Sunday, February 20, 2011

21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di bawah ini disenaraikan 21 kunci kejayaan dunia dan akhirat untuk renungan kita bersama 

1-Kunci solat adalah taharah/kebersihan.

2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

4-Kinci syuga adalah bertauhid kepada Allah SWT.

5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

6-Kunci kejayaan adalah kesabaran.

7-Kunci kemajuan/kelebihan  adalah bersyukur.

8-Kunci kekuasaan adalah berkasih-sayang dan ingat mengingati.

9-Kunci kejayaan adalah bertakwa.

10-Kunci taufiq adalah berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.

11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.

12-Kuci kecintaan akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.

13-Kunci keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.

14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah hati sejahtera dari segala dosa, ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.

15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.

17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertakwa kepada Allah SWT.

18-Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

19-Kunci kejayaan di akhirat adalah pendek angan-angan.

20-Kunci segala kebaikkan adalah cinta kepada Allah SWT dan cinta hari akhirat.

21-Kunci segala kejahatan adalah cinta dunia dan panjang angan-angan.

(Di petik daripada tulisan Nur Muslimah)

No comments: