Friday, September 4, 2015

Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga : Suatu Pandangan.

Isu terkini yang hangat di bincangkan di media masa mengenai isu bai'ah dan Lafaz Talak Tiga untuk waklil rakyat PAS yang keluar daripada Parti PAS untuk memasuki parti baru . Dr Zaharuddin bin Abd Rahman cuba membincangkan secara ilmiah dengan nas dan dalil-dalilnya termasuk pandangan ulama terdahulu. Supaya kita bersikap lebih adil , terbuka dan meletakkan satu hukum berdasarkan nas dan pandangan ulama-ulama muktabar masa kini dan terdahulu.

Beberapa perkara yang perlu diperinci dan diteliti dalam hal ini. Ia seperti berikut :-

1)    Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz

2)    Bersumpah atau berbai'ah sambil ta'liq talak dengan tiga sekaligus.

3)    Munasabah mengikat bai'ah taat setia dengan lafaz ta'liq tercerai isteri dengan tiga talaq

TIGA SEKALI LAFAZ JATUH BERAPA DAN DOSA ATAU TIDAK?
Ulama berbeza ijtihad seperti berikut:-

PENDAPAT PERTAMA: Talaq sedemikian adalah HARUS (dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam : (al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 ;)

Malah Umar al-khattab juga mendenda sesiapa sahaja yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus. Sebagai dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari :-

ŰŁَنَّ Űčُمَ۱ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁُŰȘِيَ Űšِ۱َŰŹُلٍ Ű·َلَّقَ ِۧمْ۱َŰŁَŰȘه Ű«َلًَۧ۫ۧ ŰŁَوْŰŹَŰčَ ŰžَهْŰ±Ù‡

Ertinya : Sesungguhnya Umar, apabila didatangi oleh lelaki yang menceraikan isterinya dengan talaq tiga ( sekali lafaz), lalu akan dipukul belakangnya (sebagai hukuman)

Satu ketika Rasulullah SAW  diberitahu tentang seorang laki-laki yang mencerai isterinya tiga talaq sekaligus. Kemudian Rasulullah SAW berdiri dan marah, sambil bersabda:

ŰŁÙŠُلŰčŰšُ ŰšÙƒŰȘِۧۚ Ű§Ù„Ù„َّه ŰčŰČَّ ÙˆŰŹÙ„َّ ÙˆŰŁÙ†Ű§ ŰšÙŠÙ†َ ŰŁŰžÙ‡ُ۱ِكم Ű­ŰȘى Ù‚Ű§Ù…َ Ű±ŰŹÙ„ٌ ÙÙ‚Ű§Ù„ ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁَÙ„Ű§َ ŰŁÙ‚ŰȘُله  

Ertinya : "Apakah dia mahu mempermainkan kitabullah, sedang saya berada di tengah-tengah kamu? Sehingga berdirilah seorang laki-laki lain, kemudian dia berkata: Ya Rasulullah! apakah tidak saya bunuh saja orang itu!" (Hadis Riwayat Nasa'i, 2/349, perawinya dikatakan boleh dipercayai namun diperbincangkan oleh Ibn Hajar)

Gejala menceraikan isteri dengan talaq tiga melalui satu lafaz juga berlaku di zaman Umar al-Khattab r.a, ini dikisahkan oleh Ibn Abbas r.a dalam satu riwayat yang sohih:-

