Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat kembali yang
sungguh indah , nyaman dan tenteram. Syurga disediakan oleh Allah SWT
kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan beramal soleh ketika di dunia.
Mereka yang terpilih ini mempunyai beberapa sifat-sifat akhlak terpuji dan sifat-sifat ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT di dalam beberapa surah dalam al-Quran.
Terdapat 22 Golongan Yang berhak dimasukkan ke dalam Syurga Menurut al-Quran:
1. Orang-orang yang bertakwa
2. Orang yang mendermakan hartanya ketika senang dan susah
3. Orang yang menahan kemarahannya
4. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain
5. Orang yang apabila melakukan perbuatan keji dan menzalimi diri
sendiri, mereka segera ingat kepada Allah dan memohon keampunan kepada
Allah.
6. Orang yang tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan sedangkan mereka tahu akibatnya.
Firman Allah SWT :
﴿وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا
السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ
يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134)
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ
ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ
يَعْلَمُونَ (135)﴾ [آل عمران]
Maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang
baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga
yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga
orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya
diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan
dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang
mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan
akibatnya).(Surah Ali Imran ayat 133-135)
7. Orang-orang yang beriman.
8. Orang yang khusuk dalam solatnya.
9. Orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia
10. Orang-orang yang mengeluarkan zakat
11. Orang yang menjaga kemaluannya melainkan kepada isteri-isterinya dan hamba yang dimiliki
12. Orang yang menjaga amanah dan janjinya
13. Orang yang sentiasa menjaga solatnya.
Firman Allah SWT
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ
خَاشِعُونَ (2) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ (3)
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ (4) وَالَّذِينَ هُمْ
لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا
مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ
ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7) وَالَّذِينَ
هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (8) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى
صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (9) أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (10)
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
(11)[الْمُؤْمِنُونَ]
Maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu
mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan
diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang
berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan
mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa
yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan
mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang
yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal
di dalamnya."
(Surah al-Mukminun ayat 1 - 11).
14. Orang yang tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah (larangan Allah).
Firman Allah SWT :
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ
أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ
كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ
وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ
فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ
أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (22) ( المجادلة)
Maksudnya : "Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang
menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang
menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau
saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia)
itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan
mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan
mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda
(serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah
penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya
penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya".
(
Surah al-Mujadalah ayat 22)
15. Orang yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul.
Firman Allah SWT :
لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا
عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَنْ يَتَوَلَّ
يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا (17) [الفتح]
Maksudnya : "Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah
menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada
orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya)
dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan
dimasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang
tidak terperi sakitnya".
( Surah al-Fath ayat 17).
16. Golongan terdahulu daripada kaum Muhajirin dan Ansar (para sahabat) dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka (Tabien).
Firman Allah SWT :
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ
وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا
عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100) [التوبة]
Maksudnya : "Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang
menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah
reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan
untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." (Surah al-Taubah ayat 100).
17. Orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya.
Firman Allah SWT :
لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ (88) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(89) [التوبة]
Maksudnya : "(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka
itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang
berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang
demikian itulah kemenangan yang besar. "(Surah al-Taubah ayat 88 -89)
18. Orang yang mati syahid.
Firman Allah SWT :
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا
أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا
فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ
اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ
وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ
(4) سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ (5) وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ
عَرَّفَهَا لَهُمْ (6) [محمد]
Maksudnya : "Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir
(dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila
kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka
tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya.
Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada
hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada
sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil
penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang
menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah
sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu
melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia
membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia
(perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu
menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan
orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah
(mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan
mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang
berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan
mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan
mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan
sifat-sifatnya kepada mereka." (Surah Muhammad ayat 6)
19. Orang yang sentiasa berpendirian teguh (istiqamah) pada jalan Allah walau apapun yang terjadi.
Firman Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا
خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (13) أُولَئِكَ أَصْحَابُ
الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (14)
[الأحقاف]
Maksudnya : "Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari
(penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar
(berhijrah) Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat
membela mereka. Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman
dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari
Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah
diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga
dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu
tidak sama)!" (Surah al-Ahqaf ayat 13- 14)
20. Orang yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT L:
وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا
إِلَّا وُسْعَهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
(42) [الأعراف]
Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak
menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri
seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya,
merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya." (Surah al-'Araf ayat 42)
21. Orang yang sentiasa sabar sama ada dalam keadaan senang dan susana .
Firman Allah SWT :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ
الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ
وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ
مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ (214) [البقرة]
Maksudnya : "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum
didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa
kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang
yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” .
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat."
(Surah al-Baqarah ayat 214)
22. Orang yang yakin dengan hari Akhirat dan beramal soleh sebagai persediaan menghadapinya.
Firman Allah SWT :
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا
كِتَابِيَهْ (19) إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ (20)
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (21) فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (22) قُطُوفُهَا
دَانِيَةٌ (23) كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي
الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ (24) [الحاقة]
Maksudnya : "Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan
kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang
ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku
telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan
amalku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu) tinggallah dia
dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang
tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (Masing-masing
dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu
makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya,
dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang
lalu (di dunia)!"
(Surah al-Haqqah ayat 19 - 24)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Hayatilah 22 sifat-sifat orang mukmin yang dinayatakan oleh Allah SWT seperti ayat-ayat di atas. Jika kita istiqamah terus beramal dengan sifat tersebut insya Allah balasan syurga menanti kita semua disana. Janji Allah SWT pasti benar dan Dia tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.
No comments:
Post a Comment