Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita kadang-kadang ataupun tidak tahu-menahu apakah hikmah disebalik mengambil wuduk sebelum menunaikan solat lima waktu. Berdasarkan hadis Nabi SAW mengambil wuduk sahaja mempunyai banyak kelebihan kepada umat seperti sifat air yang jernih dan menyegarkan kita.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berwuduk dan dalam melakukan wuduknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wuduk itu." (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasai)
Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwuduk bagi menunaikan solat Subuh kerana lebih seronok meneruskan tidur tetapi Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berwuduk dengan cara sempurna di awal pagi yang dingin maka pahala baginya dua kali ganda." (Hadis riwayat at-Tabrani)
Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda (maksudnya) : “Apabila seorang hamba muslim berwuduk lalu membasuh mukanya, keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya, keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah tangannya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah kakinya bersama air atau berjalan yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau bersama titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih daripada segala dosa”. (Hadis riwayat Muslim).
Sahabat yang dimuliakan,
Untuk mendapatkan kebaikan dan kesempurnaan wuduk dan juga dapat membersihkan hati maka perlulah berdoa setiap kali membasuh anggota wuduk dengan air.
1. Ketika berkumur, berniatlah dengan berdoa :
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah, mengumpat dan mungkir janji. Tanpa disedari kata-kata kita seringkali telah menyakiti hati orang lain.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan berdoa :
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah dengan berdoa :
“Ya Allah, berikanlah buku catatanku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga dan mereka yang dirahmati Allah SWT akan menerima buku catatan di tangan kanannya.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah dengan berdoa :
“Ya Allah, janganlah Kau berikan buku catatanku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka dan mereka yang dimurkai Allah SWT akan menerima buku catatannya ditangan kirinya.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan berdoa :
”Ya Allah, lindunganlah daku daripada teriknya matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan berdoa :
”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan mendengar muzik yang melalaikan.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan berdoa :
”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustakim pantas seperti kilat”.
Penjelasan : Ahli syurga dan mereka yang dirahmati Allah SWT akan melintasi titian dengan cepat sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan berdoa :
”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan tempat yang soleh dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah SWT lahirkan kita sebagai umat Islam?
Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana kisah yang berlaku kepada Bilal bin Rabah, iaitu di dalam peristiwa semasa Israk Mikraj, semasa Nabi SAW naik ke langit dan sampai ke syurga baginda terdengar hentakan tapak kaki Bilal di hadapannya, baginda hairan dan sebaik kembali ke bumi, Nabi SAW terus mendapatkan Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan di sisimu dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam syurga.” Jawab Bilal: “Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan di sisiku, (melainkan) aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut (solat sunat selepas wuduk), dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat (aku sentiasa menjaga wudukku)” (Hadis muttafaqun alaih)
Begitulah kisahnya ganjaran pahala menanti mukmin yang mengambil wuduk secara sempurna dan sentiasa berkeadaan berwuduk setiap masa dan ketika dan sentiasa melaksanakan solat wuduk dua rekaat (selepas mengambil wuduk)

No comments:
Post a Comment