Ű„ŰšÙ† Űčۚۧ۳ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù„: ÙƒŰ§Ù† Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ Űčلى ŰčÙ‡ŰŻ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆŰŁŰšÙŠ ŰšÙƒŰ± ÙˆŰłÙ†ŰȘين من ŰźÙ„Ű§ÙŰ© ŰčÙ…Ű± Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ù…Ű§ Ű·Ù„Ű§Ù‚ Ű§Ù„Ű«Ù„Ű§Ű« ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ©، ÙÙ‚Ű§Ù„ ŰčÙ…Ű± Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه: Ű„Ù† Ű§Ù„Ù†Ű§Űł Ù‚ŰŻ ۧ۳ŰȘŰčŰŹَلُÙˆŰ§ في ŰŁÙ…Ű±ٍ Ù‚ŰŻ ÙƒŰ§Ù†ŰȘ لهم فيه ŰŁَنَۧ۩، فلو ŰŁَمْ۶َينَŰ§Ù‡ُ Űčليهم، ÙŰŁَمْ۶َŰ§Ù‡ُ Űčليهم

Ertinya : Ibn Abbas berkata : Talaq di masa Rasulullah SAW ,Abu Bakar dan dua tahun awal pemerintahan Umar, talaq tiga dianggap satu , maka Umar berkata selepas tu : "Sesungguhnya manusia (ramai orang) tergesa-gesa dalam urusan ini (semakin ramai menggunakan lafaz tiga tanap tertibnya), walaupun sebelum ini mereka lebih cermat, maka jika demikian kita benarkan untuk mereka (jatuh tiga sekaligus)." ( Hadis Riwayat Muslim, no 1472 )

Pendirian Umar al-Khattab ini yang tidak dibantah oleh sahabat lain, menunjukkan berlakunya Ijma' Sukuti berkenaan jatuhnya tiga talaq dengan sekali lafaz.. 

PENDAPAT KEDUA : Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA SEKALIGUS : Malik dan Abu Hanifah dan lain-lain; Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti sahabat, tabien dan ulama silam.  (Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)

Sebahagian dalil-dalil mereka adalah sama dengan kumpulan pertama di atas namun dengan cara kefahaman yang berbeza.

PENDAPAT KETIGA : Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja : Sebahagian sahabat seperti Ali bin Abi Talib r.a, Ibn Mas'ud r.a,  Abd Rahman bin Auf r.a, Az-Zubayr bin Awwam r.a.

Dalil mereka yang pertama adalah hadis Ibn Abbas dari Thowus, namun riwayat ini dikritik oleh ulama hadis seperti Ibn Abd Barr dan ramai lagi serta dianggap lemah.

Dalil kedua adalah hadis Ibn Umar yang menjatuhkan talaq tiga dengan sekali lafaz, kemudian Nabi SAW mengarahkannya untuk kembali dan rujuk.

Dalil ketiga adalah Hadis Rukanah yang juga menceraikan isterinya dengan sekali lafaz, namun bila dirujuk kepada Nabi SAW, berikut adalah hadisnya :

Ű·َلَّقَ ۱ُكَŰ§Ù†َŰ© Űšْن ŰčَŰšْŰŻ يَŰČِÙŠŰŻ ِۧمْ۱َŰŁَŰȘه Ű«َلًَۧ۫ۧ فِي مَŰŹْلِŰł وَِۭۧŰŻ ، فَŰ­َŰČِنَ Űčَلَيْهَۧ Ű­ُŰČْنًۧ ŰŽَŰŻِÙŠŰŻًۧ ، فَŰłَŰŁَلَهُ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ : كَيْف Ű·َلَّقْŰȘهَۧ ؟ قَŰ§Ù„َ : Ű«َلًَۧ۫ۧ فِي مَŰŹْلِŰł وَِۭۧŰŻ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ : Ű„ِنَّمَۧ ŰȘِلْكَ وَِۭۧŰŻَŰ© ، فَۧ۱ْŰȘَŰŹِŰčْهَۧ Ű„ِنْ ŰŽِŰŠْŰȘ . فَۧ۱ْŰȘَŰŹِŰčْهَۧ

Ertinya : Rukanah Bin Abd menceraikan isterinya dengan talaq tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu ia jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi) Rasulullah SAW bertanya kepadanya : Bagaimanakah kamu menceraikannya? Dia menjawab  : Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis, lalu Nabi menjawab : Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah dengannya sekiranya kamu mahu, lalu dia pun kembali rujuk dengan isterinya ( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la, Dinilai Sohih oleh Imam Ahmad).

Penggunaan hadis sebagai hujah, tidak disetujui oleh Ibn Hajar dan beliau menjawabnya dengan jawapan panjang lebar dari empat sudut, (Rujuk kitabnya Fath al-Bari syarah sohih Bukhari)

Selain itu, berkata Ibn Abbas :

وهل هو Ű„Ù„Ű§ كمن Ù‚Ű§Ù„ : Ù‚Ű±ŰŁŰȘ ŰłÙˆŰ±Ű© Ű§Ù„ŰšÙ‚Ű±Ű© Ű«Ù„Ű§Ű« Ù…Ű±Ű§ŰȘ ÙˆÙ‚ŰŻ Ù‚Ű±ŰŁÙ‡Ű§ ÙˆŰ§Ű­ŰŻŰ© ÙŰ„Ù† قوله Ű«Ù„Ű§Ű« Ù…Ű±Ű§ŰȘ يكون ÙƒŰ§Ű°ŰšŰ§ً

Ertinya : "Adakah ia tidak ubah seperti seorang berkata : aku telah membaca surah Al-Baqarah sebanyak tiga kali, padahal ia hanya membaca sekali, dan kata-katanya TIGA kali itu hanyalah bohong semata-mata"

Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan As-Syawkani juga bersama dengan kumpulan ini. (Zad Al-Ma'ad, 4/67) iaitu jika menceraikan isteri dengan talaq tiga dalam satu majlis maka jatuh talaq satu bukan talaq tiga.

(Nota : Berdasarkan riwayat-riwayat sahih di atas talaq tiga sekaligus dalam satu lafaz tidak jatuh tiga tetapi jatuh satu semasa zaman Rasulullah SAW , zaman pemerentahan Saidina Abu Bakar r.a dan dua tahun pemerentahan Saidina Umar r.a. Saidina Umar berijtihad pada zaman pemerintahannya kerana ramai suami yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus maka di terima talaq tiga yang di ucapkan akan jatuh tiga  untuk membendung amalan yang tidak sihat. Mereka yang berpegang pendapat lafaz talak tiga jatuh talak satu tidak bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW dan pendapat Khalifah Abu Bakar as- Sidiq r.a)

DI MALAYSIA MANA YANG TERPAKAI?

Apapun, di Malaysia pendapat majoriti mazhab adalah terpakai, ini bermakna sesiapa yang menyebut cerai talaq tiga dalam satu lafaz, jatuhlah talaq tiga.

Kes Zakaria Talib lwn Norziah Ahmad [2005] 1 CLJ (Sya) 132 adalah contoh dimana suami menlafazkan talak tiga sekali gus melalui surat dan hakim berpendapat bahawa talaq tiga telah jatuh kerana lafaz telah jelas dan niat tidak perlu dibuktikan.

Hasilnya, suami tidak boleh rujuk atau nikah semula dengan isterinya kecuali setelah isterinya berkawhin dengan lelaki lain, cerai dan tamat iddahnya.

Walaubagimana pun di negeri Perlis hanya talaq satu yang jatuh walaupun di ucapkan talaq tiga sekaligus dalam satu majlis. Juga hakim di beberapa negeri boleh memutuskan hanya jatuh satu atau tidak jatuh samasekali berdasarkan keterangan mereka yang terlibat di mahkamah.

TA'LIQ DENGAN TALAQ TIGA DALAM BAI'AH

Setelah melihat ringkasan perbahasan ulama di atas, jelas kepada kita undang-undang keluarga di Malaysia mengambil pandangan majoriti mazhab yang menganggap jatuhnya TIGA TALAQ dengan sekali lafaz, maka oleh kerana itu, sekiranya mana-mana suami yang melafazkan ta'liq dengan talaq tiga sekaligus, lafaznya itu dianggap sah dan terpakai oleh empat mazhab Islam, dan jika berlaku, dua mazhab mengganggapnya berdosa selain jatuhnya talaq itu.

Talaq itu juga adalah berstatus Bain Baynunah Kubra dan tidak boleh rujuk kecuali setelah bekas isteri berkahwin lain dan kemudian tercerai secara neutral dan habis iddah, barulah bekas suami yang asal boleh bernikah baru dengan bekas isterinya itu. Dalilnya jelas dari firman Allah :-

فَŰ„ِن Ű·َلَّقَهَۧ فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰ­ِلُّ لَهُ مِن ŰšَŰčْŰŻُ Ű­َŰȘَّىَ ŰȘَنكِŰ­َ ŰČَوْŰŹًۧ Űșَيْ۱َهُ فَŰ„ِن Ű·َلَّقَهَۧ فَÙ„Ű§َ ŰŹُنََۭۧ Űčَلَيْهِمَۧ ŰŁَن يَŰȘَ۱َۧۏَŰčَۧ Ű„ِن Űžَنَّۧ ŰŁَن يُقِيمَۧ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻَ Ű§Ù„Ù„ّهِ وَŰȘِلْكَ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻُ Ű§Ù„Ù„ّهِ يُŰšَيِّنُهَۧ لِقَوْمٍ يَŰčْلَمُونَ

Ertinya : Kemudian jika si suami menceraikan (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 230)

Seperti dijelas sebelum ini, terdapat satu kumpulan sahabat dan ulama yang menganggap hanya satu talaq sahaja yang jatuh walau dilafaz dengan tiga sekaligus.

Namun demikian, melafazkan talaq tiga dalam satu lafaz adalah satu isu. Berbai'ah akan tercerai isteri dengan talaq tiga pula boleh termasuk dalam perbahasan Fiqh yang lain pula. Iaitu kes Bersumpah Untuk Mencerai Isteri Secara Ta'liq.

Tidak dinafikan, ia mempunyai perbahasan tersendiri pula dan tidak mudah untuk diringkaskan dalam ruangan ini.

Cuma, ringkasnya terdapat sekumpulan ulama seperti mazhab Hanafi dan Ibn Taymiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa.

[Hasyiah Ibn Abidin, 3/785 ]

ومن Ù‚Ű§Ù„ في مŰč۱۶ Ű­ŰŻÙŠŰ«Ù‡: Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ يلŰČمني Ù„ŰŁÙŰčل ÙƒŰ°Ű§، ŰŁÙˆ Ù„ŰŁÙ‚ÙˆÙ„ ÙƒŰ°Ű§ ÙÙ‡Ű°Ű§ ÙŠŰŻÙ„ في ŰžŰ§Ù‡Ű±Ù‡ Űčلى Ű§Ù„ÙŠÙ…ÙŠÙ† Ù„ŰŁÙ†Ù‡ Ù„Ű§ مŰčنى له ŰșÙŠŰ± Ù‡Ű°Ű§، ومن Űčلق Ű·Ù„Ű§Ù‚ ŰČÙˆŰŹŰȘه Űčلى ŰŁÙ…Ű± ŰȘفŰčله هي ŰŁÙˆ يفŰčله ێ۟۔ ۹۟۱ -كقوله: Ű„Ù† Űčمل ŰŁŰźÙˆÙƒ ŰŁÙˆ ŰŁŰšÙˆÙƒ ÙƒŰ°Ű§ ÙŰŁÙ†ŰȘ Ű·Ű§Ù„Ù‚- ÙÙ‡Ű°Ű§ Ű§Ù„Ù…Ű±ŰŹŰč فيه Ű„Ù„Ù‰ نيŰȘه Ű§Ù„ŰźÙÙŠŰ©، ÙŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ‚Ű”ŰŻ من Ű°Ù„Ùƒ Ű§Ù„ÙŠÙ…ÙŠÙ† ولم ÙŠÙ‚Ű”ŰŻ Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ فقوله Ù‡Ű°Ű§ يمين، ÙˆŰ„Ù† ÙƒŰ§Ù† ÙŠÙ‚Ű”ŰŻ Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚ ۄ۰ۧ وقŰč Ű§Ù„ŰŁÙ…Ű± Ű§Ù„Ù…Űčلق Űčليه وقŰč Ű§Ù„Ű·Ù„Ű§Ù‚

Ertinya : Jika seseorang berkata : "Talaq akan jatuh sekiranya aku melakukan ini dan itu" ini semuanya menunjukkan pada zahirnya ia adalah sebuah sumpah dan tiada makna lain selainnya, barangsiapa yang mengikat akan jatuhnya talaq ke atas isterinya jika diperbuat sesuatu ataupun orang lain buat sesuatu seperti katanya :" Sekiranya saudara kamu atau bapa kamu melakukan itu maka engkau tercerai" semua lafaz sebegini perlu merujuk kepada niat dalamannya, sekiranya diniatkan ia sebagai sumpah dan tidak bermaksud sebenar untuk cerai, ia akan menjadi sumpah sahaja, jika diniat talaq, dan sekiranya berlaku apa yang diikat tadi, jatuhlah talaqnya. [
Majmu' al-Fatawa, IBn Taymiah, 33/141]

Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami melunaskan kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam sahaja dan isterinya TIDAK TERCERAI sama ada dengan satu talaq atau tiga talaq.

Mazhab Syafie pula bergantung kepada uruf setempat, namun kebanyakan ulasan ulama syafie menjurus kepada JATUH TALAQ YANG DIIKAT ATAU DIJADIKAN SUMPAH, IAITU jika dilanggar dengan SENGAJA. Manakala, talaq tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja.

[Al-Hawi Al-kabir, Al-Mawardi, 13/178 ; Mughni muhtaj, 3/326]

KONTEKS BAI'AH PAS
Maka dalam konteks PAS, DALAM MENENTUKAN HUKUM IJTIHAD MANA YANG AKAN TERPAKAI (IAITU JATUH SATU TALAQ ATAU TIGA) disebabkan PAS dan semua ahli Parlimen PAS berada di dalam wilayah pemerintahan negara Malaysia, para ulama mengatakan keputusan menggunakan ijtihad ulama yang mana satu bergantung kepada undang-undang yang diterima pakai oleh pemerintah agama di Malaysia.

Namun demikian, saya tidak pasti sama ada akan ada pimpinan dan ulama PAS akan cuba mentarjihkan pandangan Ibn Taymiah yang mengelaskan jenis ta'liq talaq yang dibuat oleh calon PAS itu sebenarnya "At-Ta'liq al-Qasami" iaitu ikatan sumpah janji setia dan lafaz cerai isteri dengan talaq tiga hanyalah bersifat ancaman dan menunjukkan keseriusan tanpa diniatkan. Yang mana jika dilanggari Talaq sedemikian, talaq TIDAK JATUH TETAPI si pelaku hanya dikenakan Kaffarah melanggar sumpah sahaja. [
Rujuk Majmu' Al-Fatawa, 33/208 ( Kafarah langgar sumpah adalah mengikut urutan kemampuan 1) bebaskan seorang hamba 2) atau Memberi pakaian 10 orang miskin. atau 3. Memberi makan 10 orang miskin , jika tidak mampu maka barulah 4) berpuasa tiga hari.]

Ringkasnya, bai'ah tercerai isteri dengan talaq tiga itu bergantung kepada niat calon PAS yang menyebut dan teks yang dibacakan. Jika ia diniat semasa dilafaz untuk cerai jika keluar atau khianat parti, maka cerai akan berlaku dengan Talaq Tiga, jika ia diniat sumpah, maka tidak tercerai, cuma perlu membayar kaffarah.

PANDANGAN DR. ZAHARUDDIN BIN ABD RAHMAN.

Pertamanya, Sheikh Dr. Abd Qadir Abu Faris menyatakan terdapat di dalam sahih al-Bukhari lafaz bai’ah Abdullah Bin Umar kepada Abd Malik bin Marwan dan tiada padanya sebarang sumpah.( Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dar al-Furqan, Jordan, 1986 , h. 307). Sehinggalah tiba zaman pemerintah zalim bernama Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi yang melakukan penambahan dengan memasukkan lafaz sumpah bagi mengunci komitmen dan memastikan tiada yang berani melawan khilafah Umawiyah ketika itu. Sesiapa sahaja yang ingkar maka isteri mereka turut terjatuh talaqnya dan hamba milik mereka akan terbebas dan darah mereka pula menjadi harus. Ibn Khaldun menyatakan hal ini sambil berkata keadaan ini jenis sumpah sebegini di zaman bani Umayyah dan Abbasiyyah sehingga tiba suatu masa Imam Malik bin Anas mengeluarkan fatwa membantah dan mengugurkan paksaan sumpah di dalam bai’ah. Hasil fatwa terbabit beliau mendapat beberapa ujian dan cabaran dari pemerintah. (Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun, h. 229)

Keduanya, saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz yang dibacakan oleh calon-calon PAS tersebut, justeru sukar untuk memberi komentar samada ia dari jenis sumpah dengan atau dilafaz ta'liq Talaq dengan niat.

Apapun, secara peribadi, saya cenderung untuk TIDAK BERSETUJU dengan cara bai'ah yang mewajibkan calon untuk melafaz ta'liq talaq tiga ke atas isteri masing-masing, yang diLAKUKAN OLEH SEBILANGAN PAS DI NEGERI-NEGERI TERTENTU. Walaupun saya merasakan bahawa sebahagian pimpinan PAS membenarkan teknik bai'ah sebegitu dibuat KEMUNGKINAN kerana :-
 

Pimpinan PAS dan calonnya semua secara yakin mampu melafazkan bai'ah sedemikian rupa  kerana sedar dan percaya semua mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, sehingga lafaz tersebut sedikit pun tidak dirasa beban sama sekali.
 

Lafaz bai'ah dan ta'liq talaq itu TIDAK menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran UNTUK KERJA POLITIK, malah ia sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar politik tetapi adalah Islam dan semuanya adalah sama penting dengan keluarga. Kesemua itu seolah-olah satu, Politik, Islam dan kelaurga adalah perjuangan yang satu tanpa sebarang pemisahan.
 

Pimpinan mungkin membenarkan atas dasar siyasah syar'iyyah yang memang wujud di dalam Islam. Pun begitu, siyasah syar'iyyah sepatutnya adalah di sisi 'ulil amri' dan bukan pimpinan JAMAAH MUSLIMIN SEPERTI PARTI PAS.
 

Bai'ah tersebut dibuat bagi tujuan menolak kemudaratan yang lebih besar dan menyeluruh (JIKA lompat, khianat atau keluar parti) sehingga diharuskan untuk dikemudiankan mudarat yang kecil peribadi dan individu. Dan ada kaedah Fiqh yang terang menyatakan : "Didahulukan maslahat ramai atas maslahat peribadi". Justeru, lafaz talaq walau dibuat mudaratnya hanya akan terkena atas individu sahaja berbanding mudarat kepada seluruh perjuangan parti dan Islam akibat keluarnya seseorang dari partinya.

Walaupun semua di atas saya yakin dan faham, namun secara peribadi saya melihat TIDAK BOLEH UNTUK sengaja menggabungkan dua mudarat dalam satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

Kita faham, keluar dari parti (perjuangan Islam melalui parti) adalah satu kesalahan, malah di sisi ahli PAS, PAS adalah sebuah jemaah Islam dan bukan sekadar parti politik. Justeru memang amat wajar untuk tidak sesekali memikirkan untuk keluar dari kumpulan atau jemaah amar makruf nahi mungkar atas nama PAS itu dikira sebagai KESALAHAN, NAMUN ADALAH TIDAK WAJAR serta BURUK LAGI MESTI DIHENTIKAN kerana :
 

Mengikat KESALAHAN ITU DENGAN satu kesalahan lagi seperti mencerai isteri dengan Talaq Tiga kerana ia akan hanya menggandakan mudarat ke atas seseorang sedang Islam amat menganjurkan sesebuah mudarat itu diminimakan dan bukan dipergandakan. Lebih kurang tepat, kerana mudarat itu bukan hanya mengenai individu yang bersalah tetapi akan merebak kepada isteri dan anak-anaknya.
 

Islam juga tidak membenarkan hukuman atas satu kesalahan dijatuhkan sebanyak dua kali. Demikian juga displin dalam hal hukuman hudud dan qisas. Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki berzina sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dia ditangkap dan dihukumi oleh sebuah kerajaan Islam, hukuman sebatnya hanyalah 100 kali juga dan bukan 300 kali.[Rujuk At-Tasyi' Al-Jina;ie, Abd Qadir Awdah ]

Kecuali setelah dihukum, ia mengulanginya, barulah hukuman berasingan akan dikenakan semula. Itulah roh dan maqasid dalam hukuman Islam yang sentiasa mendidik dan minimakan hukuman. Namun dalam konteks baiah talaq ini, ia seolah memberikan hukuman berganda atas satu kesalahan (jika berlaku). Wallahu'alam. PAS mempunyai ramai cendiakawan Islam, kita amat berharap dapat mendengar hujjah dan justifikasi mereka dalam hal ini.
 

Keluarnya seseorang calon dari PAS tidak semestinya ia terus mengkhianati perjuangan Islam secara total, malah terdapat kemungkinan ia akan terus aktif dalam perjaungan Islam melalui platform jemaah-jemaah lain yang mungkin tidak bersifat politik seperti tabligh dan lain-lain. Justeru, mengenakan dua mudarat ke atasnya adalah tidak wajar kerana dia BELUM BOLEH DIKIRA mengkhianati Islam secara sepenuhnya, hanya kerana ia meninggalkan PAS.(bukan keluar daripada agama Islam)
 

Menggunakan sumpah setia dengan lafaz ta'liq sebagai pengikat juga tidak WAJAR kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama,malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah SAW serta para sahabat. Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal. Seperti sumpah laknat atas diri, dicagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.
 

Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau ia diharuskan? Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah SWT bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah SWT untuk mengikut tertib kiraannya. Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya? Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua. Maqasid Shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah SWT adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.

Lalu, sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah SWT.
 

Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz diolah. Cuma kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perjuangan PAS menjadi melencong akibat pertukaran pimpinan di masa-masa akan datang. Walaupun akan dibidas sebagai KURANG PRAKTIKAL DAN TIDAK MUNGKIN HAL ITU AKAN MENJADI KENYATAAN, namun sepak terajang politik sukar diduga. Bayangkan, jika itu berlaku dan PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islamnya, apakah yang mampu dibuat oleh calon PAS yang masih inginkan perjuangan Islamnya?. Dia tidak boleh keluar parti kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya.

(Perkembangan terkini selepas Muktamar PAS Ke 61 menyebabkan sebahagian para wakli rakyat PAS yang bercadang untuk keluar PAS menganggap  PAS bukan seperti keadaan PAS semasa mereka berbai'ah dahulu dan melanggar bai'ah bukan satu kesalahan kerana mereka berhijrah kepada parti yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam mereka hanya membayar kaffarah sumpah untuk membatalkan bai'ah mereka kepada Parti PAS).

AKHIRNYA

Demikian pandangan saya, semua yang membaca bebas untuk menerima pendapat ini atau menolaknya.

Saya hanya memberikan jawapan berupa pandangan kepada orang yang menyoal, boleh jadi pandangan ini benar dan wajar difikirkan, boleh jadi ia tidak mempunyai sebarang nilai untuk difikirkan. Keikhlasan saya dalam melontarkan pandangan ini, tidaklah perlu untuk dipersoal dan didebatkan dan cukuplah Allah SWT sebagai saksinya. Saya yakin lontaran ini dibuat secara ikhlas, untuk kebaikan umat Islam di Malaysia khususnya ahli-ahli PAS.

Sekian. Wassalam .


(Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman.)

Komen Isu Bai'ah Taklik Talak 3 Terhadap Isteri :

Pandangan ulamak hadis Pakistan tentang Bai'ah Taklid Talak 3 terhadap isteri.

Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadis Pakistan. Menghafal sahih Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Mawattha' Imam Malik.

Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 terhadap isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana :

1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika siisteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sebagaimana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm sahih bukhari. Dlm kes wakil rakyat pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti pas bukan dgn siis3. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn is3. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.

2. Bai'ah yg dibuat oleh pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman.
3. Dizaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.

4. Dizaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg memerintah daulah islam. Pas bukanlah kerajaan islam dan pemimpinnya bukanlah amirul mukminin.

5. Wafatnya Rasulullah memberi kefahaman bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Membuat bai'ah yg mempertaruhkan isteri sebagai bahan talak yg tidak pernah disyariatkan merupakan syariat baru yg dibuat oleh pas.

6. Kesimpulannya tidak jatuh talak dan memadai baiah/ sumpah tsb ditebus di dgn membayar kafarah.


Adapun berhubung dgn laknat Allah pula, perlu dilihat kpd tindakan wakil rakyat yg keluar parti. Andaikata tindakan mereka selepas keluar parti kearah melawan gerakan islam dan menyokong kezaliman,maka itu antara dia dgn Allah. Tidak mustahil Allah akan melaknat mereka. Tapi kalau beliau loncat parti kemudian terus memperjuangkan islam melalui wadah yg berbeza, itu tiada masalah dan in sya Allah tiada laknat Allah tethadap mereka kerana memperjuangkan islam itu tidak semestinya melalui parti pas semata-mata.

7. Beliau juga meminta kita agar tidak mengaitkan isu bai'ah ini dgn TGNA krn beliau sudah meninggal dunia. Sebaliknya kita dianjurkan agar sama2 berdoa agar Allah swt mengampunkan beliau krn sebagai manusia yg tidak maksum sudah pasti tidak lari drp melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.

8. Akhir sekali beliau berpesan agar pendokong gerakan islam khususnya Pas tidak menjadikan pemimpin mereka spt pendita-pendita Yahudi, dimana mereka tahu dan nampak pemimpin mereka membuat kesalahan tetapi mereka masih tetap mengikut membuta tuli tanpa membuat sebarang teguran.

Contohnya dlm kes bai'ah , ada pemimpin Pas mengatakan mereka sengaja tidak memecat pemimpin Pas yg menang dlm praya dan keluar drp Pas supaya mereka membuat pilihan samada nak kekal dlm Pas ataupun keluar parti dan jatuh talak 3 thdp isteri. Kalau mereka pecat sudah tentu pemimpin ini terlepas drp terkena jatuh talak 3 thp isteri. Ini merupakan suatu kesalahan yg dlakukan oleh pemimpin, ttp pengikut masih tetap setuju dan berwalak kpd pemimpin tsbt tanpa dibuat sbrg teguran.

-Maklumat ini ana peroleh drp sahabat/guru ana yg menelefon terus gurunya ini diPakistan berhubung dgn isu ini semalam.

(Di petik daripada tulisan Ibnu Amin Al-Muari)

No comments: