Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 28 adalah menjawab persoalan tanda-tanda hari kiamat, lahirnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa a.s., keluarnya Yakjuj dan Makjuj dan matahari terbit sebelah barat.
435. Soalan : Percaya kepada hari kiamat adalah salah satu daripada enam rukun Iman. Apakah tanda-tanda awal sebelum datangnya tanda-tanda besar hari kiamat?
Daripada Anas ra berkata : "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis
yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Di antara tanda kiamat
ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai
kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki
akan mengurus lima puluh perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Berdasarkan hadis di atas terdapat 4 tanda-tanda awal hari kiamat iaitu :
1. Sedikit ilmu agama. :
Ulama berkurangan dalam masyarakat. Masyarakat yang kurang ilmu lebih utamakan orang jahil menjadi pemimpin
mereka, walaupun telah jelas pemimpin tersebut jahil tentang ajaran
Islam dan tidak berminat untuk menjadikan Islam sebagai sistem dalam
pentadbiran sebuah negara.
2. Banyak kejahilan.
Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak akan
datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan
ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran" (Hadis Riwayat Ahmad)
3. Banyak berlaku perzinaan.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Dan tinggallah manusia-manusia yang
buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Hadis Sahih Riwayat
Muslim)
4.Ramai
kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah
perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah
negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan
sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita
akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih ramai
daripada lelaki.
436. Soalan : Apakah tanda-tanda besar sebelum datangnya hari kiamat?
Dalam hadis sahih riwayat Muslim terdapat 10 tanda-tanda besar sebelum berlakunya hari kiamat seperti hadis berikut :
Nabi
SAW bersabda maksudnya :“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu
melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian baginda
menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali
gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di
Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah
negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka”.(Hadis Riwayat Muslim )
Tanda-tandanya adalah seperti berikut :
1. Asap.
2. Dajjal.
3. Binatang.
4. Terbit matahari dari tempat
tenggelamnya.
5. Turunnya Isa bin Maryam a.s.
6. Yakjuj dan Makjuj,
Tiga kali
gempa bumi :
7. Sekali di timur (gempa bumi).
8. Sekali di barat (gempa bumi).
9. Di
Semenanjung Arab (gempa bumi)
10. Api yang keluar dari arah
negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka.
437. Soalan : Dalam hadis sahih riwayat Muslim dan Ahmad akan muncul nanti di akhir zaman seorang khalifah Islam yang bernama Muhammad bin Abdullah atau gelarannya Imam Mahdi. Bolehkah ustaz jelaskan apakah ciri-ciri Imam Mahdi dan apakah tugas yang akan dijalankan oleh Imam Mahdi?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Andaikan dunia tinggal sehari
sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya
seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya
serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan
sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud no. 9435)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi telah bersabda
Rasulullah SAW maksudnya : “Pada akhir zaman akan muncul seorang
khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan
selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya
dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat
diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk"
Dalam bahasa Arab kata Imam adalah pemimpin, dan perkataan Mahdi
bererti "orang yang mendapat petunjuk"
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sungguh, bumi ini
akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (sewenang-wenangnya).
Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah
SWT. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya
seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin
Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran,
sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan
kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari
titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari
tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau
8 tahun, atau 9 tahun.” (Hadis Riwayat Thabrani)
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri
melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi
sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan
setelah Allah SWT. mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang
dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Al-Mahdi berasal dari umatku,
yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (Hadis Riwayat Ahmad
dan Ibnu Majah).
Telah bersabda Rasulullah SAW : "Akan dibaiat seorang laki-laki antara
maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Akan terjadi perselisihan setelah
wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk
Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini
beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi
secara paksa, maka ia dibaiat di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di
depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam,
maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di
antara Mekkah dan Madinah.” (Hadis Riwayat Abu Daud 3737)
Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi (khalifah terakhir umat Islam)
akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas
menerangkan peristiwa yang akan berlaku.
438. Soalan : Salah satu tanda-tanda akhir hari kiamat adalh turunnya Nabi Isa a.s. Bolehkan ustaz terangkan daripada hadis Nabi SAW menceritakan kisah turunnya Nabi Isa a.s.?
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa:
“Baginda (Nabi Isa a.s) akan turun berdekatan dengan menara putih di timur
Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak
di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah
air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya
seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, Nabi Isa akan turun di Syria, bahkan
juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Baginda akan turun
pada waktu fajar.
Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di
Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada
disamping Masjid Jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada
tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani
yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan
nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami.
Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam.
Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Muhammad SAW adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad SAW selaku nabi terakhir.
Nabi Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Baginda dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba baginda diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman baginda akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam.
Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
439. Soalan : Siapakah dia Yakjuj dan Makjuj yang dinyatakan dalam hadis sahih akan melakukan kerosakan di muka bumi sebelum berlakunya kiamat?
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Quran dan Hadis,
ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka
adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s.
Yahjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka
yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka
adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).
Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal
dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah
Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit
matahari” iaitu timur dunia.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah
bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk
Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj
berasal dari bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah
di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan
bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi
dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina
oleh Zulkarnain.
Dari Zainab binti Jahsy : Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil
bersabda: "Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu
bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj
telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan
jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk
dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah,
apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat
orang-orang soleh? Baginda menjawab: "Ya, jika banyak terjadi
kemaksiatan." (Hadis Riwayat Muslim)
Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk
tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali
meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila
hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj
bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10
tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal
yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan
Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa
yang mampu menewaskan mereka.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih,
Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT
memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian
baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan
Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka
hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan
mayat-mayat itu daripada muka bumi.
Firman Allah SWT maksudnya : "(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang
menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap
tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang
benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur
ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami.
Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami
daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang
yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ ayat 96 - 97)
440. Soalan : Dalam buku Dr. Naim Yassin yang bincangkan tentang matahari terbit
sebelah barat sebagai tanda besar kiamat. Beliau bawa ayat Quran surah
Al-An`am 157 dan menyatakan penafsiran ulama berdasarkan kitab Fathul
Bari bahawa bila matahari terbit sebelah barat segala amalan soleh tidak
diterima Allah.
Apabila berlaku keadaan ini (matahari sudah terbit sebelah barat) adakah semua ibadat tidak diberi pahala oleh Allah S.W.T ?
Menurut Hadis Abu
Hurairah r.a itu (Fathul Bari: 11/352 dan Muslim:1/37 Hadis no 157)
menjelaskan bila matahari sudah terbit dari tempat terbenamnya, Bila tanda besar kiamat itu
berlaku antaranya matahari terbit dari barat, maka tamatlah masa beramal
bagi manusia. Pintu taubat telah ditutup. Amal manusia akan dikira sebelumnya sahaja. Jika ketika itu dia beriman dan bertakwa maka terselamatlah mereka sebaliknya jika mereka kafir kepada Allah SWT dan Rasul-Nya maka mereka tetaplah menjadi kafir sehingga berlaku.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radliallaahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها، فإذا طلعت، فرآها الناس؛ آمنوا أجمعون، فذاك حين لا ينفع نفسًا إيمانُها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرًا
Maksudnya : “Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment