Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا)
Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)
Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan pengakuan jin bahawa ramai manusia berlindung kepada laki-laki jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan durhaka serta dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin kerana takut kepadanya dan tidak berlindung kepada Allah SWT, maka jin akan menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan meningkatkan penganiayaan terhadap mereka.

Tafsir Jalalain Surah Al Jin ayat 6 menyatakan :
"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan (memohon perlindungan) kepada beberapa laki-laki di antara jin di dalam perjalanan mereka sewaktu mereka beristirahat di tempat yang menyeramkan, lalu masing-masing orang mengatakan, aku berlindung kepada penunggu tempat ini dari gangguan penunggu lainnya yang jahat (maka jin-jin itu menambah bagi mereka) dengan permintaan perlindungannya kepada jin-jin itu (dosa dan kesalahan) kerana mereka mengatakan, bahawa kami telah dilindungi oleh jin anu dan orang anu."
Asbabun Nuzul Surah al-Jin ayat 6.
Ibnu Saad mengetengahkan sebuah hadis melalui Abu Raja' dari kalangan Bani Tamim yang menceritakan, bahawa sesungguhnya aku menjadi penggembala kambing milik keluargaku dan aku menanggung beban pekerjaan mereka semuanya. Ketika Nabi SAW. telah diutus, kami keluar dari kalangan keluarga kami melarikan diri. Sewaktu kami sampai di suatu padang, sebagaimana biasanya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kami, iaitu apabila kami kemalaman, maka pemimpin (syekh) kami mengatakan, "Sesungguhnya kami berlindung kepada penunggu lembah ini dari gangguan jin pada malam ini." Maka kami pun mengatakan hal yang serupa. Lalu ada suara yang ditujukan kepada kami seraya mengatakan,
"Sesungguhnya jalan keluar bagi laki-laki ini ialah mengucapkan kesaksian, iaitu bahawa tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah. Kesaksian itu siapa pun yang mengucapkannya, nescaya darah dan harta bendanya selamat."
Lalu kami kembali, dan langsung masuk Islam. Abu Raja' mengatakan, sesungguhnya aku berpendapat bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan peristiwa yang dialami oleh aku dan teman-temanku, iaitu firman-Nya, "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambahkan bagi mereka dosa dan kesalahan..." (Surah al-Jin ayat 6 dan seterusnya)
Dalam riwayat yang lain Abu Raja' berkata bahawa orang-orang jahiliah sering berdoa; "Kami berlindung kepada jin penguasa lembah ini." Namun salah seorang berkata, bahawa jalan untuk meraih keselamatan, adalah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya. Siapa yang bersaksi demikian, harta dan keselamatan jiwa orang yang mengucapkannya pasti aman. Kemudian turunlah ayat ini." (Hadis Riwayat Ibnu Saad. Lihat Ibnu Katsir 6/188-189 dari Ibnu Saad dalam ath-Thabaqat 7/139)
Dalam tafsir Fi Zilalil Quran Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah berkata :
"Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)
Ini merupakan isyarat dari makhluk jin kepada satu kepercayaan yang lumrah dalam masyarakat jahiliah dan masih terus lumrah hingga ke zaman ini di dalam berbagai masyarakat, iaitu kepercayaan yang menganggap makhluk jin itu mempunyai kuasa di atas alam bumi dan manusia, mempunyai qudrat kuasa mendatangkan manfaat dan mudarat dan menguasai kawasan bumi, laut dan udara dan sebagainya hingga menyebabkan kaum musyrikin memohon perlindungan kepada ketua jin yang menjaga sesuatu wadi dari kejahatan orang-orangnya yang jahat apabila mereka hendak bermalam di padang gurun atau tempat yang sunyi. Setelah itu barulah mereka tidur dengan aman.
Syaitan itu dapat mengongkongi hati manusia kecuali mereka yang di lindungi Allah sahaja terselamat dari kongkongannya. Orang yang bergantung kepada syaitan adalah musuh-Nya, malah syaitan akan menyakiti manusia dan menyusahkannya. Kumpulan jin itu sendiri menceritakan apa yang berlaku."
Sahabat yang dimuliakan,
Banyak hadis-hadis daripada Nabi SAW menyatakan bahawa syaitan dan jin-jin kafir adalah musuh Allah SWT dan musuh orang-orang mukmin yang mana mereka akan menyesatkan manusia dan menjerumuskan kepada syirik dan melakukan dosa besar kepada Allah SWT.
Bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan dan jin-jin kafir sebagai khadam adalah merupakan wali syaitan yang ramai menyesatkan umat Islam kepada amalan syirik dan kurafat. Mereka menggunakan sihir, santau dan pemujaan untuk mendatangkan penyakit (dengan izin Allah) kepada orang beriman dan membuat ramalan-ramalan palsu untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam mengatakan orang tersebut melakukan santau dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.” (Hadis Riwayat Muslim).
Bomoh yang menggunakan khidmat jin atau syaitan ini selain mengubati mereka yang sakit, ia juga menawarkan khidmat tanam susuk, serikan wajah, ilmu pengasih, pelaris perniagaan, pendinding diri (menggunakan bahan-bahan yang telah dipuja), mandi bunga, semahan darah ayam hitam atau kambing hitam (baru buka gelanggang silat atau rumah baru) dan berbagai-bagai amalan syirik yang amat dilarang keras oleh Nabi SAW.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib (menggunakan khidmat bomoh) adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.”(Surah al-Maidah, ayat 90)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, yakinlah syaitan dan jin-jin kafir adalah musuh kita yang nyata dan jauhkan diri kita daripada mereka dan mintalah perlindungan Allah SWT daripada gangguan, hasutan dan godaan mereka.

Jauhkan diri daripada berjumpa bomoh yang menggunakan khidmat jin atau syaitan, jika kita menghadapi sakit berpunca daripada gangguan makhluk halus maka jumpalah pakar perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa dan jampi-jampi yang diambil daripada amalan Nabi SAW. dan para sahabat. Dengan ini kita akan dapat menyelamatkan akidah kita daripada di pesongkan oleh para bomoh yang mencari keuntungan dan kepentingan diri.
Amalkanlah zikir al-Mathurat yang di susun oleh al-Imam Syahid Hasan al-Banna yang dihimpunkan daripada beberapa ayat-ayat al-Quran dan doa-doa amalan Nabi SAW waktu pagi dan petang. Amalkanlah waktu lepas subuh dan lepas asar atau magrib supaya lidah dan hati kita hidup dengan zikir dan mengingati Allah SWT dan dapat terhindar daripada gangguan jin dan syaitan.
Selain daripada berzikir banyakkan membaca al-Quran di dalam rumah kita supaya malaikat rahmat akan sentiasa hadir mendengan bacaan al-Quran dan syaitan akan menjauhkan dirinya jika para malaikat sentiasa bersama kita, insya Allah.

No comments:
Post a Comment