بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 27 adalah menjawab persoalan doa Rasulullah kepada Anas bin Malik, doa memohon keteguhan iman, hukum faraid, khasiat berbekam dan makanan sunah.
431. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan kisah sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik dan doa Nabi SAW kepada beliau iaitu doa untuk murah rezeki dan panjang umur?
Anas bin Malik bin Nadhr Al-Anshari Al-Khazraji adalah seorang shahabat nabi yang memiliki harta banyak dan berumur panjang.
Ketika Rasulullah Salallahu’ Alaihi Wasallam hijrah, Anas bin Malik masih kecil, berusia sepuluh tahun. Sejak kecil ia menjadi pelayan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam selama lebih kurang sepuluh tahun.
Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bercerita: “Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam.”
Berkata Ummu Anas: “Wahai Rasulullah, ini si kecil Anas, aku bawa ia kepadamu agar berkhidmat untukmu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam!”
Rasulullah berdoa:
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.
“Allahumma Aktsir Malahu Wa waladahu wa baarik lahu Fiima Rozaqtahu.”
Maksudnya : “Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkahilah apa yang Engkau anugerahkan padanya !” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesan daripada doa tersebut, Allah SWT telah panjangkan umurnya,
mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh
Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku
hari ini lebih seratus orang.”
Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: "Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaan-Mu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya."
Mengikut catatan Anas bin Malik r.a. memang kaya, mempunyai anak seramai 120 orang, umur ketika meninggal dunia pada umur 104 tahun (93 H) dan meriwayatkan 2200 hadis Nabi SAW.
Abul ‘Aliyah Ar-Rayahi (tabi'in) berkata: “Anas bin Malik memiliki sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali dalam setahun.” (Tidak sebagaimana kebun pada umumnya yang berbuah hanya sekali)
Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan untuk diri kita sendiri :
"Ya Allah, perbanyakkan hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku, berkatilah aku pada semua kurniaan-Mu, perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku"
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat fardu dan di waktu 1/3 akhir malam.
432. Soalan : Apakah doa yang perlu di amalkan untuk kita memohon keteguhan iman daripada Allah SWT?
Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi SAW dalam munajat-munajat baginda.
Doa untuk memeohon keteguhan iman adalah seperti berikut :
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tidak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad SAW di syurga yang paling tinggi." (Hadis Riwayat Ibn Hibban no. 2436)
Kenapa kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keteguhan iman? Ini adalah kerana amalan kita di nilai di akhir hidup kita, jika baik maka syurgalah tempat tinggal kita tetapi jika buruk, maka nerakalah tempatnya.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Sesungguhnya amalan kamu di nilai bahagian akhirnya." (Hadis Riwayat Bukhari)
Selain daripada berdoa supaya teguhkan iman, Nabi SAW menyuruh kita agar berdoa supaya di berikan ketetapan hati kepada Allah SWT :
"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu." (Hadis Riwayat Muslim)
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami kepada-Mu." (Hadis Riwayat Tirmizi no. 3522, Ahmad. no. 302)
433. Soalan : Saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta mengikut hukum faraid. Seorang wanita meninggal dunia dengan meninggalkan harta sebanyak RM 300,000.00. Dia telah meninggalkan suami, bapa, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan, ibunya sudah lama meninggal dunia. Bagaimana cara pembahagiaan terhadap waris-warisnya untuk harta yang bernilai RM 300,000.00?
Mengikut hukum faraid :
Suami mendapat 1/4 bahagian
Bapa mendapat 1/6 bahagian.
Anak lelaki mendapat 2 bahagian
Anak perempuan mendapat 1 bahagian.
Untuk suami : RM 300,000.00 X 1/4 = RM 75,000.00
Untuk bapa : RM 300,000.00 X 1/6 = RM 50,000.00
Baki harta untuk (2 bahagian anak lelaki dan 1 bahagian anak perempuan) :
RM 300,000.00 - RM 125,000.00 = RM 175,000.00
Untuk bahagian seorang anak perempuan = 175,000.00 x1/4 = RM 43,750.00
Untuk bahagian seorang anak lelaki = RM 87,500.00 .
Pembahagian harta mengikut hukum faraid :
Suami mendapat : RM 75,000.00
Bapa mendapat : RM 50,000.00
Dua orang anak perempuan masing-masing mendapat : RM 43,750.00
Seorang anak lelaki akan mendapat : RM 87.500.00
434. Soalan : Berbekam adalah salah satu rawatan perubatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bolehkah ustaz nyatakan hadis-hadis yang menceritakan tentang kebaikan berbekam?
Amalkanlah berbekam kerana berbekam banyak menfaatnya untuk membuangkan darah kotor dalam badan kita.
Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:
1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
2. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)
3. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
4. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Hadis Sahih Riwayat Sunan Abu Daud)
5. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah SAW. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu" (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dan Jaami'ul Ushuul)
6. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad SAW. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"
7. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: "Rasulullah SAW. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".(Hadis Riwayat Tarmizi)
8. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu" (Hadis Sahih Riwayat Sunan Ibni Majah)
9. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah SAW. bersabda: "Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya" (Hadis Riwayat al-Hakim).
10. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah SAW. bersabda: "Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan." (Hadis Riwayat Ibni Majah)

435. Soalan : Selain daripada berbekam apakah makanan kesihatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW sebagai ubat untuk merawat penyakit?
Makanan kesihatan (makanan sunah) yang sentiasa digunakan oleh Rasulullah SAW adalah madu, habbatus sauda', buah delima dan kurma.
Hasiat Madu :
Firman Allah SWT naksudnya : “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 69)
Rasulullaah SAW bersabda maksudnya : “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
“Sungguh seorang datang pada Nabi SAW dan berkata saudaraku sakit perut, maka bersabda Rasul SAW : Beri ia madu. Lalu ia datang lagi mengadukan saudaranya masih sakit, Rasul SAW bersabda : beri ia madu. Lalu ia datang ketiga kalinya (saudaranya masih sakit) dan Rasul SAW bersabda : beri ia madu. Orang itu berkata : sudah kuperbuat (dua kali) namun tidak sembuh. Rasul SAW bersabda : beri ia madu, sungguh Maha Benar Allah dan jangan kau didustakan oleh perut saudaramu. Maka orang itu memberi saudaranya madu (yg ketiga kali) dan ia sembuh.” (Hadis Shahih Riwayat Bukhari)
Hasiat Habbatus Sauda' :
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya. "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut"
(Hadis Riwayat Bukhari.)
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: "Pada Habbatus Sauda' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".(Hadis Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.)

Buah Delima :
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Kurma Ajwa :
Kurma Ajwa :
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

No comments:
Post a Comment