Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ajaran Syiah telah bertapak di Malaysia dan ramai di kalangan umat Islam di negara kita telah keliru dan merasakan bahawa Ajaran Syiah adalah sebahagian daripada mazhab di dalam Islam. Hakikat sebenarnya perlu difahami bahawa Syiah bukan salah satu mazhab di dalam Islam tetapi Syiah adalah ajaran agama baru yang jelas telah terkeluar daripada Islam, samaada darisegi akidah, ibadah dan syariah.
Untuk menjelaskan kedudukan sebenar Ajaran Syiah di huraikan latar belakang ajaran Syiah seperti dibawah :
1. LATAR BELAKANG
Kebangkitan
fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan
revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada
tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama
kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa
menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan
fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.
2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a)
Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen
dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke
Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang
ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan
asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di
Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di
Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada
perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid
dan toko-toko buku yang terkenal.
2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :
a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan
ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan
yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini
mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut
dianggarkan 200 hingga 400 orang.
b) Syiah Ismailiah
Kumpulan
ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang.
Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan
ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh
ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti
pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan
telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan
300 hingga 500 orang.
2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR
Berdasarkan
kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis,
Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :
3.1 Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi
sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
3.2 Orang Awam
Hasil
penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang
penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk
berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah
dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati
menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.
3.3 Menubuhkan Persatuan
Terdapat
usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan
fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul
Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat
MAIS dan JAKIM.
4 PENYELEWENGAN SYIAH
Berikut adalah antara ciri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:
4.1 Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara
daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah
meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad
mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.
4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan
Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula
orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk
menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu
Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83
4.3 Berpura-Pura
Mengikut
aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan
hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam
setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini
dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar
Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal
4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga
disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali
dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul
Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197
4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan
Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man
La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain
Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358
4.6 Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama
Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min
Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441
4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.
Golongan
Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli
Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir.
Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait
sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh
Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149
4.8 Menolak Ijmak Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka
menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka
berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka
adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini
dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh
Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51
4.9 Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan
merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa
Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:
4.10 Mengubah ayat al-Quran
Dipercayai
Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat
Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan
sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini
dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa
al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:
4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan
dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330
4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan
Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua
keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku
Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan
Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof
Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Ja’fari: harus
menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama
ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab
4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.
Perkara
ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima
Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar
al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Ja’fari
: sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat.
Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan
oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan
al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan
sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr?
Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam
Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah
mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang
Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah
5 Terakhir
KEPUTUSAN
"Keputusan
berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa
fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam
yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut
fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment