Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW banyak terdapat ayat-ayat yang menjelaskan sifat-sifat ahli syurga dan neraka. Al-Quran juga ada menceritakan kisah dailog dan perbualan di antara penguni syurga dan neraka.
Sebelum peristiwa kiamat terjadi dan sebelum adanya penghuni syurga ataupun neraka, Allah SWT telah menggambarkan dalam al-Quran tentang apa-apa saja yang ada dalam syurga ataupun neraka. Termasuk juga percakapan-percakapan antara penghuni syurga dan penghuni neraka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raf ayat 44-51.
44. Dan penghuni-penghuni syurga berseru kepada penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan) : “Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan
kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh
dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikan (kepadamu)?
Mereka (penduduk neraka) menjawab, “Betul”.
Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu :
Mereka (penduduk neraka) menjawab, “Betul”.
Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu :
“Kutukan Allah ditimpakan kepada orang- orang yang zalim;
45. (yaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat.
46. Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas, dan di atas A’raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka.
Dan mereka menyeru penduduk syurga “Salaamun’alaikum”. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya).
47. Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata:

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim itu.”
48. Dan orang-orang yang di atas A’raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan :
48. Dan orang-orang yang di atas A’raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan :
“Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu.”
49. (Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka) :
49. (Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka) :
“Itukah orang-orang (penghuni syurga) yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?”.
(Kepada orang mukmin itu dikatakan): “Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.”
50. Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga :
(Kepada orang mukmin itu dikatakan): “Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.”
50. Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga :
“Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah di rezekikan Allah kepadamu”.
Mereka (penghuni syurga) menjawab : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir,
51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

Jika kita meneliti ayat-ayat Surah al-A'raf. Antara berita yang diceritakan oleh Allah SWT kepada kita adalah:
Pertama : Ada benteng pemisah antara syurga dan neraka. Benteng ini tinggi sehinggakan membolehkan orang yang berdiri atau berada di atasnya dapat melihat keadaan penghuni dalam syurga dan penghuni dalam neraka. Mereka yang berada di atas benteng atau tembok tersebut dinamakan 'ashabul a'raf'.

Siapa 'Ashabul A'raf'? Mereka adalah orang yang sudah ditentutkan di Padang Mahsyar kelak berdasarkan Buku Catatan Amalannya, bahawa dia selamat dari neraka buat sementara waktu dan tidak pula dapat merasai nikmat syurga. Ketika majoriti umat Islam masuk neraka, memulakan merasakan azab neraka dan segolongan kecil umat Islam yg sudahpun berada di syurga.
Kenapa segolongan kecil? Rasulallah SAW memberitahu bahawa ketika kiamat dunia, bermulanya proses menimbang amal baik dan buruk manusia (Mizan) dan setelah proses hisab diputuskan siapa akan masuk syurga dan siapa akan masuk neraka, hanya seorang (1) drp 1,000 orang yang menganut agama Allah (agama Islam) dari mulai zaman Nabi Adam a.s. sampailah terjadinya kiamat, yang masuk atau mendapat syurga. Sedangkan 999 daripadanya akan masuk neraka.
Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)
Dalam hadis lain Rasulullah SAW memberitahu bahawa di kalangan umat baginda sendiri - manusia yang hidup zaman baginda sampailah manusia terakhir di dunia ketika terjadinya kiamat, satu golongan daripada 73 golongan atau firqah umat Islam yg berjaya mendapat syurga, selainnya, iaitu 72 golongan walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan sebaliknya masuk neraka. Jadi, yang berjaya di akhirat itu hanyalah golongan minoriti - golongan yg sedikit dari kalangan umat Islam. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah rasa seronok kerana kita Islam mudah untuk memasuki syurga!
Benar, jika seseorang itu ada sedikit iman akhirnya akan masuk syurga, kerana Allah SWT berjanji, sesiapa sahaj dikalangan orang Islam dan beriman dan ada keimanannya sebesar zarrah atau sebesar tubuh semuit hitam yg halus atau sebesar biji sawi, jika wujud dalam kalbunya keyakinan tentang adanya Tuhan yang Maha Esa yg berhak di sembah, iaitu Allah SWT, dan menyebut akan kalimah 'la-ilaha illallah' (Yg bermaksud: Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah SWT) , dan juga menyebut Muhammad itu Rasulullah dan beriman dengan rukun Iman yang lain, akhirnya kelak, setelah berakhkab [Nota: 'Akhkab' adalah hitungan waktu akhirat. Katanya satu akhkab bersamaan dgn 100,000 tahun dalam tahun akhirat. Setiap sehari di akhirat sama dengan 1,000 tahun kiraan tahun kita di dunia sekarang, 1 tahun bersamaada 360 hari] dalam neraka, akan masuk syurga. Itulah orang Iman yg terakhir mendapat syurga, setelah sekian jutaan atau ribuaan atau ratusan tahun merana dalam neraka dalam proses pembersihan diri mereka daripada dosa!
Ketika telah diputuskan orang-orang Islam yang berjaya mendapat syurga telah dimasukkan ke dalam syurga dan yang gagal mendapat syurga, telah dimasukkan ke dalam neraka, 'ashabul a'raf' berada di atas bentang yang memisahkan syurga dgn neraka. Mereka berdiri melihat ke dalam syurga dan melihat penghunnya, dan mereka juga dapat melihat neraka dan penghuninya. Mereka mengharapkan agar tergolong dalam penghuni syurga dan terselamat dari neraka.
Golongan ini adalah golongan yang dari segi hisab masaalah dengan Allah SWT selesai, tapi hisab kerana berdosa kepada manusia (Islam) belum diselesaikan lagi. Hanya setelah di hisab dan membayar hutang-hutang dosa dengan orang lain, barulah dapat ditentukan mereka masuk syurga atau masuk neraka. Sekiranya semasa membayar 'hutang dosa' tersebut mereka muflis, maka mereka masuk neraka. kalau setelah ditolak 'hutang dosa' terhadap saudara sesama Islam, dia kekal tak muflis, dan masih ada baki pahala maka dia masih berpeluang untuk masuk ke syurga.
Hidup dizaman ICT dan internet amat mudah menjadi 'muflis segera'. Golongan ini di dunia cukup suka membuat fitnah, mengumpat, aibkan orang lain, jiwa penuh hasad dengki, iri hati, bongkak , sombong dan takbur. Jika dia menulis dalam facebook atau blog sentiasa menghina orang lain dan menyebarkan fitnah-fitnah kepada pengguna internet dan merasa puasa hati dan bergembira. Terlalu gemar memuat turun gambar-gambar seks fitnah dan dikongsikan pada rakan-rakannya. Jika terlalu ramai orang 'share' dalam masa sehari sahaja boleh habiskan pahala yang dia kumpul puluhan tahun dan dalam sehari juga boleh menghimpunkan dosa tinggi menggunung. Nauzubillahiminzalik.
Kedua : Jika sesaorang itu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah SWT dan tidak percaya kepada kehidupan hari akhir dan dia menghalang umat Islam daripada jalan kebenaran maka dia menjadi orang kafir dan kekal dalam neraka.
Tetapi sekiranya dia menghalang umat Islam iatau orang Islam mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya, dihalangi daripada mengerjakan amalan atau ibadah atau amar makruf nahi mungkar, yakni beramal dengan syariat agama Islam yang hak berdasarkan al-Quran dan as-Sunah, adalah juga penghuni neraka. Mereka walaupun Islam tidak akan mendapatkan syurga, kecualilah akhir-akhir nanti sebagaimana orang dalam golongan yang terdahulu itu.
Mereka ini adalah orang-orang Islam yang menduduki tempat berkuasa mengaturkan atau menguruskan umat Islam, tetapi mereka yang sepatutnya mempermudahkan proses dakwah, mereka menyusakkan proses dakwah. Mereka mengadakan peraturan atau undang-undang atau peraturan mengikut kehendak hati mereka supaya pergerakan umat Islam dalam proses ilmu dan amalan tergendala atau terganggu dan tidak lancar, dan sentiasa dihantui oleh tindak tanduk mereka yang kononnya memantau umat Islam dan aqidah umat Islam.
Ketiga: Adalah golongan umat Islam yang juga tidak dapat masuk syurga sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT maksudnya : (iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." (Surah al-A'raf ayat 51)
Golongan ini menghina Islam dan tidak meyakini hukum-hukum Allah SWT dan menganggap hukum Allah SWT tidak sesuai dan ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Sedangkan Islam adalah hukum yang paling sesuai di sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dikasihi,
Sahabat yang dikasihi,
Penghuni syurga
semakin bertambah dengan kenikmatan Allah atas mereka, yaitu dengan
masuknya mereka ke dalam syurga serta keselamatan mereka dari api
neraka. Serta agar semakin bertambah penyesalan dan kerugian penghuni neraka kerana kehilangan karunia dan mendapatkan seksa.
No comments:
Post a Comment