Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Berkata Utsman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman:
Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak.
Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan.
Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat.
Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku jadikannya dicintai oleh para malaikat.
Dan apabila ia mencapai usia delapan puluh tahun Aku akan catatkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya.
Dan apabila ia mencapai usia sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: 'Orang ini sebagai tawanan Allah di bumi-Nya, maka diampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan.
Dan apabila dia mencapai usia lanjut, Allah mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi - Hadis Qudsi)
Huraiannya :
Berdasarkan hadis Qudsi tersebut di atas, Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya semakin meningkat usia seseorang hamba-Nya akan diberikan-Nya banyak kebaikan, rahmat dan pengampunan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Abi Bakraah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam katanya: Wahai Rasulullah, manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya, pemuda itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya". (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Terdapat 7 peringkat umur seseorang yang akan diberikan kebaikan dan rahmat oleh Allah SWT :
Pertama : Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak.
Ketika hamba-Nya berusia 40 tahun maka Dia akan menjauhkan daripada 3 penyakit iaitu gila, kusta dan sopak. Ketiga-tiga penyakit ini adalah penyakit merbahaya dan kronik.
Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah Al-Ahqaf Ayat 15)
Kedua : Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan.
Apakah maksud hisab yang ringan?
Dari 'Aisyah r.a. katanya: Aku dengar Rasulullah SAW berdoa di dalam sesetengah solatnya: "Ya Tuhanku, hisabkan aku dengan hisab yang mudah dan ringan." Apabila baginda selesai aku pun bertanya: "Ya Rasulullah, apakah hisab yang mudah dan ringan itu?" Jawab baginda : "Dilihat sahaja buku amalannya dimaafkannya. Wahai 'Aisyah! Barang siapa yang dihisab dengan halus pada hari itu akan dibinasa." (Hadis Riwayat Ahmad)
Ketiga : Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat.
Apabila seorang hamba terdorong untuk bertaubat dan beristighfar maka ini adalah satu rahmat Allah SWT kerana bertaubat akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Rasulullah SAW berdoa:"‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, sedangkan aku adalah hamba-Mu dan aku berada di atas perjanjian-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku, karena tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Hadis riwayat Bukhari)
Keempat : Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku jadikannya dicintai oleh para malaikat.
Malaikat adalah hamba Allah SWT yang tidak mempunyai dosa. Malaikat diciptakan hanya untuk beribadah dan berzikir kepada Allah SWT. Apabila seseorang hamba mendapat doa para malaikat dan di cintai malaikat ini bermakna mereka adalah orang yang di cintai oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya : "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Surah Al-Anbiyaa' ayat 26-28)
Salah satu amalan yang mendapat doa para malaikat adalah sentiasa berada ditempat solat dan tidak batal wuduk.
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)
Kelima : Dan apabila ia mencapai usia delapan puluh tahun Aku akan catatkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya.
Biasanya jika seseorang sudah menjangkau umur 80 tahun akan memberi tumpuan kepada amal ibadah dan amal soleh semata-mata. Sudah tidak ada keinginan untuk melakukan dosa dan maksiat. Dorongan untuk melakukan kebaikan, bertaubat dan istiqamah dengan Islam adalah taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Sebaliknya jika ada orang yang telah berumur 80 tahun keatas (bekas pemimpin) di dalam masyarakat kita tetapi masih tidak mahu bertaubat, masih membuat fitnah dan sibuk dengan hal-hal dunia (cinta dunia) ini adalah tanda bala dan kemurkaan Allah SWT kepadanya.
Keenam : Dan apabila ia mencapai usia sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: 'Orang ini sebagai tawanan Allah di bumi-Nya, maka diampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan.
Tidak ada kebaikan yang dimiliki oleh seorang anak Adam melainkan apabila dia mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian. dan mendapat syafaat dihari akhirat nanti.
Ketujuh : Dan apabila dia mencapai usia lanjut, Allah mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.
Seorang anak Adam yang telah sampai usia lanjut biasanya akan menjadi nyanyuk dan fikirannya kembali seperti anak kecil. Ketika inilah rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada para hamba-Nya. Allah SWT akan mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita dan menggunakan sebaik mungkin masa dan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT. Buatlah sebanyak mugkin amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa kita diberikan sihat dan masa lapang. Jika dipanjangkan umur dengan kebaikan maka ini adalah satu anugrah Allah SWT kepada kita dan bersyukurlah. Kita bermohon kepada Allah SWT supaya dijauhi daripada umur yang panjang tetapi sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Ingatlah setiap saat umur kita akan dihisab oleh Allah SWT kemana kita habiskannya samaada untuk kebaikan atau untuk melakukan kederhakaan kepada-Nya.

No comments:
Post a Comment