Monday, February 17, 2014

Kenapa Hukum Couple Itu Haram?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Remaja & Cinta. Di zaman yang serba moden, canggih dan berteknologi kini, percintaan di kalangan remaja dan muda-mudi bukanlah sesuatu yang asing. Fitrah semulajadi manusia yang ingin disayangi dan menyayangi, dicintai dan menyintai, dimanja dan memanjakan dan ingin hidup berpasangan, ada yang menemani di kala suka dan duka, ada yang menghiburkan di kala kesunyian dan kesedihan.
Namun, perasaan cinta yang Allah kurniakan di hati setiap manusia sering disalah gunakan. Hanyut dengan perasaan cinta yang membara, maruah diri menjadi gadaian. Didada-dada akhbar sering terpampang “Remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki”, “Bayi yang baru dilahirkan ditemui di dalam tong sampah” dan macam-macam lagi berita yang tak elok. Mengapa semua ini berlaku sedangkan sudah ada garis panduan yang Allah tetapkan untuk manusia menjalani kehidupan dengan teratur di dunia ini?.
Bukan hanya sekadar membaca berita-berita kurang enak ini didada akhbar, aku sendiri pernah berhadapan dengan pasangan remaja yang ingin menggugurkan kandungan yang sudah berusia 3 bulan. Remaja perempuan tersebut baru berusia 17 tahun tapi aku tak tahu pula berapa usia si lelaki, kekasih hatinya itu.
Peristiwa ini berlaku ketika aku bekerja sebagai pembantu klinik. Pasangan ini datang ke klinik dan bertanyakan sama ada adakah doktor di sini berbangsa Cina. Aku menjawab ya. Dalam hati pelik juga kenapa dia bertanyakan tentang bangsa doktor di sini.
Rupa-rupanya sebab mereka ada tujuan yang tidak elok. Bayi tersebut mahu digugurkan walaupun kandungan sudah berusia 3 bulan.  Doktor mengatakan bahawa tidak boleh gugurkan bayi tersebut kerana bayi tersebut sudah besar. Remaja perempuan tersebut menjawab “sepupu saya dah 4 bulan pun boleh gugurkan”. Astaghfirullah, nak gugur rasanya jantung aku mendengar jawapan remaja perempuan tersebut.
Doktor tetap kata tak boleh. Lagi pun, sebagai seorang doktor juga, adalah dilarang untuk melakukan proses pengguguran bayi. Doktor suruh mereka berkahwin, sepantas kilat remaja lelaki tersebut menggelengkan kepala sambil berkata “susah…”. Sedih dihati ku ini melihat senario di depan mataku. Lebih pilu dan malu aku rasakan kerana kedua remaja tersebut adalah bangsaku sendiri, dan doktor pula berbangsa lain.
Ini bukan cerita rekaan, tetapi inilah kenyataan. Ini juga merupakan senario yang tidak asing lagi pada zaman ini. Islam telah menetapkan bahawa hukum couple itu haram di atas sebab-sebab tertentu. Di bawah ini adalah huraian mengenai huku couple, kenapa couple itu haram dan nas-nas yang berkaitan dengannya. Petikan di bawah ini aku ambil dari blog ustazcinta.
KENAPA COUPLE ITU HARAM? APAKAH NAS YANG MENYATAKAN COUPLE ITU HARAM?
1) COUPLE ITU HARAM KERANA BERLAKU ZINA MATA DAN PENYALAHGUNAAN PANCA INDERA
Firman Allah SWT maksudnya, "Katakanlah kepada wanita yang beriman:` Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya.." (Surah an-Nur ayat 31)

Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.
Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :
Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)
Dari Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”
( H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)
Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.
Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabda : “Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)
Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang?. Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata?. Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas.
2) COUPLE ITU HARAM KERANA BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya “pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh.
Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama, PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]
3) COUPLE ITU HARAM KERANA TERPAKSA MENDENGAR SUARA WANITA YANG MENDAYU-DAYU
Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?
Mengikut Imam Syafie; Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang ajnabi (asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.
Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara Wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut.
Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. 

Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”
Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
“Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.”
Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,
“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.”
Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.
Suka diterangkan disini, perbualan ini tak terhad kepada telefon memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat, tele-conference, cellphones dan sebagainya termasuk dalam kategori yang sama.
Pesanan: kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek.
Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.
Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. Perkahwinan itu mempunyai banyak hikmah. >> Hikmah Perkahwinan <<. 
Ini adalah sebahagian sahaja dari hujah-hujah mengenai hukum couple. Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai KENAPA COUPLE ITU HARAM di entri KENAPA COUPLE HARAM?. DI SINI DALIL AL-QURAN DAN NAS HADIS.
Allah Taala berfirman, bermaksud:
“Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan segala kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu, namun segala kejahatan naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya” (Hadith Qudsi)
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
(Surah Zumar: 9)

Sunday, February 16, 2014

Tiga Golongan Yang Mengiringi Jenazah Ke Kuburan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW barsabda maksudnya : “Yang mengikuti janazah kekubur ada 3 kelompok (hal),  keluarga, harta dan  amal.  yang dua  kembali,  keluarga dan harta, dan yang satu tinggal, amal”.

Keluarga (Ahli) kita,  sanak-saudara, kerabat, tetangga, semua yang ikut mengantar janazah kekubur akan kembali,  siapapun, walaupun keluarga paling terdekat, atau teman sejati, teman sehidup semati, orang yang paling dicintai semua kembali setelah proses pemakaman selesai, tidak ada yang mau untuk menemani, isteri, suami, anak, tetangga, kawan, orang yang paling dicintai sekalipun, tidak ada yang sanggup menunggu di kuburan semuanya akan balik ke rumah.

Harta, yang dibawa saat mengiringi janazah semuanya akan kembali, kereta, van jenazah , motosikal, tikar, payung yang digunakan untuk menutupi keranda juga dibawa pulang, tidak ada yang di tinggal satupun,  walaupun harta itu milik kesayangan almarhum.

Maka yang tinggal adalah amal,  amal ada dua macam, ada amal baik (soleh) dan ada amal buruk (tholeh), dan nanti, dan amal-amal kita nanti akan Allah SWT serupakan menjadi makhluk-makhluk untuk menemani kita didalam kubur.

Amal yang baik (soleh) akan Allah SWT serupakan menjadi makhluk yang sangat cantik dipan-dang mata dan menjadi sesuatu yang sangat menyenangkan, sambil terheran-heran, lalu kita bertanya; siapa engkau..! didunia dahulu aku tidak pernah melihat makhluk seindah engkau; makhluk itu menjawab; aku adalah amal baik (amal soleh) mu.

Kalau, ketika kita hidup didunia, kita banyak beramal yang baik (soleh) rajin mengerjakan solat bahkan dengan berjamaah, gemar berinfak, bersedekah, pandai jaga lisan, pandai menjaga mata, telinga, (tidak suka memfitnah dan mengumpat ) maka sangat boleh jadi lalu kubur kita menjadi lapang, terang, sejuk, luas, nyaman, di tambah yang menemani sesuatu yang sangat menyenangkan, seakan-akan kita sudah berada didalam syurga sebelum datangnya kiamat, kubur kita menjadi “raudhah min riyadil jannah”, (taman-taman syurga) seminggu rasanya baru sehari, lalu tidur kita bagaikan tidurnya pengantin, rasa-rasanya malam berlalu begitu cepat, tahu-tahu sudah pagi,

Subhanallah…

 Sedangkan amal buruk, (amal tholeh), akan Allah SWT serupakan dengan sesuatau yang sangat buruk dipandang mata, sangat tidak menyenangkan, menyeramkan, dengan terheran-heran kitapun lalu bertanya, siapa engkau..! dahulu didunia aku tidak pernah melihat makhluk sehodoh dan seburuk engkau; makhluk itu menjawab; aku adalah amal buruk (tholeh) mu.

Jika ketika hidup didunia, begitu banyak amal keburukan (tholeh), jangankan solat bejamaah, solat sendiri saja kadang-kadang kita begitu malas, kadang suara azan sudah terdengar bersaut-sautan di mushalla atau masjid memanggil-manggil, tetapi kita masih terus saja asik dengan kesibukan kita, padahal panggilan azan itu pada hakikatnya adalah panggilan Allah, tapi kerana kita tidak suka ke masjid, maka panggilan Allah dianggap ringan, kita biarkan berlalu begitu saja, kita juga tidak suka berinfak, bersedekah, kita selalu menuruti hawa nafsu untuk hal-hal yang menjadikan kita lalu menjadi orang yang tergolong kedekut, kikir dengan harta.

Kita tidak boleh menjaga sikap atau prilaku yang membuat para tetangga tidak aman dengan perbuatan kita. kita tidak mampu menjaga lisan untuk tidak mengumpat, membuka aib orang lain, tidak mampu menjaga telinga tetapi dengan senang  mendengarkan perbualan kotor yang tidak berguna.

Maka  kubur kita lalu seperti neraka sebelum datangnya kiamat, sehingga kubur kita bagaikan “Khuffat min khuffatin niiron”, (satu lubang daripada lubang-lubang api neraka) begitu gelap, sempit, panas, dan ditemani sesuatu yang sangat menyeramkan, menakutkan, sehari rasanya bagaikan setahun.

Laa haula wala kuwwata illa billah…

“Barang siapa megharap perjumpaan dengan  Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amalamal yang soleh .” (Surah al-Kahfi ayat 110)

Wallahu a’lam .

Telaga (Al-Haudh) Kemuliaan Rasulullah pada Hari Kiamat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman kepada hari akhir atau hari kemudian, yang berarti mengimani semua peristiwa yang diberitakan dalam ayat-ayat al-Qur’an dan hadits-hadits shahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terjadi setelah kematian, adalah salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan kebenaran agama-Nya.
Bahkan karena tingginya kedudukan iman kepada hari akhir, Allah Ta’ala dalam banyak ayat al-Qur’an sering menggandengkan antara iman kepada-Nya dan iman kepada hari akhir. Hal ini dikarenakan orang yang tidak beriman kepada hari akhir maka tidak mungkin dia beriman kepada Allah Ta’ala, sebab orang yang tidak beriman kepada hari akhir dia tidak akan mengerjakan amal shaleh, karena seseorang tidak akan mengerjakan amal shaleh kecuali dengan mengharapkan balasan kemuliaan dan karena takut siksaan-Nya pada hari pembalasan kelak.

Oleh karena itu, Allah Ta’ala menggambarkan sifat orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhir dalam firman-Nya,

{وَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ مَۧ هِيَ Ű„ِÙ„Ű§ Ű­َيَۧŰȘُنَۧ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ نَمُوŰȘُ وَنَŰ­ْيَۧ وَمَۧ يُهْلِكُنَۧ Ű„ِÙ„Ű§ Ű§Ù„ŰŻَّهْ۱ُ}

“Dan mereka berkata: “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa (waktu)” (al-Jaatsiyah:24)[1].

Kewajiban Mengimani Keberadaan Telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Di antara perkara yang wajib diimani sehubungan dengan iman kepada hari akhir adalah keberadaan al-haudh (telaga) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai kemuliaan yang Allah Ta’ala berikan kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang pada hari kiamat nanti orang-orang yang beriman dan mengikuti petunjuk beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam sewaktu di dunia akan mendatangi dan meminum air telaga yang penuh kemuliaan tersebut, semoga Allah Ta’ala memudahkan kita untuk meraih kemuliaan tersebut, amin.

Imam Ahmad bin Hambal berkata, “(Termasuk landasan pokok Islam adalah kewajiban) mengimani (keberadaan) telaga milik Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari kiamat, yang nanti akan didatangi oleh umat beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam… sebagaimana yang disebutkan dalam banyak hadits yang shahih (dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam)”[2].

Imam Abu Ja’far ath-Thahawi berkata, “Al-Haudh (telaga) yang dengannya Allah Ta’ala memuliakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, untuk diminum (airnya) oleh umat beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam (pada hari kiamat nanti) adalah suatu yang benar adanya”[3].

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ketika menjelaskan perkara-perkara yang wajib diimani pada hari kiamat, beliau berkata[4],

 “Pada hari kiamat (ada) telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan didatangi (oleh umat beliau)…barangsiapa yang meminum (air) telaga tersebut maka dia tidak akan merasakan haus lagi selamanya”[5].

Imam an-Nawawi mencantumkan hadits-hadits dalam “Shahih imam Muslim” yang menyebutkan tentang telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam bab, “Penetapan (keberadaan) telaga Nabi kita (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wa sallam (pada hari kiamat nanti)…”[6].

Dalil-dalil yang menjelaskan keberadaan telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Hadits-hadits shahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan ini banyak sekali, bahkan mencapai derajat mutawatir (diriwayatkan dari banyak jalan sehingga tidak mungkin diingkari kebenarannya).

Imam Ibnu Katsir berkata, “Penjelasan tentang telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam – semoga Allah Memudahkan kita meminum dari telaga tersebut pada hari kiamat – (yang disebutkan) dalam hadits-hadits yang telah dikenal dan (diriwayatkan) dari banyak jalur yang kuat, meskipun ini tidak disukai oleh orang-orang ahlul bid’ah yang berkeraskepala menolak dan mengingkari keberadaan telaga ini…”[7].

Senada dengan ucapan di atas, imam Ibnu Abil ‘Izzi al-Hanafi menjelaskan, “Hadits-hadits (shahih) yang menyebutkan (keberadaan) telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mencapai derajat mutawatir, diriwayatkan oleh lebih dari tiga puluh orang sahabat  (dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam)…”[8].
Di antara hadits-hadits tersebut adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga (pada hari kiamat nanti), dan mereka saling membanggakan siapa di antara mereka yang paling banyak orang yang mendatangi telaganya (dari umatnya), dan sungguh aku berharap (kepada Allah Ta’ala) bahwa akulah yang paling banyak orang yang mendatangi (telagaku)”[9].

Juga sabda beliau dalam hadits lain, “Sesungguhnya aku akan berada di depan kalian (ketika mendatangi telaga pada hari kiamat nanti) dan aku akan menjadi saksi bagi kalian, demi Allah, sungguh aku sedang melihat telagaku saat ini”[10].

Dan sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya aku akan berada di depan kalian ketika mendatangi telaga (pada hari kiamat nanti), barangsiapa yang mendatanginya maka dia akan meminum airnya, dan barangsiapa yang meminumnya maka dia tidak akan merasakan haus lagi selamanya”[11].

Gambaran tentang Telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam Hadits-Hadits yang Shahih
- Barangsiapa yang meminum air telaga tersebut maka dia tidak akan merasakan haus lagi selamanya, sebagaimana hadits yang tersebut di atas.

- Sumber air telaga tersebut adalah sungai al-Kautsar di surga yang Allah Ta’ala peruntukkan bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Apakah kalian mengetahui apa al-Kautsar itu?” Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahuinya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya al-Kautsar adalah sungai yang Allah Ta’ala janjikan kepadaku, padanya terdapat banyak kebaikan, dan (airnya akan mengalir ke) telagaku yang akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat (nanti)…”[12].

Dalam hadits lain beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dialirkan pada telaga itu dua saluran air yang (bersumber) dari (sungai al-Kautsar) di surga…”[13].
- Adapun gambaran air telaga tersebut adalah sebagaimana sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Airnya lebih putih dari susu dan baunya lebih harum dari (minyak wangi) misk (kesturi)”[14]. 

Dalam hadits lain, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dan (rasanya) lebih manis dari madu”[15].

- Gayung/timba untuk mengambil air telaga tersebut sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Gayung-gayungnya adalah seperti bintang-bintang di langit”[16].

 Artinya: jumlahnya sangat banyak dan berkilauan seperti bintang-bintang di langit[17].
- Bentuk telaga tersebut adalah persegi empat sama sisi[18], 

sebagaimana yang disebutkan dalam hadits yang shahih[19].

Siapakah Orang-Orang yang Terpilih Mendatangi Telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan selalu mengikuti petunjuk yang beliau sampaikan. Adapun orang-orang yang berpaling dari petunjuk beliau sewaktu di dunia, maka mereka akan diusir dari telaga tersebut[20].

Dalam sebuah hadits shahih Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa ada orang-orang yang dihalangi dan diusir dari telaga yang penuh kemuliaan ini[21]. 

Karena mereka sewaktu di dunia berpaling dari petunjuk dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada pemahaman dan perbuatan bid’ah, sehingga di akhirat mereka dihalangi dari kemuliaan meminum air telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ini, sebagai balasan yang sesuai dengan perbuatan mereka[22].
Imam Ibnu Abdil Barr[23] 

berkata, “Semua orang yang melakukan perbuatan bid’ah yang tidak diridhai Allah dalam agama ini akan diusir dari telaga Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam (pada hari kiamat nanti), dan yang paling parah di antara mereka adalah orang-orang (ahlul bid’ah) yang menyelisihi (pemahaman) jama’ah kaum muslimin, seperti orang-orang khawarij, syi’ah rafidhah dan para pengikut hawa nafsu, demikian pula orang-orang yang berbuat zhalim yang melampaui batas dalam kezhaliman dan menentang kebenaran, serta orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar secara terang-terangan, semua mereka ini dikhawatirkan termasuk orang-orang yang disebutkan dalam hadits ini (yang diusir dari telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam)[24].

Terlebih lagi orang-orang yang mengingkari keberadaan telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ini, seperti kelompok Mu’tazilah[25], mereka termasuk orang yang paling terancam diusir dari telaga ini.

Imam Ibnu Katsir berkata, “Penjelasan tentang telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam – semoga Allah Memudahkan kita meminum dari telaga tersebut pada hari kiamat – (yang disebutkan) dalam hadits-hadits yang telah dikenal dan (diriwayatkan) dari banyak jalur yang kuat, meskipun ini tidak disukai oleh orang-orang ahlul bid’ah yang berkeraskepala menolak dan mengingkari keberadaan telaga ini. Mereka inilah yang paling terancam untuk dihalangi (diusir) dari telaga tersebut (pada hari kiamat)[26], 

sebagaimana ucapan salah seorang ulama salaf: “Barangsiapa yang mendustakan (mengingkari) suatu kemuliaan maka dia tidak akan mendapatkan kemuliaan tersebut…”[27].

Imam Ibnu Abil ‘Izzi al-Hanafi berkata, “Semoga Allah membinasakan orang-orang yang mengingkari keberadaan telaga ini, dan alangkah pantasnya mereka ini untuk dihalangi dari mendatangi telaga tersebut pada hari (ketika manusia mengalami) dahaga yang sangat berat (hari kiamat)”[28].

Penutup

Demikianlah penjelasan ringkas tentang telaga kemuliaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang kewajiban mengimaninya merupakan perkara penting yang berhubungan dengan iman kepada hari akhir dan merupakan salah satu prinsip dasar akidah Ahlus sunnah wal jamaah, yang tercantum dalam kitab-kitab akidah para imam Ahlus sunnah.
Semoga Allah Ta’ala senantiasa melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk dapat meraih semua kebaikan dan kemuliaan yang dijanjikan-Nya di dunia dan di akhirat kelak, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Dekat, dan Maha Mengabulkan doa.

ÙˆŰ”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰłÙ„Ù… ÙˆŰšŰ§Ű±Ùƒ Űčلى Ù†ŰšÙŠÙ†Ű§ Ù…Ű­Ù…ŰŻ ÙˆŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين، ÙˆŰąŰźŰ± ŰŻŰčÙˆŰ§Ù†Ű§ ŰŁÙ† Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†

Penulis: Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni, MA

[1] Lihat keterangan syaikh al-‘Utsaimin dalam ”Syarhul ‘aqiidatil waasithiyyah” (2/528).

[2] Kitab “Ushuulus sunnah” (hal. 3-4).

[3] Kitab “Syarhul ‘aqiidatith thahaawiyyah” (hal. 227).

[4] Kitab “Syarhul ‘aqiidatil waasithiyyah” (2/572).

[5] Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits shahih yang akan kami sebutkan insya Allah.

[6] Kitab “Shahih imam Muslim” (4/1791).

[7] Kitab “An Nihayah fiil fitani wal malaahim” (hal. 127).

[8] Kitab “Syarhul ‘aqiidatith thahaawiyyah” (hal. 227).

[9] HR at-Tirmidzi (no. 2443) dan ath-Thabarani dalam “al-Mu’jamul Kabiir” (no. 6881), juga dari jalur lain (no. 7053) dari sahabat Samurah bin Jundub, hadits ini sanadnya lemah, akan tetapi diriwayatkan dari beberapa jalur yang saling menguatkan, sehingga hadits ini mencapai derajat hasan atau bahkan shahih, sebagaimana penjelasan syaikh al-Albani dalam “Silsilatul ahaaditsish shahiihah” (no. 1589).

[10] HSR al-Bukhari (no. 6218) dan Muslim (no. 2296) dari sahabat ‘Uqbah bin ‘Amir.

[11] HSR al-Bukhari (no. 6643) dan Muslim (no. 2290) dari sahabat Sahl bin Sa’ad as-Saa’idi
.
[12] HSR Muslim (no. 400) dari sahabat Anas bin Malik.

[13] HSR Muslim (no. 2300) dari sahabat Abu Dzar al-Gifaari.

[14] HSR al-Bukhari (no. 6208) dari sahabat Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash.

[15] HSR Muslim (no. 2301) dari sahabat Tsauban.

[16] HSR al-Bukhari (no. 6208) dan Muslim (no. 2292) dari sahabat Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash.

[17] Lihat keterangan syaikh al-‘Utsaimin dalam ”Syarhul ‘aqiidatil waasithiyyah” (2/573).

[18] Lihat keterangan syaikh Shaleh Alu syaikh dalam ”Syarhul ‘aqiidatith Thahaawiyyah” (1/463).

[19] HSR Muslim (no. 2292) dari sahabat Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash.

[20] Lihat keterangan syaikh al-‘Utsaimin dalam ”Syarhul ‘aqiidatil waasithiyyah” (2/573).

[21] Riwayat imam al-Bukhari (no. 6211) dan Muslim (no. 2304) dari Anas bin Malik.

[22] Lihat keterangan syaikh Shaleh Alu syaikh dalam ”Syarhul ‘aqiidatith Thahaawiyyah” (1/468).

[23] Beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Barr An Namari Al Andalusi (wafat 463 H), syaikhul Islam dan imam besar ahlus Sunnah dari wilayah Magrib, penulis banyak kitab hadits dan fikih yang sangat bermanfaat. Biografi beliau dalam kitab “Tadzkiratul huffaazh” (3/1128).

[24] Kitab “Syarh Az Zarqaani ‘ala muwaththa-il imaami Maalik” (1/65).

[25] Lihat keterangan syaikh Shaleh Alu syaikh dalam ”Syarhul ‘aqiidatith Thahaawiyyah” (1/468).

[26] Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits shahih di atas

[27] Kitab “An Nihayah fiil fitani wal malaahim” (hal. 127).

[28] Kitab “Syarhul ‘aqiidatith thahaawiyyah” (hal. 229).

Tafsir Surah Al-Ahzab Ayat 51

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

ŰȘُ۱ْŰŹِي مَنْ ŰȘَŰŽَۧۥُ مِنْهُنَّ وَŰȘُŰ€ْوِي Ű„ِلَيْكَ مَنْ ŰȘَŰŽَۧۥُ وَمَنِ ْۧۚŰȘَŰșَيْŰȘَ مِمَّنْ ŰčَŰČَلْŰȘَ فَلَۧ ŰŹُنََۭۧ Űčَلَيْكَ ۰َلِكَ ŰŁَŰŻْنَى ŰŁَنْ ŰȘَقَ۱َّ ŰŁَŰčْيُنُهُنَّ وَلَۧ يَŰ­ْŰČَنَّ وَيَ۱ْ۶َيْنَ Űšِمَۧ ŰąŰȘَيْŰȘَهُنَّ كُلُّهُنَّ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ يَŰčْلَمُ مَۧ فِي قُلُÙˆŰšِكُمْ وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلِيمًۧ Ű­َلِيمًۧ (51) 

Maksudnya, "Kamu boleh menangguhkan menggauli siapa yang kamu kehendaki di antara mereka (isteri-isterimu) dan (boleh pula) menggauli siapa yang kamu kehendaki. Dan siapa-siapa yang kamu ingini untuk menggaulinya kembali dari perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk ketenangan hati mereka, dan mereka tidak merasa sedih, dan semuanya rela dengan apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun".(Surah Al-Ahzab (33) ayat 51)

Huraiannya :

Pada ayat ini Allah SWT memberi kebebasan kepada Nabi Muhammad untuk menangguhkan siapa di antara isteri-isterinya yang baginda kehendaki dan boleh pula menggauli siapa di antara mereka yang baginda kehendaki. Dan baginda diberi kebebasan pula untuk mengawini kembali isteri-isterinya yang telah dicerai mengingat kemaslahatan bagi dirinya dan masyarakatnya. 

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi Razin bahwa tatkala diturunkan ayat yang menyuruh isteri-isteri Nabi SAW untuk memilih antara tetap menjadi isteri Nabi SAW dengan keadaan sederhana tanpa kemewahan atau berpisah dari Nabi SAW kerana mengejar kesenangan hidup yang lebih sesuai dengan keinginan hawa nafsunya, maka timbullah rasa kekhawatiran pada isteri-isteri Nabi SAW itu dan mereka secara serentak menyatakan kerelaannya untuk tetap hidup bersama Nabi SAW dalam keadaan bagaimanapun juga kerana mereka lebih mengutamakan segi kehidupan agama dari pada kesenangan duniawi. Mereka berkata: "Ya Rasulullah, berikanlah kepada kami sebagian harta engkau dan kami serahkan diri kami kepada engkau, lakukanlah apa yang kamu kehendaki dan biarkanlah kami tetap seperti sediakala". (Jangan dicerai). 

Maka turunlah ayat ini. Lalu Nabi SAW menangguhkan menggauli beberapa isterinya seperti Ummu Habibah, Maimunah, Sa'adah, Sofiyah dan Juwariyah. Terhadap kelima isteri Nabi ini, Nabi SAW  tidak mengatur giliran bermalam secara teratur. Adapun terhadap isteri-isterinya yang empat orang lagi yaitu 'Aisyah, Hafsah, Zainab dan Ummu Salamah baginda mengatur giliran untuk bermalam, mempersamakan pembagian pakaian dan makanan. Dengan demikian maka pemberian yang hak kepada Nabi SAW tentang pergaulannya dengan isteri-isterinya, tidak lagi akan menimbulkan rasa cemburu dan sedih dalam hati mereka, dan menerima mereka dengan rela perlakuan Nabi SAW terhadap masing-masing mereka. 

Imam Ahmad  meriwayatkan dari Abdullah bin Yazid bahawa Aisyah pernah berkata: "Adalah kebiasaan Nabi SAW untuk membagi-bagi giliran di antara isteri-isterinya dengan adil, kemudian Nabi SAW berdoa : "Ya Allah inilah pembagian saya tentang apa yang saya kuasai". (Yaitu) soal pembagian benda materal, maka janganlah engkau mencerca aku tentang apa-apa yang engkau miliki dan tidak aku kuasai iaitu soal cinta". 

Hadis ini mengandung suatu anjuran supaya tetap memelihara kemurnian hati dan ancaman bagi mereka yang tidak berserah diri kepada ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui tentang segala rahasia yang tersimpan di dalam hati, lagi Maha Penyantun selalu memberi kesempatan untuk bertaubat bagi mereka yang telah menyadari akan kesesatannya dan ingin kembali ke jalan yang lurus.

Tafsir Surah Asy-Syuura Ayat 19.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

Ű§Ù„Ù„َّهُ لَŰ·ِيفٌ ŰšِŰčِŰšَۧۯِهِ يَ۱ْŰČُقُ مَنْ يَŰŽَۧۥُ وَهُوَ Ű§Ù„ْقَوِيُّ Ű§Ù„ْŰčَŰČِيŰČُ (19) 

Maksudnya, "Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
(Surah Asy- Syuura (42) ayat 19)

Huraiannya :

Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa Dia sendiri selalu berbuat baik kepada hamba-Nya, memberi mereka hal-hal yang bermanfaat, dan menjauhkan mereka dari bencana yang mengancam, menganugerahkan rezeki kepada hamba-Nya yang mukmin dan yang kafir tanpa mengadakan perbezaan di antara mereka, melapangkan dan menyempitkan rezeki kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya sebagai ujian bagi orang kaya dalam sikapnya terhadap orang fakir dan ujian bagi orang fakir dalam hubungannya dengan orang kaya agar supaya hubungan antara seorang dengan yang lain menjadi baik dan mereka saling memerlukannya sebagaimana firman Allah SWT: 

لِيَŰȘَّŰźِ۰َ ŰšَŰčْ۶ُهُمْ ŰšَŰčْ۶ًۧ ŰłُŰźْ۱ِيًّۧ 

Maksudnya, "Agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain". 
(Surah Az-Zukhruf ayat 32) 

Allah Maha Kuasa dan berbuat menurut kehendak-Nya, Maha Perkasa tidak seorang pun yang dapat mencegah dan menghalangi apa yang dikehendaki-Nya.



Thursday, February 6, 2014

Kesalahan-kesalahan Dalam Solat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Terdapat 10 Kesalahan Dalam Solat :

1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri.

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐï·Č di mulut, dan ïșƒï»›ïș’ïșź di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐï·Č ïșƒï»›ïș’ïșź . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Maksud hadis:
"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?" "Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟïșŽï»Œï»ąï»‹ï» ï»Žï»œï»ąï»­ïș­ïșŁï»€ïș”ﭐï·Č (assalaamu'alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ﻉ kepada ïșƒ, huruf ïșĄ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟïșŽï»Œï»ąï»‹ï» ï»Žï»œï»ąï»­ïș­ïșŁï»€ïș”ﭐï·Č , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kibla

Bacaan solat untuk wanita haruslah juga sampai kedengaran telinga...tetapi ketika berjemaah oleh wanita sahaja.

Apakah Fungsi Pakaian Menurut Syari’at Islam?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Apakah fungsi pakaian menurut Syari’at Islam?

Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran;

“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang” (an-Nahl, ayat 81).

يََۧۚنِي ŰĄَۧۯَمَ قَŰŻْ ŰŁَنْŰČَلْنَۧ Űčَلَيْكُمْ لِŰšَۧ۳ًۧ يُوَۧ۱ِي ŰłَوْŰąŰȘِكُمْ وَ۱ِÙŠŰŽًۧ وَلِŰšَۧ۳ُ Ű§Ù„ŰȘَّقْوَى ۰َلِكَ Űźَيْ۱ٌ ۰َلِكَ مِنْ ŰĄَŰ§ÙŠَۧŰȘِ Ű§Ù„Ù„َّهِ لَŰčَلَّهُمْ يَ۰َّكَّ۱ُونَ

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (al-A’raf:26).

Dalam ayat 26 dari surah al-A’raf di atas, ada tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah;
1. Pakaian untuk menutup aurat
2. Pakaian untuk perhiasan
3. Pakaian takwa

Menurut ulamak; “Ű§Ù„Ù„ŰšŰ§Űł” dalam ayat tersebut ialah pakaian untuk menutup aurat. Adapun “Ű§Ù„Ű±ÙŠŰŽ” ialah apa yang diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu “Ű§Ù„Ù„ŰšŰ§Űł”) adalah keperluan asas, sementara yang kedua adalah sampingan. Adapun pakaian takwa, menurut Ikrimah; maksudnya ialah pakaian orang-orang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu ‘Abbas pula; ia bermaksud amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam; ia adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya.[1]

Apakah syarat-syarat pakaian lelaki?

1. Hendaklah menutup kawasan aurat
2. Tidak jarang hingga menampakkan kulit tubuh (khususnya kawasan aurat)
3. Tidak sendat hingga menampakkan bentuk kawasan aurat
4. Tidak menyerupai pakaian perempuan
4. Tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan
6. Bukan pakaian syuhrah
7. Bukan diperbuat dari material yang diharamkan iaitu sutera.
8. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq.

Apakah syarat-syarat pakaian wanita? [2]

1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Apa dalil bahawa pakaian mesti menutup aurat?

Pertama, tujuan pakaian antaranya adalah untuk menutup aurat sebagaimana ayat di atas tadi.
Kedua, terdapat dalil yang cukup jelas dari al-Quran dan as-Sunnah yang memerintahkan orang-orang Islam supaya menutup aurat.
Ketiga, para ulamak telah sepakat atas kewajipan menutup aurat ini.
(*Kupasan tentang aurat akan kita lakukan dalam satu tajuk yang khusus, Insya Allah).

Apa dalil tidak harus memakai pakaian yang jarang atau sendat?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.;

Ű”ِنْفَŰ§Ù†ِ مِنْ ŰŁَهْلِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ لَمْ ŰŁَ۱َهُمَۧ، قَوْمٌ مَŰčَهُمْ Űłِيَۧ۷ٌ كَŰŁَ۰ْنَِۧۚ Ű§Ù„ْŰšَقَ۱ِ يَ۶ْ۱ِŰšُونَ Űšِهَۧ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ، وَنِŰłَۧۥٌ كَۧ۳ِيَۧŰȘٌ Űčَۧ۱ِيَۧŰȘٌ مَۧۊِÙ„Ű§َŰȘٌ مُمِÙŠÙ„Ű§َŰȘٌ، ۱ُŰ€ُŰłُهُنَّ كَŰŁَŰłْنِمَŰ©ِ Ű§Ù„ْŰšُŰźْŰȘِ Ű§Ù„ْمَۧۊِلَŰ©ِ، Ù„Ű§َ يَŰŻْŰźُلْنَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَÙ„Ű§َ يَŰŹِŰŻْنَ ۱ِÙŠŰ­َهَۧ، وَŰ„ِنَّ ۱ِÙŠŰ­َهَۧ لَŰȘُÙˆŰŹَŰŻُ مِنْ مَŰłِÙŠŰ±َŰ©ِ كَ۰َۧ وَكَ۰َۧ
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;[3]
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Apakah dalil tidak harus pakain lelaki menyerupai pakaian wanita dan sebaliknya? 

Kerana Rasulullah melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.;

لŰčن ۱َŰłُول Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّم Ű§Ù„Ù…ŰȘŰŽŰšÙ‡ÙŠÙ† من Ű§Ù„Ű±ŰŹŰ§Ù„ ŰšŰ§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰȘŰŽŰšÙ‡Ű§ŰȘ من Ű§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰĄ ŰšŰ§Ù„Ű±ŰŹŰ§Ù„
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Dan apa contohnya?

Iaitu setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk perempuan iaitu diketahui oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Contohnya; wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita.

Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi s.a.w. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya;

لَيَّŰ©ً Ù„Ű§ ليَّŰȘَيْنِ
“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).

Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.[4]

Apakah dalil pengharaman sutera ke atas lelaki?

Iaitulah sabda Rasulullah s.a.w.;

ۭ۱َّمَ Ù„ŰšŰ§Űłُ Ű§Ù„Ű­Ű±ÙŠŰ±ِ ÙˆŰ§Ù„Ű°َّÙ‡Űšُ Űčلى ۰ُÙƒÙˆŰ±ِ ŰŁÙ…َّŰȘي ÙˆŰŁŰ­Ù„َّ Ù„ŰŁÙ†Ű§Ű«Ù‡ِم
“Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan bagi wanita-wanita mereka”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Musa al-Asy’ari r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

Dalam hadis yang lain baginda bersabda;

من Ù„ŰšŰł Ű§Ù„Ű­Ű±ÙŠŰ± في Ű§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ لم ÙŠÙ„ŰšŰłÙ‡ في Ű§Ù„ŰąŰźŰ±Ű©
“Sesiapa memakai sutera di dunia, ia tidak akan dapat memakainya lagi di akhirat”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abi Umamah r.a.).

Adakah sutera tiruan juga dilarang?

Sutera yang diharamkan oleh hadis ialah sutera asli yang diperbuat dari benang dari ulat sutera. Itu yang dimaksudkan oleh hadis. Adapun sutera tiruan (yang dibuat dari bahan lain dari sutera asli itu iaitu benang dari ulat sutera) ia tidaklah termasuk dalam larangan hadis. Sesuatu yang tidak termasuk dalam larangan Syarak ia kekal dalam hukum asalnya iaitu harus.

Namun jika sifat kain sutera tiruan itu adalah terlalu lembut iaitu menyerupai kain wanita, sebaik-baiknya orang lelaki tidak memakainya kerana tidak bersesuaian dengan penampilan seorang lelaki.[5]

Apa dalil dilarang pakaian yang menyerupai orang kafir atau orang-orang fasiq?

Iaitu sabda Nabi s.a.w.;

من ŰȘŰŽŰšÙ‡ ŰšÙ‚ÙˆÙ… فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka ia dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).[6]

Bagaimana yang dikatakan meniru itu? Apa contohnya?

Setiap pakaian yang memberi gambaran kepada orang lain bahawa si pemakainya adalah kafir atau menunjukkan bahawa ia adalah fasiq (tidak menjaga agama, yakni suka melakukan maksiat), maka ia termasuk dalam pengertian meniru orang kafir atau golongan fasiq. Contohnya; memakai pakaian yang mempunyai lambing salib atau lambang-lambang agama lain. Saidina ‘Ali menceritakan; aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

Ű„ِيَّŰ§Ùƒُمْ وَلُŰšُÙˆŰł Ű§Ù„Ű±ُّهْŰšَŰ§Ù† ، فَŰ„ِنَّهُ مَنْ ŰȘَŰČَيَّۧ Űšِهِمْ ŰŁَوْ ŰȘَŰŽَŰšَّهَ فَلَيْŰłَ مِنِّي
“Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku” . (Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah La Ba’sa Bihi. Lihat; Fathul-Bari, bab al-Baranis).[7]

Apa dalil larangan berlebihan dan menzahirkan kesombongan dalam berpakaian?

Iaitu firman Allah;

وَلَۧ ŰȘُŰłْ۱ِفُÙˆŰ§ Ű„ِنَّهُ لَۧ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْمُŰłْ۱ِفِينَ
“…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan….”.

وَŰ§Ù„Ù„َّهُ لَۧ يُŰ­ِŰšُّ كُلَّ مُŰźْŰȘَŰ§Ù„ٍ فَŰźُÙˆŰ±ٍ
“Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. (al-Hadid: 23)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

من ۏ۱ Ű«ÙˆŰšÙ‡ ŰźÙŠÙ„Ű§ŰĄ لم ÙŠÙ†ŰžŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ يوم Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù…Ű©
“Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Apa maksud pakaian Syuhrah? Apa dalil larangan terhadapnya?

Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasan riyak dan nifak (berpura-pura). Dalil larangan pakaian Syuhrah ini ialah sabda Rasulullah;

مَنْ لَŰšِŰłَ Ű«َوْŰšَ ŰŽُهْ۱َŰ©ٍ فِي Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ، ŰŁَلْŰšَŰłَهُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű«َوْŰšَ مَ۰َلَّŰ©ٍ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ، Ű«ُمَّ ŰŁَلْهَŰšَ فِيهِ نَۧ۱ۧ
“Sesiapa memakai pakaian kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Ada seorang lelaki bertanya Ibnu ‘Umar r.a.; “Apakah pakaian yang baik untuk aku pakai?”. Jawab Ibnu ‘Umar; “Pakailah pakain yang sekira-kira kamu tidak akan diperlekehkan oleh orang-orang bodoh (as-sufaha’) (kerana buruknya pakain itu dan tidak ada nilai) dan tidak dikeji oleh orang-orang cerdik (hukama’) (kerana melampaui had kesederhanaan)”. (Riwayat Imam at-Thabrani).

Apakah dalil dilarang pakaian wanita mempunyai corak yang menarik perhatian lelaki?

Kerana ia termasuk di dalam pengertian tabarruj yang dilarang oleh al-Quran iaitu firman Allah;

وَقَ۱ْنَ فِي ŰšُيُوŰȘِكُنَّ وَلَۧ ŰȘَŰšَ۱َّŰŹْنَ ŰȘَŰšَ۱ُّŰŹَ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ Ű§Ù„ْŰŁُولَى
“dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Menurut ulamak; at-Tabarruj bermaksud seorang wanita mendedahkan perhiasannya atau kecantikannya yang mendorong syahwat lelaki.[8] Pengertian tabarruj bukan hanya khusus kepada mendedahkan aurat sahaja, tetapi merangkumi semua perlakuan untuk menarik perhatian lelaki termasuk stail berpakaian, cara berjalan, cara bercakap, solekan dan sebagainya.

Adakah pakaian kanak-kanak juga perlu mematuhi cirri-ciri pakaian di atas?

Ya. Hukum bagi kanak-kanak juga adalah serupa. Dilarang ibu-bapa atau penjaga memakaikan kepada anak lelaki pakaian untuk perempuan dan begitu juga diharamkan memakaikan kepada anak perempuan pakaian untuk lelaki. Diceritakan bahawa suatu hari Saidina Umar r.a. melihat anak lelaki Zubair dipakaikan kepadanya pakaian dari sutera. Lalu Umar mengoyaknya dan berkata; “Janganlah kamu memakaikan kepadanya pakaian dari sutera”. Begitu juga, Ibnu Mas’ud pernah mengoyak pakaian sutera yang dipakaikan kepada anak lelakinya.[9]

Dikecualikan dalam masalah aurat. Kanak-kanak yang belum baligh tidaklah dituntut menutup aurat sebagaimana tuntutan ke atas orang dewasa. Namun ibu-bapa wajib melatih anak-anak dengan adab-adab Islam (termasuk adab berpakaian menutup) untuk membiasakan mereka apabila baligh nanti.[10]

Adakah Islam melarang berpakaian cantik?

Islam mengharuskan memakai pakaian yang cantik dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan membazir dan jangan takbur atau bongkak.

Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Ù„Ű§ ÙŠŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű© من ÙƒŰ§Ù† في Ù‚Ù„ŰšÙ‡ Ù…Ű«Ù‚Ű§Ù„ ۭۚ۩ من ÙƒŰšŰ±
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu berkata seorang lelaki;
ŰŁÙ† Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ÙŠŰ­Űš ŰŁÙ† يكون Ű«ÙˆŰšÙ‡ Ű­ŰłÙ†Ű§ و نŰčله Ű­ŰłÙ†Ű§
“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur?”.

Lalu jawab baginda;
Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŹÙ…ÙŠÙ„ ÙŠŰ­Űš Ű§Ù„ŰŹÙ…Ű§Ù„ ، Ű§Ù„ÙƒŰšŰ± ۚ۷۱ Ű§Ù„Ű­Ù‚ و ŰșÙ…Ű· Ű§Ù„Ù†Ű§Űł
“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

Apa makna jilbab?

Di dalam al-Quran Allah memerintahkan wanita-wanita beriman memakai jilbab sebagaimana firmanNya;

يََۣۧيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ قُلْ لِŰŁَŰČْوَۧۏِكَ وَŰšَنَۧŰȘِكَ وَنِŰłَۧۥِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ يُŰŻْنِينَ Űčَلَيْهِنَّ مِنْ ŰŹَلَِۧۚÙŠŰšِهِنَّ ۰َلِكَ ŰŁَŰŻْنَى ŰŁَنْ يُŰčْ۱َفْنَ فَلَۧ يُŰ€ْ۰َيْنَ وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰșَفُÙˆŰ±ًۧ ۱َŰ­ِيمًۧ
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal[11], karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

Menurut Imam Abu Bakar ibnu al-‘Arabi; para ulama’ berikhtilaf dalam mentafsirkan jilbab. Namun lafaz-lafaz yang mereka gunakan hampir memberi pengertian yang serupa di mana asasnya ialah pakaian yang menutup/melitupi badan. Dengan pengertian ini, maka ayat di atas merupakan arahan kepada sekelian wanita Islam supaya menutup badan mereka. Jika digabungkan ayat di atas dengan ayat dari surah an-Nur (iaitu ayat 31), maka had yang mesti ditutup ialah dari hujung rambut hinggalah ke tapak kaki kecuali muka dan dua tangan. Di sisi sebahagian fuqaha’, dikecualikan juga dua kaki. Pakaian yang dipakai untuk menutup badan itu hendaklah tidak jarang hingga menampakkan bayangan kulit dan juga tidak ketat hingga mendedahkan bentuk tubuh….[12]

Adakah terdapat fesyen tertentu bagi pakaian dalam Islam?

Tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya.

Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi.[13]

Apa hukum memakai pakaian labuh hingga melebihi buku lali?

Ada perbezaan antara lelaki dan wanita. Bagi wanita, digalakkan ia melabuhkan pakaiannya hingga menutupi keseluruhan kaki. Diriwayatkan dari Sofiyyah binti Abi ‘Ubaid r.a. yang menceritakan; Ummu Salamah (salah seorang isteri Nabi s.a.w.) semasa Nabi menyebutkan tentang celaan terhadap orang yang melabuhkan kain sarungnya, beliau bertanya; “Bagaimana dengan kaum wanita wahai Rasulullah? (yakni adakah mereka juga turut dilarang melabuhkan pakaian)”. Baginda menjawab; “Labuhkan sejengkal sahaja”. Ummu Salamah bertanya lagi; “Bagaimana jika masih terdedah kaki mereka?”. Nabi menjawab; “Labuhkan sehasta sahaja. Jangan lebih dari itu”. (Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi).[14]

Adapun bagi lelaki, ada perbezaan pandangan di kalangan ulamak;[15]

1. Menurut segolongan ulamak; haram melabuhkan pakaian di bawah buku lali secara keseluruhannya. Pengharaman ini berdalilkan beberapa hadis antaranya sabda Nabi s.a.w.;

مَۧ ŰŁَŰłْفَلَ مِنْ Ű§Ù„ْكَŰčْŰšَيْنِ مِنْ Ű§Ù„ْŰ„ِŰČَۧ۱ِ فَفِي Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ
“Kain sarung yang di bawah dari dua buku lali adalah di dalam neraka” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).[16]

2. Menurut sebahagian ulamak yang lain; diharamkan jika ada niat berbangga-bangga atau menyombong diri. Jika tanpa niat tersebut, tidaklah haram. Ini kerana terdapat hadis yang mengaitkan pengharaman melabuhkan pakaian itu dengan niat tersebut. Antaranya sabda Nabi s.a.w.;
Ù„Ű§َ يَنْŰžُ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű„ِلَىَ مَنْ ŰŹَ۱َّ Ű«َوْŰšَهُ ŰźُيَÙ„Ű§َŰĄَ
“Allah tidak memandang[17] (yakni tidak akan memberi rahmatNya) kepada orang yang melabuhkan pakaiannya kerana menyombong (atau berbangga-bangga diri)”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Lebih jelas lagi, ada hadis menceritakan tatkala Nabi s.a.w. berkata “Sesiapa melabuhkan pakaiannya kerana menyombong diri, Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat”, Abu Bakar pun berkata kepada baginda; “Ya Rasulullah s.a.w., kain sarungku akan melabuh kecuali aku memegangnya”. Nabi berkata; “Engkau bukanlah dari golongan orang-orang yang melakukannya (yakni melabuhkan pakaian) kerana ingin menyombong”. (Riwayat Imam al-Bukhari, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Walaupun tidak haram, hukumnya adalah makruh. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim, tatkala menghuraikan hadis di atas beliau menyebutkan antaranya; “Tidak harus melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali jika dengan tujuan menyombong diri. Jika bukan dengan tujuan tersebut, hukumnya adalah makruh…Kadar yang disunatkan ialah hingga ke tengah betis. Jika dari tengah betis hingga ke buku lali (tanpa melepasinya), hukumnya adalah harus. Jika labuh hingga melepasi buku lali, hukumnya adalah makruh kecuali ada niat menyombong diri, maka hukumnya adalah haram”.[18]

Adakah disunatkan membaca doa ketika memakai pakaian?

Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila memakai pakaian baru, baginda akan menyebut nama pakaian baru itu sama ada serban, baju atau selendangnya, kemudian baginda membaca;

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ لَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ ŰŁَنْŰȘَ كَŰłَوْŰȘَنـِيْهِ ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Űźَيْ۱َهُ وَŰźَيْ۱َ مَۧ Ű”ُنـِŰčَ لَهُ وَŰŁَŰčُوْ۰ُ ŰšÙ€ِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّهِ وَŰŽَ۱ِّ مَۧ Ű”ُنِŰčَ لَهُ
Maksudnya; “Ya Allah! Untukmu segala pujian. Engkaulah yang memakaikanku pakaian ini. Aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan tujuan ia dibuat. Aku berlindung dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan tujuan ia dibuat”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini adalah hasan).

Adakah harus wanita memakai seluar?

Harus dengan syarat-syarat berikut;[19]

1. Seluar itu dibuat khusus untuk wanita. Tidak harus ia memakai seluar lelaki kerana diharamkan wanita menyerupai lelaki.
2. Ia memakainya di bahagian dalam, yakni dilitupi oleh pakaian lain yang tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
3. Jika tidak dilitupi dengan pakaian luar, tidak harus ia memakainya kecuali di hadapan suami atau mahramnya atau di hadapan wanita lain. Adapun di hadapan lelaki-lelaki ajnabi, tidak harus ia memakainya kerana pemakaian seluar sahaja (tanpa pakaian luar) menampakkan bentuk tubuh.

Digalakkan wanita memakai seluar di bahagian dalamnya (yakni di samping pakaian luar) kerana ia lebih menjaga aurat.[20]

Adakah Syarak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita?

Syarak tidak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita, begitu juga bagi pakaian lelaki. Namun hendaklah pakaian wanita tidak terlalu terang warnanya hingga menarik perhatian lelaki atau mempunyai corak yang boleh membangkitkan ghairah atau mencuri pandangan lelaki kepadanya. Kerana itu, para ulamak menyukai jika wanita memakai pakaian berwarna gelap kerana ia kurang menarik perhatian berbanding warna lain.[21]

Apakah warna yang paling baik bagi pakaian lelaki?

Warna putih. Dari Samurah bin Jundab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (Sunan at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad)

Hadis di atas menunjukkan keutamaan pakaian putih dari pakaian-pakaian berwarna lain. Disunatkan memakai pakaian berwarna putih dan mengkafankan jenazah dengan kain yang berwarna putih. Begitu juga, pakaian putih adalah paling baik dipakai untuk menghadiri solat Jumaat, solat Jamaah, bertemu ulamak atau pembesar.[22]

Adakah harus memakai pakaian berwarna lain dari putih?

Ya, Harus. Walaupun Nabi s.a.w. menyukai warna putih, namun dalam pemakaian baginda sendiri tidaklah baginda hanya memakai pakaian berwarna putih sahaja. Baginda juga memakai pakaian berwarna lain dari putih. Perhatikan hadis-hadis berikut;

1. Aisyah r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. keluar pada suatu pagi dengan memakai kain yang diperbuat dari bulu hitam”. (Riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan Abu Daud)

2. Qailah binti Makhramah r.a. menceritakan; “Aku melihat Nabi s.a.w. dan pada badan baginda terdapat dua kain sarung yang telah lusuh (buruk) yang dicelup dengan za’faran, namun warna za’faran itu telah pun pudar”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

3. Abi Rimsah menceritakan; “Aku melihat Nabi s.a.w. dan baginda memakai dua kain burdah berwarna hijau”. (Sunan an-Nasai, Abu Daud, Musnad Ahmad)

4. ‘Aun bin Abi Juhaifa’ meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakai kain/pakaian berwarna merah dan aku lihat seolah-olah (putih) bercahaya dua betis baginda”. Berkata Sufyan (yang merupakan antara perawi hadis ini); “Kami berpandangan kain yang dimaksudkan itu ialah Hibarah”. (Riwayat at-Tirmizi, Imam Ahmad dan Imam at-Thabrani)

5. Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. menceritakan; “Aku tidak pernah melihat seorang pun dari manusia yang lebih kacak dengan pakaiannya berwarna merah dari Rasulullah. Rambut baginda panjangnya hampir mencecah dua bahunya”. (Sunan an-Nasai, Soheh Muslim, Musnad Ahmad)

Nota Hujung;

[1] Tafsir al-Jalalain dan Tafsir Ibnu Kathir.
[2] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 161-162.
[3] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 127.
[4] Lihat; ulasan Imam Abu Daud dalam Sunannya (Kitab al-Libas, Bab Fi al-Ikhtimar). Lihat juga; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 186).
[5] Fatwa Syeikh al-Munajjid (http://www.islam-qa.com/ar/ref/30812/Ű§Ù„Ű”Ù†Ű§Űčي).
[6] Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104.
[7] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 183.
[8] Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani.
[9] Tasyabbuh Yang Dilarang di Dalam Fiqh Islam, Jamil bin Habib al-Luwaihiq, hlm. 138-139.
[10] Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 748.
[11] Yakni mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita merdeka, bukan hamba. Atau mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita Islam, bukan wanita kafir. (Lihat as-Asas fi at-Tafasir).
[12] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).
[13] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).
[14] Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 7/11.
[15] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 170-173.
[16] Maksud hadis ialah; kawasan kaki yang dikenai oleh kain sarung yang dilabuhkan melepasi dua buku lali, kawasan itu akan diazab di dalam neraka sebagai balasan kepada pemakainya (ulasan Imam al-Khattabi. Lihat; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 170).
[17] Yakni Allah tidak akan merahmatinya atau tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat (Lihat; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 169).
[18] Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah.
[19] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 130 dan 187. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 750.
[20] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 201.
[21] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 126. Fatwa Syeikh al-Munajjid (baca di; http://www.islam-qa.com/ar/ref/898).
[22] Raudhatul-Muttaqien, 2/314.

(Di ambil daripada tulisan USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)