Saturday, May 12, 2012

Dalam Islam Matlamat Tidak Boleh Menghalalkan Cara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat satu kaedah umum dalam Islam iaitu "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara".

Ű§Ù„ŰșŰ§ÙŠŰ© Ù„Ű§ ŰȘُۚ۱۱ Ű§Ù„ÙˆŰłÙŠÙ„Ű©

Berlawanan dengan kaedah ini iaitu "Matlamat Menghalalkan Cara", teori ini menurut sumbernya dipopularkan oleh NiccolĂČ Machiavelli di dalam buku tulisannya bertajuk ‘The Prince'.

Jika dirujuk kepada konsep yang digagaskan oleh Machiavelli ini, sudah tentunya Islam menolak ideanya kerana ia tidak mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk apa sahaja cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan dikira perlu. Maka lakukankanlah cara itu, ia akan berubah menjadi mulia dan diterima.

Dalam Islam semua perbuatan, amalan dan niat dan cara-caranya mesti dibenarkan syarak dan matlamatnya juga jelas tidak bertentangan dengan syarak. Kita di larang menggunakan kaedah matlamatnya baik (syarak benarkan) tetapi cara dan jalannya haram.

Dalam keadaan tertentu Islam menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat yang lebih utama dan besar kepentingannya berbanding cara yang diambil. Terdapat hanya empat bidang sahaja yang dibenarkan oleh Islam menggunakan cara yang haram iaitu dalam bidang muamalat , harta, jenayah dan keluarga, kerana kebanyakan dari hukuman dalam bidang ini bergantung kepada 'illah atau penentuan sebab utama dan matlamat serta objektif. Adapun, bidang ibadah tidaklah termasuk kerana ia bersifat ta'abudi :

Ringkasan hujjah dan dalil bagi keadaan ini adalah :-
 
1. Firman Allah : -

: فَمَنِ ۧ۶ْŰ·ُ۱َّ Űșَيْ۱َ ŰšَۧŰșٍ وَÙ„Ű§ Űčَۧۯٍ فَÙ„Ű§ Ű„ِŰ«ْمَ Űčَلَيْهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰșَفُÙˆŰ±ٌ ۱َŰ­ِيمٌ

Ertinya : Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Surah Al-Baqarah ayat 173)

Ayat ini jelas menunjukkan bagi mencapai matlamat ‘TERUS HIDUP' iaitu maslahat nyawa, dibenarkan bagi seseorang Islam itu untuk melakukan satu cara yang tidak halal, iaitu memakan makanan yang haram, bagi mencapai matlamatnya iaitu terus hidup. Ini kerana kepentingan nyawa adalah lebih besar berbanding memakan yang haram, justeru dalam keadaan TERPAKSA sahaja, cara yang asalnya HARAM itu menjadi harus buat sementara waktu.

2. Firman Allah swt :-

من ÙƒÙŰ± ŰšŰ§Ù„Ù„Ù‡ من ŰšŰčŰŻ Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†Ù‡ Ű„Ù„Ű§ من ŰŁÙƒŰ±Ù‡ ÙˆÙ‚Ù„ŰšÙ‡ Ù…Ű·Ù…ŰŠÙ† ŰšŰ§Ù„Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù† ولكن من ێ۱ۭ ŰšŰ§Ù„ÙƒÙŰ± ۔ۯ۱ۧ

Ertinya : "Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar." (Surah An-Nahl ayat 106 )

Ayat ini juga menunjukkan keterpaksaan dalam menjaga matlamat iaitu nyawa, membolehkan seseorang Islam mengucapkan perkataan kafir, semata-mata untuk mencapai matlamat yang lebih utama, iaitu dengan syarat ia dalam keadaan terpaksa dan hatinya tetap beriman.

3. Hadis Nabawi:

Ù„ÙŠŰł Ű§Ù„ÙƒŰ°Ű§Űš Ű§Ù„Ű°ÙŠ ÙŠŰ”Ù„Ű­ ŰšÙŠÙ† Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ويقول ŰźÙŠŰ±Ű§ً وينمي ŰźÙŠŰ±Ű§ً

Ertinya : "Tiadalah dikira sebagai pembohong, mereka yang memperdamaikan di antara manusia, dan dia berkata yang baik dan berharap hasil yang baik juga." ( Hadis Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini membawakan kata-kata Ibn Shihab yang mengatakan diberikan keringanan untuk untuk berbohong di dalam tiga keadaan iaitu :-

a. Peperangan

b. Memperdamai antara manusia yang bertelagah

c. Suami kepada isteri dan isteri kepada suami (untuk menuju kepada yang baik sahaja dan tidak sampai memudaratkan keduanya).

Namun Imam At-Tabari tidak bersetuju dan berpendapat yang dibenarkan bukanlah berbohong tetapi adalah tawriah iaitu menyembunyikan hal yang benar dengan cara-cara bijaksana seperti kata-kata yang membawa banyak maksud.
(Syarah Sohih Muslim, di hadis no 2605)

Apa yang jelas dari huraian para ulasa silam, mereka sepakat keharusan menipu dalam keadaan terpaksa dan dharurat, namun mereka berbeza tafsiran dalam keadaan biasa demi mencapai matlamat yang halal dan baik.
(Rujuk Fath Al-Bari, Kitab al-Sulh, hadis 2546)

4. Keadah Umum Fiqh:

Ű§Ù„Ű¶Ű±ÙˆŰ±Ű§ŰȘ ŰȘŰšÙŠŰ­ Ű§Ù„Ù…Ű­ŰžÙˆŰ±Ű§ŰȘ

Ertinya : "Keadaan terdesak (dharurat) boleh mengharuskan yang haram."

Ini adalah kaedah yang sangat popular dan diketahui umum, walaupun ia hanya relevan di dalam hal terdesak, ia masih satu keadah yang memberikan indikasi matlamat boleh menghalalkan cara dalam sesetengah bentuk dan keadaan.

Sahabat yang dimuliakan,
Umat Islam hari ini amat mudah untuk menghalakan cara yang haram atau subahat semata-mata untuk mencapai matlamat yang baik. Walaupun jalan dan cara yang digunakan bertentangan dengan syariat, akhlak dan nilai-nilai murni yang digariskan Islam.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Penipuan dalam daftar pemilih, menggunakakan undi hantu, memberi kewarganegara kepada mereka yang tidak berkelayakan semata-mata untuk memenangi pilihanraya. Matlamatnya baik bila berjaya dalam pilihanraya boleh meneruskan pembangunan dan membantu rakyat jelata tetapi cara-caranya jelas haram kerana hak menggudi diberikan kepada yang tidak layak.

Kedua : Mengadakan konset dan nyayian bercampur gaul lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dilarang oleh Islam. Semata-mata niat yang baik untuk mengutip derma untuk mangsa banjir, kebakaran dan sebagainya tetapi cara mendapatkan sumber kewangan jelas boleh merosakkan akhlak Islam.

Ketiga : Cara "Robinhood" mencuri harta orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin. Niatnya baik untuk membantu orang-orang miskin tetapi cara mencuri dan merampas hak orang lain ditegah oleh Islam.

Keempat : Menggunakan duit riba atau rasuah untuk mengerjakan haji di Mekah. Pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji adalah wajib jika berkemampuan tetapi duit yang diperolehi dengan cara riba dan rasuh adalah haram maka haji yang dikerjakan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Dalam Islam keempat-empat cara diatas adalah haram dan bertentangan dengan syariat Islam. Oleh itu umat Islam perlulah berhati-hati jangan amalkan perbuatan tersebut dan jangan memberi sokongan kepada mereka yang jelas menggunakan kaedah "Matlamat Menghalalkan Cara".

Jika kita setuju dengan cara dan jalan yang haram sebenarnya kita bersubahat dan kita akan disoal nanti di hari akhirat kenapa kita membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang membelakangkan Islam dalam menggunakan cara yang batil dan haram.

Thursday, May 10, 2012

Keyakinan Kepada Takdir Allah adalah Sifat Orang Mukmin

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Beriman kepada takdir Allah SWT yang berlaku bagi semua makhluk adalah salah satu daripada Rukun Iman yang keenam. Kesemuanya itu sebagai bukti akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. 

Perhatikan Firman Allah SWT yang bermaksud : '"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.” 
(Surah al-Hadiid ayat 22)

Maksud dari ayat tersebut diatas adalah bahwa apapun yang terjadi di dunia ini dan menimpa diri kita, semua atas kehendak Allah SWT. Allah SWT Maha Berkuasa untuk keteguhan iman kita dan Allah SAW Maha Berkuasa melakukan ketentuanNya (takdirNya) tentu saja sebagai seorang muslim kita harus meyakini semua itu, apapun yang menimpa diri kita samaada kesenangan ataupun kesedihan adalah datangnya daripada Allah SWT oleh itu kita wajib tawakal dan mengembalikan kepada Allah SWT. 

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang beriman kepada takdir Allah SWT tidak akan putus asa ketika tertimpa suatu musibah ataupun kegagalan. Dia juga tidak sombong ketika berjaya kerana  itu semua adalah datangnya daripada Allah SWT. Ikhtiar dan berusaha sekuat tenaga untuk memperoleh hasil terbaik adalah merupakan langkah awalan yang sangat dituntut. Setiap kita jangan heran jika masih ada orang miskin dalam masyarakat kita begitu juga jika terdapat orang yang berjaya dalam kehidupannya. Mengapa?. Sebagai sunatullah kalau kita hendak berjaya, kita harus merobah sifat malas dan kita harus berdisiplin, tidak buat sesuka hati dan kita harus bersemangat, harus berusaha dengan keras untuk mencapai kemajuan. Sebab hanya dengan semangat, disiplin dan teliti kepada usaha keras kita maka insya Allah kita boleh mencapai kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan.

Firman Allah SWT maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum kamu (mereka) mengubah keadaan (nasib) diri mereka sendiri.” 
(Surah Ar-Ra’da ayat 11)

Dengan demikian seorang muslim harus bergembira dan selalu optimis memikirkan masa depannya. Sebab Allah SWT akan memberikan takdirNya yang baik kepada para hambaNya yang berperangsangka baik kepadaNya yang dengan sungguh-sungguh berikhtiar. Yang penting kita berusaha dan berusaha sedangkan hasilnya kita tawakal (berserah diri) kepadaNya, kepada Allah SWT. Bukankah dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabat untuk mengikat untanya terlebih dahulu baru setelah itu bertawakal kepada Allah SWT?

Sahabat yang dihormati,
Berbicara mengenai iman kepada takdir Allah SWT tentunya tidak terlepas dari pembicaraan mengenai rukun Iman yang keenam atau rukun yang terakhir, iaitu percaya (iman) kepada Qada dan Qadar. Qada dan Qadar juga dipanggil sebagai takdir Ilahi.

Qada maksudnya ketentuan atau ketetapan Allah SWT yang belum terjadi. Bahkan Qada ini telah ditentukan sejak zaman azali (zaman sebelum diciptakannya alam semesta ini) dan ketentuan Allah ini tertulis di Loh Mahfuz. 

Qadar adalah ketentuan Allah yang sudah terjadi. Takdir merupakan Rahmat Allah dan tidak seorangpun yang dapat mengetahuinya. Takdir baru boleh diketahui setelah terjadi. 

Dengan mempelajari iman kepada takdir Allah diharapkan kita memperoleh banyak manfaat. Diantaranya adalah memperkuat iman di dalam dada dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Sabar, syukur dan tawakal serta menumbuhkan akan gairah (bersemangat) untuk berikhtiar. Sementara apa yang dimaksud dengan pengertian iman itu ?

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :Telah bersabda Rasulullah SAW  maksudnya :"Beriman iaitu bahawa kamu percaya kepada Allah, para malaikanNya, kitab- kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir dan takdir yang baik maupun yang buruk. "
(Hadis Riwayat Muslim)

Sekarang bagaimana pula, itu setentang ketentuan baik dan buruk?

Warna kulit kita, bangsa dan bahasa kita, tempat kelahiran kita adalah takdir Allah yang sudah tidak dapat diubah dan dihindari lagi. Kesemuanya itu diluar kemampuan kita. Inilah takdir dan ketentuan Allah SWT kepada kita. Inilah takdir Allah yang tetap dan sudah kita ketahui bersama.

Oleh itu bagaimana dengan orang yang berbuat baik dan orang yang berbuat jahat?

Apakah perbuatan mereka itu juga termasuk takdir Allah?

Dan apakah Allah yang menciptakan perbuatan atas manusia? Kalau begitu layakkah orang yang berdosa kerana takdir Allah mendapat seksa di neraka?

Jawabannya : Betul! Ini takdir Allah juga. Takdir yang satu ini belum kita ketahui dan belum kita lakukan. Bukankah kita tidak tahu apa yang akan kita lakukan esok? Kalau kita tidak tahu apa yang akan kita lakukan esok nanti, kenapa kita merancang untuk berbuat jahat?

Bukankah manusia diberi akal fikiran yang waras  oleh Allah SWT untuk berfikir? Dengan akal manusia dapat memilih untuk mengerjakan perbuatan yang baik dan menghindari yang jahat. Jika ternyata manusia itu memilih berbuat jahat, bukankah itu namanya lari dari takdir yang baik?

Tidak boleh dikatakan bahawa orang yang berbuat jahat itu kerana memang ditakdirkan Allah SWT berbuat jahat. Dan orang yang berbuat baik itu kerana memang ditakdirkan Allah berbuat baik. Jadi manusia itu diberi kebebasan untuk memilih. Apakah ia memilih jalan takwa atau jalan menuju dosa? Manusia di beri pilihan untuk memilih yang hak atau yang batil. Jika manusia memilih yang hak (baik) Allah SWT berjanji akan memasukkannya kedalam syurga-Nya begitu juga apabila manusia telah memilih yang mungkar maka Allah SWT memberi ancaman untuk dimasukkan kedalam neraka.

Sedangkan Allahlah yang mentakdirkan manusia untuk dapat melakukan sesuatu perbuatan misalnya seseorang yang telah bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh. Berusaha dan berupaya sekuat tenaga dan fikiran dengan tidak mengenal penat siang dan malam terus saja bekerja. Tetapi hidupnya masih tetap saja miskin. Sebaliknya banyak orang yang mendapat keuntungan tanpa usaha yang sungguh-sungguh malahan dapat dikatakan hanya dengan berpangku tangan atau goyang-goyang kaki saja.

Tetapi kejayaan demi kejayaan diperoleh oleh mereka dan jadilah mereka orang-orang yang berjaya, orang-orang yang kaya. Mengapa? Kerana ini adalah Qada dan Qadar Allah SWT.

Miskin atau kaya adalah ujian Allah SWT, kemuliaan seseorang bukan kerana hartanya tetapi yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah mereka yang lebih takwanya kepada-Nya. Jangan rasa bangga diri jika kalian dikurniakan   rezeki yang tiada disangka-sangka dan lumayan dan jangan risau jika kalian mengalami kesempitan hidup. Semuanya ada hikmah dan kebaikan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Beriman kepada Qada dan Qadar tidak bermaksud kita pasrah menunggu nasib. Kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi atas diri kita bukan? Kerena kita tidak tahu maka seyogyanya yang kita harus lakukan adalah berusaha agar yang terjadi atas diri kita adalah hal-hal yang baik. Berdoa, beristighfar dan berzikir  adalah salah satu cara kita mengharapkan takdir yang baik daripada Allah SWT kerana maksud hadis Nabi SAW  bahawasanya hanya doa dapat merubah Qada dan Qadar.

Allah memang telah menentukan nasib kita yaitu baik atau buruk. Tentunya kita berharap agar kita memperoleh yang baik dan terhindar dari yang buruk. Untuk itu kita harus berusaha. Maksudnya jika ingin menjadi orang pandai maka kita harus rajin belajar. Begitu pula jika kita ingin menjadi orang kaya maka kita harus  bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh. Bukankah Allah dan RasulNya menyuruh kita agar bekerja bersungguh-sungguh.

Firman-Nya yang bermakasud :“Dan katakanlah : Bekerjalah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu.”
(Surah. at-Taubah ayat 105)

Sahabat yang dihormati,
Setelah berusaha hendaknya kita berdoa, memohon kepada-Nya agar apa yang kita cita-citakan (inginkan) menjadi kenyataan. Adapun dalam kehidupan sehari-hari kita harus menerima kenyataan bahawa Allah SWT menciptakan nasib manusia berbeda-beda. Ada yang menjadi pegawai, guru, petani, ahli perniagaan dan buruh kasar. Tidak mungkin manusia ditakdirkan semuanya mempunyai nasib yang sama. Jika semua manusia menjadi pegawai atasan siapa pula yang hendak menjadi petani atau pekerja am?

Jadi sebagai insan beriman yang harus kita lakukan adalah bertawakal kepada Allah SWT. Berusaha dan berdoa meraih prestasi yang terbaik, sedangkan hasilnya kita serahkan kepada Allah SWT. Beriman kepadas Qada dan Qadar pastinya mempunyai pengaruh yang sangat besar pada kehidupan seorang mukmin yakni sebagai berikut : Keberanian pantang mundur dan tidak tunduk kepada kekuatan siapapun di dunia ini, dilindungi dari penyakit bangga diri sebab kita cuma mampu berusaha, sedangkan memberi kejayaan adalah Allah SWT, sabar dan tidak putus asa, tenang dalam mengarungi kehidupan sebab segala sesuatu berjalan sesuai takdir Allah.  

Dia Maha Mengetahui sementara manusia tidak mengetahuinya. Dan yang paling besar adalah pengaruh semangat dalam beramal, bekerja dan bertawakal kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surat AN-Nisa ayat 78 maksudnya : “Dimanapun kamu berada kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh. Jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : 'Ini dari sisi Allah', dan jika mereka ditimpa suatu keburukan mereka mengatakan : 'Ini dari Engkau (Muhammad)' Katakanlah : "Semua (datang) dari sisi Allah. Maka kenapa orang-orang itu (munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan (sedikit pun)"? (Surah An-Nisa ayat 78)

Tuesday, May 8, 2012

Allah SWT Sediakan Bidadari Untuk Orang-orang Bertakwa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT secara jelas menceritakan ...di dalam al-Quran bahawa balasan untuk orang-orang yang bertakwa adalah balasan syurga seluas langit dan bumi di hari akhirat nanti. Kenikmatan di dalam syurga yang banyak di gambarkan di dalam al-Quran adalah kecantikan dan keindahan para bidadari. Bidadari yang akan menjadi isteri-isteri orang-orang mukmin di syurga nanti.

Al-Quran menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :

1.Firman Allah SWT maksudnya : "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Surah Ash-Shaaffaat [37] ayat 48-49)

2. Firman Allah SWT maksudnya : "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahmaan [55] ayat 56)

3. Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Surah Al-Waaqi’ah [56] ayat 35-37)

4. Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu Salamah radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.”

Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”

Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Surah Al-Waqi'ah ayat 23)

Baginda menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Surah Ar-Rahmaan ayat 70)

Baginda menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”

Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat ayat 49)

Baginda menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah ayat 37)

Baginda menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadis).

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

"Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka."

"Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Sahabat yang dikasihi,
Kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah SWT dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW adalah sebagai motivasi kepada orang-orang mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia ini.

Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insya Allah!

Sunday, May 6, 2012

Kebaikan Wuduk Dengan Sempurna dan Doa-doa Semasa Berwuduk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita kadang-kadang ataupun tidak tahu-menahu apakah hikmah disebalik mengambil wuduk sebelum menunaikan solat lima waktu. Berdasarkan hadis Nabi SAW mengambil wuduk sahaja mempunyai banyak kelebihan kepada umat seperti sifat air yang jernih dan menyegarkan kita.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berwuduk dan dalam melakukan wuduknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wuduk itu." (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasai)

Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwuduk bagi menunaikan solat Subuh kerana lebih seronok meneruskan tidur tetapi Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berwuduk dengan cara sempurna di awal pagi yang dingin maka pahala baginya dua kali ganda." (Hadis riwayat at-Tabrani)

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda (maksudnya) : “Apabila seorang hamba muslim berwuduk lalu membasuh mukanya, keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya, keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah tangannya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah kakinya bersama air atau berjalan yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau bersama titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih daripada segala dosa”. (Hadis riwayat Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk mendapatkan kebaikan dan kesempurnaan wuduk dan juga dapat membersihkan hati maka perlulah berdoa setiap kali membasuh anggota wuduk  dengan air.

1. Ketika berkumur, berniatlah dengan berdoa :

“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah, mengumpat dan mungkir janji. Tanpa disedari kata-kata kita seringkali telah menyakiti hati orang lain.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan berdoa :

“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan berdoa :

“Ya Allah, berikanlah buku catatanku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga dan mereka yang dirahmati Allah SWT akan menerima buku catatan di tangan kanannya.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan berdoa :

“Ya Allah, janganlah Kau berikan buku catatanku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka dan mereka yang dimurkai Allah SWT akan menerima buku catatannya ditangan kirinya.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan berdoa :

”Ya Allah, lindunganlah daku daripada teriknya matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan berdoa :

”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan mendengar muzik yang melalaikan.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan berdoa :

”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustakim pantas seperti kilat”.
Penjelasan : Ahli syurga dan mereka yang dirahmati Allah SWT akan melintasi titian dengan cepat sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan berdoa :

”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan tempat yang soleh dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah SWT lahirkan kita sebagai umat Islam?

Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana kisah yang berlaku kepada Bilal bin Rabah, iaitu di dalam peristiwa semasa Israk Mikraj, semasa Nabi SAW naik ke langit dan sampai ke syurga baginda terdengar hentakan tapak kaki Bilal di hadapannya, baginda hairan dan sebaik kembali ke bumi, Nabi SAW terus mendapatkan Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan di sisimu dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam syurga.” Jawab Bilal: “Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan di sisiku, (melainkan) aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut (solat sunat selepas wuduk), dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat (aku sentiasa menjaga wudukku)” (Hadis muttafaqun alaih)

Begitulah kisahnya ganjaran pahala menanti mukmin yang mengambil wuduk secara sempurna dan sentiasa berkeadaan berwuduk setiap masa dan ketika dan sentiasa melaksanakan solat wuduk dua rekaat (selepas mengambil wuduk)