Monday, December 28, 2015

Halalkah Gaji Pekerja Islam Yang Menghidang Arak?

Soalan:

Adakah halal gaji pekerja hotel yang menghidangkan arak, daging yang haram, membenarkan permainan judi dan sebagainya? Apakah yang sepatutnya dilakukan?

Jawapan:

Saya memetik jawapan Sheikh Abdul Munsif Mahmud seorang ulama Universiti Al-Azhar apabila diajukan soalan yang sama, beliau menyatakan:

Wajib bagi orang tersebut meninggalkan pekerjaan itu sehinggalah dia tidak bertemu lagi dengan perkara-perkara mungkar yang boleh menyebabkan dirinya terjebak. Sekiranya tidak boleh berhenti maka ketika itu hendaklah dia menjaga agamanya dengan menjauhkan diri dari suasana begitu disamping mencuba mencari pekerjaan lain.

Berdasarkan hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, :

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya ada perkara yang meragukan (syubhat) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang berjaga-jaga dari yang syubhat maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya dan barangsiapa yang mengambil yang syubhat maka sesungguhnya (ia mungkin) telah melakukan yang haram…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)

Oleh yang demikian pekerja tersebut perlulah mencari kerja yang lain yang munasabah dengan kepakarannya dan yang sesuai dengannya. Firman Allah SWT (yang bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membuka baginya jalan keluar dan melimpahkan rezkinya dengan iada disangka-sangka”. (Surah al-Talaq 2 - 3)

Demikian juga saranan kepada pekerja yang terhalang bagi melakukan solat fardhu dan solat Jumaat untuk mengambil tindakan yang serupa.

Kenapa Timbulnya Hadis-hadis Palsu ?

Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.

Terdapat banyak buku yang menceritakan dengan panjang lebar tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu. Buku ini dikarang oleh para ulama sejak dahulu hingga kini. Namun saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sebuah buku yang ditulis oleh Abd. Fattah Abu Ghuddah yang bertajuk Lamahat Fi Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith. Sebahagian besar maklumat yang saya akan sebutkan seterusnya di sini diambil daripada buku ini.

Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan Hadis Palsu.

Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini adalah merupakan satu tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim:

Maksudnya: "Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah. (Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).

Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis?

Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak. (Lamahat Min Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith – Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 45 – cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah, Halab, Syria.)

Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta.

Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. Sebab-sebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. Secara ringkasnya saya sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadis al Maudhu’. Ianya adalah seperti berikut :

1- Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.

2- Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan.

3- Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu. (Golongan pertama, kedua dan ketiga ini memang wujud dari dulu hingga hari ini. Orang-orang yang soleh dan baik akhlaknya tidak semestinya alim dan berpengetahuan dalam bidang hadis. Begitu juga dengan orang-orang alim yang kurang mengingati hadis-hadis yang pernah dihafalnya satu ketika dahulu. Berhati-hati adalah satu kewajipan.)

4- Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka.

5- Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.

6- Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.

7- Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.

8- Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.

9- Golongan pengampu yang mencipta hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.

10-Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.

Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.

Sunday, December 27, 2015

Kisah Ukasyah Palsu.

Status Kisah Ukasyah Yang Ingin Memukul Nabi Sallallah Alaih Wasallam Sebelum Baginda Wafat

Saya sering kali ditanya tentang kisah Ukasyah yang kononnya ingin memukul Nabi sallallah alaih wasallam sebagai membalas balik (qisas) perbuatan Nabi sallallah alaih wasallam yang memukulnya. Saya lampirkan ceritanya seperti yang disebarkn dalam salah satu blog (walaupun kisahnya dalam hadis lebih panjang):

ABDULLAH bin Abbas bercerita: “Menjelang wafatnya Nabi saw, diperintahkannya Bilal unruk mengumandangkan azan. Para sahabat datang berduyun-duyun ke Masjid Nabawi memenuhi seruan azan itu, meskipun waktu solat belum tiba.

Nabi masuk ke dalam masjid dan melakukan solat sunat dua rakaat. Kemudian Baginda naik ke atas mimbar dan memulakan khutbahnya yang panjang. Baginda ucapkan puji-pujian kepada Allah Yang Maha Agung sehingga meniis air mata orang yang mengikutinya.

Kemudian, Baginda bersabda: “Ayyuhal Muslimun, aku adalah Nabi utusan Allah, pemberi nasihat dan pembawa kebenaran kepada kalian. Kedudukan aku diantara kalian bagaikan seorang saudara atau seorang ayah yang sangat kasih kepada anak-anaknya. Apabila ada diantara kalian yang merasa pernah dizalimi, ku harap dia mahu menuntutnya dariku di dunia ini sebelum datangnya tuntutan yang amat dasyat pada hari akhirat kelak.”

Berulang kali Nabi mengucapkan kata-katanya itu, tetapi tidak ada suara yang mahu menyahutnya. Siapa gerangan pengikut Nabi Muhammad yang merasa rela  menuntut Nabi saw. Semua sahabat diam termangu. Ada yang terisak-isak menangis menyaksikan ketulusan dan keadilan seorang pemimpin agung ini. Mereka tak dapat membayangkan betapa seorang pemimpin yang agung dan sudah berkorban segala-galanya demi umatnya, tiba-tiba pada akhir hayatnya dan dalam keadaan badan yang sudah lemah masih menegakkan keadilan seadil-adilnya meskipun terhadap dirinya sendiri.

Dalam suasana yang hening dan mencengkam seperti itu, tiba-tiba Akasyah bin Muhshin berdiri dan memecahkan kesunyian, “Aku ya Rasulullah yang akan mengajukan tuntutan padamu.”

Mendengar kata-kata Akasyah seperti itu, para sahabat yang duduk di sekitar Nabi merasa seakan-akan disambar petir yang maha dasyat. Mereka hairan. Kerongkong mereka tersumbat tidak dapat berbicara. Jantung mereka berdebar keras seperti ingin pecah. Suara tangis mereka saling bersahut-sahutan dengan suara tangis dinding-dinding Masjid Nabawi yang ikut menyaksikan peristiwa yang amat mendebarkan itu.

“Biarkan Akaasyah mengajukan tuntutannya padaku, “ kata Nabi menenangkannya hadirin. “Aku lebih bahagia apabila aku boleh menunaikannya di dunia ini sebelum tibanya hari Qiamat kelak. Wahai Akasyah, katakanlah apa yang pernah kulakukan terhadap dirimu sehingga engkau berhak membalas terhadap diriku.”

“Ya Rasulullah, peristiwa ini terjadi pada saat ghazwah Badar.” Kata Akasyah. “Waktu itu untaku berada di samping untamu. Aku turun dari untaku kerana ingin menghapirimu. Tiba-tiba Baginda angkat kayu penyebat unta Baginda dan kayu itu mengenai bahagian belakangku. Aku tidak tahu apakah Baginda lakukan itu dengan sengaja atau kerana ingin menyebat unta itu.”

“Wahai Akasyah, Rasul Allah tidak akan mungkin melakukan perbuatan seperti itu dengan sengaja. Tetapi bagaimanapun engkau mempunyai hak untuk membalasnya.” Jawab Rasulullah saw.

“Wahai Bilal, pergilah ke rumahFathimah puteriku dan ambil kayu itu di sana,” kata Rasulullah saw.

Bilal keluar dari masjid sambil menarik nafasnya panjang-panjang. Dia tidak tahu apa yang akan dikatakannya kepada puteri kesayangan Nabi saw. Fathimah pasti akan merasa terkejut sekali apabila diketahuinya bahawa ayah kesayangannya dituntut oleh salah seorang sahabatnya. Bukan menuntut harta, melainkan menuntut qisas denganmembalas sebatan nabi pada belakangnya. Itupun di saat-saat akhir hayatnya dan dalam keadaan badan Nabi yang sering sakit.

“Wahai Fathimah puteri Penghulu alam semesta,” kata Bilal setelah mengetuk pintu dan memberi salam kepada Fathimah. “Nabi meminta sebatang kayu yang dahulunya sering digunakannya untuk menyebat untanya.”

“Untuk apa wahai Bilal?” Tanya Fathimah ingin tahu.

“Nabi hendak memberikan kayu itu kepada seseorang yang mahu mengqisasnya (membalasnya),” jawab Bilal

“Wahai Bilal, apakah ada orang yang sanggup memukul Nabi dengan kayu itu?”

Tanpa menjawab, Bilal meninggaklkan rumah Fathimah sambil membawa kayu itu. Sesampainya di masjid, Bilal memberikan kayu itu kepada Rasulullah saw yang kemudiannya diberikan kepada Akasyah. Abu Bakar dan Umar menyaksikan kejadian itu dengan penuh keharuan. Mereka berkata: “Wahai Akasyah, kami mahu menjadi tebusan Nabi saw. Balaslah kami asal jangan engkau balas jasad Nabi saw.”

“Biarkanlah Akasyah wahai Abu Bakar dan Umar. Sungguh Allah Maha Tahu apa akan kedudukan kalian,” kata Nabi meyakinkan dua sahabat ini.

“Wahai Akasyah, jiwa ini tebusan untuk Nabi saw. Hatiku tidak dapat menerima apa yang akan engkau lakukan terhadap Nabi yang mulia ini. Ini belakangku dan tubuhku. Pukulllah aku dengan tanganmu dan sebatlah aku dengan segala kekuatannu,” kata Ali penuh kepiluan.

“Tidak Hai Ali,” kata Nabi. “Sungguh Allah Maha Tahu akan niat dan kedudukanmu.”

Hasan dan Husin, dua cucu Nabi yang sangat disayanginya kemudian berdiri dan berkata dengan suara pilu: “Wahai Akasyah, bukankah engkau tahu bahawa kami adalah cucu Rasulullah saw, darah dagingnya dan cahaya matanya. Mengambil qisas dari kami adalah sama dengan mengambil qisas dari Rasulullah saw.”

“Tidak hai Hasan dan Husin. Kalian adalah cahaya mata hatiku. Biarkanlah Akasyah melakukan apa yang ingin dilakukannya,” kata Nabi.

“Wahai Akasyah, pukullah aku apabila benar bahawa aku pernah memukulmu,” pinta Nabi kepada Akasyah.

Nabi membuka bajunya dan menelungkup bersiap sedia untuk diqisas oleh Akasyah. Para sahabat menangis penuh kesyahduan menyaksikan peristiwa itu. Tiba-tiba Akasyah membuang kayu yang digenggamnya, lalu memeluk dan meletakkan tubuhnya pada tubuh Rasulullah saw. Katanya: “Wahai junjunganku Rasulullah, jiwa ini adalah tebusanmu, hati siapa yang akan tergamak mengambil qisas darimu. Aku lakukan ini semata-mata berharap badan ini dapat bersentuhan dengan badanmu yang mulia. Dengannya kuharap Allah akan boleh memeliharaku dari sentuhan api neraka.”

Nabi kemudian bersabda: ‘Ketahuilah bahawa siapa yang ingin melihat penghuni syurga maka lihatlah Akasyah.”


Begitulah kisah yang disearkan di alam maya. Cerita ini sangat menyayat hati kita. Cuma kita perlu bertanya adakah ia sahih? Saya rasa biarlah ulama hadis yang menjawab tentang status hadis ini. Berikut ulasan ulama hadis terhadap kesahihan cerita ini:

1. Kata Ibn al-Jauzi (al-Mudhu'at, jld. 1, hlm. 301):

Ù‡Ű°Ű§ Ű­ŰŻÙŠŰ« Ù…ÙˆŰ¶ÙˆŰč Ù…Ű­Ű§Ù„ ÙƒŰ§ÙŰŁ Ű§Ù„Ù„Ù‡ من ÙˆŰ¶Űčه ÙˆÙ‚ŰšŰ­ من ÙŠŰŽÙŠÙ† Ű§Ù„ŰŽŰ±ÙŠŰčŰ© ŰšÙ…Ű«Ù„ Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„ŰȘŰźÙ„ÙŠŰ· Ű§Ù„ŰšŰ§Ű±ŰŻ ÙˆŰ§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… Ű§Ù„Ű°Ù‰ Ù„Ű§ يليق ŰšŰ§Ù„Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆÙ„Ű§ ŰšŰ§Ù„Ű”Ű­Ű§ŰšŰ©، ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰȘهم ŰšÙ‡ Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…Ù†Űčم ŰšÙ† Ű„ŰŻŰ±ÙŠŰł.

Hadis ini PALSU yang mustahil (berlaku). Moga Allah membalas kepada sesiapa yang mereka-rekanya dan (moga Allah) memburukkan sesiapa yang merosakkan Syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi sallallah alaih wasallam dan tidak layak bagi sahabat. Yang dituduh (memalsukan hadis ini) ialah Abdul Mun'im bin Idris.

2. Kata  al-Suyuti (al-Laali al-Masnu'ah, jld. 1, hlm. 257):
Ù…ÙˆŰ¶ÙˆŰč ŰąÙŰȘه Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…Ù†Űčم

Maksudnya: Hadis PALSU. Penyakitnya (pereka hadis ini) ialah Abdul Mun'im bin Idris.

3. Kata al-Haithami (Majma' al-Zawaid, jld. 8, hlm. 323):
Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„Ű·ŰšŰ±Ű§Ù†ÙŠ وفيه Űčۚۯ Ű§Ù„Ù…Ù†Űčم ŰšÙ† Ű„ŰŻŰ±ÙŠŰł وهو ÙƒŰ°Ű§Űš ÙˆŰ¶Ű§Űč

Maksudnya: (Hadis ini) riwayat al-Tabarani dan padanya (sanadnya) terdapat Abdul Mun'im bin Idris. Beliau pendusta dan pereka hadis.

Justeru, berhentilah menyebarkan cerita palsu ini. Cintakan Nabi sallallah alaih wasallam menyebabkan kita menjaga nama baginda dan hadis baginda dari pembohongan. Wallahua'lam.

Abu Muaz Rozaimi Ramle

Saturday, December 26, 2015

Terdapat 20 Cara Menguatkan Iman Kepada Allah SWT.

Iman manusia ada masa turun dan ada masa naik. Ketika iman turun biasanya seseorang sedang mengikut hawa nafsu, syaitan dapat menguasai jiwanya dan dia terputus hubungan dengan Allah SWT. Untuk mendapat iman yang kuat pula terdapat beberapa amal soleh yang perlu di lakukan oleh seseorang , maka hati dan jiwanya akan berada di dalam tenang, yakin, redha dan seronok kerana mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Cara-cara yang akan dapata menguatkan iman seseorang adalah seperti berikut :

1. Perbanyaklah membaca, tadabbur dan menyimak ayat-ayat Al-Quran

Al-Qur'an diturunkan Allah sebagai cahaya dan petunjuk, juga sebagai ubat bagi hati manusia. "Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al-Isra ' ayat 82).

Kata Ibnu Qayyim, yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untuk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, "Caranya ada dua macam:

Pertama, engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat.

Kedua, sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Qur'an, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh. "

2. Rasakan keagungan Allah SWT seperti yang digambarkan Al-Quran dan Sunah.

Al-Quran dan Sunah banyak sekali mengungkap keagungan Allah SWT. Seorang muslim yang ketika dihadapkan dengan keagungan Allah, hatinya akan bergetar dan jiwanya akan tunduk. Kekhusukan akan hadir mengisi relung-relung hatinya.

Resapi betapa agungnya Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, yang memiliki nama-nama yang baik (asma'ul husna). Dialah Al-'Azhim, Al-Muhaimin, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Qawiyyu, Al-Qahhar, Al-Kabiir, Al-Muth'ali. Dia yang menciptakan segala sesuatu dan hanya kepada-Nya lah kita kembali.

Jangan sampai kita termasuk orang yang disebut ayat ini, "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi dan seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya." (Az-Zumar: 67)

3. Belajar dan mencari ilmu agama (ilmu syariah).

Firman Allah SWT maksudnya, , "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang-orang yang berilmu." (Surah Fathir ayat  28). Oleh itu dalamilah ilmu-ilmu yang menjadikan kita merasai  takut kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya, "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Surah Az-Zumar ayat  9).

Orang yang tahu tentang hakikat penciptaan manusia, tahu tentang syariat yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai tata cara hidup manusia, dan tahu ke mana tujuan akhir hidup manusia, tentu akan lebih khusyuk hatinya dalam ibadah dan kuat imannya dalam aneka gelombang ujian berbanding orang yang jahil.

Orang yang tahu tentang apa yang halal dan haram, tentu lebih tahu menjaga diri daripada orang yang tidak tahu. Orang yang tahu bagaiman dahsyatnya seksa neraka, tentu akan lebih khusyuk. Orang yang tidak tahu bagaimana nikmatnya syurga, tentu tidak akan pernah punya rasa rindu untuk meraihnya.

4. Sentiasa mengadakan kumpulan usrah atau halaqah untuk mengingati kebesaran Allah SWT dan hari akhirat.

Suatu hari Abu Bakar melawat Hanzhalah. "Bagaimana keadaanmu, wahai Hanzhalah?" Hanzhalah menjawab, "Hanzhalah telah berbuat munafik." Abu Bakar bertanya apa sebabnya. Kata Hanzhalah, "Jika kami berada di sisi Rasulullah SAW., Baginda mengingatkan kami tentang neraka dan syurga yang seakan-akan kami boleh melihat dengan mata kepala sendiri. Lalu setelah kami pergi dari sisi Rasulullah SAW. kami pun disibukkan oleh urusan isteri, anak-anak, dan kehidupan, lalu kami pun banyak lupa. "

Lantas kedua-duanya mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Kata Rasulullah, "Demi jiwaku yang ada di dalam genggaman-Nya, andaikata kamu sekalian tetap seperti keadaanmu di sisiku dan di dalam zikir, tentu para malaikat akan menyalami kamu di atas kasurmu dan tatkala kamu dalam perjalanan. Tetapi, wahai Hanzhalah, sa'atah, sa'atan, sa'atan. "(Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 2750)

Begitulah majlis usrah boleh menambah dan meningkatkan iman kita. Makanya para sahabat sangat bersemangat mengadakan pertemuan halaqah ilmu dan zikir. "Duduklah besama kami untuk mengimani hari kiamat," begitu ajak Muaz bin Jabal. Di halaqah itu, kita boleh melaksanakan perkara-perkara untuk mengingati Allah SWT kepada kita, membaca Al-Quran, membaca hadis, atau mengkaji ilmu pengetahuan lainnya.

5. Perbanyaklah amal soleh

Suatu ketika Rasulullah SAW. bertanya, "Siapa di antara kamu yang berpuasa pada hari ini?" Abu Bakar menjawab, "Saya." Lalu Rasulullah SAW. bertanya lagi, "Siapa di antara kamu yang hari ini menziarahi orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Saya." Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Tidaklah amal-amal itu menyatu dalam diri seseorang malainkan dia akan masuk syurga." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Begitulah seorang mukmin yang Shaddiq (sejati), begitu bersemangat menggunakan setiap kesempatan untuk memperbanyak amal soleh. Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga. "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Rabb-mu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi." (Surah Al-Hadid ayat 21)

Begitulah mereka. Sehingga keadaan mereka seperti yang digambarkan Allah SWT., "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah). Dan, pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. "(Surah Adz-Dzariyat ayat  17-19)

Banyak beramal soleh, akan menguatkan iman kita. Jika kita berterusan dengan amal-amal soleh, Allah akan mencintai kita. Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah SAW. menerangkan bahawa Allah SWT berfirman maksudnya, "Hamba-Ku sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan mengerjakan nafilah sehingga Aku mencintainya." (Hadis Sahih Riwauay Bukhari no. 6137)

6. Lakukan berbagai macam ibadah

Ibadah mempunyai banyak bentuknya. Ada ibadah fizikal seperti puasa, ibadah harta seperti zakat, ibadah lisan seperti doa dan zikir. Ada juga ibadah yang yang menggabungkan semuanya seperti haji. Semua bentuk ibadah itu sangat bermanfaat untuk menyembuhkan lemah iman kita.

Puasa membuat kita khusyu 'dan mempertebal rasa muraqabatullah (merasa diawasi Allah). Solat rawatib dapat menyempurnakan amal-amal wajib kita kurang sempurna kualitinya. Berinfak mengikis sifat bakhil dan penyakit hubbud-dunya (cintakan dunia) . Tahajjud menambah kekuatan jiwa dan fizikal.

Banyak melakukan berbagai macam ibadah bukan hanya membuat pakaian iman kita makin baru dan cemerlang, tapi ianya juga menyediakan bagi kita begitu banyak pintu untuk masuk syurga.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menafkahi dua isteri di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga: 'Wahai hamba Allah, ini adalah baik.' Lalu sesiapa yang menjadi orang yang banyak mendirikan solat, maka dia dipanggil dari pintu solat. Barangsiapa menjadi orang yang banyak berjihad, maka dia dipanggil dari pintu jihad. Barangsiapa menjadi orang yang banyak melakukan puasa, maka dia dipanggil dari pintu ar-Rayyan. Barangsiapa menjadi orang yang banyak mengeluarkan sedekah, maka dia dipanggil dari pintu sedekah. "(Bukhari no. 1798)

7. Hadirkan perasaan takut mati dalam keadaan su'ul khatimah

Rasa takut su'ul khatimah akan mendorong kita untuk taat dan senantiasa menjaga iman kita. Penyebab su'ul khatimah adalah lemahnya iman menenggelamkan diri kita ke dalam jurang kederhakaan. Sehingga, ketika nyawa  dicabut oleh malaikat Izrail, lidahnya tidak mampu mengucapkan kalimat laa ilaha illallah di hembusan nafas terakhir.Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga bersabda,
مَنْ كَŰ§Ù†َ ۹ِ۟۱ُ كَلَŰ§Ù…ِهِ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ŰŹَنَّŰ©َ

”Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk syurga” (HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

8. Banyak-banyaklah ingat mati

Rasulullah SAW. bersabda, "Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah sekarang ziarahilah kubur kerana hal itu boleh melunakan hati, membuat mata menangis mengingatkan hari akhirat, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor." (Shahihul Jami 'no. 4584)

Rasulullah SAW. juga bersabda maksudnya, "Banyak-banyaklah mengingati penebas kelazatan-kelazatan, iaitu kematian." (Tirmidzi no. 230)

Mengingat-ingat mati boleh mendorong kita untuk mengelakkan diri dari berbuat derhaka kepada Allah SWT dan dapat melembutkan hati kita yang keras. Kerana itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita, "Kunjungilah orang sakit dan iringilah jenazah, nescaya akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat." (Shahihul Jami 'no. 4109)

Melihat orang sakit yang sedang sakaratul maut sangat memberi bekas. Saat berziarah kubur, bayangkan  keadaan orang yang sudah mati. Tubuhnya rosak membusuk. Ulat memakan daging, isi perut, lidah, dan wajah. Tulang-tulang hancur.

Bayangan seperti itu jika memberi kesan di dalam hati, akan membuat kita menyegerakan taubat, membuat hati kita puas dengan apa yang kita miliki, dan tambah rajin beribadah.

9. Mengingat-ingat dahsyatnya keadaan di hari akhirat

Ada beberapa surah dalam al-Quran yang menceritakan kedahsyatan hari kiamat. Misalnya, surah Qaf, Al-Waqi'ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir. Begitu juga hadis-hadis Rasulullah SAW.

Dengan membacanya, mata hati kita akan terbuka. Seakan-akan kita menyaksikan semua itu dan hadir di pemandangan yang dahsyat itu. Semua pengetahuan kita tentang kejadian hari kiamat, hari kebangkitan, berkumpul di Padang Mahsyar, tentang syafa'at Rasulullah SAW., Hisab, pahala, qisas, timbangan, jambatan, tempat tinggal yang kekal di syurga atau neraka; semua itu menambah tebal iman kita.

10. Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam

Aisyah pernah berkata, "Wahai Rasulullah, aku melihat orang-orang jika mereka melihat awan, maka mereka gembira kerana berharap turun hujan. Namun aku melihat engkau jika engkau melihat awan, aku tahu ketidaksukaan di wajahmu. "Rasulullah SAW. menjawab, "Wahai Aisyah, aku tidak merasa aman jika di situ ada azab. Sebab ada suatu kaum yang pernah diazab kerana angin, dan ada suatu kaum yang melihat azab sambil berkata, 'Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami'. "(Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 899)

Begitulah Rasulullah SAW. berinteraksi dengan fenomena alam. Bahkan, jika melihat gerhana, terlihat raut takut di wajah baginda. Kata Abu Musa, "Matahari pernah gerhana, lalu Rasulullah SAW. berdiri dalam keadaan ketakutan. Baginda takut kerana gerhana itu merupakan tanda kiamat. "

11. Berzikirlah yang banyak

Melalaikan zikirulah adalah kematian hati. Tubuh kita adalah kubur sebelum kita terbujur di kubur. Roh kita terpenjara. Tidak boleh kembali. Kerana itu, orang yang ingin mengubati imannya yang lemah, harus memperbanyak zikirullah. "Dan ingatlah Rabb-mu jika kamu lupa." (Surah Al-Kahfi ayat 24)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lha hati menjadi tenteram." (Surah Ar-Rad ayat 28)

Ibnu Qayim berkata, "Di dalam hati terdapat kekerasan yang tidak boleh mencair kecuali dengan zikrullah. Maka seseorang harus mengubati kekerasan hatinya dengan zikrullah. "

12. Perbanyaklah munajat kepada Allah SWT dan pasrah kepada-Nya

Seseorang selagi banyak pasrah dan tunduk, nescaya akan lebih dekat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Saat seseorang paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa." (Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 428)

Seseorang selagi mahu bermunajat kepada Allah SWT dengan ucapan yang mencerminkan ketundukan dan kepasrahan, tentu imannya semakin kuat di hatinya. Semakin menampakkan kehinaan dan kerendahan diri kepada Allah SWT, semakin kuat iman kita. Semakin banyak berharap dan meminta kepada Allah, semakin kuat iman kita kepada Allah SWT.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang maksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu niscaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

13. Tinggalkan angan-angan kosong.

Ini penting untuk meningkatkan iman. Sebab, hakikat dunia hanya sesaat saja. Banyak berangan-angan hanyalah memenjara diri dan memupuk perasaan hubbud-dunya (cintakan dunia) . Padahal, hidup di dunia hanyalah beberapa ketika saja.

Allah SWT. berfirman, "Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun, kemudian datang kepada mereka azab yang telah dijanjikan kepada mereka, nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya." (Asy-Syu'ara: 205-207 )

"Seakan-akan mereka tidak pernah diam (di dunia) hanya sesaat saja pada siang hari." (Surah Yunus ayat 45)

14. Memikirkan kehinaan dunia

Hati seseorang bergantung kepada kandungan kepalanya. Apa yang difikirkannya, itulah keadaan hidupnya. Jika di benaknya dunia adalah segala-galanya, maka hidupnya akan diarahkan untuk memperolehnya. Cinta dunia sebangun dengan takut mati. Dan kata Allah SWT maksudnya., "Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Surah Ali Imran ayat 185)

Kerana itu fikirkanlah bawa dunia itu hina. Kata Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya makanan anak keturunan Adam itu boleh dijadikan perumpamaan bagi dunia. Maka lihatlah apa yang keluar dari diri anak keturunan Adam, dan sesungguhnya rempah-rempah serta lemaknya sudah boleh diketahui akan menjadi apakah ia. "(Hadis Riwayat Thabrani)

Dengan memikirkan bahawa dunia hanya seperti itu, fikiran kita akan mencari perkara yang lebih tinggi iaitu syurga Firdaus dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya.

15. Mengagungkan hal-hal yang terhormat di sisi Allah SWT

"Sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu dari ketakwaan hati." (Surah Al-Hajj ayat 32)

"Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhan-nya." (Surah Al-Hajj ayat  30)

Hurumatullah adalah hak-hak Allah SWT yang ada di diri manusia, tempat, atau waktu tertentu. Yang termasuk hurumatullah, misalnya, lelaki pilihan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW.; Tempat-tempat suci (Masjid Haram, Masjid Nabawi, Al-Aqha), dan masa-masa yang tertentu seperti bulan-bulan haram.

Yang juga termasuk hurumatullah adalah tidak meremehkan dosa-dosa kecil. Sebab, banyak manusia binasa kerana mereka menganggap ringan dosa-dosa kecil. Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Jauhilah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil itu boleh berhimpun pada diri seseorang hingga ia boleh membinasakan dirinya."

16. Menguatkan sikap al-wala 'wal-bara'

Al-wala 'adalah saling tolong menolong dan pemberian kebaikan kepada sesama muslim. Sedangkan "wal-bara" adalah berlepas diri dan rasa memusuhi kekafiran. Sifat wal -bara adalah membenci orang islam dan amat bergantung pada musuh-musuh Allah, tentu keadaan ini petanda iman itu sangat lemah.

Memurnikan kesetiaan hanya kepada AlahSWT, Rasul, dan orang-orang yang beriman adalah perkara yang boleh menghidupkan iman di dalam hati kita.

17. Bersikap tawaduk.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya, "Merendahkan diri termasuk bagian dari iman." (Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 4118)

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya, "Barangsiapa menanggalkan pakaian kerana merendahkan diri kepada Allah padahal dia mampu mengenakannya, maka Allah akan memanggilnya pada hati kiamat bersama para pemimpin makhluk, sehingga dia diberi kebebasan memilih di antara pakaian-pakaian iman mana yang dikehendaki untuk dikenakannya." (Hadis Riwayat Tirmidzi no. 2481)

Maka tak hairan jika baju yang dikenakan Abdurrahman bin Auf-sahabat yang kaya-tidak berbeza dengan yang dikenakan para hamba yang dimilikinya.

18. Perbanyak amalan hati

Hati akan hidup jika ada rasa mencintai Allah, takut kepada-Nya, berharap bertemu dengan-Nya, berbaik sangka dan redha dengan semua takdir yang ditetapkan-Nya. Hati juga akan penuh dengan iman jika di isi dengan perasaan syukur dan taubat kepada-Nya. Amalan-amalan hati seperti itu akan menghadirkan rasa khusyuk, zuhud, warak, dan mawas diri. Inilah halawatul iman (manisnya iman)

19. Sering menghisab diri

Allah SWT berfirman maksudnya, "Wahai orang-ornag yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)." (Surah Al-Hasyr ayat 18)

Umar bin Khattab r.a. berwasiat, "Hisablah dirimu sekalian sebelum kamu dihisab." Selagi umur kita masih ada, hitung-hitunglah bekal kita untuk hari akhirat. Apakah sudah cukup untuk mendapat keampunan dan syurga dari Allah SWT.? Sungguh ini cara yang berkesan untuk memperbaharui iman yang ada di dalam diri kita.

20. Berdoa kepada Allah SWT agar diberi ketetapan iman

Perbanyaklah doa. Sebab, doa adalah kekuatan yang luar biasa yang dimiliki seorang hamba. Rasulullah SAW. berwasiat, "Iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu bagaikan pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hati."

Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu.

Tuesday, December 22, 2015

Lapan Sifat Ibadurrahman (Hamba Allah yang Maha Pemurah)

Bermula daripada ayat ke 63 sampai akhir surat Al Furqan, disebutkan sifat-sifat Ibadurrahman (Hamba Allah yang Maha Permurah).  Seorang Ibadurrahman memiliki sifat-sifat  yang sangat mulia. Semoga kita boleh mencontohnya. Sifat-sifat tersebut iaitu:

1. Tawaduk dan bijaksana.

Allah berfirman,

وَŰčِŰšَۧۯُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَمْŰŽُونَ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ هَوْÙ†Ű§ً وَŰ„ِŰ°َۧ Űźَۧ۷َŰšَهُمُ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلُونَ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ŰłَلَŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. (Surah Al-Furqan ayat 63)

Sifat Ibadurrahman yang pertama adalah bersikap tawaduk baik terhadap Khaliq (Allah SWT) mahupun makhluq. Tidak berjalan di atas muka bumi dengan sombong dan takabur. Mereka juga bersifat bijaksana dan lemah lembut.

Al Hasan mengatakan, “Jika ada orang jahil menggoda atau mengganggu mereka maka mereka tidak membalas (dengan berbuat kejahilan).” [Lihat Tafsir Baghawi]

2. Suka menunaikan qiyamul lail

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰšِيŰȘُونَ لِ۱َŰšِّهِمْ ŰłُŰŹَّۯًۧ وَقِيَŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, "Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." (Surah Al-Furqan ayat 64)

Sifat Ibadurrahman yang kedua adalah suka dan mencintai solat malam. Syaikh Sa’diy rahimahullah mengatakan, “Yaitu orang banyak mengerjakan solat malam, ikhlas dalam mengerjakannya serta merendahkan diri dihadapan Tuhannya. Sebagaimana firmaNya,” Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap (Surah  as-Sajdah ayat 16).”

3. Berlindung dari azab neraka

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يَقُولُونَ ۱َŰšَّنَۧ ۧ۔ْ۱ِفْ Űčَنَّۧ ŰčَŰ°ََۧۚ ŰŹَهَنَّمَ Ű„ِنَّ ŰčَŰ°ََۧۚهَۧ كَŰ§Ù†َ Űșَ۱َŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, "Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. (Surah  Al-Furqan ayat 65)

Seorang ibadurrahman senantiasa berlindung kepada Allah SWT agar terhindar dari perkara-perkara yang dapat menjerumuskan ke dalam neraka. Andaikata mereka telah melakukan suatu dosa atau kesalahan yang dapat menjerumuskan kepada api neraka maka mereka meminta ampunan kepada Allah SWT dengan linangan air mata.

4. Sederhana  dalam membelanjakan harta (tidak kikir dan tidak boros)

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَنفَقُÙˆŰ§ لَمْ يُŰłْ۱ِفُÙˆŰ§ وَلَمْ يَقْŰȘُ۱ُÙˆŰ§ وَكَŰ§Ù†َ Űšَيْنَ Ű°َلِكَ قَوَŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, "Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Surah  Al-Furqan ayat 67)

Seorang Ibadurrahman selalu bersikap sederhana (pertengahan) dalam membelanjakan harta, tidak berlebihan, tidak pula kikir.

Imam Baghawi mengatakan dalam tafsirnya, “Sebagian ahli ilmu mengatakan yang disebut isrof yaitu bersikap melampaui batas dalam membelanjakan harta, bahkan boleh sampai dalam kategori tabdzir (menyia-yiakan harta). Adapun iqtar yaitu kurang dari batas yang semestinya (dalam membelanjakan harta)”

5.  Tidak berbuat syirik, membunuh, dan berzina

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ لَۧ يَŰŻْŰčُونَ مَŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِلَÙ‡Ű§ً ۹َ۟۱َ وَلَۧ يَقْŰȘُلُونَ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłَ Ű§Ù„َّŰȘِي Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ وَلَۧ يَŰČْنُونَ

Maksudnya, "Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina. (Surah  Al-Furqan ayat 68)

Seorang hamba Allah yang baik senantiasa berusaha menjauhi dosa dan maksiat apalagi yang termasuk dosa-dosa besar. Diantara dosa yang paling besar adalah syirik, membunuh (tanpa hak) dan zina. 

Abdullah bin Mas’ud mengatakan, Ada seorang laki-laki bertanya, “Wahai Rasulullah dosa apa yang paling besar disisi Allah?” Rasulullah menjawab, “Engkau menjadikan bagi Allah tandingan, padahal Dialah yang telah menciptakanmu.” Lalu orang tersebut bertanya lagi, “Lalu apa?” Rasulullah menjawab, “Engkau membunuh anakmu kerana takut ia makan bersamamu.” Orang tersebut bertanya lagi “Lalu apa lagi?”  Rasulullah menjawab, “Engkau berzina dengan isteri tetanggamu.”  Lalu Allah pun membenarkan (perkataan Rasulullah) dengan menurunkan ayat “Dan orang-orang yang tidak menyembah selain Allah…(ayat diatas). [Lihat Tafsir Baghawi]

6.  Berpaling dari perkara haram atau sia-sia dan menjaga kehormatan diri

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ لَۧ يَŰŽْهَŰŻُونَ Ű§Ù„ŰČُّÙˆŰ±َ وَŰ„ِŰ°َۧ مَ۱ُّÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّŰșْوِ مَ۱ُّÙˆŰ§ كِ۱َŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, "Dan orang-orang yang tidak menghadiri az-Zuur (hal-hal yang haram), dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya. (Surah  Al Furqan ayat  72)

Seorang Ibadurrahman berusaha senantiasa menjaga kesucian dirinya. Ia selalu berusaha menghindar dari perkara-perkara yang haram dan tidak sibuk dengan perkara yang sia-sia.

7.  Mudah menerima nasihat dan peringatan.

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ Ű„ِŰ°َۧ Ű°ُكِّ۱ُÙˆŰ§ ŰšِŰąÙŠَۧŰȘِ ۱َŰšِّهِمْ لَمْ يَŰźِ۱ُّÙˆŰ§ Űčَلَيْهَۧ Ű”ُمًّۧ وَŰčُمْيَŰ§Ù†Ű§ً

Maksudnya, "Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. (Surah Al-Furqan ayat 73)

Seorang Ibadurrahman mudah untuk menerima nasihat dan peringatan. Ia berhati lembut yang mudah menerima pelajaran. Ia tidak berpaling dari kebenaran sebagaiaman yang dilakukan oleh orang-orang yang tuli dan buta (mata hatinya).

8.  Berdoa dan memohon kepada Allah SWT diberi isteri dan keturunan yang baik dan menyejukkan hati

Allah berfirman,

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يَقُولُونَ ۱َŰšَّنَۧ هَŰšْ لَنَۧ مِنْ ŰŁَŰČْوَۧۏِنَۧ وَŰ°ُ۱ِّيَّۧŰȘِنَۧ قُ۱َّŰ©َ ŰŁَŰčْيُنٍ وَۧۏْŰčَلْنَۧ لِلْمُŰȘَّقِينَ Ű„ِمَŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, "Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Furqan ayat 74)

Inilah sifat-sifat Ibadurrahman yang begitu mulia. Tidak hairan Allah SWT menjanjikan kepada mereka balasan yang baik pula.

Allah berfirman,

ŰŁُوْلَŰŠِكَ يُŰŹْŰČَوْنَ Ű§Ù„ْŰșُ۱ْفَŰ©َ Űšِمَۧ Ű”َŰšَ۱ُÙˆŰ§ وَيُلَقَّوْنَ فِيهَۧ ŰȘَŰ­ِيَّŰ©ً وَŰłَلَŰ§Ù…Ű§ً

Maksudnya, " Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. (Surah Al-Furqan ayat 75)

Berselawat Ketika Telinga Berdesing Hadis Tidak Sahih

Terdapat riwayat berbunyi .

Ű„ِŰ°َۧ Ű·َنَّŰȘْ ŰŁُŰ°ُنُ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ فَلْيَŰ°ْكُ۱ْنِي وَلْيُŰ”َلِّ Űčَلَيَّ ، وَلْيَقُلْ : Ű°َكَ۱َ Ű§Ù„Ù„َّهُ مَنْ Ű°َكَ۱َنِي ŰšِŰźَيْ۱ٍ

”Apabila telinga kalian berdenging, hendaklah dia mengingatku, dan membaca selawat untukku, dan hendaknya dia mengucapkan, ’Semoga Allah mengingat orang yang mengingatkan dengan mendoakan kebaikan.”

Ada beberapa catatan tentang riwayat di atas,

Pertama, tentang status hadis tersebut .

Hadis ini disebutkan oleh al-Azizi dalam as-Siraj al-Munir atau yang dikenal dengan Azizi ‘Ala Jami’ush Shaghir, al-Kharaithi dalam Makarim al-Akkhlaq, al-Uqailli dalam al-Maudhu’at, dari jalur Muhammad bin Ubaidillah dari Ma’mar, dari bapanya.

Al-Bukhari mengatakan,

مŰčÙ…Ű± ÙˆŰŁŰšÙˆÙ‡ ÙƒÙ„Ű§Ù‡Ù…Ű§ Ù…Ù†ÙƒŰ± Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ«

”Ma’mar dan bapanya, keduanya adalah munkarul hadis.” (al-Lali’ al-Mashnu’ah, 2/242).

Sementara ad-Daruquthni menyebut Muhammad bin Ubaidillah dengan ‘Matruk’ (perawi yang tidak diindahkan hadisnya).

Bahkan al-Uqaili mengomentari hadis ini dengan,

Ù„ÙŠŰł له ŰŁŰ”Ù„، Ù…Ű­Ù…ŰŻ ŰšÙ† ŰčŰšÙŠŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ† ŰŁŰšÙŠ Ű±Ű§ÙŰč Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ: Ù…Ù†ÙƒŰ± Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ«

“Hadis yang tidak ada asalnya (tidak ada di kitab hadis). Sementara Muhammad bin Ubaidillah dinyatakan oleh Bukhari sebagai Munkarul hadis.” (ad-Dhu’afa’ 390, dinukil dari Silsilah al-Ahadits ad-Dhaifah, 6/138).

Kesimpulannya, hadis ini sama sekali tidak boleh dipertanggung jawabkan, kerana itu, tidak perlu dihiraukan, apalagi dijadikan acuan.

Kedua, dalam hadis di atas, sama sekali tidak ada keterangan bahwa telinga berdenging adalah tanda panggilan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadis di atas hanya berisi anjuran untuk membaca selawat ketika telinga berdenging. Oleh itu, tambahan bahawa denging telinga adalah panggilan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, jelas tambahan dusta, mengada-ada, terlalu berlebihan dan memalukan.

Terlebih, jika hadis tersebut adalah hadis palsu. Menyebarkan pernyataan semacam ini tidak ubahnya menyebarkan kedustaan atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ Ű­َŰŻّŰ«َ Űčَنِّي ŰšِŰ­َŰŻÙŠŰ«ٍ يُÙ€Ù€Ű±َي ŰŁَنّه كَŰ°ِŰšٌ فَهو ŰŁَŰ­َŰŻُ Ű§Ù„Ùƒَۧ۰ِŰšِين

“Barangsiapa yang menyampaikan suatu hadis dariku, sementara dia menyangka bahawasanya hadis tersebut dusta maka dia termasuk diantara salah satu pembohong.” (HR. Muslim dalam Muqaddimah Shahihnya, 1/7).

Imam Ibn Hibban dalam Al-Majruhin (1/9) mengatakan: “Setiap orang yang ragu terhadap hadis yang dia riwayatkan, apakah hadis tersebut shahih ataukah dhaif, tercakup dalam ancaman hadis ini.” (Dinukil dari Ilmu Ushul Bida’, hlm. 160).

Mari kita renungkan, jika orang yang menyampaikan sebuah hadis, sementara dia ragu terhadap status hadis tersebut, shahih ataukah dhaif, dan dia tetap sampaikan hadis itu tanpa memberikan keterangan statusnya maka orang semacam ini termasuk dalam ancaman, disebut sebagai pendusta.

Dalam perkara ini, orang membawakan suatu hadis dan dia yakin hadis tersebut adalah hadis dhaif, namun di sisi lain dia masih menganggap bahawa hadis dhaif tersebut adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian dia sebarkan ke masyarakat, manakah diantara dua keadaan di atas yang lebih layak untuk disebut pendusta?

Ketiga, kita disyariatkan untuk banyak membaca selawat. Namun bukan bererti kita boleh memotivasi masyarakat untuk berselawat dengan membuat kedustaan atas nama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dusta atas nama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam justru merupakan bukti bahawa kita tidak menghormati baginda dan melanggar kehormatan baginda. Kita boleh bayangkan ketika ada orang yang memalsu tanda tangan kita untuk mendapatkan keuntungan. Tentu kita akan marah dan menganggap perbuatan ini sebagai tindak jenayah.

Ini baru dalam masalah dunia. Sementara hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara masalah akhirat, yang itu urusannya jauh lebih besar. Oleh itulah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan ancaman neraka untuk setiap umatnya yang berdusta atas nama baginda. Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ ŰȘَŰčَمَّŰŻَ Űčَلَيَّ كَŰ°ِŰšًۧ، فَلْيَŰȘَŰšَوَّŰŁْ مَقْŰčَŰŻَهُ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

”Siapa yang secara sengaja berdusta atas namaku, hendaknya dia siapkan tempatnya di neraka.” (HR. Bukhari 108 & Muslim 2)

Dalam riwayat lain, baginda bersabda,

مَنْ يَقُلْ Űčَلَيَّ مَۧ لَمْ ŰŁَقُلْ فَلْيَŰȘَŰšَوَّŰŁْ مَقْŰčَŰŻَهُ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

“Siapa yang menyampaikan satu hadis atas namaku, yang belum pernah aku sampaikan, hendaknya dia siapkan tempatnya di neraka.” (HR. Bukhari 109).

Keempat, ada banyak kesempatan untuk berselawat, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada kita. Dan kita sangat yakin, belum semuanya kita amalkan. Oleh itu, bukan sikap mukmin yang baik, ketika dia lancang mengikuti hadis palsu, sementara meninggalkan tuntunan yang jelas-jelas dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Yang jelas sesuai sunah belum mampu kita kerjakan semuanya, maka jangan sampai kita menambah kepada ajaran yang tidak ada dalilnya. Wallahu a'lam

Tafsiran Mimpi Berjumpa Nabi SAW

Pada asasnya, memang benar, terdapat hadis sahih yang menyebutkan :-

وَمَنْ ۱َŰąÙ†ِي في Ű§Ù„ْمَنَŰ§Ù…ِ فَقَŰŻْ ۱َŰąÙ†ِي ÙŰ„Ù† Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†َ لَۧ يَŰȘَمَŰ«َّلُ في Ű”ُÙˆŰ±َŰȘِي

Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )

Dalam hadis yang lain pula disebutkan :-

من ۱َŰąÙ†ِي في Ű§Ù„ْمَنَŰ§Ù…ِ فَقَŰŻْ ۱َŰąÙ†ِي ÙŰ„Ù† Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†َ لَۧ يَŰȘَŰźَيَّلُ Űšِي وَ۱ُŰ€ْيَۧ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِ ŰŹُŰČْŰĄٌ من ŰłِŰȘَّŰ©ٍ وَŰŁَ۱ْŰšَŰčِينَ ŰŹُŰČْŰĄًۧ من Ű§Ù„Ù†ُّŰšُوَّŰ©ِ

Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )

Dalam mentafsirkan hadis ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.

Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,

Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.

Ini bermakna, hadis di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.

Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.

Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)

Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.

Kumpulan ulama ini berpendapat hadis di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadis tadi.

Hasil dari pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi SAW.

Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh pula adalah sederhana dan baik.

Kumpulan ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )

Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadis di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadis tadi tidak memberi jaminan untuk semua.

Malah jaminan benarnya Nabi SAW yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.

Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadis « syaitan tidak boleh meyerupaiku »

Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk  satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi. 

Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.

Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar baginda SAW. Tidak benar ada pula pihak yang mendakwa berjupa Nabi SAW secara yaqazah (nyata).

Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)

Ini samalah macam mimpi buruk yang dialami seorang sahabat Nabi:

ÙŠŰ§ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű±ŰŁÙŠŰȘ في Ű§Ù„ْمَنَŰ§Ù…ِ كَŰŁَنَّ ۱َŰŁْŰłِي قُŰ·ِŰčَ Ù‚Ű§Ù„ فَ۶َŰ­ِكَ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ  ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ۄ۰ۧ لَŰčِŰšَ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ ŰšِŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ في مَنَŰ§Ù…ِهِ ÙÙ„Ű§ يُŰ­َŰŻِّŰ«ْ Űšِهِ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł

Ertinya : "Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain"  (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Nabi juga menyebut :

Ű§Ù„Ű±ُّŰ€ْيَۧ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­َŰ©ُ من Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„ْŰ­ُلْمُ من Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ِ فَمَنْ ۱َŰŁَى ŰŽÙŠŰŠŰ§ يَكْ۱َهُهُ فَلْيَنْفِŰ«ْ Űčن ŰŽِمَŰ§Ù„ِهِ Ű«َلًَۧ۫ۧ وَلْيَŰȘَŰčَوَّŰ°ْ من Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ِ فَŰ„ِنَّهَۧ لَۧ ŰȘَ۶ُ۱ُّهُ

Ertinya : Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi  itu tidak akan memudaratkannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Kesimpulan

Setelah melihat kepada tiga kumpulan ulama ini,  pandangan ketiga adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Jika ada seseorang yamg mendakwah berjumpa Nabi secara sedar (yaqazah) adalah tidak benar sama sekali. Dakwaan mimpi berjumpa Nabi SAW belum pasti betul apatah lagi dakwaan jumpa Nabi SAW secara sedar. Majis Fatwa Kebagsaan memberikan fatwanya bahawa mana-mana kumpulan yang mendakwa berjumpa Nabi SAW secara sedar (yaqazah) dan baginda memberikan wirid untuk di amalkan adalah kumpulan yang sesat dan menyesatkan. Wallahu ‘alam.

Thursday, December 17, 2015

Kisah Wanita Dalam Neraka Kerana Membunuh Seekor Kucing.


Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang ertinya: “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”Rasulullah ShallAllahu ‘Alaihi Wasallam telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala baginda melihat Syurga dan Neraka pada solat gerhana.

Dalam Shahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah ShallAllahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, yang ertinya: “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”

Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah ShallAllohu ‘Alaihi Wasallam yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.

TAKHRIJ HADITS

Hadits tentang kucing dalam Shahih Bukhari dalam Kitab Bad’il Khalqi, bab”Jika lalat jatuh ke dalam bejana salah seorang dari kalian” (VI/356), no. 3318. Dan dalam Kitab Ahaditsil Anbiya’, no. 3482. Dan dalam Kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no. 2365.

Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar dalam Kitabus Salam, bab ”Diharamkannya membunuh kucing” (4/1760, no. 2242-2243).

Hadits tentang Rasulullah ShallAllahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang wanita yang mengikat kucing diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahih-nya dalam Kitabul Adzan dan Asma’ binti Abu Bakar (2/231, no. 745) dan Kitabul Musaqah Abdullah, keutamaan memberi minum air (5/41) no. 2364.

Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah ShallAllahu ‘Alaihi Wa sallam melihat wanita yang menyiksa kucing terdapat dalam Kitabul Kusuf, bab apa yang diperlihatkan kepada Rasulullah dalam shalat Kusuf, 2/622, no. 904.

PENJELASAN HADITS

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati karena kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang boleh menjaga hidupnya. Rasulullah ShallAllahu ‘Alaihi Wasallam telah menyampaikan kepada kita bahawa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang boleh menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasulullah ShallAllahu ‘Alaihi Wasallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Syurga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat solat gerhana.

Sunday, December 13, 2015

Kisah Israk Dan Mikraj - Hadis-hadis Sahih

Hadis sahih berkaitan Israk dan Mikraj -Oleh Ustaz Syihabudin Ahmad.

Saya tidak berhajat untuk menyebutkan kesemua hadis sahih berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj, tetapi saya berikan hadis yang lengkap dan paling sahih tentang peristiwa ini.

1. HR Muslim : 429. Kitab Iman, Bab Israk Rasul dan Kewajipan Solat.

Imam Muslim merekodkan: Syaiban bin Farruj menceritakan kepadaku daripada Hammad bin Salamah, daripada Sabit bin al-Bunani, daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah berkata:
Aku telah didatangi al-Buraq - Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut al-Buraq tersebut mencecah bumi.-
Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitul Maqdis. Lalu aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika itu aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa ibnu Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Ketika aku merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, aku dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada aku dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala aku turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Aku menjawab: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israil dan memberitahu mereka.

Lalu aku kembali kepada Tuhanku dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan sehingga lima waktu solat.

Aku kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.

Aku tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Lalu aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.
Nota : Hadis yang mempunyai kandungan serupa direkodkan juga oleh al-Bukhari dalam bab Mikraj, no 3800.

Hadis Sahih yang berkaitan juga boleh di dapti dalam rekod berikut : Al-Bukhari: 3394, 3437, 4709, 5576, 5603. Muslim : 272. Ahmad: 512.

2. Muslim: 448. Kitab Iman, Bab Memperingati al-Masih Ibnu Maryam dan al-Masih ad-Dajjal

Aku telah merenung diriku di hijr Ismail, orang-orang Quraisy bertanya kepadaku mengenai perjalanan malamku (pada waktu isra’ dan mi’raj, pent). Mereka menanyakan beberapa perkara mengenai Baitul Maqdis yang belum aku ketahui dengan pasti sehingga aku pun merasakan kesusahan yang sama sekali belum pernah aku rasakan sebelumnya. Maka Allah pun mengangkatnya untukku agar aku dapat melihatnya. Dan tidaklah mereka menanyakan kepadaku melainkan aku pasti akan menjawabnya.

Aku telah melihat diriku bersama sekumpulan para Nabi. Dan tiba-tiba aku diperlihatkan Nabi Musa yang sedang berdiri melaksanakan solat, ternyata dia adalah seorang lelaki yang kekar dan berambut keriting, seakan-akan orang bani Syanuah. Aku juga diperlihatkan Isa bin Maryam yang juga sedang berdiri melaksanakan sholat. Urwah bin Mas’ud As-Tsaqafi adalah manusia yang paling mirip dengannya.

Telah diperlihatkan pula kepadaku Nabi Ibrahim yang juga sedang berdiri melaksanakan solat, orang yang paling mirip denganya adalah sahabat kalian ini; yakni diri baginda sendiri.

Ketika waktu solat telah masuk, akupun mengimami mereka semua. Dan seusai melaksanakan solat, ada seseorang berkata, ‘Wahai Muhammad, ini adalah malaikat penjaga api neraka, berilah salam kepadanya! ‘ Maka akupun menoleh kepadanya, namun ia segera mendahuluiku memberi salam.

Penjelasan : Hadis ini menjelaskan bahawa kaum Quraisy bertanya Nabi saw berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. Lalu baginda dapat menceritakan dengan jelas kisah tersebut apabila Allah memberi kurniaan ingatan dengan diperlihatkan semula kejadian tersebut.

Hujah yang jelas yang telah saya sebutkan di atas menjadi bukti kewujudan peristiwa Israk dan Mikraj. Bahkan, sebagai umat Islam kita hendaklah mempercayainya dengan sebulat hati. Ia termasuk dalam mempercayai perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

5. Cerita Palsu berkenaan Israk Mikraj

Dalam kesempatan yang singkat ini, saya mengambil beberapa kisah yang sering diceritakan dan disebarkan ketika Israk dan Mikraj. Tetapi sandarannya sangat lemah, atau tiada sandaran langsung.
Saya jadikan kisah-kisah yang didapati dari sebaran internet sebagai panduan.

1.  Jibril Tidak boleh Menemani Rasulullah

“… Akhirnya Rasulullah Saw sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai ke situ walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian Rasululah Saw melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai kesitu kecuali Jibril. Sampai di satu tempat Jibril meminta Rasulullah Saw bergerak ke hadapan dan dia berkata: "Kalau aku ke hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar”

Apabila dikaji, kisah ini terdapat dalam rekod Ibnu Hibban dalam kitab beliau “Al-Majruhin – pengkelasan orang yang ditolak dalam periwayatan.” (11/3).

Dalam hadis tersebut dinyatakan sanad hadis di atas: - Disampaikan kepadaku oleh Muhammad bin Badwisat an-Nasawi bahawa Humaid bin Zinjawaih meriwayatkan daripada Muhammad bin Abi Khidasy al-Musily, daripada Ali bin Qutaibah daripada Maisarah bin Abdur Rabbihi, daripada Umar bin Sulaiman ad-Dimasyqi, daripada Adh-Dhahaq, daripada Ibnu Abbas berkata…

Imam Ibnu Hibban berkata : Kecacatan hadis ini adalah Maisarah bin Abdur Rabbihi al-Farisi adalah salah seorang dari penduduk Dauraq. Dia sering menyampaikan hadis yang palsu yang disandar kepada orang yang kukuh periwayatannya. Dia memalsukan hadis lalu disandarkan kepada orang yang dipercayai bagi menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Tidak halal menulis hadis daripada melainkan untuk mengambil iktibar akan perbuatannya..

Imam al-Bukhari menyebutkan tentang Maisarah bin Abdur Rabbihi dalam kitabnya Ad-Dhu`afa as-Shoghir : Maisarah dihujani dengan label penipu.

Imam an-Nasaie pula berkata dalam bukunya Ad-Dhu`afa’ al-Matrukin: Maisarah bin Abdur Rabbihi adalah seorang yang ditinggalkan penyampaian hadisnya.

Justeru itu, kisah ini tertolak kerana wujud pemalsuan. Pemalsu kisah ini juga dengan sengaja memalsukan hadis dengan tujuan baik. Bahkan itulah kebiasaan manusia yang baik tapi tiada ilmu, maka mereka menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah untuk mencapai kebaikan yang lain.
Kisah-kisah yang dibawah ini juga berada di dalam hadis yang sama, cumanya saya pecahkan kerana mahu memecahkan kepada perbahasan yang boleh memberi manfaat. insyaAllah.

2.  Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada bulan 27 Rejab.

Tarikh kalender Hijrah tidak pernah ada pada zaman Nabi saw. Ia dicipta selepas Nabi saw wafat. Bahkan, orang Arab dahulu sangat suka bermain-main dengan tarikh. Seandainya tarikh 27 Rejab itu adalah tarikh mulia bagi umat Islam, nescaya para sahabat telah mengingatinya. Apa yang penting dalam kisah Israk Mikraj ialah peristiwa yang berlaku, bukanlah waktu dan tarikhnya.

Justeru itu tidak ada satu ketetapan bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Para Ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktu berlakunya Israk dan Mikraj.

1. Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa tahun Allah SWT mengurniakan kenabian kepada Nabi saw. Ini adalah pendapat Imam at-Tobari.
2. Dikatakan peristiwa ini berlaku selepas 5 tahun Nabi SAW diutuskan sebagai Rasul. Ini adalah pendapat yang dirajehkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Qurtubi..
3. Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa malam ke dua puluh tujuh daripada bulan Rejab, iaitu dalam tahun ke sepuluh kenabian.
4. Dikatakan berlaku pada 16 bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Ramadan pada tahun ke dua belas kenabian.
5. Dikatakan berlaku pada setahun dua bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Muharram pada tahun ke 13 kenabian.
6. Dikatakan juga berlaku pada setahun sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Rabi’ al-Awwal pada tahun ke sepuluh kenabian.

Tiga pendapat pertama di atas ditolak. Ini kerana, isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Khadijah wafat dalam bulan Ramadan pada tahun ke sepuluh kenabian. Sedangkan para ulama hadis telah bersepakat bahawa ibadah solat difardukan selepas daripada kewafatan Saidatina Khadijah iaitu semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

3.  Melihat dunia dalam keadan wanita yang telah tua.

Cerita ini direkodkan dalam Tafsir at-Tobari (6/15), al-Baihaqi dalam Dalail, dan Ibnu Kathir dalam Tafsirnya (5/3). Lalu mereka berkata, ‘Dalam sebahagian lafaznya terdapat sesuatu yang tidak dapat diterima dan pelik.
Hadis ini dikategori sebagai lemah yang tiada penguat kerana penyampai cerita ini iaitu Abdul Rahman bin Hashim adalah seorang yang tidak dikenali biografinya dalam dunia hadis. Ia tidak boleh dibuat hujah.

4.  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.

Menurut cerita, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Ibnu Kathir mengulas hadis ini dalam kitab Tafsirnya, “Hadis ini sebahagian lafaznya sangat ganjil dan pelik… seolah-olah ia adalah kumpulan hadis yang berbeza-beza atau berlaku ketika mimpi dan tidak berlaku ketika peristiwa Israk Mikraj.”

5.  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.

Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Cerita ini tidak berlaku ketika peristiwa Mikraj, tetapi ia diperlihatkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad dalam mimpi baginda. Ia boleh dirujuk dalam Sahih al-Bukhari, no 7074.
Hadisnya berbunyi, “..semalam aku bermimpi bahawa telah datang kepadaku dua tetamu, mereka mengajakku keluar dan berkata kepadaku: “mari jalan”, lalu akupun pergi bersama keduanya, lalu kami mendatangi seorang yang lagi berbaring terlentang dan seorang lagi berdiri sambil memegang sebongkah batu, ia melemparkan batu tersebut ke kepalanya (orang yang berbaring terlentang tadi), batu tadi akhirnya memecahkan kepalanya…… Adapun orang yang memecahkan kepalanya dengan batu ialah orang yang mengambil al-Quran kemudian membuangnya lalu tidur dari mengerjakan solat yang wajib.”

6.  Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.

Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Cerita ini juga tidak berlaku ketika Mikraj, tetapi berlaku di dalam mimpi Nabi saw sepertimana yang direkod oleh al-Bukhari, no. 7074.

7.  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

-          Lihat penjelasan di bawah.

8.  Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.

Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Ibnu Kathir mengulas hadis ke 7 dan 8 ini dalam kitab Tafsirnya, “Hadis ini sebahagian lafaznya sangat ganjil dan pelik… seolah-olah ia adalah kumpulan hadis yang berbeza-za atau berlaku ketika mimpi dan tidak berlaku ketika peristiwa Israk Mikraj.”

Kata Adz-Dzahabi, “Hadis ini munkar (palsu) yang menyerupai cerita-cerita dari panglipulara. Ia diberitahu untuk disampaikan cerita (yang menarik), bukan untuk dijadikan hujah.”

9.  Melihat kaum bibirnya laksana unta.

Kisahnya berbunyi, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku di-Israkkan oleh Allah, aku melihat kaum yang bibirnya laksana bibir unta. Dan sesungguhnya ada malaikat yang diserahi tugas menarik bibir mereka. Kemudian mulut mereka itu diisi dengan batu yang besar dan nanti akan keluar dari punggung mereka. Lalu aku (Muhammad) bertanya: “Wahai Jibril, siapakah itu?” Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan zalim.”

Cerita ini direkod dalam beberapa kitab tafsir. Malangnya ia adalah suatu hadis yang sangat lemah menurut penilaian Syeikh al-Albani sekalipun azab tersebut disebut dalam surah an-Nisa` ayat 10. Apa yang nyata adalah azab tersebut tidak dilihat oleh Rasulullah ketika Mikraj, tetapi ia adalah peringatan al-Quran yang sangat jelas.

Pembohongan Atas Nama agama dengan ‘sengaja’

Apabila meneliti sebahagian hadis-hadis yang telah saya nyatakan di dalam penulisan ini, saya dapati ramai penceramah dan pendakwah suka menyebarkan sesuatu yang tidak dikaji kesahihannya terlebih dahulu.

Akhirnya mereka menyebarkan penipuan demi penipuan atas nama Rasulullah saw.

Berhati-hatilah dengan sebarang kata-kata kita, kerana Nabi saw pernah mengingatkan,

Ű„ِنَّ كَŰ°ِŰšًۧ Űčَلَيَّ لَيْŰłَ كَكَŰ°ِŰšٍ Űčَلَى ŰŁَŰ­َŰŻٍ مَنْ كَŰ°َŰšَ Űčَلَيَّ مُŰȘَŰčَمِّŰŻًۧ فَلْيَŰȘَŰšَوَّŰŁْ مَقْŰčَŰŻَهُ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (HR al-Bukhari: 1291)

Apa yang terbaik buat kita ialah kita cuma berbicara pada perkara yang kita tahu kesahihannya sahaja. Manakala sesuatu yang menarik tetapi tidak diketahui kesahihannya sangatlah berbehaya untuk disebarkan.

Dr. Muhammad Asri berkata, “Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi saw, sedang ia bukan seperti yang disangkakan.”

ÙˆŰ§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰŁŰčلم ŰšŰ§Ù„Ű”ÙˆŰ§Űš

Saturday, December 12, 2015

Doa-doa Dari Nabi SAW Untuk Memulihkan Penyakit.

Sakit dan penyakit adalah ujian yang tidak pernah lepas dari kehidupan seorang hamba. Selain berubat secara fizikal berjumpa doktor, Islam juga mengajarkan beberapa doa yang berguna bagi kesembuhan seorang hamba dari sebuah penyakit, sekaligus perlindungan dari kemungkinan terkena penyakit.

Ada banyak doa penyembuhan dari penyakit dan perlindungan dari penyakit dalam Al-Qur’an dan hadis. Berikut ini sebagian di antaranya yang boleh dibaca oleh pesaakit yang sakit, orang yang melawat pesakit yang sakit dan dokter atau perawat yang menangani pesakit yang sakit.

Doa pertama

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasalam biasa membacakan doa pelindungan kepada sebagian mereka (sahabatnya), baginda mengusap orang tersebut dengan tangan kanan baginda lalu baginda membacakan doa:

«ŰŁَŰ°ْهِŰšِ Ű§Ù„Űšَۧ۳َ ۱َŰšَّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ، وَۧێْفِ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰŽَّŰ§Ùِي، Ù„Ű§َ ŰŽِفَۧۥَ Ű„ِلَّۧ ŰŽِفَۧۀُكَ، ŰŽِفَۧۥً Ù„Ű§َ يُŰșَۧۯِ۱ُ Űłَقَمًۧ»

“Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan total yang tidak menyisakan penyakit.”

(HR.Bukhari no. 5750 dan Muslim no. 2191, lafal ini adalah lafal Bukhari. Adapun lafal Muslim adalah dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Jika salah seorang di antara kami ada yang sakit, maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam mengusapnya dengan tangan kanan baginda lalu baginda membacakan doa:”…” (seperti doa di atas)

Doa kedua

Dari Abdurrahman bin Saibanak saudara Maimunah Al-Hilaliyah radhiyallahu ‘anha bahawasanya Maimunah bertanya kepadanya, “Wahai anak saudaraku, maukah apabila aku bacakan kepadamu doa kesembuhan yang biasa dibaca oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam?” Abdurrahman menjawab, “Tentu.” Maimunah berkata:

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰŁَ۱ْقِيكَ، وَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ يَŰŽْفِيكَ، مِنْ كُلِّ ŰŻَۧۥٍ فِيكَ، ŰŁَŰ°ْهِŰšِ Ű§Ù„ْŰšَۧ۳َ ۱َŰšَّ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ، وَۧێْفِ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰŽَّŰ§Ùِي، لَۧ ŰŽَŰ§Ùِيَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

“Dengan nama Allah aku membacakan doa kesembuhan untukmu, Allah-lah Yang menyembuhkanmu, dari segala penyakit yang ada padamu. Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada yang mampu memberi kesembuhan kecuali Engkau.”(HR. Ahmad no. 26281, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 10860, Ibnu Hibban no. 6095, Ath-Thahawi dalam Syarh Ma’ani Al-Atsar, 4/329 dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath no. 3318. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth berkata: Hadits ini shahih li-ghairi)

Doa ketiga

Membacakan surat Al-Falaq, An-Nas, Al-Fatihah atau doa-doa perlindungan lainnya dan mengusapkannya ke anggota badan yang sakit

Űčَنْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ: «ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ۧێْŰȘَكَى يَقْ۱َŰŁُ Űčَلَى نَفْŰłِهِ ŰšِŰ§Ù„ْمُŰčَوِّŰ°َۧŰȘِ، وَيَنْفُŰ«ُ، فَلَمَّۧ ۧێْŰȘَŰŻَّ وَŰŹَŰčُهُ كُنْŰȘُ ŰŁَقْ۱َŰŁُ Űčَلَيْهِ، وَŰŁَمْŰłَŰ­ُ Űčَنْهُ ŰšِيَŰŻِهِ، ۱َŰŹَۧۥَ Űšَ۱َكَŰȘِهَۧ»

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Jika Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa salam sedang sakit, maka baginda membacakan untuk dirinya sendiri al-mu’awwidzat (surat-surat Al-Qur’an dan doa-doa perlindungan) lalu meniupkannya pada diri baginda sendiri. Namun ketika sakit baginda telah parah, sayalah yang membacakan al-mu’awwidzat untuk baginda, lalu saya (tiupkan bacaan tersebut ke tangan baginda dan) usapkan tangan baginda ke badan baginda, dengan mengharap keberkahan tangan baginda.”(HR. Muslim no. 2192)

Catatan: Surah Al-Falaq dan surah An-Nas disebut al-mu’awwidzatain (dua surah yang menjadi doa perlindungan). Seorang sahabat juga pernah menyembuhkan kepala suku yang terkena sengatan hewan berbisa dengan bacaan Al-Fatihah, seperti disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu. Dalam hadis shahih disebutkan:

Űčَنْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ، ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهَۧ قَŰ§Ù„َŰȘْ: «ÙƒَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَوَى Ű„ِلَى فِ۱َۧێِهِ، نَفَŰ«َ فِي كَفَّيْهِ Űšِقُلْ هُوَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَŰ­َŰŻٌ وَŰšِŰ§Ù„ْمُŰčَوِّŰ°َŰȘَيْنِ ŰŹَمِيŰčًۧ، Ű«ُمَّ يَمْŰłَŰ­ُ Űšِهِمَۧ وَŰŹْهَهُ، وَمَۧ ŰšَلَŰșَŰȘْ يَŰŻَŰ§Ù‡ُ مِنْ ŰŹَŰłَŰŻِهِ» قَŰ§Ù„َŰȘْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©ُ: «Ùَلَمَّۧ ۧێْŰȘَكَى كَŰ§Ù†َ يَŰŁْمُ۱ُنِي ŰŁَنْ ŰŁَفْŰčَلَ Ű°َلِكَ Űšِهِ»

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Jika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam berbaring di tempat tidurnya untuk tidur, maka baginda membaca surah Al-Ikhlas dan dua surah Al-Mu’awidzatain (Al-Falaq dan An-Nas) lalu meniupkannya kepada kedua telapak tangan baginda, lalu baginda mengusapkan kedua telapak tangannya ke wajahnya dan seluruh anggota badannya yang boleh dijangkau dengan kedua tangannya. Tatkala baginda sakit teruk, maka baginda memerintahkan kepadaku untuk melakukan hal itu bagi baginda.”(HR. Bukhari no. 5748)

Doa Keempat

Dari Utsman bin Abil Ash Ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ia mengadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam penyakit yang ia alami sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam bersabda kepadanya:

«Ű¶َŰčْ يَŰŻَكَ Űčَلَى Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰȘَŰŁَلَّمَ مِنْ ŰŹَŰłَŰŻِكَ، وَقُلْ Űšِۧ۳ْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű«َلًَۧ۫ۧ، وَقُلْ ŰłَŰšْŰčَ مَ۱َّۧŰȘٍ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ ŰšِŰ§Ù„Ù„Ù‡ِ وَقُŰŻْ۱َŰȘِهِ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰŁَŰŹِŰŻُ وَŰŁُŰ­َۧ۰ِ۱ُ»

Maksudnya, "Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit, kemudian bacalah bismillah (dengan nama Allah) sebanyak tiga kali, lalu bacalah doa berikut ini sebanyak tujuh kali:

ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ ŰšِŰ§Ù„Ù„Ù‡ِ وَقُŰŻْ۱َŰȘِهِ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰŁَŰŹِŰŻُ وَŰŁُŰ­َۧ۰ِ۱ُ

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khawatirkan.”

Utsman bin Abul Ash Ats-Tsaqafi berkata: “Aku pun mengerjakan pesan Nabi SAW  tersebut sehingga Allah menghilangkan penyakitku. Maka aku senantiasa memerintahkan pesan tersebut kepada keluargaku dan orang-orang lain.” (HR. Muslim no. 2202, Abu Daud no. 3891, Tirmidzi no. 2080, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 7546, Ahmad no. 16268 dan Ibnu Hibban no. 2965)

Wallahu a’lam bish-shawab. Semoga bermanfaat.

Thursday, December 10, 2015

Mohon Perlindungan Daripada Allah Dengan Membaca Doa Pelindung.


Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ مَŰłْŰčُÙˆŰŻٍ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ: “ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ يَŰŻْŰčُو، فَيَقُولُ: Ű§Ù„Ù„َّهمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Ű§Ù„ْهُŰŻَى وَŰ§Ù„ŰȘُّقَى، وَŰ§Ù„ْŰčَفَŰ§Ùَ وَŰ§Ù„ْŰșِنَى”

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian, dan kecukupan.” (HR. Muslim)

Űčَنْ ŰŁَنَŰłِ Űšْنِ مَŰ§Ù„ِكٍ، قَŰ§Ù„َ: كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ، يَقُولُ: «Ű§Ù„لهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰčَŰŹْŰČِ، وَŰ§Ù„ْكَŰłَلِ، وَŰ§Ù„ْŰŹُŰšْنِ، وَŰ§Ù„ْهَ۱َمِ، وَŰ§Ù„ْŰšُŰźْلِ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ، وَمِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَŰ§Ù„ْمَمَۧŰȘِ»

Dari Anas bin Malik ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, pikun, bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur dan fitnah hidup dan mati.” (HR. Muslim)

Űčَنْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ، ŰČَوْŰŹِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ، ” ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ يَŰŻْŰčُو فِي Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ: Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„Ù‚َŰšْ۱ِ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„Ù…َŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„ِ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„Ù…َŰ­ْيَۧ، وَفِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„Ù…َمَۧŰȘِ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù…َŰŁْŰ«َمِ وَŰ§Ù„Ù…َŰșْ۱َمِ ” فَقَŰ§Ù„َ لَهُ قَۧۊِلٌ: مَۧ ŰŁَكْŰ«َ۱َ مَۧ ŰȘَŰłْŰȘَŰčِÙŠŰ°ُ مِنَ Ű§Ù„Ù…َŰșْ۱َمِ، فَقَŰ§Ù„َ: «Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلَ Ű„ِŰ°َۧ Űșَ۱ِمَ، Ű­َŰŻَّŰ«َ فَكَŰ°َŰšَ، وَوَŰčَŰŻَ فَŰŁَŰźْلَفَ»

Dari Aisyah istri Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masih Ad Dajjal, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang.” Kemudian ada seorang yang bertanya, “Alangkah seringnya engkau berlindung dari hutang.” Maka baginda bersabda, “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka apabila berbicara berdusta, dan apabila berjanji mengingkari.” (HR. Bukhari)

Penjelasan:

Doa ini termasuk doa yang paling mencakup dan paling bermanfaat. Doa ini mengandung permintaan agar mendapatkan kebaikan pada agama dan dunia. Kerana maksud “petunjuk” adalah ilmu yang bermanfaati, sedangkan maksud “ketakwaan” adalah amal yang soleh serta meninggalkan apa yang dilarang Allah dan Rasul-Nya. Dengan keduanya, keadaan agama seseorang menjadi baik. Dalam doa yang singkat ini kita meminta kepada Allah hidayah irsyad (diberitahukan ilmu yang bermanfaat yang dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk) serta meminta kepada-Nya hidayah taufiq (dibantu agar dapat mengikuti hidayah irsyad). Hal ini sebagaimana dalam surat Al Fatihah: 6,

Ű§Ù‡ŰŻِنَÙ€Ù€Ù€Ù€Ű§ Ű§Ù„Ű”ِّ۱َۧ۷َ Ű§Ù„Ù…ُŰłŰȘَقِيمَ

“Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Di dalam permintaan ini, kita meminta agar ditunjukkan jalan yang lurus (hidayah irsyad), dibantu menempuhnya (hidayah taufiq), dan meminta agar istiqamah di atasnya.

Adapun kesucian dan kecukupan mengandung sikap menjaga diri dari makhluk dan tidak bergantung kepada mereka, merasa cukup dengan Allah SWT dan dengan rezeki yang dilmpahkan-Nya serta bersikap qana’ah (menerima apa adanya), serta memperoleh sesuatu yang menenangkan hati, yaitu kecukupan. Dengan kesucian dan kecukupan ini, maka akan sempurna kebahagiaan hidup di dunia dan ketenangan batin, dimana hal ini merupakan hayat thayyibah (kehidupan yang baik).

Dengan demikian, barang siapa yang dikaruniakan petunjuk, ketakwaan, kesucian, dan kecukupan, maka ia telah memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat atau hayat thayyibah (lihat pula surah An Nahl ayat  97).
Adapun dalam hadis yang kedua, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam berlindung dari tujuh perkara, yaitu:

1. Kelemahan.

2. Kemalasan

Perbezaan antara lemah dan malas adalah, bahwa lemah itu tidak adanya kemampuan, sedangkan malas adalah enggannya jiwa melakukan kebaikan dan kurang terdorong kepadanya padahal mampu melakukannya. Kedua hal ini adalah penyakit yang membuat seseorang duduk dan meninggalkan kewajiban sehingga terbuka baginya pintu-pintu keburukan.

3. Sifat pengecut

4. Kebakhilan

Sifat pengecut terkait dengan jiwa, sedangkan sifat bakhil (kikir) terkait dengan harta. Siapa saja yang kehilangan keberanian untuk melawan hawa nafsu, was-was syaitan, melawan musuh, menghadapi lawan yang membela yang batil, maka dia adalah pengecut.

Dan siapa saja yang tidak mau memberi kaum fakir dengan hartanya, mengeluarkan hartanya untuk para mujahid fii sabilillah dan mengeluarkan pada jalur-jalur kebaikan, maka dia adalah orang yang bakhil.

Dalam banyak ayat, Allah Subhaanahu Wa Ta’ala memerintahkan berjihad dengan jiwa dan hartanya. Dan penyakit yang dapat menghalangi seseorang dari berjihad mengorbankan jiwa dan hartanya adalah penyakit pengecut dan bakhil.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam berlindung dari sifat pengecut dan bakhil kerana keduanya dapat menghalangi kewajiban, menghalangi dari memenuhi hak-hak Allah Ta’ala, menghalangi dari mencegah kemungkaran, bersikap tegas kepada para pelaku maksiat, di samping itu dengan seseorang memiliki keberanian dan kekuatan, maka ibadah dapat sempurna, orang yang terzalimi dapat tertolong, jihad dapat dilakukan, sedangkan dengan selamat dari kebakhilan, maka ia dapat memenuhi hak-hak harta, adanya keinginan untuk berinfak, bersikap dermawan, dan berakhlak mulia serta terhalang dari sifat tamak kepada apa yang tidak dimilikinya.

5. Pikun (nyanyuk)

Yang dimaksud pikun adalah dikembalikan kepada usia yang paling buruk. Sebab mengapa Baginda berlindung darinya adalah kerana ketika sudah pikun terkadang ucapan menjadi ngelantur, akal dan ingatan menjadi kurang, panca indera menjadi lemah, dan lemah dari melakukan ketaatan serta meremehkan sebagiannya, cukuplah seseorang berlindung darinya karena Allah menamai usia tersebut sebagai ardzalul ‘umur (usia paling buruk).

6. Azab Kubur.

Hadis di atas menunjukkan adanya azab kubur, di samping adanya nikmat kubur dan fitnah(ujian)nya. Hadits lain yang menunjukkan adanya azab kubur adalah hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:

مَ۱َّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰšِŰ­َۧۊِŰ·ٍ مِنْ Ű­ِÙŠŰ·َŰ§Ù†ِ Ű§Ù„Ù…َŰŻِينَŰ©ِ، ŰŁَوْ مَكَّŰ©َ، فَŰłَمِŰčَ Ű”َوْŰȘَ Ű„ِنْŰłَŰ§Ù†َيْنِ يُŰčَŰ°َّŰšَŰ§Ù†ِ فِي قُŰšُÙˆŰ±ِهِمَۧ، فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: «ÙŠُŰčَŰ°َّŰšَŰ§Ù†ِ، وَمَۧ يُŰčَŰ°َّŰšَŰ§Ù†ِ فِي كَŰšِÙŠŰ±ٍ» Ű«ُمَّ قَŰ§Ù„َ: «Űšَلَى، كَŰ§Ù†َ ŰŁَŰ­َŰŻُهُمَۧ Ù„Ű§َ يَŰłْŰȘَŰȘِ۱ُ مِنْ Űšَوْلِهِ، وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰąŰźَ۱ُ يَمْŰŽِي ŰšِŰ§Ù„Ù†َّمِيمَŰ©ِ» . Ű«ُمَّ ŰŻَŰčَۧ ŰšِŰŹَ۱ِÙŠŰŻَŰ©ٍ، فَكَŰłَ۱َهَۧ كِŰłْ۱َŰȘَيْنِ، فَوَ۶َŰčَ Űčَلَى كُلِّ قَŰšْ۱ٍ مِنْهُمَۧ كِŰłْ۱َŰ©ً، فَقِيلَ لَهُ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، لِمَ فَŰčَلْŰȘَ هَŰ°َۧ؟ قَŰ§Ù„َ: «Ù„َŰčَلَّهُ ŰŁَنْ يُŰźَفَّفَ Űčَنْهُمَۧ مَۧ لَمْ ŰȘَيْŰšَŰłَۧ» ŰŁَوْ: «Ű„ِلَى ŰŁَنْ يَيْŰšَŰłَۧ»

“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah melewati salah satu di antara kebun-kebun Madinah atau Mekkah, lalu Beliau mendengar suara dua orang yang diazab dalam kuburnya, kemudian Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Keduanya sedang diazab, dan keduanya tidaklah diazab menurut keduanya terhadap dosa besar.” Selanjutnya baginda bersabda, “Bahkan sesungguhnya itu dosa besar. Adapun salah satunya, maka ia tidak menjaga diri dari kencingnya, sedangkan yang satu lagi berjalan kesana-kemari mengadu domba.” Kemudian Baginda meminta dibawakan pelepah kurma, lalu Baginda mematahkan menjadi dua bagian, dan meletakkan belahannya di masing-masing kubur itu, lalu Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau lakukan hal itu?” Beliau menjawab, “Mudah-mudahan azab keduanya diberi keringanan selama belahan itu belum kering,” atau bersabda, “Sampai kedua belahan kering.” (HR. Bukhari)

7. Fitnah hidup dan mati

Fitnah hidup ertinya cubaan dan hujian hidup, baik berupa fitnah syahwat dan fitnah syubhat, dimana kedua cubaan ini banyak yang membuat manusia tergelincir, lalai dari kewajibannya dan terbawa oleh arus fitnah yang menggiringnya kepada kebinasaan, maka dalam doa ini, kita berlindung agar kita mampu menghadapi cubaan-cubaan itu dengan tetap bersabar menjalankan ketaatan kepada Allah, bersabar menjauhi maksiat, dan istiqamah di atas agamanya. Ini adalah cara untuk menghadapi fitnah syahwat.

Adapun cara untuk menghadapi fitnah syubhat adalah dengan yakin di atas kebenaran dan teguh tidak mudah berubah oleh situasi dan keadaan; berbekal ilmu syar’i.

Sedangkan fitnah mati, maka maksudnya ujian ketika di kubur, yaitu pertanyaan yang diajukan oleh malaikat Munkar dan Nakir yang akan menanyakan kepada seseorang tentang siapa Tuhannya, apa agamanya, dan siapa nabinya.

Monday, December 7, 2015

Enam Kriteria Wajib Bayar Zakat.

Zakat memang ibadah yang hukumnya wajib. Mereka yang tidak membayar zakat diancam dengan hukuman berat, baik di dunia maupun di akhirat.

Namun yang perlu diketahui, zakat hanya bagian kecil dari ibadah secara harta (maliyah), dimana secara umum semua ibadah maliyah itu hukumnya sunah, tetapi zakat merupakan ibadah yang hukumnya wajib.

Maka sebagai muslim kita harus tahu dengan benar dan tepat, apa kriteria harta yang wajib dikeluarkan zakatnya. Hal itu penting agar kita tidak terbalik-balik dalam menjalankan agama. Jangan sampai ada harta yang wajib dizakati malah tidak kita keluarkan zakatnya, sebaliknya, yang sedekah yang tidak wajib malah kita kerjakan.

Paling tidak ada 6 kriteria utama harta yang wajib dikeluarkan zakat, dan ini telah menjadi sesuatu yang disepakati oleh para ulama, yaitu :

1. KEPEMILIKAN YANG SEMPURNA

Syarat pertama dari harta yang wajib dikeluarkan zakatnya adalah kepemilikan yang sempurna, atau dalam istilah bahasa Arab disebut al-milkut-taam (Ű§Ù„Ù…Ù„Ùƒ Ű§Ù„ŰȘŰ§Ù…). Maka konsekuensinya adalah hal-hal berikut :

a. Harta Yang Tidak Halal Tidak Boleh Dizakati

Harta milik orang lain yang kita rampas adalah harta yang hukumnya haram, seperti dari hasil menipu, merampok, merampas, berjudi, atau hasil korupsi, baik yang ketahuan atau yang tidak ketahuan, baik korupsinya berjamaah atau sendiri-sendiri, semua adalah harta yang BUKAN milik kita.

Oleh karena itu harta itu tidak perlu dikeluarkan zakatnya, justru yang harus dilakukan adalah MENGEMBALIKAN harta itu kepada pemiliknya yang sah.

Pemikiran bahwa zakat itu berfungsi untuk mensucikan harta adalah sebuah kekurang-telitian dalam membaca ayat Al-Quran. Sebab ayat Al-Quran tegas menyebutkan bahwa zakat itu gunanya untuk mensucikan jiwa orang yang melakukannya, bukan untuk mensucikan hartanya.

ŰźُŰ°ْ مِنْ ŰŁَمْوَŰ§Ù„ِهِمْ Ű”َŰŻَقَŰ©ً ŰȘُŰ·َهِّ۱ُهُمْ وَŰȘُŰČَكِّيهِم Űšِهَۧ وَŰ”َلِّ Űčَلَيْهِمْ

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendo'alah untuk mereka. (QS. At-Taubah :103).

b. Harta Yang Hilang Tidak Wajib Dizakati

Seorang yang kehilangan hartanya tidak wajib mengeluarkan zakat atas harta itu. Sebab meski statusnya masih berhak atas harta itu, namun nyatanya harta itu tidak bisa dipakainya, karena tidak ada di tangannya. Dan tidak ada kepastian apakah hartanya itu akan kembali atau tidak. Sehingga secara prinsip, tidak ada kewajiban zakat atas harta itu.

c. Harta Yang Dipinjam Pihak Lain

Misalnya A memiliki uang bermilyar, tetapi uangnya dipinjam pihak lain (B). Namun ternyata B kemudian menghabiskan uang itu, tanpa pernah tahu apakah dia bisa membayarkannya suatu hari atau tidak.

Secara hukum, uang yang dipinjam itu milik A, namun karena tidak jelas lagi apakah uangnya itu akan kembali atau tidak, maka kepemilikian uang itu oleh A disebut kepemilikan yang tidai sempurna. Maka dalam hal ini, A tidak diwajibkan membayar zakat atas uang yang tidak lagi dimilikinya secara sempurna itu.

2. Produktif.

Syarat kedua agar harta menjadi wajib dikeluarkan zakatnya adalah harta yang tumbuh atau bisa ditumbuhkan, tidak mati atau diam. Dalam bahasa Arab disebut (Ű§Ù„Ù†Ù…Ùˆ).

Dalam bahasa kita sekarang ini, harta itu dimiliki pokoknya namun bersama dengan itu, harta itu boleh memberikan pemasukan atau keuntungan bagi pemiliknya.

Ada begitu banyak harta yang tidak produktif meski secara nominal nilainya mungkin sangat besar. Namun karena harta itu tidak produktif, maka tidak ada beban untuk zakat atas kepemilikan harta itu.

a. Kereta Peribadi

Kereta mewah yang harganya ratus ribu dalam pandangan syariat Islam bukan harta yang bersifat produktif, selama bila tidak ada pemasukan yang boleh didapat dari kereta itu.

Meski seseorang memiliki sedan mewah seperti Jaguar, Lamborghini, Maybach, Ferrari, Bugatti, hingga Aston Martin, dia tidak wajib membayar zakat. Padahal harga kereta itu setidaknya kalau sudah sampai Malaysia boleh sampai sejuta ringgit atau ratusan ribu. Tetapi selama barang mahal itu tidak memberikan pemasukan secara ekonomis kepada pemiliknya.

Disitulah letak uniknya hukum zakat dan perbedaannya dengan hukum pajak. Sistem hitung-hitungan pajak tidak boleh dipaksakan masuk ke dalam hukum zakat. Sebab zakat punya sumber yaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

b. Rumah Peribadi.

Rumah pribadi, villa, apartemen, cottage, kondominium dan sejenisnya yang dimiliki secara pribadi, termasuk ke dalam jenis harta yang diam dan tidak produktif. Apakah aset itu ditempati setiap hari atau hanya sesekali saja, pada hakikatnya sama saja.

Bahkan meski ditempati oleh orang lain, tetapi bukan dengan sewa atau kontrak, artinya tidak komersial, maka sama-sama dianggap bukan aset yang bersifat produktif. Maka meski nilainya jutaan ringgit, secara hukum syariah tidak ada kewajiban zakatnya.

Dalam hukum zakat, bila semua aset itu disewakan dan secara ekonomis memberikan pemasukan buat pemiliknya, barulah tentu ada hitungan zakatnya tersendiri.

c. Tanah Kosong.

Demikian juga dengan aset berupa tanah, meski luasnya berhektar-hektar, dan harganya berjuta ringgit, selama tanah itu kosong saja, tidak ada aktiviti ekonomi di atasnya, tidak disewakan, tidak dijadikan lahan pertanian, atau bentuk apa pun yang sifatnya ekonomis dan memberikan pemasukan secara nominal, maka tanah itu bukan aset yang produktif.

Maka tanah itu tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Kalau dilihat dengan kaca mata pajak, tiap jengkal tanah itu harus ada pajaknya. Sebaliknya, dalam hukum zakat, tanah itu bukan harta produktif, maka tidak ada zakat atas kepemilikan tanah.

3. TERPENUHINYA HISAB.

Bila suatu harta belum memenuhi jumlah tertentu, maka belum ada kewajiban zakat atas harta itu. Namun sebaliknya, bila jumlahnya telah sampai pada batas tertentu atau lebih, barulah ada kewajiban zakat atasnya. Jumlah tertentu ini kemudian disebut dengan istilah nisab (Ű§Ù„Ù†Ű”Ű§Űš).

Nishab ditetapkan dalam syariah dan punya hikmah antara lain untuk memastikan bahwa hanya mereka yang kaya saja yang wajib membayar zakat. Jangan sampai orang miskin yang sesungguhnya tidak mampu diwajibkan untuk mengeluarkan zakat.

Namun nisab masing-masing jenis harta sudah ditentukan langsung oleh Rasulullah SAW. Dan kalau dikomparasikan antara nisab jenis harta tertentu dengan nisab lainnya dari nilai nominalnya, maka sudah pasti tidak sama.

Misalnya, nisab zakat emas adalah 85 gram. Sedangkan nisab zakat beras adalah 520 kg. Bila dinilai secara nominal, harga 85 gram emas itu berbeza dengan harga 520 kg beras. Kita tidak bilang bahawa ketentuan nisab ini tidak adil.

Sebab yang menentukan semua itu tidak lain adalah Rasulullah SAW sendiri. Tentunya apa yang Nabi SAW tentukan pasti datang dari Allah SWT, sebagai sebuah ketetapan dan hukum yang absolut dan mutlak.

Jadi kita perlu sadar bahawa jenis harta itu memang berbeza-beza, maka wajar pula bila nilai nominal nisabnya pun berbeza pula.

D. HAUL (SUDAH DIMILIKI SETAHUN)

Istilah haul dalam bahasa Arab maknanya adalah as-sanah (Ű§Ù„ŰłَّنَŰ©) yang berarti tahun dan juga bermakna putaran, dikatakan (Ű­Ű§Ù„ Ű§Ù„ŰŽÙŠŰĄ Ű­ÙˆÙ„Ű§), sesuatu berputar.

Secara penggunaan istilah dalam masalah zakat, istilah haul bererti jangka waktu satu tahun qamariyah untuk kepemilikan atas harta yang wajib dizakatkan.

Dasarnya adalah sabda Rasulullah SAW :

Ù„Ű§َ ŰČَكَۧ۩َ فِي مَŰ§Ù„ٍ Ű­َŰȘَّى يَŰ­ُول Űčَلَيْهِ Ű§Ù„ْŰ­َوْل

"Tidak ada kewajiban mengeluarkan zakat hingga harta itu berjalan padanya masa (dimiliki selama) satu tahun. (HR. Ibnu Majah)

Para ulama telah menetapkan bahwa bila seseorang memiliki harta hanya dalam waktu singkat, maka dia tidak boleh dikatakan sebagai orang kaya. Sehingga ditetapkan harus ada masa kepemilikan minimal atas sejumlah harta, agar pemiliknya dikatakan sebagai orang yang wajib membayar zakat.

Yang penting untuk diketahui, bahawa batas kepemilikan ini dihitung berdasarkan lama satu tahun hijriyah, dan bukan dengan hitungan tahun masehi. Dan sebagaimana diketahui, bahawa jumlah hari dalam setahun dalam kalender hijriyah lebih sedikit dibandingkan kalender masehi.

Maka menghitung jatuh tempo pembayaran zakat tidak sama dengan menghitung tagihan pajak. Jatuh tempuh zakat dihitung berdasarkan kalender qamariyah.

Sebagai ilustrasi, bila seseorang pada tanggal 15 Rajab 1425 H mulai memiliki harta yang memenuhi syarat wajib zakat, maka setahun kemudian pada tanggal 15 Rajab 1426 H dia wajib mengeluarkan zakat atas harta itu.

Seluruh zakat menggunakan perhitungan haul ini, kecuali zakat rikaz, zakat tanaman dan turunannya, zakat KWSP. Zakat-zakat itu dikeluarkan saat menerima harta, tanpa menunggu haul.

E. MELEBIHI KEPERLUAN DASAR

Mazab Al-Hanafiyah dalam kebanyakan kitab mereka menambahkan syarat zakat, yaitu bahawa sebuah harta baru diwajibkan untuk dizakatkan, manakala pemiliknya telah terpenuhi hajat dasarnya atas harta itu. Sedangkan mazhab lainnya tidak secara eksplisit menyebutkan syarat ini dalam kitab-kitab mereka.

Sebab bila seseorang yang punya harta banyak, namun dia juga punya hajat dasar atau tanggungan yang lebih banyak lagi, maka pada hakikatnya dia justru orang yang kekurangan.

a. Hajat Hidup Bukan Gaya Hidup

Harus dibezakan antara hajat hidup dengan gaya hidup. Hajat hidup adalah hajat yang paling dasar yang diperlukan oleh seseorang untuk bertahan hidup. Semua manusia punya hajat hidup yang sama, baik dia kaya atau dia miskin.

Sedangkan bila kita bicara tentang gaya hidup, tentu tiap orang berbeza-beza gaya hidupnya. Ada orang yang gaya hidupnya bermewah-mewah, meski sesungguhnya dia termasuk kategori miskin, sehingga untuk memenuhi gaya hidup itu dia harus memaksakan diri, termasuk dengan cara berhutang.

Sebaliknya, ada orang yang gaya hidupnya sederhana meski sesungguhnya dia orang berpunya, kaya dengan harta berlimpah.

b. Hajat Hidup Tiap Orang Sama

Hajat hidup jelas berbeda dengan gaya hidup, dan yang dibahas disini adalah hajat hidup, bukan gaya hidup. Hajat hidup tiap orang sama, dan itulah yang dibicarakan oleh para ulama ketika menentukan batasan besarnya zakat fithrah dan juga fidyah.

Orang kaya yang hartanya berlimpah mengeluarkan zakat fithrah yang besarnya sama dengan orang biasa, tidak lebih dan tidak kurang, yaitu 3.5 Kg beras. Kalau pun ada sedikit perbezaan, hanya pada kualiti berasnya saja. Memang dihimbau agar orang kaya kalau mengeluarkan zakat fitrah dengan beras, mengukurnya dengan harga besar yang biasanya dimakannya.

Tetapi semahal-mahalnya beras yang dimakan, tentu harganya tidak akan terpaut terlalu jauh. Beras dengan kualiti menengah saat ini 5kg harganya RM 13. Dan beras yang paling mahal katakanlah beras kualitas terbaik yang diimpor dari Pakistan, harganya 5kg RM 25.
 Dan orang biasa kalau mengeluarkan zakat fithrah, nilainya tidak terlalu terpaut jauh dari nilai orang kaya.Semua kerana yang di zakati itu hanyalah hajat hidup manusia, dimana standarnya tidak akan terlalu terpaut jauh antara satu orang dengan orang lain.

F. SELAMAT DARI HUTANG

Sebagian ulama menambahkan syarat terakhir, yaitu bila seseorang memiliki harta yang memenuhi kriteria di atas, namun dirinya sendiri punya hutang kepada pihak lain, maka dia tidak lagi punya kewajiban membayar zakat.

Namun yang dimaksud dengan hutang disini bukan sembarang hutang. Apalagi di masa sekarang ini, roda perekonomian di bangun di atas hutang. Perusahaan-perusahaan besar itu dimodali oleh bank. Dan bank itu mendapat wang dari para nasabahnya.

Maka boleh dibilang bahwa berhutang itu justru malah menjadi ciri khas orang kaya. Semakin kaya seseorang, pastilah semakin banyak hutangnya.

Lalu apakah orang-orang kaya ini menjadi bebas dari kewajiban membayar zakat, dengan alasan dia punya hutang?

Tentu jawabnya tidak demikian.

Hutang yang dimaksud sebagai penghalang dari seseorang membayar zakat bukan hutang bisnis, melainkan hutang yang sifatnya untuk memenuhi hajat hidup yang paling dasar.

Maka yang dimaksud dengan hutang disini adalah keadaan dimana seseorang mengalami tekanan kemiskinan yang kuat, sehingga sekedar untuk makan dan memenuhi hajat hidup yang paling dasar pun tidak ada. Padahal boleh jadi dirinya menjadi tulang belakang keluarga, dimana sekian banyak orang bergantung hidup pada dirinya.

Dan untuk itu dengan sangat terpaksa harus berhutang kepada orang lain.

Ketika si miskin ini suatu ketika mendapat rezeki, ada dua pilihan, pilihan pertama bayar hutang, dan pilihan kedua bayar zakat. Maka pilihan yang benar adalah membayar hutang. Dia tidak perlu bayar zakat, kerana hartanya itu lebih diutamakan untuk membayar hutang.