Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah al-Harrani rahimahullaah pernah ditanya tentang amalan ahli syurga dan amalan ahli neraka. Kemudian beliau menjawab sebagai berikut:
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Amalan ahli syurga adalah beriman dan bertakwa. Sedangkan amalan ahli neraka adalah kufur, fasik, dan maksiat."
Amalan-amalan ahli syurga:
1. Beriman kepada Allah, Para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir serta beriman kepada qadar (takdir) yang baik maupun yang buruknya.
2. Bersyahadat Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah) dan Muhammad adalah Rasulullah (Nabi Muhammad adalah utusan Allah), mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan berhaji ke Baitullah. Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah meliha-Nya, dan jika tidak boleh, maka yakinilah bahwa Dia melihatmu.
3. Berbicara jujur, menunaikan amanat, menepati janji, berbakti kepada orang tua (birrul walidain) menyambung hubungan kerabat, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin, dan yang menjadi tanggungannya dari kalangan manusia atau binatang.
4. Ikhlas beribadah kepada Allah, bertawakkal kepada-Nya, cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya, takut kepada Allah dan berharap rahmat-Nya, kembali kepada-Nya, bersabar menetapi hukum-Nya, dan menyukuri nikmat-nikmat-Nya.
5. Suka membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, berdoa kepada-Nya, meminta dan berharap kepada-Nya.
6. Beramar makruf (menyuruh orang berbuat kebaikan), bernahi munkar (melarang orang dari berbuat buruk), berjihad di jalan Allah dalam memerangi orang kafir munafikin.
7. Adil dalam semua urusannya, adil terhadap semua makhluk sampai terhadap orang kafir, dan amalan-amalan yan serupa.
8. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang kedekut kepadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, kerana Allah menyediakan syurga bagi orang-orang bertakwa, iaitu orang-orang yang tetap berinfak dalam keadaan lapang atau pun sempit, menahan marah, memaafkan manusia, dan Allah menyukai orang-orang yang senantiasa berbuat baik.
Amalan-amalan ahli neraka.
1. Berbuat syirik kepada Allah, mendustakan para rasul, kufur dan hasad dengki, berdusta, berhianat, berbuat zalim, perbuatan keji lagi hina, ingkar janji, memutus silaturahim, takut untuk pergi berjihad, bakhil, tidak selaras di antara zahir dan batin, berputus asa dari rahmat Allah, merasa aman dari azab Allah, berkeluh kesah (tidak sabar) ketika di timpa musibah, sombng dan tidak menyukuri nikmat, meninggalkan kewajiban terhadap Allah, melanggar batasan-batasan-Nya, melanggar perkara yang diharamkan-Nya.
2. Takut terhadap makhluk dan tidak takut terhadap khaliq, berharap kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, bertawakal kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, beramal dengan riya dan sum’ah, menyalahi Al-Quran dan sunnah, taat kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, fanatik kepada kabatilan, mencela ayat-ayat Allah, menentang kebenaran, menyembunyikan ilmu dan kesaksian yang sebenarnya harus disampaikannya.
3. Melakukan sihir (santau dan sejenisnya), durhaka kepada orang tua, membunuh jiwa yang Allah haramkan tanpa jalan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari peperangan, menuduh wanita solehah telah berbuat zina.
Sahabat yang dimuliakan,
Tidak mungkin kedua-dua amalan ini boleh bersama kerana amalan ahli syurga semuanya masuk kategori ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan amalan ahli neraka semuanya masuk kategori maksiat terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T.
ŰȘِÙْÙَ ŰُŰŻُÙŰŻُ ۧÙÙَّÙِ ÙَÙ َÙْ ÙُŰ·ِŰčِ ۧÙÙَّÙَ Ùَ۱َŰłُÙÙَÙُ ÙُŰŻْŰźِÙْÙُ ŰŹَÙَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِÙ Ù ِÙْ ŰȘَŰْŰȘِÙَۧ ۧÙْŰŁَÙْÙَۧ۱ُ ŰźَۧÙِŰŻِÙÙَ ÙِÙÙَۧ ÙَŰ°َÙِÙَ ۧÙْÙَÙْŰČُ ۧÙْŰčَŰžِÙÙ ُ ÙَÙ َÙْ ÙَŰčْŰ”ِ ۧÙÙَّÙَ Ùَ۱َŰłُÙÙَÙُ ÙَÙَŰȘَŰčَŰŻَّ ŰُŰŻُÙŰŻَÙُ ÙُŰŻْŰźِÙْÙُ Ùَۧ۱ًۧ ŰźَۧÙِŰŻًۧ ÙِÙÙَۧ ÙَÙَÙُ ŰčَŰ°ٌَۧۚ Ù ُÙِÙÙٌ
Maksudnya : “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan.”
(Surah Al-Nisa’ ayat 13-14)
Dari Saydina Ali k.wj. katanya: “Pada suatu hari kami menghantar jenazah ke perkuburan Baqi Al Gharqad. Rasulullah S.A.W. mendatangi kami, lalu baginda duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling baginda. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting.
Kemudian baginda bersabda” Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di syurga atau neraka. Telah ditetap Allah apakah dia celaka atau bahagia.
Maka bertanya seorang sahabat, “ Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan takdir nasib kita tanpa beramal?”
Jawab baginda,” Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang bahagia, dan orang yang telah ditetap Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah!.
"Semua sarana telah disiapkan, adapun orang-orang bahagia, mereka dimudah untuk mengamalkan amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.”
Kemudian baginda membaca ayat maksudnya : "Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertakwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup , serta mendustakan pahala yang terbaik. Maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar”.
Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Allah Ta’ala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakan-Nya langit dan bumi. Dan (ketika itu) Arasy Allah Ta’ala berada di atas air.”
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud , :
"Al-Mizan itu berada ditangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga kehari kiyamat. Hati manusia berada diantara dua jari Allah Al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakiNya akan disesatkanNya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Disebabkan terlalu mudahnya hati itu berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi S.A.W.
Nabi S.A.W berdoa : "Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan pada-Mu.”
(Hadis Riwayat Muslim).
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim).
Oleh itu marilah kita sama-sama berazam dan terus beramal dengan amalan-amalan ahli syurga dan terus berdoa semoga Allah S.W.T tetapkan hati-hati kita untuk terus istiqamah dan tidak berubah-ubah hinggalah kita kembali menemui Allah S.W.T. dengan mendapat husnul khatimah.

No comments:
Post a Comment