Saturday, October 9, 2010

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Amalkan Empat Perkara Untuk Bahagia dan Meninggalkan Empat Perkara Yang Menyiksakan di Dalam Kubur

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan mati. Mati akan datang bila-bila masa samaada manusia suka atau tidak pada kematian. Manusia akan menghadapai kematiaan dalam dua keadaan sahaja iaitu su'ul khatimah (kematian yang buruk) atau husnul khatimah (kematian yang baik).

Untuk mendapat husnul khatimah dan mendapat kebahagiaan di alam kubur maka seorang Mukmin itu perlulah amalkan empat perkara  dan meninggalkan empat perkara :

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:

1.Menjaga sembahyang lima waktu

2. Banyak bersedekah.

3. Banyak membaca al-Quran

4.Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah).

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

1.Berbohong.

2.Khianat

3. Adu-domba dan

4. Tidak menjaga kencing.

Perkara-perkara yang membahagiakan adalah seperti berikut :

Pertama : Menjaga solat lima waktu.

Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :" Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu."

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w.  sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah s.a.w.  melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah s.a.w.  memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. “Ya Rasulullah s.a.w., kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah s.a.w.  dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w.  dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w.pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam.”

Kedua :Banyak bersedekah.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Ketiga : Banyak membaca al-Quran.

Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran.

Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan Syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan Syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibu bapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Keempat : Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah).

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pertahankanlah dirimu dengan keempat-empat kalimah ini (subhanallah,walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar : Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar), semoga kamu dilindungi daripada Jahannam.Kerana kalimah-kalimah ini akan melindungi pembacanya daripada kanan, kiri, belakang dan bahagian hadapan. Dan kalimah-kalimah ini adalah kebajikan-kebajikan yang kekal selama-lamanya."

Semua  empat perkara yang tersebut di atas akan dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat pula empat perkara yang harus ditinggalkan kerana keempat-empat perkara ini akan menyebabkan seseorang akan mendapat siksa dan azab kubur .

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Berbohong.

Firman Allah s.w.t  maksudnya : “Sesungguhnya yg mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yg tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta.”

Rasulullah saw bersabda “Tanda-tanda orang munafik ada tiga bila berkata dusta; bila berjanji mengingkari; dan bila diberi amanat berkhianat.”

Kedua  : Ikhianat.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Sungguh suatu pengkhianatan yang besar apabila kamu bicara pada saudaramu dan dia membenarkan kamu, padahal kamu dusta.” (Hadis Riwayat. Abu Daud)

Ketiga : Adu-domba (menjadi batu api)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya karena tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Nabi s.a.w berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w. maksudnya : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (menghasut)."

“Pada malam aku di Isra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.” .Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Hai Fatimah, adapun tentang : Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta."

Keempat : Tidak menjaga kencing. (tidak bersuci dengan sempurna)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya karena tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya : “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.).

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita perbaiki amalan-amalan kita supaya ianya menjadi amalan soleh yang akan dapat membantu dan menjadi teman setia kita ketika kita berada di alam barzakh dan hari akhirat. Kerana seseorang yang tersangkut di alam barzakh sebenarnya dia tak akan terlepas untuk mendapat azab di hari akhirat nanti.

Alangkah ruginya manusia yang diberi kesihatan yang baik, kelapangan masa, kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah tetapi amal kejahatannya melebihi amalan kebaikannya. Nikmat dunia yang sementara ini terlalu sedikit berbanding dengan nikmat Syurga yang tidak ada tolok bandingnya, begitu juga kesusahan di dunia ini terlalu kecil berbanding dengan azab siksa dialam kubur dan hari akhirat yang amat dahsyat sekali.

Sedarlah wahai shabat-sahabatku teruskan beramal soleh dan buatlah sebanyak-banyak kebaikan di dunia ini sebagai bekalan kita untuk berbahagia di hari akhirat.

Thursday, October 7, 2010

Dirikan Solat Fardu Berjemaah Untuk Mendapat Keredhaan Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah dua orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

 Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :“Solat seorang lelaki beserta dengan seorang lelaki lain lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat seorang diri dan solat seorang lelaki beserta dua orang lelaki lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat dengan seorang lelaki sahaja. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah.”

Tuntutan berjemaah pada solat lima waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah apabila mendengar azan tetapi engan menunaikannya solat berjemaah di masjid. Walaupun baginda tidak pernah melaksanakan perkara tersebut, namun amaran keras baginda mengenai perkara ini menunjukkan amalan solat berjemaah di masjid adalah suatu suruhan yang amat penting.

Nabi s.a.w. mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardhu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu dhuha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

Dari Ibnu Mas'ud r.a  berkata, " Barangsiapa ingin berjumpa dengan Allah pada hari qiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat lima waktu di tempat azan dikemundangkan (di masjid), kerana sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu Sunanul-huda (jalan-jalan petunjuk dan kebaikan), dan sesungguhnya solat berjemaah lima kali di tempat azan dikumandangkan adalah termasuk sunanul-huda. Apabila kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang suka tinggal di rumahnya (tidak mau berjemaah), bererti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu. Tiada seorang lelakupun yang berwudhuk dengan sempurna, lalu pergi ke salah satu masjid, kecualai Allah mencatat untuknya pada setiap langkah yang dilaluinya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjaat, dan menghapuskan dengannya satu kesalahan (dosa). Sungguh aku melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah jelas kemunafikannnya. Dan sungguh, pernah ada seorang lelaki (kerana uzur) di dipapah oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah, sehingga ia diberdirikan dalam saf".

Dalam riwayat yang lain disebutkan, : "Sungguh aku telah melihat di kalangan kami tak ada orang yang meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafik annnya atau orang sakit. Jika dapat, maka seseorang akan berjalan dengan dipapah oleh dua orang sehingga ia mendatangi solat (berjemaah di masjid)"

Ibu Mas'ud berkata, " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajari kamu sunan ul-huda, dan sesungguhnya sebahagian dari sunanul-huda itu adalah solat di masjid yang mana azan dikemanadangkan di dalamnya"
( Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa'i, Ibu Majah- at Targhib)

Seorang sahabat, Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah.
"Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk solat di rumah sahaja?."
Rasulullah balik bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?"
Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya."
Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah."
(Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Sahabat yang dihormati,
Sekiranya Abdullah bin Ummi Maktum yang buta mata dan jauh pula dari masjid masih tidak dibenarkan oleh Nabi s.a.w. untuk mengerjakan solat fardu dirumah, apatah lagi kita yang memiliki kenderaan (kereta atau motosikal) yang mana masjid atau surau banyak ada di merata tempat, tidak ada alasan kukuh untuk kita mengabaikan solat fardu berjemaah dan hanya solat bersendirian dirumah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Kalau seorang tidak pergi ke masjid meskipun dia telah dengar azan (dia lebih suka solat di rumah) tanpa sesuatu 'uzur syar'i yang kuat maka solatnya tidak diterima." Apabila para sahabat bertanya apakah 'uzur syar'i yang kuat itu, maka baginda menjawab, "Ketakutan atau sakit."

Kenapakah Rasulullah s.a.w. begitu menekankan untuk solat berjemaah di masjid? Rahsianya, adalah kerana masjid adalah asas utama dan terpenting bagi pembentukan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam tidak akan terbentuk secara kukuh dan rapi kecuali dengan adanya komitmen terhadap sistem, aqidah dan anjuran Islam. Hal ini hanya dapat di tumbuhkan dengan semangat masjid.

Tidak hairanlah kalau sahabat berlumba-lumba mendekatkan dirinya di masjid. Mereka tidak rela satu pun kesempatan solat jemaah berlalu begitu sahaja. Malah, sebahagian sahabat Ansar yang tinggal jauh, ramai yang ingin memindahkan rumahnya berhampiran masjid.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan bahawa jalan menuju masjid dihampiri pahala dan kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung pada saat berangkat maupun pulang."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Pada hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Orang yang paling besar mendapatkan pahala solat adalah yang paling jauh perjalanannya ke tempat berjemaah. Sedangkan orang yang menunggu-nungu waktu solat berjemaah pahalanya lebih besar daripada orang yang solat sendirian, setelah itu dia tidur."

Sahabat yang dikasihi Allah,
Salah satu sifat orang Mukmin yang beramal soleh yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupannya adalah solah fardu di masjid secara berjemaah. Sentiasa memakmurkan masjid-masjid Allah.

Masjid adalah jantung kehidupan umat Islam. Surutnya interaksi seseorang dengan masjid mengakibatkan imannya semakin lemah. Semangat untuk beramal soleh pun secara langsung menjadi sukar. Jiwanya gersang, kering kontang. Bagi seorang Muslim, 'Rumah Allah' adalah tempat penyejuk jiwa. Setiap saat menawarkan keteduhan dan kedamaian. Sehingga dimana pun ia berada, hatinya selalu terpaut dengan masjid.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). "
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Musliam)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Sesungguhnya solat akan jadi 'peguam bela' untuk tuan diri. Disamping itu  juga  sesiapa sahaja hati dan jiwanya sentiasa terpaut di masjid dan sentiasa mendirikan solat fardu berjemaah akan mendapat perlindungan Arsh di Padang Mahsyar nanti .

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah pada saat tak ada lagi perlindungan selain perlindungan-Nya, iaitu :
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang selalu beribadah kepada Allah s.w.t.
3. Seorang yang selalu terikat hatinya ke masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bersatu dan berpisah kerana-Nya.
5. Seorang yang apabila dibujuk (untuk berbuat dosa) oleh wanita cantik dan mempunyai kedudukan, maka orang itu berkata, 'saya takut kepada Allah.'
6. Seorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.
7. Dan seorang yang mengingati Allah di tempat yang sepi sampai ia mencucurkan air matanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat,
Musuh Islam sangat gerun apabila umat Islam melaksanakan solat berjamaah, kerana umat Islam dapat disatukan dalam solat-solat berjamaah dan sekaligus dapat mengumpulkan tenaga untuk menjahanamkan kufar (kafir) yang sentiada mencari jalan menjatuhkan Islam.

Mana-mana kampong yang tidak mengimarahkan masjid atau solat berjamaah , maka kampung tersebut telah dikuasai syaitan dan mudah dipesongkan oleh syaitan. Syaitan tidak akan berputus asa dan tidak akan jemu berusaha untuk merosakkan keturunan adam ataupun manusia.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :"Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”.
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan An-Nasai)





Kebaikan dan Keutamaan Solat Subuh dan Asar Berjemaah.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu daripada rukun Islam adalah mengerjakan solat lima waktu . Sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu yang diwajibkan dengan sengaja tanpa uzur syraie adalah berdosa besar kerana solat adalah tiang agama.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.” (Surah Al Mudathsir ayat 42 - 43)

Nabi s.a.w.bersabda maksudnya : "Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: “Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain."

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda maksudnya : ” Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Sahabat yang dimuliakan,
Diantara solat yg sering diluputkan waktunya atau yg sering tertinggal kerana kesibukan manusia adalah dua, iaitu solat subuh dan solat 'asar.

 Di dalam as-Sunnah, Rasulallah s.a.w.memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu subuh dan ketika masuk waktu 'asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu subuh, dan ketika masuk waktu subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah s.w.t. ketika masuk waktu 'asar. Justeru itulah di dalam al-Quran disebutkan bahawa solat subuh dan solat 'asar itu 'dipersaksikan'. Kenapakah solat subuh dan solat ‘asar itu mudah diabaikan atau tertinggal?

Solat subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat asar itu pula adalah ketika manusia sebuk dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat subuh dan asar itu begitu pendek pula.


Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa dia tetap dengan solat fardunya.

Maka dengan itulah mengikut sepotong hadis, Rasulallah s.a.w. memberitahu kita bahawa yang membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni, Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq.


Di dalam hadis berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:


Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulallah s.a.w. bersabda maksudnya : "Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam solat fajar (subuh) dan solat ‘asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah s.w.t.) dan Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari) "

Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah sembahyang fardhu subuh dan asar.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.”

Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.

Sahabat yang dihormati,
Terdapat banyak hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan kebaikan solat subuh berjemaah.


Kebaikan-kebaikannya adalah seperti berikut :

1. Mendapat pahala seperti menghidupkan malam keseluruhannya :

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda maksudnya :“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mendapat perlindungan Allah :

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda Nabi s.a.w. maksudnya :“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah." (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Malaikat akan menjaganya sepanjang hari :

Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.(Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib)

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya :


Bersabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”(Hadis Muttafaqun ’Alayhi)

5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari :

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. sempurna. sempurna ."

6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke Syurga :

“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki Syurga.”

Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar.


7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam Neraka :

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Tidak akan masuk Neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam."(Hadis Riwayat Muslim)

8. Selamat dari sifat munafiq.


Sabda Nabi s.a.w maksudnya :“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak" dan dalam riwayat yang lain : "Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq" .

9. Allah s.w.t memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari kiamat.


Sabda Nabi s.a.w maksudnya :“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh

Balasan mereka yang meninggalkan  solat asar  :

1. Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya : "Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya :”Orang yang luput solat asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

2. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat asar hingga ke waktu maghrib.

Sahabat,
Marilah sama-sama kita menjaga solat fardu lima waktu supaya dapat kita dirikan diawal waktu. Kita laksanakan dimasjid atau surau secara berjemaah kerana solat berjemaah mendapat ganjaran sebanyak 27 kali lebih baik daripada solat bersendirian. Terutama solat subuh dan asar kerana banyak fadilat dan kebaikan yang dinyatakan oleh hadis-hadis Nabi s.a.w seperti riwayat di atas.

Semoga solat yang kita kerjakan dapat mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar dan akan menjadi amal soleh yang akan membantu kita mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t di hari akhirat nanti.





Wednesday, October 6, 2010

Perlu ada Perasaan Mengharap dan Cemas

Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiaman keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".

Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran, karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat akhir hayatnya".

*Kita tidak boleh berperasaan terlalu yakin yang ni'mat Islam yang kita miliki sekarang dapat kekal sehingga akhir hayat kita.

Untuk mengatasi perasaan terlalu yakin ini, kita mesti mempunyai perasaan khauf dan raja'.

Raja' ialah perasaan mengharap.

Khauf ialah perasaan bimbang, takut atau cemas.

Biasanya khauf dan raja' juga disebut dengan istilah "harap-harap cemas".

Selayaknya sebagai hamba kepada Allah, kita kena sentiasa menaruh perasaan mengharap.

Kita juga kena sentiasa menaruh perasaan cemas, perasaan kalau-kalau, perasaan mana tahu, kerana kuasa mutlak adalah milik Allah.

Mari pastikan perasaan "harap-harap cemas" ini telah kita miliki.

Perkataan "moga" adalah antara perkataan yang melambangkan "harap-harap cemas".

Moga Allah sentiasa melimpahkan hidayah, taufiq, rahmat dan keredhaanNya kepada kita.

Moga kita berjaya mendapat khusnul-hotimah(kesudahan yang baik) ketika akhir hayat nanti.

(Dipetik daripada tulisan Tazkirah)

Ketentuan Rezeki Semuanya Daripada Allah s.w.t.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap jodoh pertemuan, ajal-maut dan rezeki adalah semuanya di tangan Tuhan. Maksudnya ianya telah semuanya di dalam ilmu Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib."(Surah al-Anaam: ayat 59).

Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah s.w.t. melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

Dalam soal rezeki manusia hanya diminta untuk berusaha , berdo'a dan bertawakkal. Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan aqidah seorang Muslim, Allah s.w.t. adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah s.w.t. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.

Sebagai seorang manusia biasa kadangkala keyakinan dan pergantungan kita kurang kepada Allah s.w.t. Kita menganggap usaha-usaha kitalah penentuaan segala-galanya untuk mendapatkan rezeki. Tetapi seorang Mukmin berbeza pandangan dan keyakinannya. Ikhtiar dan usahanya adalah dalam rangka ibadah tetapi pergantungannya mutlak kepada Allah s.w.t. Jika dia memperolehi sedikit rezeki dia redha dan menerima banyak dia bersyukur kepada-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita lihat satu kisah yang berlaku di Madinah seorang ibu tunggal yg Mukmin lebih yakin dan redha akan rezeki kurniaan Allah s.w.t.  daripada seorang seorang ahli perniagaan. 

Suatu ketika Madinah di timpa kemarau berpanjangan. Bekalan makanan terutamanya gandum makin berkurangan. Harga barang-barang keperluan turut melambung naik. Bagi yang hartawan sibuk membeli dan menyimpan bekalan makanan yang dikhuatiri akan habis di pasaran. Sedangkan rakyat yang miskin berbelanja hanya seadanya sahaja. Tidak tentu bagaimana nasib mereka jika mungkin di pasar kehabisan makanan. Begitu sekali keadaan yang berlaku, kaum yang berada seolah-olah sangat takut jika terpaksa berhadapan dengan kebuluran.

Di sebuah ladang, seorang tuan ladang yang kaya sedang kebingungan. Setiap tahun hasil ladangnya di bahagi tiga . Sepertiga untuk keperluan keluarga sendiri, sepertiga untuk di sedekahkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan sepertiga lagi untuk benih tanaman musim berikutnya.

Di sebabkan kemarau, hasil ladangnya turut terjejas dan berkurangan. Sukatan yang biasa di gunakan mengalami masaalah untuk mencukupkan pembahagian . Jika diagihkan sepertiga untuk fakir miskin dan sepertiga untuk keperluan keluarga, yang selebihnya tidak mencukupi untuk sukatan benih tanaman berikutnya. Jika dikurangkan simpanan untuk makanan sepanjang tahun , dikhuatiri keluarganya menghadapi kekurangan makanan. Jika di ambil sedikit bahagian untuk fakir miskin, bererti dia mencuri sedekah yang sudah di janjikan. Masaalah ini sangat memeningkan kepala. Tuan ladang lantas pergi meminta nasihat dari ulama’ sufi.

Ulama’ sufi itu mencadangkan kepada tuan ladang : “Di hujung kampung ada seorang ibu tunggal dengan tujuh orang anak yang masih kecil. Pergilah ke rumah mereka dan berikanlah sedekah makanan.”

Tuan ladang mengikut sahaja cadangan ulama’ sufi tersebut. Dia segera menuju ke rumah ibu tunggal miskin yang di maksudkan dengan membawa gandum untuk di sedekahkan.

Ibu tunggal : “Ada apa urusan tuan datang ke pondok saya malam begini?”

Tuan ladang : “Saya membawa gandum untuk keperluan makan anak-anakmu.”

Ibu tunggal : “Anak-anak saya sudah tidur.”

Tuan ladang : “Kamu ambil dan simpan sahaja untuk keperluan hari esok.”

Ibu tunggal :” Apakah tuan dapat menjamin anak-anak saya masih hidup lagi esok.?”

Tuan ladang : “Insya Allah, mudah-mudahan masih hidup lagi esok.”

Ibu tunggal : “Jika demikian, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan bagaimana keadaan hari esok. Tuhan Yang Maha Pemurah yang menentukan hidup anak-anak saya. Maka Dia jugalah yang akan memberikan rezeki untuk mereka, bukannya tuan. Dalam keadaan kemarau dan semua orang menghadapi kesulitan mendapat bekalan makanan saya tidak dapat menerima pemberian ini. Masih ada orang miskin lain yang lebih memerlukannya untuk makan malam ini. Sudah tentunya tidak patut saya menghalang keutamaan orang lain.

Setiap patah kata-kata ibu tunggal beranak tujuh itu memberi kesan mendalam kepada tuan ladang. Spontan jelas dalam jiwa dan fikirannya, ibu tunggal tersebut berkeyakinan penuh kepada ketentuan rezeki dari Allah. Tidak sedikit pun merasa khuatir walau dalam keadaan genting. Malahan masih mampu mengutamakan keperluan orang lain. Tuan ladang merasa tidak patut sama sekali bagi dirinya yang jauh lebih berkemampuan dari ibu tunggal miskin itu di kalahkan oleh keyakinan yang lemah. Sepatutnya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan, dia tunduk dan patuh sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah. Juga dengan senang hati mengagih-agihkan rezeki yang telah Allah amanahkan.

Pertemuan dengan ibu tunggal tersebut juga mendorong tuan ladang bersegera membahagikan sepertiga bahagian hasil tuaian tanamannya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim ,seperti selalunya. Juga sepertiga untuk benih tanaman berikutnya. Manakala untuk keperluan makanan keluarganya, memadai dengan jumlah yang selebihnya. Kini dia telah benar-benar meyakini agihan rezeki yang adil dari Yang Maha Pemurah. Tiada lagi kekhuatiran di hatinya setelah dia meletakkan kedudukan dirinya sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah. 

Sahabat yang dikasihi Allah,
Bagaimana sikap kita menghadapi kegawatan kewangan yang kita alami? Dan menghadapi  keperluan  hidup yang mencabar, dan bagaimana bentuk keyakinan di hati kita? Adakah kita meyakinan akan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t?

Islam sememangnya menganjurkan umatnya sentiasa gigih berusaha mencari rezeki juga membaiki cara hidup. Namun sepenuh pengharapan positif mestilah di serahkan kepada Allah, yang menetapkan kadar rezeki setiap hamba-Nya. Usah sekali-kali kekhuatiran terhadap kepentingan diri sendiri menghalang kita memenuhi hak dan amanah yang telah Allah tetapkan. Sentiasalah ingat kita ini juga adalah hamba kepada Yang Maha Pemurah. Keadaan ini kekal dan tidak berubah sehingga tiba hari perhitungan.

Rasulullah s.a.w mengajar kita berdoa untuk memohon kepada Allah s.w.t. agar mendapat peluang perniagan dan rezeki yang lumayan, maksudnya :

"Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan bala yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu)."
(Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Tabrani)


Sahabat,
Marilah kita ubah sikap tidak mementingkan diri sendiri dan mementingkan keperluan orang lain kerana ini adalah satu peribadi yang mulia dan di tuntut oleh Islam.
Apabila menghadapi sesuatu masaalah kita di galakkan merujuk permasaalahan kita kepada orang yang lebih arif dan berilmu supaya masaalah tersebut dapat di atasi dengan baik.

Teruskanlah bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim kerana ini adalah amalan mulia dan akan di beri ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t.

Keyakinan kita yang mutlak bahawa rezeki itu datang dari Allah s.w.t yang bersifat Maha Pemurah adalah dari keimanan kita kepada Tauhid Rububiyah dan sebagai hamba Allah kita di minta berikhtiar tetapi segala keputusan dan ketetapan datang dari Allah s.w.t dan hendaklah kita meredhainya.

Tuesday, October 5, 2010

Tiga Golongan Manusia Yang Sangat di Murkai Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup kita di dunia ini adalah jambatan untuk hari akhirat. Walaupun hidup di dunia ini sementara dan kehidupan di hari akhirat kekal abadi tetapi hidup yang sementara ini adalah sebagai wasilah atau jalan untuk kita mencapai kebahagiaan di sana.

Ramai manusia kecundang menfaatkan masa di dunia dan harta benda yang dimiliki untuk menjadikannya saham akhirat. Manusia hanya tergila-gila mengejar saham dunia yang menjanjikan keuntungan segera tetapi melupakan saham akhirat . Bentuk pelaburan untuk saham akhirat adalah ketika di dunia ini iaitu apabila kita menggunakan harta untuk sedekah jariah, mengeluarkan zakat, membantu anak-anak yatim dan fakir miskin,  membantu jihad fisabilillah, membantu kerja-kerja dakwah dan menyalurkan untuk mengembangkan ilmu yang bermanfaat semuanya adalah saham-saham jangka panjang yang akan membawa pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda bergantung keikhlasan kita memberi sumbangan.

Selain kebaikan yang kita di suruh untuk melaksanakannya ketika di dunia ini terdapat tiga larangan dan tegahan Allah s.w.t. kepada kita untuk meninggalkannya iaitu seperti hadis dari Nabi s.a.w. maksudnya : "Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)..

Tiga golongan manusia  yang sangat dimurkai Allah s.w.t adalah seperti berikut :

Pertama : Golongan yang cenderung kepada perkara yang haram.

1. Makanan Haram gelapkan hati.
Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, memakan makanan yang tidak melalaui proses yang terjamin suci dan halal akan memberikan kesan kepada hati kita, tubuh badan , ibadat kita, dan kehidupan dunia akhirat secara keseluruhannya.
Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya :  “ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka Neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)” Itu adalah sabda Rasulullah s.a.w.  mengenai  sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.

Hari ini, tidak ramai Muslimin dan Muslimat yang menitik beratkan perkara ini. Manusia hidup dan makan mimun tanpa memandang akan besarnya kesan pemakanan terhadap diri, masyarakat dan generasi mereka. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber haram seperti rasuah,  tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.

2. Menggunakan wang pinjaman melalui sistem riba'.
Melihat  kepada situasi hari ini, semakin mudah untuk seseorang itu terlibat dengan amalan riba'. Bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional mengamalkan riba' dalam transaksi harian mereka.

Apabila individu mendapatkan pinjaman daripada bank-bank konvensional atau membeli produk-produk insurans daripada syarikat insurans konvensional, secara automatik individu tersebut akan terlibat dengan amalan riba'.
Riba' jika dilihat dari segi istilah bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Ada beberapa pendapat dalam penjelasan makna riba'.

Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

3. Cenderung kepada kerja-kerja yang membawa kepada  zina.
Allah s.w.t melarang orang beriman untuk menghampiri zina, kerana zina adalah perbuatan yang terkutuk dan amat keji disisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan." (Surah Al-Israk ayat 32)

Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

4. Salah satu perkara yang cenderung kepada perkara yang haram adalah perkara syubhat.
Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi s.a.w., maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.

Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.

Di dalam Islam banyak lagi perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. Sesiapa saja dikalangan umat Islam yang hati dan jiwanya cenderung kepada melakukan perkara yang haram atau maksiat maka ianya adalah termasuk salah satu golongan yang sangat dimurkai Allah s.w.t.

Kedua : Golongan yang mengikut perbuatan jahilliah.

Islam datang kemuka bumi ini ketika masyarakat arab jahilliah dikuasai oleh peraturan, undang-undang dan amalan-amalan jahilliah. Mereka menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana ajaran Tauhid mengajak mereka menyembah kepada Allah s.w.t yang Maha Esa dan meninggalkan semua ajaran jahilliah yang mereka warisi daripada datok nenek moyang mereka.

Musuh-musuh Islam telah cuba memasukkan unsur-unsur jahiliah didalam kehidupan kita sehingga kita tidak dapat merasai nikmat kemanisan hidup dalam Islam. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 50 yang bermaksud : "Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin (iman)".

Bagi orang-orang yang beriman, tidak ada hukum yang lebih baik melainkan yang diturunkan oleh Allah s.w.t., ini adalah tegasan dari Al-Qur'an. Tetapi mengapa ramai orang-orang Islam hari ini menolak hukum Allah dari segi praktiknya. Bagaimana untuk menilai keadaan ini?

Sesiapa yang meyakini hukum ciptaan mausia lebih baik daripada hukum-hukum Allah s.w.t dan mempertahankan pula undang-undang tersebut maka mereka adalah tergolongan dikalangan orang jahilliah. Semua undang-undang barat yang diambil oleh manusia untuk dijadikan peraturan sebenarnya undang-undang itu adalah undang-undang jahilliah iaitu undang-undang yang dilarang oleh Allah s.w.t untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Selain daripada undang-undang ciptaan manusia yang bertentangan dengan syariat Islam terdapat juga adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang membawa kepada amalan kurafat dan syirik , contoh-contoh tersebut adalah seperti berikut :

1. Adat persandingan dalam perkahwinan dan tepong tawar .
2. Adat yang mengutamakan perempuan mendapat hak pembahagian harta pusaka lebih daripada lelaki (sah bertentangan dengan hukum faraid dalam Islam)
3. Buang ancak dilaut kononnya untuk keselamatan para nelayan dilaut.
4. Bernazar dengan meletakkan pulut kuning dan ayam panggang dikubur-kubur tertentu.
5. Menyemah darah kambing hitam digelanggang silat atau ditapak rumah baru.
6. Menggunakan tangkal-tangkal untuk menjaga diri.
7. Mempercayai bomoh-bomoh yang boleh mengetahui perkara-perkara ghaib, mengubati penyakit  dan menggunakan khidmat jin-jin kafir dan syaitan.

Jahiliah dahulu senang diketahui dan dikesan, tetapi jahiliah hari ini adalah jahiliah yang 'sophisticate' dan sukar dikenali kerana mereka bersembunyi di dalam kemajuan dan berlindung atas nama dan selogan Islam. Jahiliah sekarang ini, malah jahiliah disetiap zaman tetap akan menolak hukum Allah s.w.t. dan mereka boleh dikenali sebagai jahiliah dimana-mana sahaja di dunia ini di segenap lapisan masyarakat dan di setiap keadaan. Sesungguhnya jahiliah berada di segenap kemajuan sama ada pada fikiran, politik atau kemasyarakatan. Sesungguhnya kita dewasa ini telah dikongkongi oleh jahiliah yang amat teruk sekali sehingga apa yang kita anggap Islam telah pun di asaskan oleh jahiliah.

Jahiliah dan hawa nafsu mempunyai nilai atau hakikat yang sama. Apabila kita mengikut hawa nafsu, maka ia bermakna bahawa kita telah mengikut jahiliah. Mereka yang mengikut hawa nafsu enggan mengikut perinth Allah s.w.t. maka kedapatanlah jahiliah. Hawa nafsu tidak pernah bahkan tidak membawa manusia kepada iman dan Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ;" Mereka lebih suka kepada yang buta daripada petunjuk Allah".

Sesiapa saja yang mengamalkan ciri-ciri di atas sebenarnya ia telah termasuk di golongan kedua yang sangat dimurkai oleh Allah s.w.t. iaitu golongan yang mengikut perbuatan jahilliah.

Ketiga : Golongan yang orang membunuh orang lain tanpa hak.

Dosa membunuh manusia lain tanpa hak adalah dosa yang sangat besar, kedudukannya adalah selepas syirik kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh searang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa membunuh dengan senghaja itu akan dikenakan empat macam hukuman:
 (i) Berkekalan di dalam neraka Jahannam.
 (ii) Kemurkaan Allah.
 (iii) Dilaknat atau dikutuk hidupnya
 (iv) Azab yang sangat pedih dan keras yang akan disediakan oleh Allah baginya di akhirat.

Di antara hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang mengancam tentang dosa dan hukum ke atas pembunuh ialah:

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :  "Aku (Ubaidullah bin Abu Bakar) mendengar Anas bin Malik berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah menyebut dosa-dosa besar (atau Baginda ditanya mengenai dosa-dosa besar) ", jawab Baginda: "Menyekutukan Allah, membunuh manusia dan derhaka kepada kedua ibu bapa. "
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam memberi peringatan tentang tujuh perkara yang membinasakan yang perlu dijauhi, di antaranya disebutkan:

Maksudnya: “… Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar.”(Hadis riwayat Muslim)

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 Maksudnya: "Sesiapa yang membunuh Mu 'ahad (orang yang telah mengikat persetujuan dengan pemerintah Islam), maka tidaklah si pembunuh itu akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu (boleh dicium) sejauh perjalanan 40 tahun. "(Hadis riwayat Bukhari)

Jika seorang Muslim yang membunuh orang yang berlainan agama, yang telah mendapat perlindungan daripada pemerintah Islam, tidak akan mencium bau syurga, yang baunya boleh dicium dari jarak 40 tahun perjalanan, maka betapa halnya jika seseorang itu membunuh seorang Muslim.

Oleh sebab itulah ada di antara sahabat-sahabat Rasulullah yang berpendapat bahawasanya orang yang membunuh manusia dengan sengaja, bukan kerana menjalankan hukum dan bukan pula kerana keizinan membunuh di dalam peperangan, terutama membunuh seseorang Muslim, tidaklah akan diberi taubat oleh Allah.

Di antara yang berpendapat seperti ini ialah Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu. Walaupun pendapat ini dipertikai oleh jumhur ulama, namun perkara membunuh tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara' adalah amat besar risikonya, termasuk tidak diterima taubatnya mengikut pendapat di atas. (Tafsir Al-Qurthubi: 332-334)

Ibnu Qayyim berkata di dalam kitabnya Al-Jawab Al-Kafi: "Setelah nyata bahawa kezaliman dan sifat permusuhan sangat bertentangan dengan keadilan, yang mana dengan keadilan itulah semua langit dan bumi ini ditegakkan oleh Allah, dan kerana sudah terang pula bahawa Allah Ta'ala mengutus rasul-rasulNya dengan diberi kitab-kitab suci untuk menegakkan keadilan di antara sesama manusia, maka kezaliman itu nyatalah termasuk yang sebesar-besar dosa besar, dan tingkat besarnya dosa itu ialah menurut besar bahayanya pada dirinya. Lantaran itu manusia yang membunuh anak yang kecil yang tiada berdosa adalah termasuk sekeji-keji kezaliman."(Al-Jawab Al-Kafi h. 150)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas'ud disebutkan bahawasanya kes perbicaraan yang mula-mula sekali dihakimkan di Hari Kiamat ialah perkara darah (pembunuhan).

Pendeknya banyak lagi hadis lain yang mengecam perbuatan membunuh sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam maksudnya: "Melenyapkan dunia ini lebih ringan bagi Allah daripada membunuh seorang Muslim."(Hadis Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat yang dibawa oleh Ibnu Majah disebut:Sabda Nabi s.a.w maksudnya: "Melenyapkan dunia ini lebih ringan ke atas Allah daripada membunuh seorang mukmin tanpa kebenaran hukum. "

Perbuatan membunuh tidak syak lagi adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral. Dalam waktu yang sama, martabat kanak-kanak luar nikah yang mati itu telah dijadikan lebih hina daripada binatang, kerana binatang yang mempunyai tuan, apabila ianya mati biasanya akan ditanam. Di zaman jahiliah, sebelum kedatangan Islam, kanak-kanak perempuan dibunuh dalam keadaan mereka ditanam hidup-hidup ertinya dikubur dan tidak dibiarkan, seperti terbiarnya kanak-kanak luar nikah dibunuh dan dibiarkan begitu sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada tiga golongan yang sangat dimurkai Allah s.w.t di dunia dan hari akhirat iaitu golongan  yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak.

Apakah kita sanggup hidup dengan kemurkaan Allah di dunia ini? dan mendapat azab yang sangat pedih di hari akhirat nant? Jila kita takut dan tak sanggup menanggung azab sengsara yang berat dan hebat maka tinggalkanlah perkara dosa dan maksiat dan perbuatan yang ditegak oleh Allah s.w.t. Kembalilah kepada Islam dan ajarannya dan hiasilah hidup kita dengan amal-amal soleh dan akhlak yang mulia. Mohonlah keredhaan Allah di dunia dan akhirat.




Dua Kejahatan Di segerakan Balasannya di Dunia

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa balasan kepada kedua-dua maksiat tersebut di atas akan mendapat balasannya secara tunai di dunia ini sebelum azab yang lebih dahsyat akan diterimanya di hari akhirat nanti.

Dua dosa besar iaitu melakukan zina dan menderhaka kepada dua orang tua adalah perbuatan dosa yang tidak ditangguhkan Allah hingga hari kiamat tetapi diberi balasan kerana perbuatan tersebut meroskan keturunan dan menafikan hak dan kemuliaan orang tua yang melahirkan dan membesarkannya.

Pertama : Kejahatan  zina.

Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat.

Ada pun yang berlaku di dunia ialah :

1. kehilangan keceriaan wajah,

2. pendek umur dan

3. sentiasa dalam keadaan susah.


Manakala tiga balasan di akhirat ialah :

1. kemurkaan Allah,

2. balasan yang buruk, juga

3. azab di Neraka. "

Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.

Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda maksudnya :  "Barang siapa berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya."

Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang tidak dijelaskan di sini menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah, dia tidak akan berzina.

Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan, lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak mengandung dan tidak ditangkap basah.  Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.

Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka yang bertaubat.

Allah berfirman maksudnya : "Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
(Surah al- Furqan ayat 68-70).

Bukan sahaja perbuatan zina itu larangan Allah, bahkan berjinak-jinak dengan punca-punca terjadinya zina juga dilarang.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan."
(Surah Al-Isra’ ayat 32)

Imam Ahmad mengatakan:
”Aku tidak tahu ada dosa yang lebih besar setelah membunuh jiwa daripada zina.”

Kepapaan boleh berlaku kerana perbuatan zina menyebabkan lahirnya anak zina yang tiada hak untuk mendapat harta pusaka.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :  ”Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam Neraka adalah mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmizi)

Ibnu Mas’ud r.a berkata: ”Tidaklah muncul riba dan zina pada suatu daerah kecuali Allah akan mengizinkan kehancurannya.”

Akibat daripada berleluasanya zina maka lahir penyakit berjangkit dan kerosakan akhlak dalam masyarakat. Ia menimbulkan pecah belah keluarga dan krisis rumah tangga. Dan kerosakan keturunan manusia dengan lahirnya anak tak sah taraf (anak luar nikah).  Kesemua ini menyebabkan keruntuhan budaya dan tamadun hidup manusia. Apabila berlaku demikian, hati tertutup untuk menerima  taufiq dan hidayah daripada Allah s.a.w. .Memohonlah keampunan daripada Allah s.w.t. atas segala kemungkaran yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Islam memandang jenayah zina sebagai satu jenayah yang sangat keji dan tidak bermoral. Ia bukan sahaja membiakkan penyakit berjangkit seperti AIDS dan Siplis tetapi juga merosakkan sistem kekeluargaan, menghancurkan rumahtangga, menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, melahirkan jenayah rogol yang berleluasa, wujudnya anak luar nikah tanpa bapa sekaligus membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah s.w.t."

Sabda Nabi saw lagi maksudnya : “Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain daripada setitik air mani yang ditumpahkan oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya”.

Sebuah lagi hadis maksudnya : “ Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam Neraka dapat mengganggu ahli Neraka kerana sangat busuknya. ”

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan."
(Surah Al-Israk ayat 32)

Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

Sahabat,
Marilah kita jauhi dan cuba membaiki masyarakat kita supaya gejala sosial yang parah seperti berzina ini dapat kita elakkan berlaku. Semua pihak samaada ibu bapa, guru-guru, jabatan agama Islam, jemaah Islam, persatuan bukan kerajaan (Islam), pihak penguasa polis . Rela,  majlis perbandaran dan ahli jawatan kuasa masjid hendaklah bersatu tenaga menyekat dan menghalang daripada perkara maksiat berlaku dimerata tempat. Ketegasan pihak berkuasa adalah amat diperlukan untuk mengenakan undang-undang yang lebih tegas untuk mereka-mereka yang berdua-duaan dan menghampiri zina. Sekiranya diperingkat awal dapat dicegah maka gejala zina dan buang anak akan dapat di atasi insya Allah.

Kedua : Kejahatan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Islam meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan.

Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api Neraka.

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.”
(Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.”
(Surah an-Nisa, ayat 36)

Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.

Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.”
(Hadis riwayat Tabrani).

Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.”
(Surah al-Isra, ayat 23).

Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang soleh yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak soleh adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”.

Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya”.

Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Islam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang menbabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku di kalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Sahabat yang dikasihi,
Banyak kita mendengar kisah-kisah benar berlaku apabila seseorang menderhaka kepada kedua ibu bapanya maka balasannya akan diterima di dunia lagi secara tunai. Kisah seorang sahabat Nabi s.a.w bernama 'Alaqamah telah menyakiti hati ibunya bila di saat dia nazak dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah hinggalah ibunya memaafkannya barulah dia boleh mengucapkan kalimah syahadah.

Kisahnya seperti berikut :
Pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w , seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Alaqamah, apabila ajalnya sudah hampir tiba , keluarganya sudah berkumpul dan mereka mengajarkan untuk mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illallaah” beberapa kali tetapi sia-sia. Mulut ‘Alaqamah terkunci. Akhirnya mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w , dan baginda menyuruh beberapa orang sahabat melihat akan hal itu, keadaan ‘Alaqamah tetap seperti itu juga tidak berubah , mulutnya tetap terkunci.

Nabi s.a.w menyuruh agar membawa ibunya kepada baginda .Setelah tiba ibu ‘Alaqamah ,baginda bertanya mengenai diri ‘Alaqamah, dan ternyata dia agak kecil hati pada anaknya , dan dia tidak mahu mema’afkan kesalahannya.

Dengan helah Nabi s.a.w mengatakan kepada para sahabat yang ada di sana, supaya mengumpulkan kayu kering, dan tatkala di tanya sahabat apa gunanya, Nabi s.a.w mengatakan untuk pembakaran ‘Alaqamah di hadapan ibunya. Mendengar yang ‘Alaqamah akan di bakar, maka ibunya dengan menangis, mengatakan, agar janganlah anaknya di bakar, dan dia bersaksi kepada Allah dan Muslimin yang ada di majlis itu mengatakan redhalah akan ‘Alaqamah, dan mema’afkan akan dia.

Setelah itu Nabi s.a.w menyuruh sahabat menjenguknya . Belum sempat mereka mengajarkannya lantas ‘Alaqamah terus mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illa llaah” dengan fasih dan lancar , dan dia pun mati dalam kalimah itu.

Sahabat,
Hanya mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa saja dua kejahatan yang termasuk di dalam dua dosa besar dan disegerakan balasannya di dunia ini dapat dijauhi. Keran iman yang tertaman dihati ini akan melahirkan jiwa yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. dan menjauhi segala dosa dan larangan daripada Allah s.w.t. Jika kita telah melakukan kesalahan dan dosa segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t  dan mohonlah ampun kepada kedua ibu bapa sebelum mereka kembali menemui Allah s.w.t dan ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.

Monday, October 4, 2010

Pramugari Koma di Tanah Suci : Kisah Pengajaran.



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
(Di petik daripada tuliasan : Mia Nursofiya Abdul Rahman)