Friday, July 10, 2015

Hafiz Termuda Di Dunia

Inilah Apa Yang Dilakukan Ibu 3 Al-Hafiz Termuda di Dunia Saat Beliau Hamil



Ingin mempunyai anak yang hafal Al Qur'an? Cara yang dilakukan oleh Rasya el-Ghayyar, ibu kepada 3 hafiz termuda di dunia (Tabarak, Yazid, Zeenah), ini boleh kita cuba praktikkan.

Ketika Rasya hamil, beliau melakukan sekurang-kurangnya tiga perkara yang berkaitan langsung dengan cita-cita untuk mempunyai anak penghafal Qur'an:

Banyak Tilawah

Doktor yang menjadi pensyarah di Batterje Medical College itu selalu melazimi membaca Al Qur'an sejak sebelum berkahwin. Ketika beliau hamil, kebiasaan tilawah itu terus beliau lakukan. Bahkan kebiasaannya lebih banyak dari hari-hari sebelumnya.

Menghafal Al-Quran

Selain banyak tilawah, Rasya juga berusaha menambah hafalannya ketika ia mengandung. Baik anak pertama (Tabarak), anak kedua (Yazeed), mahupun anak ketiga (Zeenah).

Berdoa

Rasya sering memanjatkan doa khusus pada waktu hamil. Beliau berdoa sebagaimana doa isteri Imran yang mulia:

۱ۚ Ű„Ù†ÙŠ Ù†Ű°Ű±ŰȘ لك Ù…Ű§ في ŰšŰ·Ù†ÙŠ Ù…Ű­Ű±Ű±Ű§ فŰȘÙ‚ŰšÙ„ مني Ű„Ù†Ùƒ ŰŁÙ†ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…ÙŠŰč Ű§Ù„Űčليم

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang ada dalam kandunganku menjadi hamba yang solih dan berkhidmat. Kerana itu, terimalah (nadzar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "(QS. Ali Imran: 35)

Sambil berdoa, Rasya menazarkan anaknya menjadi anak yang taat kepada Allah dan berbakti untuk Al-Quran.

BIIDZNILLAH, doa itu kemudian dikabulkan Allah. Tabarak yang lahir pada 20 Zulhijjah 1423 H bertepatan dengan 22 Februari 2003, mulai menghafal Al Qur'an pada usia 3 tahun dan menjadi hafiz pada usia 4.5 tahun. Beliau lulus ujian al Jamiyyah al Khairiyah li Tahfizh al Qur'an al Karim di Jeddah dan al Hai'ah al 'Alamiyah li Ta'lim al Qur'an al Karim milik Rabithah al' Alam al Islami dengan peringkat mumtaz (cemerlang). Tabarak tercatat sebagai hafiz termuda di dunia.

Anak kedua, Yazid Tamamuddin juga hafal Al-Quran 30 juz pada usia 4.5 tahun. Ia bahkan mendapatkan nilai lebih tinggi daripada kakaknya. Walaupun sama-sama mumtaz, Tabarak mendapat nilai 90 dan Yazeed mendapat nilai 95.

Anak ketiga juga demikian. Zeenah el Laboody hafal Al-Quran 30 juz pada usia kurang dari lima tahun.

Akhirnya, jadilah ketiganya menjadi 3 hafiz termuda di dunia. Masya Allah ...  (Bersamadakwah)

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

No comments: