Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia perlu kepada tarbiyyah (pendidikan). Tanpa tarbiyah menusia akan hilang peduman dan tidak akan dapat mencapai tahap insan kamil. Tarbiyyah yang perlu kita laksanakan adalah tarbiyyah Islamiyyah yang akan melahirkan insan kamil yakni Mukmin yang melengkapi tarbiyyah kepada empat bahagian dalam diri insan iaitu kerohanian(spritual), kejiwaan (perasaan / emosi), pemikiran (mental) dan jasmani (fizikal)
Tarbiyyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi Mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan Mukmin yang syumul yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah.
Rasulullah s.a.w. mendidik sahabatnya hingga menjadi Mujahid yang kukuh iman mereka, mempunyai jiwa yang bersih dan mulia, akhlak terpuji, berilmu dan kuat jasmaninya dan mereka bersedia berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'ie yang jujur, berani, dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Mereka seperti abid dimalam hari dan seperti singer disiang hari.
Apabila Islam memerlulan pengorbanan, harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah s.a.w. dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman al-Affan dan Abdul Rahman 'Auf.
Semua itu adalah hasil daripada tarbiyyah Imaniyah yang memenuhi empat bahagian dalam diri insan tadi, maka berjalan di Madrasah Rasulullah s.a.w. Didikan Rasulullah s.a.w. bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau abid yang meninggalkan keperluan duniawi dan tidak menghiraukan tipu daya musuh yang ingin menghancurkan Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita ingin melaksanakan tarbiyyah Islamiyah perlulah kita mengambil kita empat perkara tadi yang diperlukan oleh setiap manusia. Proses ini perlu berjalan serentak maka akan melahirkan da'ie yang seimbang (tawazun) iaitu :
Pertama : Kerohanian (Spritual).
Tarbiyyah perlu bermula dengan asas kerohanian iaitu asas keimanan kepada Allah s.w.t dan kepercayaan kepada rukun-rukun iman yang lain. Perkara pokok ini adalah umpama akar tunjang yang kuat dan menjunam ke dasar bumi.
Persoalan aqidah merupakan isu terpenting dalam kehidupan Muslim . Ini disebabkan aqidah menurut Islam adalah asas bagi binaan Islam pada keseluruhannya. Daripada aspek yang lain ia juga dapat disifatkan sebagai benteng yang paling teguh bagi menjaga dan mengawasi segala bentuk penyelewengan.
Dewasa ini didapati beberapa bentuk penyelewengan berlaku sama ada dari segi pemikiran, percakapan lebih-lebih lagi tingkah laku yang semuanya berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap asas aqidah Islam secara mendalam, sedangkan kefahaman tentang aqidah itu merupakan satu tuntutan untuk melahirkan keyakinan dan penghayatan Islam secara menyeluruh.
Asas aqidah yang ditekankan di sini adalah mentauhidkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan satu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman ayat 13)
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Luqman memulai nasihat kepada anaknya supaya menjauhkan diri daripada syirik kepada Allah, kerana hati yang suci harus bersih daripada sebarang kerosakan dan kesesatan. Di antara punca kerosakan aqidah adalah syirik. Oleh itu ia hendaklah dijaga daripada syirik agar aqidah sentiasa berada dalam keadaan baik. Kerana kesucian dan kemurniaan aqidah itulah punca segala amalan yang baik.
Syirik adalah sebesar-besar dosa yang dilakukan oleh seseorang kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
Kedua : Kejiwaan (perasaan / emosi).
Tarbiyyah kedua yang perlu ditekankan adalah aspek kejiwaan manusia. Jiwa manusia perlu di proses kepada sifat-sifat mahmudah iaitu sifat ikhlas, sabar, redha, qana'ah, syukur, taqwa, zuhud, tawakkal dan tawaduk. Untuk melahirkan jiwa-jiwa yang bersih dan sejahtera ini perlu kepada mujahadah, murajaah dan mujahadah. Asas kedua ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan asas pertama iaitu keimanan kepada Allah s.w.t.
Untuk melahirkan hati yang bersih dan sejahtera ini amalan yang perlu dilakukan adalah banyak berzikir, beristighfar, membaca al-Qur'an , solat tahajjud dan mengingati mati dan di dedahkan mengenai kisah-kisah siksaan Allah s.w.t di hari akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Perbanyakkan mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan zuhud pada dunia."
Imam al-Ghazali mengatakan, "Dengan meningati mati, hati kamu menjadi lembut."
Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud, "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya. Maka begitulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan perasaan takut."
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."
Apabila hati manusia sudah bersih dan sampai ketahap yakin pada janji-janji Allah dan takut hanya kepada Allah s.w.t akan terhindarkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, buruk sangka, riak, ujub, takkbur dan cinta dunia.
Ketiga : Pemikiran / Kefahaman (mental )
Proses tarbiyyah ketiga yang perlu dijalankan adalah meningkatkan kefahaman tentang Islam iaitu menambahkan ilmu syarak (ilmu fardu ain dan fardu kifayah) dan ilmu semasa.
Pemikiran manusia hari ini banyak dipengaruhi oleh fahaman sekular, asabiyah (perkauman sempit), sosialis, liberal, atis (menolak ketuhanan) dan kebendaan (materialistik).
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : “Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan untuk menuntut ilmu agama, niscaya Allah akan mudahkan baginya satu jalan menuju Syurga-Nya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Semua kefahaman ini bertentangan dengan kefahaman Islam. Islam perlu difahami seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna mencakupi semua kehidupan manusia samaada darisegi aqidah, ibadah, kekeluargaan, politik, ekonomi, pentadbiran dan pemerintahan dalam sebuah negara.
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meredhai Islam menjadi agama bagi kalian"(Surah al-Maidah ayat 3).
Untuk melahirkan pemikiran Islam yang jelas maka kita perlu merujuk kepada al-Qur'an dan as- Sunnah Nabi s.a.w, ijma' ulama, qiyas dan buku-buku ulama muktabar yang jelas fikrah dan kefahamannya tentang Islam yang syumul dan menjauhkan diri daripada membaca buku-buku tulisan orientalis barat yang cuba memesungkan kefahaman Islam yang sebenarnya.
Keempat : Jasmani (fizikal)
Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah s.w.t daripada Mukmin yang lemah. Islam amat menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menjauhkan diri daripada penyakit.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang Mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang Mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”(Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal."
Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat".
Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah s.a.w., iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.
Terdapat banyak hadis menunjukkan kepentingan kepada riadah dan perlu kepada tarbiyyah jasmani antaranya
adalah :
1. Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."
2. Rasulullah SAW bersabda : "Lemparkanlah (panah) dan tungganilah (kuda)."
(Hadis Riwayat Muslim)
3. "Kamu harus belajar memanah kerana memanah termasuk sebaik-baik permainanmu."
(Hadis Riwayat Bazzar dan Thabrani dengan sanad yang baik)
Ketiga-tiga jenis sukan atau riadah yang memerlukan kekuatan fizikal seperti berenang, memanah dan menunggang kuda supaya untuk melahirkan Mukmin yang sihat dan kuat darisegi fizikalnya. Kita boleh tambah dengan berjoging dan menunggang basikal.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita melengkapkan diri kita dengan proses tarbiyyah Islamiyyah yang melalui empat jenis tarbiyyah iaitu rohaniah, kejiwaan (emosi), pemikiran dan jasmani. Sekiranya kita melengkapkan keemapt-empat asas ini maka jadilah kita Mukmin yang bertaqwa dan kuat yang akan mampu melaksanakan tugas dan amanah yang dipikulkan kepada diri kita seperti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

1 comment:
salam..ustaz, sangt bermanfaat..mohon share..jazakallah..smg ustz sentiasa istiqamah utk berkongsi
Post a Comment