Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati dan jiwa seorang mukmin yang bertakwa kepada Allah S.W.T. akan sentiasa khauf iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah S.W.T. serta takut akan kemurkaan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah ayat 40 )
Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah S.W.T. jika dia tidak mengenal dan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zat-Nya. Contoh jika kita meyakini bahawa Allah S.W.T. Maha Melihat dan Maha Mendengar maka akan timbul rasa takut dihati kita untuk melakukan maksiat, dosa dan kemungkaran. Walau pun manusia tidak nampak tetapai Allah Maha Melihat dan memerhatikan sahaja perbuatan kita.
Begitu juga Allah S.W.T Maha Mendengar tuturkata dan perbicaraan kita yang boleh mendatangkan dosa, hinggakan bisikan hati kecil kita Dia tetap mendengarnya, oleh itu kita tidak boleh lari daripada pengetahuan Allah S.W.T.
Orang jahil akan membuat sesuatu perbuatan dan amalan tanpa merujuk adakah perbuatan tersebut dilarang oleh Allah S.W.T. atau tidak. Itu sebab orang jahil akan membuat sesuatu perkara maksiat atau dosa tidak ada perasaan takut dan dia melanggarnya tanpa rasa bersalah. Oleh itu ilmu adalah satu perkara penting untuk kita pelajari kerana dengan mengetahui hukum hakam dan jenis-jenis seksaan yang akan diterima di hari akhirat nanti seseorang itu akan berfikir dua kali sebelum melakukan tindakan yang bertentangan dengan kehendak Allah S.W.T. Dalam satu hadis Nabi S.W.T. salah seorang yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab adalah orang jahil yang melakukan maksiat tanpa mengetahui bahawa perkara itu boleh mendatangkan dosa. Dengan kejahilannya tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri daripada balasan Allah di hari akhirat nanti kerana keengganannya menuntut ilmu.
Sahabat yang dimuliakan,
Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Bermula daripada pendidikan awal di dalam keluarga. Menanamkan sifat yang jujur. Membentuk akhlak umat harus bermula dengan menanam sahsiah pada keluarga. Pembinaan kerohanian anggota keluarga dilaksanakan dengan tarbiah dan pembentukkan nilai-nila murni dengan menanamkan rasa khauf (takut) kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. :
ŰȘَŰȘَŰŹَۧÙَÙ ŰŹُÙُÙŰšُÙُÙ ْ ŰčَÙِ ۧÙْÙ َ۶َۧۏِŰčِ ÙَŰŻْŰčُÙÙَ ۱َŰšَّÙُÙ ْ ŰźَÙْÙًۧ ÙَŰ·َÙ َŰčًۧ ÙَÙ ِÙ َّۧ ۱َŰČَÙْÙَۧÙُÙ ْ ÙُÙْÙِÙُÙÙَ
ŰȘَŰȘَŰŹَۧÙَÙ ŰŹُÙُÙŰšُÙُÙ ْ ŰčَÙِ ۧÙْÙ َ۶َۧۏِŰčِ ÙَŰŻْŰčُÙÙَ ۱َŰšَّÙُÙ ْ ŰźَÙْÙًۧ ÙَŰ·َÙ َŰčًۧ ÙَÙ ِÙ َّۧ ۱َŰČَÙْÙَۧÙُÙ ْ ÙُÙْÙِÙُÙÙَ
Maksudnya : "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka" (Surah as-Sajadah ayat 16)
Kata khauf yang bererti takut, terdapat di dalam Al Quran sebanyak 134 kali, dan juga kata “Khasy-syah” yang juga bererti takut terdapat sebanyak 84 kali. Allah SWT menjadikan kehidupan di dunia ini ibarat ruang ujian, yang harus ditempuh oleh manusia.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu, yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun." (Surah al-Mulk ayat 1-2)
Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan dan tertanam di dalam hati manusia, dan memiliki peranan penting dalam kehidupan kejiwaan manusia.
Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan dan tertanam di dalam hati manusia, dan memiliki peranan penting dalam kehidupan kejiwaan manusia.
Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.wj. berkata: “MAN KHAAFA AAMANA”, barangsiapa yang takut, aman!”
Kalau kita tidak takut hujan, kita tidak akan sedia payung, bila kita tidak takut sakit kita tidak berupaya meningkatkan kesihatan kita.
Islam tidak memandang rasa takut yang ada dalam diri manusia sebagai aib yang harus dihilangkan. Namun demikian, rasa takut akan menjadi sesuatu yang buruk apabila seseorang tidak mampu mengatur dan menyalurkan rasa takutnya, apalagi bila rasa takut itu jadi penghalang kemajuan, kebebasan dan kehormatannya.
Ali bin Abi Thalib k.wj menasihati kita: “Kalau kalian bertekad melakukan sesuatu, maka arungilah. Kerana bayangan bencana terlihat lebih besar dari yang sebenarnya.”
Jadi sesungguhnya menunggu datangnya bencana lebih buruk dari bencana itu sendiri. Kerana lebih baik kita melakukan persiapan dan menyusun kekuatan batin menghadapi sesuatu yang akan datang.
Al Quran telah menggambarkan rasa takut yang timbul pada jiwa para rasul dan hamba-hamba Allah yang soleh, meskipun mereka adalah manusia pilihan yang terkenal suci dan bersih. Allah SWT berfirman:
Al Quran telah menggambarkan rasa takut yang timbul pada jiwa para rasul dan hamba-hamba Allah yang soleh, meskipun mereka adalah manusia pilihan yang terkenal suci dan bersih. Allah SWT berfirman:
ÙَŰŁَÙْŰَÙْÙَۧ Ű„ِÙَÙ ŰŁُÙ ِّ Ù ُÙŰłَÙ ŰŁَÙْ ŰŁَ۱ْ۶ِŰčِÙÙِ ÙَŰ„ِŰ°َۧ ŰźِÙْŰȘِ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰŁَÙْÙِÙÙِ ÙِÙ Ű§ÙْÙَÙ ِّ ÙَÙَۧ ŰȘَŰźَۧÙِÙ ÙَÙَۧ ŰȘَŰْŰČَÙِÙ Ű„ِÙَّۧ ۱َۧۯُّÙÙُ Ű„ِÙَÙْÙِ ÙَŰŹَۧŰčِÙُÙÙُ Ù ِÙَ ۧÙْÙ ُ۱ْŰłَÙِÙÙَ
Maksudnya : “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: 'Susukanlah dia, dan apabila kamu takut (khawatir) maka hanyutkanlah ia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu takut dan (jangan pula) bersedih hati. Kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul." (Surah al Qashash ayat 7)
Takut (al khauf) adalah masaalah yang berkaitan dengan kejadian yang akan datang. Khauf merupakan salah satu syarat iman dan melaksanakan hukum-hukumnya.
Takut kepada Allah adalah rasa takut yang harus dimiliki setiap hamba. Kerana rasa takut itu mendorong untuk meningkatkan amal kebaikan dan bersegera dalam meninggalkan semua yang dilarang-Nya. Rasa takut kepada Yang Maha Kuasa adalah salah satu tanda keimanan kepada-Nya. Dengan adanya rasa takut, timbul rasa harap (rajaa’) akan maghfirah (ampunan), ‘inayah (pertolongan), serta rahmat Allah dan reda-Nya. Sehingga hakikat "iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin" (kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami minta pertolongan) benar-benar terpahat dalam hati seorang hamba.
Di saat manusia merasakan getaran rasa takutnya kepada Allah, maka saat itu bererti mereka memiliki rasa takut pula akan ancaman azab yang Allah sediakan bagi orang-orang yang durhaka kepada-Nya. Makrifah (pengetahuan) akan sifat Allah akan mengantarkan ke dalam pengetahuan tentang azab-Nya.
Seorang hamba yang soleh, dan merealisasikan hakikat kehambaannya dengan senantiasa mengamalkan perintah-Nya dan mengamalkan pula semua ajaran rasul-Nya, pasti akan memilki rasa takut yang mendalam terhadap azab yang mengancamnya. Sikap ini akan melahirkan selalu waspada, sehingga tidak ada amal atau prilaku yang mengarah kepada hal-hal yang menjadikan Allah murka dan menjadikan dirinya durhaka kepada Allah.
Allah SWT berfirman:
ÙُÙْ Ű„ِÙِّÙ ŰŁَŰźَۧÙُ Ű„ِÙْ ŰčَŰ”َÙْŰȘُ ۱َŰšِّÙ ŰčَŰ°ََۧۚ ÙَÙْÙ ٍ ŰčَŰžِÙÙ ٍ
ÙُÙْ Ű„ِÙِّÙ ŰŁَŰźَۧÙُ Ű„ِÙْ ŰčَŰ”َÙْŰȘُ ۱َŰšِّÙ ŰčَŰ°ََۧۚ ÙَÙْÙ ٍ ŰčَŰžِÙÙ ٍ
Maksudnya : “Katakanlah: 'Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku.” (Surah az Zumar ayat 13)
Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya rasa takut kepada Allah itu merupakan salah satu perasaan yang diciptakan dalam diri manusia untuk memotivasi seseorang menjaga nilai-nilai Ilahi. Orang yang benar dalam jiwanya rasa takut kepada Allah S.W.T. akan merasakan rahmat-Nya, baik dalam kehidupan duniawi maupun ukhrawi.
Marilah kita bina rasa takut dan gerun kepada Allah S.W.T. akan menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara yang ditegah oleh-Nya dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruh-Nya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment