan barang siapa kafir setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur ayat 55).

Pada ayat tersebut, jelas sekali Allah berjanji akan menjadikan hamba-hamba-Nya sebagai khalifah yang akan menguasai dan memimpin dunia. Tetapi janji itu akan ditepati-Nya bagi manusia yang beriman dan beramal kebaikan. Dengan demikian dapat disimpulkan, bahwa kriteria lain dari seorang khalifatullah adalah iman dan amal soleh.

Terdapat 14 ciri-ciri kebaikan di dunia ini yang dikurniakan Allah S.W.T kepada orang-orang mukmin sebagai bekalan untuk dia melaksanakan fungsi sebagai khalifah Allah (pemimpin) di dunia ini dengan adanya kebaikan ini akan menjadi bekalan untuk dua alam lagi iaitu alam barzakh dan hari akhirat.

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah SWT.

Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang dibantu oleh Allah untuk mengamalkan Islam. Islam bererti selamat. Orang Islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh beruntung orang yang beragama Islam…" (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abi Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda, (Hadis qudsi) "Firman Allah Taala: 'Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.

Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...'." (Hadis Riwayat Muslim)

2. Diberi kefahaman dalam agama.

Untuk amalkan Islam perlukan kefahaman. Siapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah SWT akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tidak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dapat berbuat amalan soleh.

Dengan kefahaman agama yang Allah SWT beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas'." (Surah Az-Zumar ayat 10)

4. Mendapat ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara baik dan selamat. Sebab itu Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud : "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah manfaat kepadaku dari apa-apa Engkau ajarkan kepadaku dan ajarkan daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku." (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah (fardu ain) yang berteraskan wahyu seperti akidah, syariah dan akhlak dan ilmu akliyah (fardu kifayah) iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredaan Allah SWT.

Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.

5. Mendapat isteri yang solehah.

Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan. Kebahagiaan selalunya bermula di rumah. Siapa yang mendapat pasangan hidup yang baik patut bersyukur kerana di situlah tanda kebahagiaannya. Isteri atau suami yang baik ini juga membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Itulah antara kebaikan di dunia buatnya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri." (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya reda kepadanya, maka ia akan masuk syurga." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya.

Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab.

Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Namun ada juga orang yang Allah SWT beri kebaikan walaupun tidak mendapat pasangan hidup yang soleh atau solehah. Buat mereka Allah SWT kurniakan pahala sabar dalam mendidik atau sabar dalam menghadapi kerenah pasangannya.

6. Mendapat zuriat penyejuk hati.

Betapa sejuknya hati kalau anak-anak taat, hormat dan tahu berbakti. Tanpa tiga perkara ini, tidak ada erti kepandaian, kedudukan dan jawatan tinggi yang dibangga-banggakan pada anak. Anak yang soleh (baik) akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita terus mengalir kepada kita dan kita juga menerima kebaikan dari doa mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan penyejuk hati perlulah kepada empat elemen iaitu isteri yang solehah (menjadi ibu yang solehah mendidk anak-anak) , rumah yang luas (susana tarbiah berlaku dirumah), jiran yang baik (akan mempengaruhi peribadi anak-anak) dan kenderaan yang baik (keselesaan dalam kehidupan harian). Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen di atas seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud :
"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Wanita yang solehah-iaitu isteri yang baik juga akan menjadi ibu yang solehah yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja.

Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

7. Mendapat sahabat-sahabat yang soleh.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang buruk adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

Perkara ini juga disebut dalam hadis sebagai tanda kebahagiaan. Sahabat yang baik akan tegur kesalahan kita dan mengajak kita buat baik. Sahabat yang soleh atau solehah ini akan bawa kita ke jalan hidup selamat. Mereka tempat berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.

Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

8. Kesihatan, kesejahteraan dan kelapangan.

Dengan kesihatan yang baik, banyak perkara dapat dilakukan dalam hidup ini. Orang mukmin memanfaatkan kesihatan untuk buat sebanyak mungkin kebaikan sebelum datangnya sakit. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup.

Rasulullah SAW  berdoa yang bermaksud : "Ya Allah, ‘afiatkanlah tubuh badanku dan ‘afiatkanlah pendengaranku." (Hadis Riwayat Ibnu Syaibah)

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan." (Hadis Riwayat Bukhari)

Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan saleh sebelum sakit. Seseorang itu janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai.

Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah SWT ke atas manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat kemenangan begitu juga sebaliknya.

9. Panjang umur di dalam ketaatan.

Setiap orang muslim diantara kita tentu menginginkan berumur panjang supaya bertambah kebaikannya. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW tatkala baginda ditanya:  Siapakah orang yang paling baik itu? Baginda menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).

Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur sambil berbuat ketaatan kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya." (Hadis Riwayat Jabir r.a.)

10. Mendapat rezeki yang halal.

Rasulullah SAW menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia akan memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari usaha yang halal." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak bersyukur. Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.

11. Beroleh keimanan dan ketakwaan.

Dengan iman dan takwa, seseorang itu mulia di sisi Allah dan di sisi manusia. Siapa yang tak sukakan kemuliaan? Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kamu bertakwa, kerana ia merangkumi semua kebaikan." (Hadis Riwayat Abu Ya’ala)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat takwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)." (Hadis Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah SWT ialah :1.Bertakwa, 2.  kaya jiwa (berakhlak mulia) dan 3. tidak menonjolkan diri.

Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat. Islam menyuruh umatnya supaya bertakwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

12. Banyak mengingati Allah SWT.

Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan. Orang mukmin adalah orang yang hidupnya penuh ketenangan.

Firman-Nya: "...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenteram (tenang)." (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya  : "Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Hadis Riwayat ad-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang mencintai Allah SWT dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.

Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.

Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah SWT, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat.

Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah.

Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci, keluh-kesah dan lain-lain sifat mazmumah. Tidak hairanlah dikatakan, orang yang bersih hatinya dari sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan di dunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah.

Misalnya jika ada orang terganggu dengan turunnya hujan pada waktu hujan itu ‘tak diperlukan’, dia sentiasa mencari hikmah di sebaliknya. Bila dapat nikmat pula, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah. Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyuci (membersihkan) jiwanya." (Surah Al-A’la, ayat 14)

14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khotimah).

Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah SWT : "….demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang dimatikan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun ‘Alaikum." (Surah An-Nahl, ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya  : "Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah." (Hadis Riwayat Abu Na’im)

Para ulama yang beramal dengan ilmunya melihat sesuatu dengan mata hati. Oleh itu, dalam senarai kebaikan di dunia yang mereka turunkan di atas, tidak ada perkara-perkara berbentuk nikmat zahir semata-mata. Misalnya mereka tidak kata kebaikan di dunia itu ada pada rumah besar, kedudukan tinggi, isteri cantik, duit banyak, nama popular, kenderaan mewah dan lain-lain yang sering kita buru hari ini. Semua ini tidak ada dalam senarai para ulama. Bermakna, mendapat semua itu belum bererti mendapat kebaikan yang hakiki.

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hamba Allah yang taat – hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl ayat 122 dinyatakan bahawa Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. hasanah (kebaikan) di atas kehidupan dunia.

Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah akan beri kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki. Walaupun mengutamakan akhirat, Allah akan dahulukan bermacam-macam kebaikan buat mereka di dunia lagi. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Maka di antara manusia ada yang berdoa : 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia', dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apa pun. Dan di antara mereka ada yang berdoa :  'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka' ."
(Surah al-Baqarah ayat  200-201)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kita jadikan kebaikan hidup di dunia ini untuk mencapai kebahagiaan kita di hari akhirat. Kita tidak mahu berbahagia semata-mata di dunia sahaja, kerana kehidupan yang sebenarnya dan kehidupan di hari akhirat yang mendapat balasan syurga.





Sambutlah Kedatangan Hari Raya Aidil Adha Dengan Kesyukuran dan Ketakwaan Kepada Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada tarikh 10 Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha yang merupakan hari kebesaran bagi umat Nabi Muhammad SAW . Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.)
 
Kita akan sambut kedatangan hari kebesaran umat Islam pada 10 Zulhijjah  iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji pada hari Ahad , 6 November, 2011.

Hari Raya Aidil Adha (ŰčÙŠŰŻ Ű§Ù„ŰŁŰ¶Ű­Ù‰) atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam. Hari Raya Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Hari Raya Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Tasyrik merupakan hari-hari yang jatuh pada tarikh 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ia di namakan Tasyrik kerana pada hari tersebut daging korban dibahagikan. Hari-hari Tasyrik ini merupakan hari yang dimuliakan oleh Allah SWT dan memiliki keutamaan. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang terbilang." (Surah al-Baqarah (2) ayat 203)
 
Dalam Tafsir Ibn Kathir telah dibawa sebuah riwayat Daripada Ibn ‘Abbas r.a yang berkata: "Beberapa hari yang terbilang (dalam hadis di atas) adalah hari-hari Tasyrik". Dalam kitab tersebut Ibn Kathir r.h telah membawa sebuah riwayat daripada Nubayshah Al-Hudzali, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: "Hari Tasyrik ialah hari untuk makan, minum dan berzikir." (Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 19797)

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Aisyah meriwayatkan, bahwa Nabi SAW bersabda : "Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam pada hari nahr yang lebih dicintai Allah, selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan). Dan haiwan yang disembelih itu kelak di hari kiamat akan datang (menemui orang yang korban) lengkap dengan tanduk, kuku dan sepatu kakinya. Dan sesungguhnya darah akan diterima Allah  sebelum darah itu jatuh ke tanah. Kerana itu lakukanlah korban itu dengan seikhlas mungkin. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Dari hadis ini jelaslah bahawa haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang menemui orang yang berkorban lengkap dengan tanduk, kuku dan sepatu kakinya. Itulah kebaikan korban di akhirat. Sementara di dunia dapat memberikan dagingnya kepada orang-orang miskin dengan ini akan mendapat pahala sedekah. Kerana sasaran utama daging korban adalah untuk fakir miskin bukannya untuk orang kaya, bahkan yang berkorban pun boleh memakannya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di Padang Arafah, di luar bandar Makkah.

Sahabat yang dimuliakan,
Pada hari raya, umat Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Aidil Adha, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri. Di pagi hari sebelum berangkat ke masjid untuk Hari Raya Aidil Fitri di sunatkan menjamah sedikit makanan tetapi sebaliknya di pagi Hari Raya Aidil Adha tidak disunatkan menjamah makanan.

Selepas bersembahyang sunat Aidil Adha, upacara korban akan dimulakan. lembu, kambing, dan biri-biri atau unta yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim a.s untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Sahabat yang dihormati,
Umat Islam di negara kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh meriah dan nampak kemeriaannya dengan pakaian baru, juadah dan kuih muih yang bermacam-macam jenis dan langsir dan perabut rumah serba baru. Ziarah menziarahi di antara satu sama lain dan bermaaf-maafan. Tetapi kenapa keadaan seperti ini tidak berlaku semasa menyambut kehadiraan Aidil Adha? Sedangkan Aidil Adha adalah hari kebesaran yang mempunyai sejarah yang besar untuk umat Islam iaitu pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. keatas anaknya Nabi Isamil a.s atas perintah Allah SWT Pada Aidil Adha ini juga berlaku perlaksanaan Ibadah Haji di Makkah al-Mukaramah ianya merupakan perlaksanaan Rukun Islam yang ke lima.

Oleh itu marilah sama-sama kita sambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan penuh kesyukuran dan ketakwaan kepada Allah SWT, setelah mengerjakan solat sunat Aidil Adha kita teruskan bersama-sama menjalankan ibadah korban iaitu sembelihan binatang ternak dan selepas itu ziarah menziarahi sesama saudara muslim dan bermaaf-maafan sesama kita. Dan terus bertakbir memuji Allah SWT.pada 10 Zulhijjah dan  pada hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah untuk mencari keredaan Allah SWT.

Thursday, November 3, 2011

Sebab-sebab Doa Tidak di Makbulkan Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Doa adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Doa adalah senjata orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya dari langit." (Hadis riwayat Hakim)

Seorang hamba yang merendahkan dirinya dan bersifat tawaduk akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Orang yang sombong dan merasakan dirinya serba cukup tidak mahu berdoa kepada Allah SWT dan dia hanya bergantung kepada hartanya, ilmunya, pangkatnya dan kekuasaannya yang dia miliki. Manusia seperti ini satu hari akan kecewa dan mengalami kegagalan kerana pergantungannya adalah suatu yang rapuh kerana menjauhkan dirinya daripada Allah SWT.

Terdapat 8 hikmah dan kebaikan berdoa kepada Allah SWT untuk menjadi panduan kita semua. Perkara-perkara adalah seperti berikut :

1) Doa adalah pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2) Allah SWT amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hamba-Nya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

3) Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketakwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

4) Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.' (Surah ar-Ra'du ayat 28)

5) Dengan berdoa Allah SWT akan menimbulkan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Doa itu adalah anak kunci kepada pintu Rahmat."
(Hadis riwaya Ad-Dailami)

6) Doa merupakan penghubung di antara anak dengan ke dua ibu bapa sama ada yang masih hidup ataupu telah mati. Bagii ibu bapa yang telah meninggal dunia maka dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur. Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang (sentiasa) mendoakannya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

7) Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

8) Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah." (Hadis riwayat Muslim)


Sahabat yang dihormati,
Walaupun doa mempunyai banyak hikmah dan kebaikan tetapi kenapa doa-doa kita masih tidak dimakbulkan oleh Allah SWT?

Sebagai seorang mukmin yang sentiasa bermuhasabah diri perlulah kita mencari punca-puncanya supaya bila bertemu punca maka kita akan dapat memperbaikinya dan menjadikan doa kita makbul dan diterima oleh Allah SWT.

Terdapat satu kisah yang berlaku dizaman tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal Ibrahim Adham memberi nasihat kepada umat Islam bahawa terdapat 10 perkara kenapa doa-doa merka  tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

"Pada suatu masa Ibrahim Adham pernah di tanya kenapakah doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT?
Ibrahim Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT :

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (tanggung jawab kamu kepadaNya)

2. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.

3. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.

4. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya.

5. Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.

6. Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.

7. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.

9. Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

10. Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT,beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.

Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan 10 amalan yang dinyatakan oleh Ibrahim Adham kerana kesemua perkara tersebut adalah ajaran Islam yang sepatutnya kita beramal dan melaksanakannya dalam kehidupan kita. Jika kita istiqamah dengan Islam, melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan mematuhi sunah Rasulullah SAW dan menjaga hubungan kita sesama manusia  maka yakinlah insya Allah doa-doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT

Hidupkan Amal Ibadah dan Amal Soleh di Sepuluh Pertama Bulan Zulhijjah (1-10 Zulhijjah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sekarang ini sedang berada di sepuluh hari pertama bulan Zulhijah (1-10 haribulan Zulhijah). Sepuluh hari pertama ini adalah hari yang penuh keberkatan.

Firman Allah SWT :

وَŰ§Ù„ْفَŰŹْ۱ِ. وَلَيَŰ§Ù„ٍ ŰčَŰŽْ۱ٍ

“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah Al-Fajr (89) ayat 1-2)

Imam at-Tabari, ketika membentangkan ayat ini dalam tafsirnya berkata: “Firman-Nya, ‘dan malam yang sepuluh’ adalah malam sepuluh Zulhijjah, sebagaimana ijmak hujah daripada para ahli takwil tentangnya.” [At-Tabari; jilid 7, muka surat 514]

Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” [Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]

Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah SAW  telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”
(Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164)

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT maka kita perlulah meningkatkan amal ibadah dan amal soleh kita di dalam sepuluh hari pertama bulan Zulhijah ini dengan memperbanyakkan :

1. Memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah SWT, berdoa memohon kepada-Nya dan tilawah al-Quran :

Allah SWT  berfirman:

وَيَŰ°ْكُ۱ُÙˆŰ§ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ فِي ŰŁَيَّŰ§Ù…ٍ مَّŰčْلُومَۧŰȘٍ

Maksudnya : "...serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu,” (Surah Al-Hajj (22) ayat 28)

2. Memperbanyak solat sunat (duha, witir, rawatib, taubat dan lain-lain)

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW  bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu.  Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis riwayat at-Tirmizi).           

Nabi SAW  telah menyatakan galakan terhadap perbuatan ini secara lisan dan perbuatan sebagaimana yang dikuatkan oleh hadis ini:

Ű±ÙˆÙŠ Űčن Ű«ÙˆŰšŰ§Ù† – Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه – ŰŁÙ†Ù‡ Ù‚Ű§Ù„: "ŰłŰŁÙ„ŰȘ Űčن Ű°Ù„Ùƒ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – ÙÙ‚Ű§Ù„: Űčليك ŰšÙƒŰ«Ű±Ű© Ű§Ù„ŰłŰŹÙˆŰŻ لله؛ ÙŰ„Ù†ّك Ù„Ű§ ŰȘ۳ۏۯ لله ۳ۏۯ۩ً Ű„Ù„Ű§ Ű±ÙŰčك Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ‡Ű§ ۯ۱ۏ۩ً، ÙˆŰ­Ű·َّ Űčنك ŰšÙ‡Ű§ ŰźŰ·ÙŠŰŠŰ©ً
[Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…؛ Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű±Ù‚Ù… 1093، Ű” 202]

Diriwayatkan daripada Thauban r.a., katanya: “Aku telah bertanya tentang perkara tersebut kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: “Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah kerana dengan setiap sujud engkau kepada Allah itu, Allah akan mengangkatkan untukmu satu darjat dan Allah akan menjauhkan darimu satu kesalahan.”
(Hadis Riwayat Ahmad; hadis no. 1093, muka surat 202)

3. Menyembelih binatang korban.

Kerana ia adalah ibadah yang disyariatkan, yang dengannya seorang muslim itu mendekatkan dirinya kepada Allah SWT pada Hari Sembelihan atau dalam tempoh Hari Tasyrik ketika dia menyembelih haiwan Qurban itu sama ada kambing atau lembu atau unta, kemudian dia makan sebahagian daripadanya dan memberi hadiah serta bersedekah. Dalam perkara ini terdapat banyak makna perbelanjaan, pengorbanan dan penebusan, selain meneladani hidayah Nabi SAW. yang diberkati.

Aisyah meriwayatkan, bahwa Nabi SAW bersabda : Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam pada hari nahr yang lebih dicintai Allah, selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan). Dan haiwan yang disembelih itu kelak di hari kiamat akan datang (menemui orang yang korban) lengkap dengan tanduk, kuku dan sepatu kakinya. Dan sesungguhnya darah akan diterima Allah  sebelum darah itu jatuh ke tanah. Kerana itu lakukanlah korban itu dengan seikhlas mungkin. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Dari hadis ini jelaslah bahawa haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan menjadi kendaraan ke syurga. Itulah kebaikan korban di akhirat. Sementara di dunia dapat memberikan dagingnya kepada orang-orang miskin dengan ini akan mendapat pahala sedekah. Kerana sasaran utama daging korban adalah untuk fakir miskin bukannya untuk orang kaya, bahkan yang berkorban pun boleh memakannya.

4. Memperbanyak sedekah dalam bentuk kebendaan dan maknawi.

Kerana padanya terdapat makna taqarrub kepada Allah s.w.t, mengharapkan ganjaran dan pahala daripada-Nya dengan cara membelanjakan, memberi dan ihsan kepada orang lain. Firman Allah SWT :

مَّن Ű°َۧ Ű§Ù„َّŰ°ِي يُقْ۱ِ۶ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ قَ۱ْ۶ًۧ Ű­َŰłَنًۧ فَيُ۶َۧŰčِفَهُ لَهُ وَلَهُ ŰŁَŰŹْ۱ٌ كَ۱ِيمٌ

Maksudnya : “Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!” (Surah Al-Hadid (57) ayat 11)

Selain itu, dengannya juga jalinan hubungan kemasyarakatan dapat dikukuhkan melalui perhatian tentang keadaan para fakir, miskin, anak-anak yatim, orang-orang yang memerlukan dan memenuhi keperluan mereka. Bahkan pada sedekah itu juga terdapat ganjaran yang agung walaupun diberikan dalam bentuk maknawi, bukan dalam bentuk material.

Nabi SAW sabda maksudnya : “Setiap Muslim itu perlu bersedekah.”

Para sahabat bertanya: “Wahai Nabi Allah! Bagaimana pula bagi orang yang tidak mampu?”

Baginda bersabda: “Hendaklah dia bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah dengannya.”

Para sahabat bertanya pula: “Jika dia masih tidak mampu?”

Baginda bersabda: “Hendaklah dia membantu orang yang memiliki keperluan yang mendesak.”

Para sahabat bertanya lagi: “Jika dia masih tidak mampu?”

Baginda bersabda: “Hendaklah dia melakukan yang makruf dan mencegah keburukan dan perbuatan itu adalah sedekah baginya.”
(Hadis Riwayat Bukhari; hadis no. 1445, muka surat 233)

5. Berpuasa sunat.

Kerana ia adalah sebaik-baik ibadah yang perlu dijaga oleh seorang muslim disebabkan  keagungan ganjarannya dan pahalanya yang berganda.

Űčن ŰšŰč۶ ŰŁŰČÙˆŰ§ŰŹ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – Ù‚Ű§Ù„ŰȘ: "ÙƒŰ§Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – ÙŠŰ”ÙˆÙ… ŰȘŰłŰčَ Ű°ÙŠ Ű§Ù„Ű­ŰŹŰ©، ويوم ŰčŰ§ŰŽÙˆŰ±Ű§ŰĄ، ÙˆŰ«Ù„Ű§Ű«Ű© ŰŁÙŠŰ§Ù…ٍ من كُلِ ŰŽÙ‡Ű±، ŰŁÙˆÙ„ Ű§Ű«Ù†ÙŠÙ† من Ű§Ù„ŰŽÙ‡Ű± ÙˆŰ§Ù„ŰźÙ…ÙŠŰł
[Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆ ŰŻŰ§ÙˆŰŻ؛ Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű±Ù‚Ù… 2437، Ű” 370]

Beberapa isteri Nabi SAW  telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW. akan berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari dari setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.”
(Hadis Riwayat Abu Daud; hadis no. 2437, muka surat 370)

Bukan hanya ini sahaja... Selain puasa itu adalah antara ibadah yang dapat mendekatkan para hamba kepada Allah s.w.t. dan ganjarannya juga agung, terdapat juga ganjaran lain sebagaimana hadis berikut:

ÙÙ‚ŰŻ Ű±ÙˆÙŠ Űčن ŰŁŰšÙŠ قŰȘۧۯ۩ Ű§Ù„ŰŁÙ†Ű”Ű§Ű±ÙŠ – Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه – ŰŁÙ† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – ŰłŰŠÙ„ Űčن Ű”ÙˆÙ… يوم ŰčŰ±ÙŰ© ÙÙ‚Ű§Ù„: يُكفِّ۱ Ű§Ù„ŰłÙ†Ű© Ű§Ù„Ù…Ű§Ű¶ÙŠŰ© ÙˆŰ§Ù„ŰšŰ§Ù‚ÙŠŰ©
[Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…؛ Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű±Ù‚Ù… 2747، Ű” 477]

Telah diriwayatkan daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW  telah ditanya tentang Puasa Hari ‘Arafah, lalu Baginda bersabda: “Ia menghapuskan (dosa) tahun yang lalu dan tahun yang selepasnya.”
(Hadis Riwayat Muslim; hadist no. 2747, muka surat 477)

6. Qiamullail.

Kerana ia adalah daripada ibadah-ibadah yang digalakkan Nabi SAW. untuk dijaga walaupun ia tidak wajib. Juga kerana ia adalah daripada jenis ibadah yang dilakukan pada masa-masa tertentu secara khusus, seperti pada malam-malam bulan Ramadan al-Mubarak, malam-malam hari-hari sepuluh dan lainnya. Qiamullail adalah daripada sifat ‘ibadurrahman yang Allah ceritakan tentang mereka dalam firmannya:

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰšِيŰȘُونَ لِ۱َŰšِّهِمْ ŰłُŰŹَّŰŻًۧ وَقِيَŰ§Ù…ًۧ

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.” (Surah Al-Furqan (25) ayat  64)

Mereka menghabiskan malam mereka untuk menyembah Allah SAW dengan mengerjakan solat, bertahajjud, mengingat dan menyebut nama Allah, memohon keampunan dan berdoa kepada Allah, memohon kelebihannya dan memohon perlindungan daripada azab-Nya.

7. Taubat dan kembali kepada Allah

Kerana antara perkara yang disyariatkan pada hari-hari yang diberkati ini adalah agar manusia itu segera bertaubat yang benar dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t, agar dihapuskan dosa-dosa dan kemaksiatan, bertaubat daripadanya seraya mengharapkan apa yang ada di sisi Allah dan merealisasikan firman Allah SWT :

وَŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŹَمِيŰčًۧ ŰŁَيُّهَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنُونَ لَŰčَلَّكُمْ ŰȘُفْلِŰ­ُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur (24) ayat  31)

Taubat yang benar itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan jaminan masuk syurga denga izin Allah SWT, kerana orang yang bertaubat daripada dosa itu seperti orang yang tiada dosa padanya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita pertingkatkan amal-amal ibadah dan amal soleh kita di sepuluh pertama bulan Zulhijah ini kerana besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Terutama puasa sunat pada 9 Zulhijah (Puasa Hari Arafah) pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu 5 November 2011 kerana Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Ahad 6 November 2011, kerana jika kita berpuasa dengan ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT maka dosa-dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT dua tahun lalu dan tahun yang akan datang.

Telah diriwayatkan daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW  telah ditanya tentang Puasa Hari ‘Arafah, lalu Baginda bersabda: “Ia menghapuskan (dosa) tahun yang lalu dan tahun yang selepasnya.”
(Hadis Riwayat Muslim; hadist no. 2747, muka surat 477)

Menerusi hadis yang lain daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, November 2, 2011

Taatlah Allah dan Rasul-Nya Untuk Mendapat Kejayaan Dunia dan Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam supaya mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Quran al-Karim manakala mentaati Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syariat. 

Terdapat 14 ayat-ayat dalam al-Quran meminta manusia supaya mentaati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Jika manusia enggan maka azab dan seksa daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan ditimpakan-Nya keatas mereka.

Pertama : (Jangan berpaling.)

Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (al-Quran yang mewajibkan taatnya). (Surah al-Anfal ayat 20)

Kedua : (Jika kamu orang beriman.)

Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu Wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan takwa seseorang kerana iman dan takwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Firman-Nya yang bermaksud : "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman". (Surah al-Anfal ayat 1)

Ketiga :Taat pada Allah, Rasulullah dan Uli'l-Amri

Persoalan keimanan sekali lagi dihubung-kaitkan dengan ketaatan kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."(Surah al-Nisa’ ayat 59)

Sunnah Rasulullah terbahagi kepada dua kategori iaitu :

Pertama ialah apa yang membentuk hukum syariat seperti solat, puasa, perlaksanaan hukum jenayah dan sebagainya. 

Kedua ialah apa yang tidak membentuk hukum syariat terdiri daripada tingkah laku kebiasaan baginda sebagai manusia biasa seperti cara makan, cara berjalan dan sebagainya. 

Sunnah kategori kedua ini tidak wajib hukumnya, hanya dianjurkan mengikutinya sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda yang merupakan sebaik-baik contoh teladan.
 
Dalam ayat di atas kita dapati Allah Subhanahu Wa Ta‘ala memerintahkan ketaatan kepada Ulil Amri juga, iaitu para ulama dan pemimpin negara. Akan tetapi perhatikanlah bahawa Allah tidak meletakkan perkataan ‘taat’ sebelum perkataan Ulil Amri sebagaimana Allah meletakkannya sebelum perkataan Allah dan Rasulullah. Ini tidak lain membawa maksud bahawa ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak manakala ketaatan kita kepada Ulil Amri hanya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang selari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Keempat : (Mendapat balasan syurga)

Hanya dengan mentaati ajaran al-Quran dan al-Sunnah kita akan diberikan ganjaran syurga sebagaimana janji Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud : "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar." (Surah al-Nisa’ ayat 13)

Kelima : (Di syurga bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan solihin)

Mereka yang taat kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah akan bergembira di dalam syurga bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin sebagaimana keterangan ayat berikut:

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud : "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). (Surah al-Nisa’ ayat 69)

Keenam :(Mendapat rahmat Allah)

Lebih dari itu hanya dengan mentaati ajaran al-Quran dan al-Sunnah kita dijanjikan Rahmat oleh Allah sebagaimana janji-Nya: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat." (Surah Ali-Imran ayat 132)

Ketujuh : (Allah akan mengampunkan dosa)

Dengan mengikuti dan mencontohi sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kita akan memperolehi keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu '.” 
(Surah Ali Imran ayat 31)

Kelapan : (Mendapat hidayah dan petunjuk)

Dengan mentaati dan mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kita juga dijanjikan hidayah petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala: "Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk." (Surah al-Nur ayat 54)

Ke sembilan : (Mendapat kejayaan )

Dengan mentaati perintah al-Quran dan al-Sunnah dengan sebenar-benar taat dan ikhlas, seseorang muslim itu akan beroleh kejayaan dan kemenangan yang hakiki sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: 'Kami dengar dan kami taat'; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan." (Surah al-Nur ayat 51-52)

Kesepuluh : (Tidak akan sesat)

Dalam memberikan perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk mentaati-Nya dan Rasul-Nya, yakni al-Quran dan al-Sunnah, Allah ‘Azza Wa Jalla juga memberikan amaran serta ancaman keras kepada sesiapa yang enggan melakukan sedemikian. Antara amaran tersebut ialah firman-Nya yang bermaksud : "Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." 
(Surah al-Ahzab ayat 36)

Kesebelas : (Mengelakkan daripada amal soleh terbatal)

Allah ‘Azza wa Jalla juga mengingatkan umat Islam yang sengaja beramal dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah bahawa amalan mereka itu akan menjadi batal. Amaran Allah dalam al-Quran:  "Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! "
(Surah Muhammad ayat 33)

Kedua belas : (Di jauhi daripada bala bencana dan azab seksa)

Allah Subhanahu Wa Ta‘ala juga mengingatkan umat Islam yang mengingkari ajaran serta perintah Rasul-Nya dengan amaran:

"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Muhammad), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya."(Surah al-Nur ayat 63)

Ketiga belas : (Mengelakan daripada seksa neraka Jahanam)

Amaran ini diteruskan kepada balasan api neraka kepada mereka yang tetap berdegil dan enggan bertaubat. Mereka ini dijanjikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud : "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan  memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."(Surah al-Nisa’ ayat 115)

Demikianlah peritnya azab yang dijanjikan Allah kepada mereka yang enggan mentaati ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas."

Keempat belas : (Menjadikan Rasulullah sebagai hakim)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang bermaksud :  "Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau  (wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah dihukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya." (Surah al-Nisa’ ayat 65)

Ayat ini menerangkan bahawa jika seorang muslim itu tidak menerima atau merasa berat dan tidak rela dengan apa yang dihakimi oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam urusan agama maka dia tidak disifatkan beriman.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam kehidupan kita sehari-harian. Hayatilah 14 ayat-ayat al-Quran yang memerentahkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa ragu-ragu untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Solat-solat Sunat Fadilat dan Kebaikannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya terdapat banyak solat-solat sunat yang telah ditunjukkan oleh junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW. Solat-solat sunnat yang baginda anjurkan ini, mempunyai banyak tujuan dan fadhilatnya yang tersendiri.

Solat-solat sunat ini juga, amat elok kita amalkan sebagai penambah bekalan amal bakti kita untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan kita dapat mengerjakannya dengan kaedah yang betul dan mendapat keredhaan Ilahi,

Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting:

Pertama: Jika solat fardu kalian sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah kalian kepada Allah SWT.

Kedua: Jika solat fardu kalian belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang kalian lakukan dalam solat wajib. Sebagaimana hadis yang dinyatakan dibawah :

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW  bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu.  Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis riwayat at-Tirmizi).             

Sahabat yang dimuliakan,
Solat sunat yang paling afdal selepas solat fardu adalah solat tahajud., kerana di dalam al-Quran Allah SWT menjeaskan kepentingan solat tahajud. Salah satu sifat penduduk syurga adalah tidak meninggalkan solat tahajud semasa hidup di dunia dahulu.

Selain solat tahajud , solat witir dan solat duha juga tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW.

Di senaraikan beberapa solat-solat sunat yang akan memberi tambahan amal soleh untuk kita laksanakan semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

1. Solat Tahajud .

Solat tahajud adalah solat malam yang dikerjakan selepas solat isyak dengan syarat seseorang perlulah tidur sebentar. Boleh dikerjakan 2, 4, 6. atau 8 rekaat.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)

Dalam ayat yang lain firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”.
(Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Sungguh Nabi SAW solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi SAW : “Mengapa tuan melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”
(Hadis riwayat Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

2. Solat Witir.

Sunat dikerjakan 5, 3 atau 1 rekaat :
Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah."

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qada'). (Hadis Riwayat Baihaqi & al-Hakim)

Ada 2 jenis solat witir Nabi SAW  iaitu sejurus selepas Isyak dan tengah malam lepas solat tahajjud.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Hadis Riwayat Muslim).

 Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isyak.

3. Solat Duha.

Solat duha adalah solat sunat yang dikerjakan 28 minit selepas terbit matahari (selepas masuk waktu syuruk) dan sebelum masuk waktu zohor (waktu yang sesuai adalah diantara jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi). Soat Duha boleh dikerjakan 2, 4, 6, 8, 10 atau 12 rekaat.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi maksudnya : "Wahai anak Adam jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan  4 rekaat pada waktu permulaan siang (solat Duha) , nanti pasti Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya (Hadis Riwayat Hakim dan Thabrani)

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat Duha."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat Duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur". (Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Solat Duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara solat Duha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

4. Solat Sunat Rawatib .

Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu.

Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat Sunat Rawatib adalah sebagai sunat tambahan yang bertujuan menyempurnakan apa-apa kecelaan ataupun kekurangan yang terdapat dalam solat fardu pengamal. Solat sunat Rawatib ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri dan apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T. dan jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.

Solat sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. Solat sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Solat sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid),dan tidak didirikan secara berjemaah.

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)

Sayyidah 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi SAW. melebihi dua rakaat fajar."
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis, iaitu Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah.

Solat Sunat Rawatib Qabliyyah adalah solat sunat yang didirikan sebelum kita mendirikan solat fardu. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah pula didirikan selepas kita menunaikan solat fardu.

Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu,
Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad.

Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya.

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.

Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :

1. dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Subuh
 2.  dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
 3. dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur
 4. dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib
 5. dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini.

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada

 1. dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur
  2. dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Ba’diyyah Setelah Zuhur
  3. empat rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar
  4. dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib
  5. dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Isyak

5. Sunat Tasbih .

Solat Sunat Tasbih yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni  kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa?

Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.

Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian rukuk dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan rukuk, kemudian engkau bangun dari rukuk dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.

Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila  tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

6. Sunat Hajat

Solat sunat Hajat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

Oleh kerana kita masih hidup di dunia ini maka kita perlulah pertolongan yang akan membantu kita menyempurnakan amalan kita. Allah SWT menjelaskan dua perkara yang akan membantu kita adalah banyak bersabar dan mengerjakan solat .

Allah SWT berfirman maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.''
(Surah al-Baqarah ayat 153)

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi apa-apa masalah akan bersolat 2 rekaat dan berdoa dan memohon pertolongan Allah SWT. semoga hajatnya diterima oleh Allah SWT.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid.

Solat sunat tahiyyatul masjid adalah solat 2 rekaat yang dikerjakan ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat.

Solat Taubat adalah solat sunat untuk memohon keampunan kepada Allah SWT setelah menginsafi perbuatan mungkar dan dosa. Tidak ditetapkan waktunya semasa mengerjakannya.

9. Sunat Istisqa' (Minta Hujan).

Solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’.

Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.

10. Sunat Hari Raya.

Solat pada hari raya terbahagi kepada dua iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat sunat AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua. Solat sunat ini adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut)

11. Sunat Terawih.

Solat Terawih adalah sunat yang dikerjakan khusus pada bulan Ramadan sahaja. Sunat Terawih adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut) dilaksanakan selepas waktu isyak samaada 8 rekaat atau 20 rekaat.

12. Sunat Istikharah.

Solat sunat Istirakah adalah solat sunat untuk meminta petunjuk yang baik daripada Allah SWT apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

Rasulullah SAW  telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.

Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan),  dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Qur’an.

Baginda s.a.w bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:

” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.

Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)

maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' buruk bagiku (dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)

maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku redha dengannya."

Rasulullah SAW  menambahkan bahawa seseorang boleh menyebut masalah atau keperluannya selepas membaca 'urusan ini'.
Al-Qur’an menunjukkan bahawa Allah s.w.t akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam Surah al-Syams ayat 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”

Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Hendaklah mengerjakan solat istikharah 7 kali berturut. Panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadis yang maksudnya : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu”
(Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi)

13. Sunat Mutlaq.

Solat sunat Mutlaq adalah solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya, juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.

14. Sunat Wuduk.

Solat selepas mengerjakan wuduk.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau." (Hadis riwayat Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159)

15. Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita kerjakan solat-solat sunat dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Tidak ada suatu pertalian yang rapat dan hubungan kasih sayang di antara hamba denga Tuhannya melainkan ketika solat. Solat adalah tempat untuk bermunajat yang paling baik dan permohonan yang paling berkesan , seorang hamba menyampaikan hasrat hatinya. Solatlah seolah-olah kalian melihat Allah SWT jika kalian belum sampai kemaqam tersebut yakinlah Allah SWT sedang melihat dan memerhatikan kalian.

Tuesday, November 1, 2011

Hayati Enam Sifat-sifat Orang Bertakwa.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Islam amat menuntut umatnya menjadi orang bertakwa. Semakin tinggi takwa seseorang kepada Allah SWT maka semakin mulia kedudukannya di sisi Allah SWT.

Al-Quran menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud: "iaitu orang yang berdoa: 'Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfaqkan (ke jalan Allah) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur."(Surah Ali Imran, ayat 16-17)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat enam sifat orang yang bertakwa iaitu  :

1. Orang yang berdoa.

2. Orang yang sabar.

3. Orang yang benar.

4. Orang yang taat.

5. Orang yang menginfaqkan  hartanya(kejalan Allah) dan

6. Orang yang memohon keampunan pada waktu sahur.

Huraiannya :

1. Orang yang berdoa.

Ungkapan doa seseorang hamba yang dimohon kepada Pencipta-Nya membuktikan ketakwaan mereka. Hal ini kerana di sana wujud konsep manusia memerlukan pertolongan Allah SWT. Ia adalah pengumuman iman, satu permohonan syafaat di sisi Allah SWT. Begitu juga permohonan keampunan dan pemeliharaan daripada azab neraka.

Dengan keimanan kepada Allah, manusia akan memohon keampunan kepada-Nya. Hal ini kerana setiap perbuatan manusia akan mendapat balasannya sama ada baik atau sebaliknya.

Memohon keampunan menunjukkan manusia percaya akan balasan daripada Allah SWT. dan beriman kepada-Nya. Berdoa adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Seorang hamba yang merasa hina di sisi Tuhannya akan memanjatkan permohonan dan doa kehadrat Allah SWT  agar ditunaikan segala hajat yang diperlukannya. Ia merasa amat kerdil dan tidak ada pergantungan dan pengharapan yang lain melainkan ditujukan kepada yang Maha Esa.

Sebagai seorang mukmin yang yakin di atas qada dan qadar Allah SWT kita kena berfikiran positif dan yakin apa sahaja keputusan Allah SWT .adalah keputusan yang terbaik, yang mana hanya Allah SWT. sahaja Maha Mengetahui di atas kehidupanmu pada masa sekarang dan masa akan datang. Yakinilah bahawa semua doa-doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah ayat 186)

2. Orang yang sabar.

Sabar adalah kalimat yang mudah diucapkan. Namun berapa ramai antara kita yang bersabar dalam apa jua suasana dan ketika. Adakah sabar itu ada batasnya?, Sabar yang bagaimana sehingga ia diiktiraf sebagai sebahagian dari iman? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah SWT?

Sifat sabar adalah salah satu sifat mahmudah, seorang mukmin akan menghiasi akhlaknya dengan sifat sabar dan sentiasa tenang menghadapi dugaan dan musibah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Surah al-Baqarah ayat 153)

Bersifat sabar dalam melakukan ketaatan yang diperintahkan Allah. Sabar menjauhkan diri daripada larangan Allah SWT serta menghadapi ujian-Nya yang berupa kesenangan dan kesusahan.

Sesungguhnya, apabila Allah SWT  itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah SWT akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (Surah az-Zumar: 10).

Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."  (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

3.  Orang yang benar.

Bersifat benar pula terhadap perkara yang dikhabarkan kepada mereka daripada pengakuan keimanan dengan kesungguhan menjalankan amal perbuatan di dunia ini.  Mereka bersikap benar dalam pekerjaan, percakapan dan pergaulan kerana bimbangkan balasan buruk daripada Allah SWT. Pekerjaan itu dilakukan dengan kejujuran dan dilimpahi sikap amanah. Percakapan pula tiada unsur penipuan dan pergaulannya dalam batas keizinan syarak.

Kejujuran adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang diserang penyakit munafik.

Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?”

Baginda menjawab: “Mungkin saja.”

Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?”

Rasulullah SAW menjawab: “Mungkin saja.”

Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak.” (HR Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa’)

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.

Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.

Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan berlaku jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. "(Surah al-Ahzab ayat 70)

Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”. (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

4. Orang yang taat.

Bersifat taat adalah tunduk dan patuh dalam segala amal perbuatan kerana meletakkan keesaan Allah sebagai teras dalam kehidupan.

Dalam sifat ini ada ciri menunaikan hak uluhiyyah dan kewajipan ubudiyyah serta menegakkan kehormatan diri dengan menunjukkan ketaatan kepada Allah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya)."  (Surah al-Anfal ayat 20)

Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu Wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan takwa seseorang kerana iman dan takwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. (Surah al-Anfal ayat 1)

5. Orang yang menginfaqkan  hartanya(kejalan Allah)

Menafkahkan harta pula adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta kekayaan ke jalan ketaatan yang diperintahkan oleh Allah  SWT. Begitu juga membantu kaum kerabat dan orang lain yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Dalam sifat infaq wujud ciri pembebasan diri daripada menjadi hamba harta. Ia juga bebas daripada belenggu kebakhilan dan menegakkan persaudaraan insaniah di atas kenikmatan peribadi. Mewujudkan hubungan saling bantu membantu antara mereka yang layak dalam sesebuah kawasan atau negara.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut' "(Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

Allah SWT berfirman maksudnya : “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Surah al-Baqarah ayat 261).

6. Memohon ampun pada waktu sahur menunjukkan keutamaan beristighfar pada waktu sahur.

Ibn Mardawaih meriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata: “Kami diperintahkan jika kami solat malam, agar kami beristighfar pada waktu akhir sahur sebanyak 70 kali.”

Dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah turun ke langit dunia pada setiap malam, iaitu ketika masih berbaki sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Adakah orang yang meminta, sehingga akan Aku beri? Adakah orang yang berdoa sehingga Aku mengabulkannya? Dan adakah orang yang memohon ampun sehingga Aku memberikan keampunan kepadanya?”

Memohon keampunan pada waktu sahur memberi bayangan yang lemah-lembut dan mendalam. Kalimah bil ashar dalam ayat 17 Surah Ali Imran menggambarkan bayangan masa akhir malam sebelum fajar iaitu masa di mana suasana kelihatan begitu jernih, lembut dan tenang. Masa ketika hati melepaskan bisikannya yang terpendam. Apabila memohon keampunan pada masa itu, maka ia akan memantulkan bayangan yang menyerap ke dalam jiwa dan hati.

Di sinilah akan timbul rasa keinsafan yang akhirnya menyebabkan sesalan yang tidak terhingga. Ia akan menyebabkan manusia menyedari kedudukan mereka hanyalah sebagai hamba Allah.

Sahabat yang dirahmat Allah,
Setiap perubahan yang ingin kita lakukan adalah di atas kehendak diri kita sendiri. 'Tepuk dada tanya iman'. Jika kita berhajat menjadi orang bertakwa dan memiliki enam sifat-sifat di atas itu perlulah kita bermujahadah melawan nafsu, bermuhasabah memperbaiki diri , berazam untuk meningkatkan amal soleh dan amal ibadah. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT supaya diberi-Nya  kekuatan untuk istiqamah di atas jalan yang benar ini dan diberikan-Nya taufik dan hidayah-Nya.

Hayatilah maksud firman Allah SWT dibawah ini :

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)" .(Surah Adz-Zaariyaat  ayat 15-18)