Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Seorang muslim tidak di benarkan mendoakan orang lain untuk keburukannya, apalagi dengan maksud ingin menghancurkanya, mendoakan keburukan orang lain sahaja di larang apalagi jika kita mendoakan kebinasaan saudara kita yang seiman dan seakidah.
Dari Abu Hurairah berkata bersabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang berkata : 'Binasalah manusia', maka dialah yang akan binasa." (Hadis Riwayat Muslim)
Mendoakan kebinasaan orang lain hanya di dorong oleh perasaan sakit hati di atas kesalahan atau kesilapan orang lain kepada diri kita adalah dilarang dan di tegah oleh agama. Sifat pemaaf adalah sifat mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam.
Salah satu di antara ajaran Islam yang sangat agung adalah ajaran untuk saling memaafkan. Memafkan bermaksud orang lain yang yang mempunyai kesalahan kemudian kita memberi maaf. Sementara kalau kita yang mempunyai kesalahan maka wajib bagi kita untuk meminta maaf.
Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )
Kadang kala kita bertemu dengan seseorang yang sedang marah berkata, "Sampai mati pun aku tidak akan memaafkan kesalahannya, aku akan tuntut di akhirat."
Kata-kata seperti ini adalah bukan sifat orang yang beriman, kerana ianya lahir daripada perasaan sombong dan takbur dalam diri seseorang. Sedangkan Allah SWT yang Maha Pencipta sekelian makhluk boleh memaafkan kesalahan hamba-hamba-Nya dengan sifat Al-'Afuwwu, adakah kita lebih hebat daripada Allah SWT? Ingat sesiapa yang ada dalam hatinya sifat sombong tidak akan dapat memasuki syurga Allah SWT.
Memaafkan seseorang yang kita tidak mampu membalasnya adalah sifat yang mulia, kerana kedudukan kita pada saat itu lemah. Sementara memaafkan seseorang yang kita mampu untuk membalasnya adalah lebih baik dan lebih mulia kerana pada saat itu kedudukan kita kuat dan boleh melakukan apa saja. Ketika seseorang berusaha untuk menjadi pemaaf bermakna ia telah berusaha untuk meniru sifat Allah S.W.T. iaitu Al-‘Afuwwu yang Maha Pemaaf. Seseorang yang memaafkan orang lain adalah orang yang cuba menghilangkan luka hatinya akibat kesalahan yang di lakukan orang lain terhadapnya.
Sifat pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada setiap mukmin. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah SWT.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)
Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati. Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam.
Perlulah kita mengambil contoh peribadi Nabi SAW apabila malaikat yang menjaga bukit menawarkan diri untuk menghancurkan penduduk Kota Thaif kerana mencederakan baginda semasa berdakwah di sana, tetapi Nabi SAW tetap tidak mengizinkan mereka yang derhaka dihancurkan kerana sifat pemaaf baginda dan mengharapkan suatu masa nanti anak keturunan mereka daripada tempat tersebut akan menjadi pejuang-pejuang Islam. Terbukti doa Nabi SAW dikabulkan oleh Allah SWT ramai para mujahid Islam lahir daripada Kota Thaif.
Sahabat yang dimuliakan,
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"

(Hadis Riwayat Baihaqi)
Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas akan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.
Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah yang menjadi takdir perlu dihadapi dan sekali-kali tidak akan terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan.
Sebagai makhluk yang lemah dan selalu membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah SWT supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekalipun kita berada di pihak yang benar.
Apa yang mendukacitakan, ramai kalangan kita terlalu berat untuk memaafkan kesilapan orang lain samaada kepada isteri, jiran tetanga, sahabat handai, saudara mara atau orang-orang di bawah jagaan kita. Mereka memiliki sifat keras hati dan tidak mahu mengalah apabila berada dalam situasi genting.

Ingatlah sifat sukar memberi maaf adalah penyakit hati yang bersarang dihati kalian dan penyakit ini apabila tidak di ubati ianya akan menjadi barah yang akan menghalang taufik dan hidayah Allah SWT sampai kepada hati kalian. Jika kalian bersedia memberi maaf nescaya Allah SWT akan mudah memaafkan segala kesalahan-kesalahan kalian kepada-Nya dan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat nanti.
Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid radiallahu ’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat".
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki".
Dia berkata : "Aku mau diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat."
Baginda S.A.W menjawab : " Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya."
Sahabat yang dikasihi,
Marilah bersama mentarbiahkan diri dengan menjinakkan lidah untuk mengucap kemaafan sementara tangan menghulurkan salam kemaafan kepada sesiapapun tidak kira sebesar mana kesalahan kerana dalam sifat pemaaf terkandung keberkatan dan kemuliaan yang tinggi.Yakinlah, jika kita bersedia memberi kemaafan kepada seseorang nescaya orang juga bersedia memaafkan keterlanjuran kita. Marilah buang segala sifat mazmumah supaya perasaan sakit hati, benci dan marah dapat dijauhi.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: "Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya." (Hadis riwayat Bukhari).
Walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.
No comments:
Post a Comment