بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 29 adalah menjawab persoalan ciri-ciri isteri derhaka (nusyuz), ciri-ciri isteri solehah, siapakah yang layak memasuki syurga dan pahala wanita yang tinggal dirumah.
441. Soalan : Di dalam kehidupan masyarakat modern hari ini terdapat ramai isteri yang derhaka (nusyuz) kepada suaminya. Bolehkan ustaz terangkan apakah ciri-cirinya isteri derhaka.
Jika dilihat berdasarkan hukum feqah terdapat 9 ciri-ciri isteri derhaka (nusyuz) :
Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.
Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.
Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya).
Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.
Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak .
Jika diizinkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.
Ketiga : Menyakiti hati suami .
Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar.
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami ketika suami hajat bersama.
Ketika suami berhajat kepadanya dia engan melayan hajat suaminya tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau tak ada keinginan bukan alasan yang menasabah.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
Keenam : Isteri membuat fitnah kepada suaminya.
Isteri cuba memfitnah atau mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita lain.
Ketujuh : Isteri minta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak.
Jika isteri meminta cerai kerana alasan suami berhajat berpoligami.bukanlah alasan yang syrie.
Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Kelapan : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain.
Isteri selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang buak mahramnya.
Kesembilan: Puasa sunat tanpa keizinan suami dan memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
442. Soalan : Jika isteri derhaka (nusyuz) apakah tindakan yang patut di ambil oleh suami untuk mendidik isterinya supaya taat kepada suami?
Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.
Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.
Jalan terakhir apabila suami sudah tidak berkemampuan menasihati isterinya adalah menceriakannya dengan talak satu. Jika isteri sudah ada tanda-tanda berubah maka bolehlah rujuk semula.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah an-Nisa ayat 34)
443. Soalan : Untuk menjadi isteri yang solehah apakah perbuatan atau ciri-ciri yang patut dilakukan oleh isteri terhadap suaminya?
Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.
Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri menderhaki suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui facebook atau talipon bimbit. Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusyuz kerana isteri nusyuz tidak akan mencium bau syurga.
Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta‘ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )
444. Soalan : Apakah ciri-ciri atau amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke dalam syurga?
Terdapat 15 ciri-ciri dan amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke syurga :
1. Bertakwa.
Bahkan
syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang
bertakwa sebagaimana firman-Nya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan
dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. ( Surah Aali Imran : Ayat
133 )
2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya.
Beriman
kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun
yang buruk.
Firman
Allah SWT maksudnya : “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di
dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah
kemenangan yang besar.”
(Surah an-Nisaa’ ayat 13)
3. Percaya rukun Islam dan mengamalkannya.
Bersaksi
bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat,
berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri
Rasulullah
SAW. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat
menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila
disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan
dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat
Thabrani)
Sabda
Rasulullah SAW. yang bermaksud :"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah."(Hadis Riwayat Muslim)
5. Bersifat Ihsan.
Ihsan
bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat
Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah
melihat dirinya.
6. Ikhlas kepada Allah SWT
Beribadah
semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan
Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat
kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir Allah SWT serta
mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan menjadi saksi palsu .
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.(dengan mendapat keizinan suaminya)
15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan yang jauh

445. Soalan : Jika suami keluar rumah untuk mencari nafkah, berjihad , berdakwah dan solat berjemaah dimasjid akan mendapat pahala yang besar disisi Allah SWT, bagaimana pula wanita yang duduk dirumah menjaga harta suami, menjaga kehormatan diri, mendidik anak-anak dirumah adakah wanita juga mendapat pahala yang sama seperti kaum lelaki?
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً
“Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Surah al-Ahzab ayat 33).

Diriwayatkan dari Anas bin Malik, dia mengatakan :
جئن النساء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلن: يا رسول الله، ذهب الرجال بالفضل والجهاد في سبيل الله تعالى، فما لنا عمل ندرك به عمل المجاهدين في سبيل الله؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من قعد -أو كلمة نحوها -منكن في بيتها فإنها تدرك عمل المجاهدين في سبيل الله”.
“Seorang wanita datang menemui Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian berkata : “Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah. Apakah bagi kami kaum wanita boleh mendapatkan amalan orang yang jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda : “ Barangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah.” (Lihat Tafsir Al Quran Al ‘Adzim surat al-Ahzab ayat 33)

No comments:
Post a Comment