Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Kalimah tauhid ‘La ilaha illallah’ bermaksud tiada tuhan selain Allah. Sungguhpun ringkas, kalimah ini mempunyai pengertian yang luas dan mendalam bagi kehidupan seorang muslim.
Kalimah ini sebenarnya bererti ‘aku mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripada-Nya sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.’

Di dalam akidah tauhid seorang muslim itu perlu memahami Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah:
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beriktiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan bagi sekelian alam manakala Tauhid al-Uluhiyyah pula bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan dan menerima hanya hakimiah(undang-undang) Allah SWT.
Antara pengertian kalimah Rabb ialah as-Sayyid (Tuan), al-Malik (Yang Memiliki sesuatu), Pencipta sesuatu, Penguasa terhadap sesuatu, Pendidik serta Pengasuh makhluk-Nya, Penjaga maslahat makhluk-Nya serta Penguatkuasa perintah-Nya terhadap makhluk-Nya.
Oleh itu, Tauhid ar-Rububiyyah ialah iktiqad atau keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat yang sempurna. Segala sesuatu yang ada di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT. Dialah Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam). Dialah yang berkuasa, menjadi, menghidup dan mematikan.

Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, maka tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, maka tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’ (berkuasa) untuk memberikan manfaat atau mudarat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al-An’am ayat 17)
Dengan itu, semua makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya serta berharap kepada-Nya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan pinjaman. Oleh itu jika manusia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifat itu hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah.
Begitu juga dengan kecerdikan, kebijaksanaan dan kepandaian yang dimiliki manusia, semuanya datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia sebenarnya bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah.
Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak nafasnya datang daripada Allah.
Dengan keyakinan itu, maka timbullah kesan tauhid dalam diri seorang muslim. Dia hanya takut kepada Allah dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Kesan keyakinan sedemikian terbukti dalam kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Sebelum keluar berhijrah ke Madiah, Rasulullah SAW telah merancang untuk berhijrah di rumah Saidina Abu Bakar r.a. Mereka terpaksa bersembunyi di Gua Thur beberapa hari untuk mengelakkan daripada di kesan oleh Kafir Quraisy.
Keyakinan yang sama juga pernah dapat kita lihat pada Khalid al-Walid r.a.. Beliau pernah mendapat luka yang banyak kerana berperang di jalan Allah. Namun keyakinannya dengan kekuasaan Allah menyebabkan dia meneruskan pertempuran melawan musuh. Beliau juga pernah dipecat daripda menjadi ketua tentera oleh Saidina Umar al-Kattab dan digantikan dengan sahabat lain. Belaiu tidak kecewa dan bersusah hati kerena dia berjuang adalah kerana Allah SWT bukan kerana Khalifah.
Saidina Bilal bin Rabah r.a. pula sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah matahari yang terik serta diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Bagaimanapun dia tetap mempertahankan keimanannya. Lidahnya hanya menyebut 'AHAD' , 'AHAD', maksudnya Allah SWT itu Maha Esa dan Maha Berkuasa.
Kini ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka yakin kepada yang lain daripada Allah SWT. Mereka bimbang kepada kegagalan, mengharap kepada ketua dan takut kepada kematian dan sebagainya. Oleh itu menjadi kewajipan bagi sebagai muslim-mukmin untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan tersebut.
Manusia sebenarnya bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan Allah SWT. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan. Semuanya bersifat fakir kerana mereka adalah makhluk dan berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk.

Firman Allah SWT di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud: “Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepada-nya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua lapar kecuali mereka yang aku berikan makan. Oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu.”
Sebaliknya Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah SWT.
Sebaliknya Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Surah Fathir ayat 15)
Fakir adalah sifat setiap makhluk ciptaan Allah manakala kaya adalah sifat al-Khaliq (Pencipta).
Apakah dalil-dalil Tauhid ar-Rububiyyah ?
Fakir adalah sifat setiap makhluk ciptaan Allah manakala kaya adalah sifat al-Khaliq (Pencipta).
Apakah dalil-dalil Tauhid ar-Rububiyyah ?
Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu wujud, Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Jika mahu dibuat analogi kita lihat pada tulisan di papan hitam, maka sudah pasti ada yang menulisnya. Orang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.
Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya ialah makhluk ciptaan Allah SWT. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah SWT. Tidak ada orang yang berakal waras menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.
Begitulah hebatnya ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.
Sebenarnya terdapat seribu satu macam ciptaan Allah SWT yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Rabb kita adalah Allah SWT.
Fitrah manusia sebenarnya mengaku akan Tauhid ar-Rububiyya . Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima akal. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT.
Firman Allah SWT. yang bermaksud: “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Surah Az-Zukhruf ayat 87)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Az-Zukhruf ayat 9)
Tidak sukar untuk membuktikan hakikat Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap insan menjadi buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah yang bersifat Maha Pencipta.

Apakah dalil-dalil Tauhid al-Uluhiyah?
Tauhid al-Uluhiyah adalah bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam peribadatan atau
persembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan Rasul iaitu menyeru manusia
menerima Tauhid al-Uluhiyah.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan
Kami wahyukan kepadanya bahawasa-nya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu
sekelian hendaklah menyembah Aku.”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 25)
“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang
rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” (Surah An-Nahl ayat
36)
“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (Nabi) kepada kaumnya, lalu
dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah (kerana)
sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Surah Al-Mukminun ayat 23).
Seorang mukmin yang memiliki Tauhid al-Uluhiyah akan menerima undang-undang yang di ciptakan oleh Allah SWT tanpa ragu-ragu dan menolak dalam jiwanya undang-undang ciptaan manusia.
Hasil daripada kedua-dua Tauhid iaitu Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluiyah akan melahirkan Ubidiyah kepada Allah SWT.
Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus
rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya
kepada-Nya.
Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka
yang tidak mematuhi syariat-Nya, menceritakan tentang keadaan orang-orang
zaman dahulu yang telah menderhakai Allah SWT. Semua ini untuk menjelaskan
bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah SWT.
Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar
segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam
Islam bertujuan untuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid
di dalam hati orang-orang mukmin.
Seseorang hamba disifatkan sedang menyembah Allah SWT apabila dia
menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT, bertawakkal kepada Allah SWT,
berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Allah SWT, berpaut pada ketentuan Allah SWT,
meminta atau berharap serta berserah hanya kepada Allah SWT, mendekati Allah
SWT dengan cara sentiasa mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat Allah
SWT dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut
cara yang diredai Allah SWT.
Pengertian ubudiyah (pengabdian) kepada Allah SWT akan bertambah mendalam,
sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam
pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia terlalu fakir
di hadapan Allah SWT, manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah SWT,
manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah SWT walaupun
sekelip mata.
Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah serta
rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah SWT bertambah teguh apabila
semakin mantap makrifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah SWT, asma
Allah al-husna (sifat-sifat Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah SWT dan
kehebatan nikmat kurniaan Allah SWT.
Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ubudiyah terhadap
Allah SWT maka semakin bebaslah dia daripada belenggu ubudiyah kepada yang
lain daripada Allah SWT. Dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus
dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah setinggi-tinggi darjat
yang dapat dicapai oleh seseorang insan.
Sahabat yang dikasihi,
Jiwa manusia yang tidak yakin kepada kedua-dua tauhid di atas dan banyak yakin kepada makhluk akan menyebabkan hidup manusia telah menyimpang daripada jalan yang lurus dan hanyut dibawa arus jahiliah dan hawa nafsu.
Oleh itu marilah kita hayati dan yakin sepenuhnya kepada Tauhdi ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyah dalam hati dan jiwa kita semoga dengan tauhid yang mantap, bersih dan sejahtera akan melahirkan ubudiyah dan perhambaan sepenuhnya kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment