Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekali gus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara.
Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, terfikir pula 'dua mata' lagi manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan.
Mata melihat masa belakang : Muhasabah
Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya.
Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali."
Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekali gus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai mata melihat masa belakang (bermuhasabah). Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya dan kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatannya dan kerendahannya.
Mata melihat masa hadapan : Merancang.
Satu lagi kelemahan manusia adalah tidak mempunyai perancangan. Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang, tarbiah anak-anaknya tidak dirancang, pelajarannya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya. Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang?
Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan. Jangan samakan merancang dengan harapan, atau sembang kemas atau cakap omong kosong. Merancang bermakna mempnyai agenda dan strategi.
Apabila kita telah bersedia dan tidak mendapat apa yang dirancang, sekurang-kurangnya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contohnya, seorang lelaki merancang hendak berkahwin dengan si Fulanah binti Fulan. Maka lelaki itu mula mengumpul wang. Sampai pada masanya, si Fulanah tidak mahu berkahwin dengan lelaki tersebut. Apa yang dirancang oleh lelaki tersebut tidak berjaya. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan, bukan penamat pada kehidupan. Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah SWT.
Apakah perancangan kita? Di mana strategi kita hendak menggapai redha-Nya? Apakah jalan yang kita hendak ambil? Pernahkah kalian merancang? Allah SWT juga menggalakkan perancangan.
Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok..." (Surah Al-Hasyr, ayat 18)
Sahabat yang dimuliakan,
Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang lalu. Bersama manusia, ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.
Bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya tunggang-langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Inilah dia kerugian. Sebab itu Allah SWT berfirman : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian." (Surah Al-Asr, ayat 1-2)
Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak , pada keturunan kita, pada sahabat-sahabat dan manusia di sekeliling kita. Lebih merugikan, kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, pelajaran kita terbengkalai dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan. Na'udzubillah.
Inilah kerugian yang nyata. "Katakanlah : Sesunggguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat." (Surah Az-Zumar, ayat 15)
Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki misi dan visi kita dalam kehidupan iaitu kita bermuhasabah diri di atas kelemahan dan memperbaikinya, begitu juga kita membuat perancangan untuk membina masa depan yang lebih baik semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.

No comments:
Post a Comment