Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga dan neraka ada dua tempat pulang atau destinasi terakhir yang disediakan oleh Allah SWT untuk makhluknya yang bernama jin dan manusia. Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk megabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia. Jika mereka hayati pengabdian ini mereka akan selamat nanti di akhirat dengan balasan syurga, tetapi jika mereka menyimpang daripada tujuan penciptaannya maka mereka akan menaggung azab sengsara yang berkekalan di neraka.
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan
diri kepada-Ku.” (Surah az-Zariyat ayat 56.)
Para ulama muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan
panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya)
dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada
fardu solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan
kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah
SWT. Berdasar ayat tersebut di atas dan untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan
yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah SWT. serta mengikut
betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Sahabat yang dimuliakan,
Neraka adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya untuk orang fasik, kafir dan munafik mereka kekal di dalam selama-lamanya. Kecuali orang fasik yang ada sedikit iman setelah menjalani seksaan neraka ribuan atau jutaan tahun barulah akan dibenarkan memasuki syurga.
Apabila orang-orang kafir sampai di neraka, pintu-pintu dikunci di
belakang mereka. Di sini, mereka melihat pemandangan yang paling
menakutkan. Mereka segera faham bahawa mereka akan menerima azab yang pedih dan dahsyat di neraka, tempat mereka untuk selama-lamanya. Pintu-pintu yang terkunci
menunjukkan bahawa tidak akan jalan untuk menyelamatkan diri.
Allah SWT menerangkan
keadaan orang-orang kafir sebagai berikut (maksudnya) :
“Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah
golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.” (Surah al-Balad (90) ayat 19-20)
Manusia yang tidak sanggup menahan sekadar nyala api kecil di dunia, tidak dapat memahami bagaimana terbakar api selamanya. Lebih jauh lagi, rasa sakit akibat api di dunia tidak sebanding dengan seksaan yang dahsyat di neraka. Tidak ada rasa sakit yang dapat menyamai apa yang dirasakan di neraka
Firman Allah SWT maksudnya :“Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyeksa seperti seksa-Nya,
dan tiada seorangpun yang mengikat seperti ikatan-Nya.” (Surah al -Fajr (89) ayat 25-26)
Kenapakah mereka di seksa dengan azab sekali di neraka? Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan ketika di dunia?
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka kebanyakan dari jin dan
manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk
memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A'raaf (7) ayat 179)
Semua penderitaan yang mereka alami, tidak akan ada seorang pun memberi pertolongan kepada penghuni neraka. Tidak ada yang sanggup menyelamatkan mereka darinya. Dibuang seperti itu akan memberi mereka perasaan kesepian yang pahit.
Semua penderitaan yang mereka alami, tidak akan ada seorang pun memberi pertolongan kepada penghuni neraka. Tidak ada yang sanggup menyelamatkan mereka darinya. Dibuang seperti itu akan memberi mereka perasaan kesepian yang pahit.
"Maka tiada seorang teman pun baginya
pada hari ini di sini.."
(Surah al-Haaqqah (69) ayat 35)
Di sekeliling mereka,
hanya ada malaikat azab yang diciptakan oleh Allah SWT tidak ada perasaan belas kasihan dan mereka patuh segala perintah dari Allah. Mereka ini
adalah para penjaga yang luar biasa keras, kasar dan bengis, tidak ada tolak ansur dan belas kasihan untuk memberi seksaan kepada penghuni neraka. Rasa kasihan telah dihilangkan sepenuhnya dari jiwa
para malaikat ini. Di samping seksaan yang mereka berikan, mereka juga
memiliki penampilan, suara, dan gerak-geri yang menakutkan. Seksaan yang diberikan adalah untuk membalas mereka yang mengingkari Allah SWT, menolak hukum-hukum Allah SWT dan hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat. Malaikat neraka ini akan melaksanakan tanggung jawab dengan taat dan patuh tanpa banyak bicara dan pilih kasih kepada sesiapa sahaja yang telah berada di neraka.
Penghuni neraka menanggung rasa sakit melalui seluruh panca inderanya.
Mata mereka melihat bentuk-bentuk yang menjijikkan dan mengerikan;
telinga mereka mendengar jeritan, raungan, dan tangis mengerunkan, hidung
mereka mencium bau busuk dan sengit; lidah mereka
mengecap rasa yang amat busuk, pahit, masam yang tidak tertahan. Mereka merasakan neraka
hingga ke dalam urat-saraf mereka; rasa sakit yang dahsyat dan membuat
gila, yang sukar untuk dibayangkan di dunia ini. Kulit mereka,
organ-organ tubuh mereka, dan seluruh jasad mereka hancur dan mereka
menggeliat-geliat kesakitan. Selepas hancur dipulihkan semula, dan terus diseksa dan di azab berulang-ulang tanpa berhenti.
Penghuni neraka tidak tahan rasa sakit dan mereka tidak pernah mati. Oleh kerana itu, mereka tidak pernah dapat menyelamatkan diri dari seksaan. Dalam Al Quran, rasa sakit diterangkan sebagai berikut: "alangkah beraninya mereka menentang api neraka!" (Surah al-Baqarah (2) ayat 175).
Penghuni neraka tidak tahan rasa sakit dan mereka tidak pernah mati. Oleh kerana itu, mereka tidak pernah dapat menyelamatkan diri dari seksaan. Dalam Al Quran, rasa sakit diterangkan sebagai berikut: "alangkah beraninya mereka menentang api neraka!" (Surah al-Baqarah (2) ayat 175).
Kulit mereka pulih semula setelah dibakar; seksaan yang sama
berlangsung terus menerus selama-lamanya; Sekali lagi, Allah SWT berfirman maksudnya : "Masuklah kamu ke
dalamnya; maka baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu."
(Surah at-Thuur, (52) ayat 16)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita bersana-sama menjaga diri kita dan ahli keluarga kita daripada seksaan api neraka dengan memberi nasihat dan tarbiah. Jangan biarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat. Jika kita biarkan kita akan ditanya nanti kenapa kita biarkan ahli keluarga kita tanpa didikan dan asuhan dengan betul.
Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah at-Tahrim: 6)
Kita juga tidak boleh membiarkan sahabat-sahabat, saudara mara, jiran tetangga dan umat Islam hanyut dibawa arus jahiliah dengan membiarkan mereka tanpa diberikan dakwah, tarbiah dan nasihat yang baik. Oleh itu kerja-kerja amar makruf nahi mugkar perlu di teruskan dan di jalankan.
Jika tugas-tugas di atas kita jalankan dengan rasa tanggungjawab dan penuh keinsafan insya Allah kita akan di selamatkan daripada seksaan api neraka dan akan di masukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment