skip to main |
skip to sidebar
Apa itu Bai`ah ?
Pengenalan Rukun Bai'ah .
Tajuk : Pengenalan Konsep Bai`ah :
Arkanul Bai`ah Muqaddimah Bai`ah adalah satu istilah yang diambil daripada perkataan jual beli,yang berhajat kepada syarat-syarat dan rukun-rukunya. Pengertian bai`ah adalah satu perjanjian dengan memberi sepenuh keta`atan dan kesetiaan kepada jemaah Islam meskipun ianya menghabiskan harta-benda, dan membebankan atau mengorbankan jiwa dan tenaganya selama mana perjanjian itu berada di dalam keredhaan Allah SWT.
Dan pada masa yang sama di beri ganjaran yang istimewa oleh Rabbul Jalil.
Firman Allah SWT :
{Ùۧ ŰŁÙÙۧ ۧÙ۰ÙÙ ŰąÙ
ÙÙۧ ŰŁŰ·ÙŰčÙۧ ۧÙÙÙ ÙŰŁŰ·ÙŰčÙۧ ۧÙ۱۳ÙÙ ÙŰŁÙÙÙ Ű§ÙŰŁÙ
۱ Ù
ÙÙÙ
}
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah Rasulnya dan Ulil amri di kalangan kamu." (Surah an-Nisaa' ayat 59)
Dan Firman Allah s.w.t lagi :
{Ű„Ù Ű§ÙÙÙ Ű§ŰŽŰȘŰ±Ù Ù
Ù Ű§ÙÙ
Ű€Ù
ÙÙÙ ŰŁÙÙŰłÙÙ
ÙŰŁÙ
ÙۧÙÙÙ
ŰšŰŁÙ ÙÙÙ
ۧÙŰŹÙŰ© ÙÙۧŰȘÙÙÙ ÙÙ ŰłŰšÙÙ Ű§ÙÙÙ ÙÙÙŰȘÙÙÙ ÙÙÙŰȘÙÙÙ، ÙŰčۯۧ ŰčÙÙÙ ŰÙۧ ÙÙ Ű§ÙŰȘÙ۱ۧ۩ ÙۧÙŰ„ÙŰŹÙÙ ÙۧÙÙ۱۹Ù،ÙÙ
Ù ŰŁÙÙÙ ŰšŰčÙŰŻÙ Ù
Ù Ű§ÙÙÙ Ùۧ۳ŰȘۚێ۱Ùۧ ۚۚÙŰčÙÙ
ۧÙŰ°Ù ŰšŰ§ÙŰčŰȘÙ
ŰšÙ،Ù۰ÙÙ ÙÙ Ű§ÙÙÙŰČ Ű§ÙŰčŰžÙÙ
.}
Maksudnya: "Sesengguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,jiwa raga,harta benda mereka dengan gentian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang palig besar." (Surah at-Taubah ayat 111)
Sejarah Pensyariatan Bai`ah
Firman Allah SWT :
ÙÙŰŻ Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙ ŰčÙ Ű§ÙÙ
Ű€Ù
ÙŰšÙ Ű„Ű° ÙۚۧÙŰčÙÙ ŰȘŰŰȘ ۧÙێۏ۱۩ ÙŰčÙÙ
Ù
ۧ ÙÙ ÙÙÙŰšÙÙ
ÙŰŁÙŰČÙ Ű§ÙÙÙ Ű§ÙŰłÙÙÙŰ© ŰčÙÙÙÙ
Ùۣ۫ۧۚÙÙ
ÙŰȘŰۧ Ù۱Ùۚۧ، ÙÙ
ŰșۧÙÙ
ÙŰ«Ù۱۩ Ùۣ۟۰ÙÙÙۧ، ÙÙŰ§Ù Ű§ÙÙÙ ŰčŰČÙŰČۧ ŰÙÙÙ
ۧ
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memeri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir." (Surah al-Fath ayat 18)
Hakikat Bai`ah .
Bai`ah pada hakikatnya adalah dengan Allah SWT t tanpa mempersia-siakan dan membatalkan salah satu daripada rukun-rukun bai`ah.
Firman Allah SWT :
}Ű„Ù Ű§Ù۰ÙÙ ÙۚۧÙŰčÙÙ Ű§ÙÙÙ ÙŰŻ ۧÙÙÙ ÙÙÙ ŰŁÙŰŻÙÙÙ
، ÙÙ
Ù ÙÙŰ« ÙŰ„ÙÙ
ۧ ÙÙÙŰ« ŰčÙÙ ÙÙŰłÙ، ÙÙ
Ù ŰŁÙÙÙ ŰšÙ
ۧ ŰčۧÙŰŻ ŰčÙÙÙ Ű§ÙÙÙ ÙŰłÙŰ€ŰȘÙÙ ŰŁŰŹŰ±Ű§ ŰčŰžÙÙ
ۧ {
Maksudnya : "Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar. " (Surah al-Fath ayat 10)
Tujuan Dan Kepentingan Bai`ah .
Petikan daripada ayat-ayat di atas, Allah SWT telah menerangkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman bahawasanya dialah Allah SWT yang membeli dan orang-orang beriman itu sebagai penjualnya dan bayarannya adalah syurga di akhirat kelak. Dan apabila selesainya bai`ah diantara seseorang mukmin dan Allah SWT maka tiadalah harta dan jiwa raganya itu menjadi halangan untuk berjihad dijalan Allah SWT , bagi menegakkan kalimatullah :
ÙŰ„ŰčÙۧۥ ÙÙÙ
Ű© ۧÙÙÙ ÙÙ Ű§ÙŰčÙÙۧ dan ÙÙÙÙÙÙ Ű§ÙŰŻÙÙ ÙÙÙ ÙÙÙ .
Daripada konsep bai`ah inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan semula kemulian dan kedaulatan Islam yang telah lama dihapuskan oleh golongan kuffar yang ingin melihat Islam itu hanya berkisar pada ibadat semata-mata.
Bai`ah Dalam Jema`ah :
Bai`ah dalam jemaah iaitu di atas jihad pada jalan Allah SWT untuk menegakkan kalimah Allah SWT dengan diperolehi ganjaran syurga daripada Allah SWT pada hari pertemuan nanti berserta kelebihan-kelebihan dan rahmat-rahmatnya.
Rujukan:
1- Fahmu Usulul Islam (Dr. Ali Abd Halim Mahmud)
2- Fiqh Da`wah (Mustaffa Masyhur)
3- Buku huraian Arkanul Bai`ah
Telah dinukilkan oleh Imam Ibnu Katsir di dalam kitab tafsirnya, Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim, tentang pendapat Imam Al-Syafi’i berkenaan dengan tidak sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Nukilan ini seterusnya menjadi sesuatu yang masyhur dari kalangan para ulama mazhab Syafi’i.
Kelihatan pendapat Imam Al-Syafi’i yang dinukilkan itu sempat mencetuskan kontroversi yang berpanjangan. Senario ini mengundang persoalan sama ada membaca Al-Qur’an di perkuburan lalu menyampaikan pahala bacaan tadi kepada si mati termasuk sesuatu yang bid’ah atau sunnah.
Ibnu Katsir telah berkata di dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim:
{ ÙَŰŁَÙْ ÙَÙْŰłَ ÙِÙŰ„ÙْŰłَۧÙِ Ű„ِÙۧ Ù
َۧ ŰłَŰčَÙ } ŰŁÙ: ÙÙ
ۧ Ùۧ ÙŰÙ
Ù ŰčÙÙÙ ÙŰČ۱ ŰșÙ۱Ù، Ù۰ÙÙ Ùۧ ÙŰŰ”Ù Ù
Ù Ű§Ùۣۏ۱ Ű„Ùۧ Ù
ۧ Ù۳ۚ ÙÙ ÙÙÙŰłÙ. ÙÙ
Ù ÙÙŰ°Ù Ű§ÙŰąÙŰ© ۧÙÙ۱ÙÙ
Ű© ۧ۳ŰȘÙۚ۷ ۧÙێۧÙŰčÙ، ۱ŰÙ
Ù Ű§ÙÙÙ، ÙÙ
Ù Ű§ŰȘŰšŰčÙ ŰŁÙ Ű§ÙÙ۱ۧۥ۩ Ùۧ ÙŰ”Ù Ű„Ùۯۧۥ Ű«ÙۧۚÙۧ Ű„ÙÙ Ű§ÙÙ
ÙŰȘÙ؛ ÙŰŁÙÙ ÙÙŰł Ù
Ù ŰčÙ
ÙÙÙ
ÙÙۧ Ù۳ۚÙÙ
؛ ÙÙÙ۰ۧ ÙÙ
ÙÙŰŻŰš Ű„ÙÙÙ Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
ŰŁÙ
ŰȘÙ ÙÙۧ ŰŰ«ÙÙ
ŰčÙÙÙ، ÙÙۧ ۣ۱ێۯÙÙ
Ű„ÙÙÙ ŰšÙŰ” ÙÙۧ Ű„ÙÙ
ۧۥ، ÙÙÙ
ÙÙÙÙ Ű°ÙÙ ŰčÙ ŰŁŰŰŻ Ù
Ù Ű§ÙŰ”Űۧۚ۩، Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ
، ÙÙÙ ÙŰ§Ù ŰźÙ۱ۧ Ù۳ۚÙÙÙۧ Ű„ÙÙÙ، Ùۚۧۚ ۧÙÙ۱ۚۧŰȘ ÙÙŰȘ۔۱ ÙÙÙ ŰčÙÙ Ű§ÙÙŰ”ÙŰ”، ÙÙۧ ÙŰȘŰ”Ű±Ù ÙÙÙ ŰšŰŁÙÙۧŰč ۧÙŰŁÙÙ۳۩ ÙۧÙ۹۱ۧۥ، ÙŰŁÙ
ۧ ۧÙŰŻŰčۧۥ ÙۧÙ۔ۯÙŰ© ÙŰ°Ű§Ù Ù
ŰŹÙ
Űč ŰčÙÙ ÙŰ”ÙÙÙÙ
ۧ، ÙÙ
ÙŰ”ÙŰ” Ù
Ù Ű§Ùێۧ۱Űč ŰčÙÙÙÙ
ۧ. ÙŰŁÙ
ۧ ۧÙŰŰŻÙŰ« ۧÙŰ°Ù Ű±ÙŰ§Ù Ù
ŰłÙÙ
ÙÙ Ű”ŰÙŰÙ، ŰčÙ ŰŁŰšÙ Ù۱Ù۱۩ ÙۧÙ: ÙŰ§Ù Ű±ŰłÙÙ Ű§ÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
: "ۄ۰ۧ Ù
ۧŰȘ ۧÙŰ„ÙŰłŰ§Ù Ű§ÙÙŰ·Űč ŰčÙ
ÙÙ Ű„Ùۧ Ù
Ù Ű«Ùۧ۫: Ù
Ù ÙÙŰŻ ۔ۧÙŰ ÙŰŻŰčÙ ÙÙ، ŰŁÙ Ű”ŰŻÙŰ© ۏۧ۱ÙŰ© Ù
Ù ŰšŰčŰŻÙ، ŰŁÙ ŰčÙÙ
ÙÙŰȘÙŰč ŰšÙ"
Ertinya: [“Dan sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”]
Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i rhm berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya. Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat. Demikian juga tidak pernah diriwayatkan bahawa para sahabat melakukan hal yang demikian. Kalau perbuatan tersebut merupakan kebaikan pasti mereka telah mendahului dalam melakukannya.
Oleh kerana perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (termasuk membaca Al-Qur’an kepada si mati) mesti didasari oleh nas-nas agama, bukan dengan analogi dan fikiran (pendapat) orang. Adapun untuk doa dan sedekah ulama sepakat bahawa keduanya boleh sampai kepada si mati, di samping ada nas syarak mendasari hal tersebut. Dan hadis tentang itu diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.” (Hadis Riwaya Muslim)
Para ulama telah menganalisis pendapat Imam Al-Syafi’i yang telah dinukil oleh Imam Ibnu Katsir ini. Lalu, mereka memberikan pelbagai macam komentar.
ANALISA PERTAMA: ANALISIS TERHADAP SURAH AN-NAJM AYAT 39
ÙَŰŁَÙْ ÙَÙْŰłَ ÙِÙŰ„ÙْŰłَۧÙِ Ű„ِÙۧ Ù
َۧ ŰłَŰčَÙ
Maksudnya, “Dan sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm ayat 39)
Sebenarnya ayat ini mempunyai pelbagai tafsiran oleh para ulama. Berikut antara komentar ulama tentang ayat tersebut:
1. Ayat ini telah dimansukhkan oleh Surah At-Thur ayat 21. Demikian pendapat Ibnu Abbas yang direkodkan oleh Imam Jalaluddin Al-Suyuti di dalam kitab tafsirnya, Al-Durr Al-Mantsur.
2. Ayat ini telah dikhususkan.
3. Ayat ini bercerita tentang syariat umat terdahulu.
4. Ayat ini dikhususkan kepada orang kafir, bukan orang mukmin.
5. Ayat ini dikhususkan kepada orang yang hidup (insan), bukan yang telah mati.
Setelah Sheikh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah cuba menyebutkan pendapat para ulama lain di dalam kitabnya Al-Ruh tentang penafsiran ayat ini lalu beliau melemahkan semua pendapat yang telah disenaraikan. Ini kerana beliau mempunyai pendapat tersendiri yang amat rapat dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan gurunya Sheikh Ibnu Taimiyyah.
Menurut Sheikh Ibnul Qayyim, surah an-Najm ayat 39 itu menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan memberikan balasan pahala melainkan dengan amal dan usahanya sendiri. Sekaligus membuktikan keadilan Allah SWT.
Sungguhpun begitu, Sheikh Ibnul Qoyyim berpendapat bahawa boleh menghadiahkan pahala kepada si mati. Ini akan diberitahu nanti.
ANALISA KEDUA: ANALISIS PENDAPAT IMAM AL-SYAFI’I
“Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i rhm berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.”
Sheikh Ibnul Qoyyim telahpun memberikan jawapan tentang hal ini di dalam kitabnya Al-Ruh. Demikianlah kata-kata dan pendapatnya:
Ùۣ۟ۚ۱ ŰȘŰčۧÙÙ ŰŁÙÙ Ùۧ ÙÙ
ÙÙ Ű„Ùۧ ŰłŰčÙÙ
“Allah SWT memberitahu bahawa seseorang itu tiada memiliki sesuatu kecuali dari hasil usahanya sendiri.”
Kemudian Sheikh Ibnul Qoyyim melanjutkan pembicaraannya:
ÙŰŁÙ
ۧ ŰłŰčÙ ŰșÙŰ±Ù ÙÙÙ Ù
ÙÙ Ù۳ۧŰčÙÙ ÙŰ„Ù ŰŽŰ§ŰĄ ŰŁÙ Ùۚ۰ÙÙ ÙŰșÙŰ±Ù ÙŰ„Ù ŰŽŰ§ŰĄ ŰŁÙ ÙŰšÙÙÙ ÙÙÙŰłÙ ÙÙÙ ŰłŰšŰۧÙÙ ÙÙ
ÙÙÙ Ùۧ ÙÙŰȘÙŰč Ű„Ùۧ ŰšÙ
ۧ ŰłŰčÙ ÙÙŰ§Ù ŰŽÙŰźÙۧ ÙŰźŰȘۧ۱ ÙŰ°Ù Ű§Ù۷۱ÙÙŰ© ÙÙ۱ۏŰÙۧ.
“Adapun usaha orang lain, maka itu hak orang yang mengerjakannya. Jika dia suka hendak memberikannya kepada orang lain terserah kepadanya sendiri, kalau tidak maka hak itu adalah kepunyaannya sendiri yang disimpannya untuk dirinya sendiri. Allah Ta'ala tiada mengatakan tidak boleh dimanfaatkan kecuali apa yang diusahakannya semata. Dan tuan guru kami yakni Ibnu Taimiyah, telah memilih cara ini dan memberatkannya (menguatkannya).”
Lihatlah jawapan Ibnul Qoyyim ini! Bukankah ianya benar? Cubalah anda memahami dengan baik akan surah an-Najm ayat 39 dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan disertai penjelasan Imam Ibnul Qoyyim. Anda dapat lihat bahawa kata-kata Imam Al-Syafi’i tadi “…
tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.”
Telah dijawab oleh Ibnul Qoyyim bahawa memang itu bukan usaha orang yang telah mati, sebab itu tidak sampai. Tetapi, pahala bacaan al-Qur’an tadi kepunyaan pembuat amal yang masih hidup, dan pembuat amal berhak untuk memberikan pahala tersebut kepada orang yang telah mati.
Adakah secara mutlak bacaan al-Quran tidak sampai pahalanya jika di sedekahkan kepada arwah di alam barzakh? Terdapat beberapa pendapat pahala bacaan al-Qur’an boleh sampai kepada orang yang telah mati padahal al-Qur’an menyebutkan bahawa seseorang tidak akan memperoleh melainkan atas usahanya sendiri?
Berikut ini adalah huraiannya:
“Kita kena faham bahawa ayat Al-Qur’an merupakan sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang PASTI. Memang merupakan sesuatu yang PASTI bahawa kita akan mendapat kebaikan atas usaha atau amalan kita sendiri. Adapun hadiah pahala daripada orang lain adalah bentuk yang TIDAK PASTI, dan kita tidak tahu sama ada orang lain akan memberikan pahalanya kepada kita ataupun tidak. Kita tidak tahu, mungkin sahaja setelah kematian kita nanti, kita menyangka ada orang ingin hadiahkan pahalanya kepada kita padahal realitinya belum tentu dan ianya merupakan BENTUK YANG TIDAK PASTI. Jadi, adakah kita perlu mengharapkan sesuatu yang BELUM PASTI? Maka, oleh sebab itu kita perlu memperbanyakkan amal sendiri dan tidak bergantung atau terlalu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini kerana apabila kita sendiri beramal, maka kita memperoleh sesuatu balasan amal yang PASTI. Nah, oleh sebab itu Al-Qur’an hanya menyebutkan sesuatu yang PASTI. Supaya kita memperbanyakkan amal sendiri ketika hidup di dunia ini. Sungguhpun begitu, jika memang ada orang lain menghadiahkan pahalanya kepada kita, maka kita akan memperoleh hadiah pahala itu. Wallahu a’lam bis shawab”.
ANALISA KETIGA
“Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat.”
Maksud pernyataan di atas ialah Rasulullah SAW tidak menganjurkan membaca al-Qur’an kepada orang yang telah mati. Dan tiada dalil yang menunjukkan bahawa dianjurkan membaca Al-Qur’an kepada orang yang telah mati.
Para ulama telah berusaha menjawab tentang hal ini dengan dalil-dalil yang baik. Namun, dalil ini telah mendapat kritikan daripada sebahagian pihak, tetapi disokong oleh sebahagian pihak yang lain. Maka, dalam hal ini sikap berlapang dada patut diutamakan.
ÙَŰčَÙْ Ù
َŰčْÙِÙِ ŰšْÙِ ÙَŰłَۧ۱ٍ ŰŁَÙَّ ۧÙÙَّŰšِÙَّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙُ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ ÙَۧÙَ : ( ۧÙْ۱َŰĄُÙۧ ŰčَÙَÙ Ù
َÙْŰȘَۧÙُÙ
ْ ÙŰł ).
Maksudnya, "Daripada Ma’qil bin Yasar bahawasanya Nabi SAW bersabda: Bacakanlah ke atas orang yang telah meninggal dunia surah Yasin!"
(Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)
Hadis ini telah dinilai Daif oleh Imam Ad-Daruqutni. Namun, Imam Abu Daud tidak menilainya Daif. Dan ianya telah dinilai Sahih oleh Imam Ibnu Hibban. Berkata sebahagian ulama bahawa hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan membaca Surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, bukan kepada orang yang telah mati.
Tentang masalah itu telah dijawab oleh Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa’di di dalam kitabnya, Al-Bid’ah fi al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq:
“Lafaz mayyit disebut secara hakikat ke atas seorang yang telah keluar rohnya daripada jasad. Dan digunakan secara majaz ke atas orang yang sedang nazak. Ini bererti dia masih lagi hidup dan bukannya telah mati. Kalau dilihat di dalam Kaedah Usuliyyah, diharuskan menggunakan satu lafaz secara hakikat atau majaz, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya digunakan mawtakum ke atas seorang yang sedang nazak dan seorang yang telah mati dengan sebenarnya, kerana pahala bacaan tetap sampai kepadanya dan dia merasa senang sebagaimana seorang yang nazak merasa senang terhadap bacaan surah tersebut. Mereka menafsirkannya kepada makna majaz semata-mata kerana mengkiaskannya dengan hadis Rasulullah SAW yang lain:
"Ajarkanlah orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah La ilaha illallah."
Yang dimaksudkan dengan mawtakum di sini ialah mereka yang hampir mati, bukannya seorang yang benar-benar telah mati. Dijawab ke atas hujah di atas: Perkataan yang bererti: Ajarkanlah(ÙÙÙÙۧ) , sudah cukup menjadi bukti yang mengubahnya daripada hakikat ke majaz, kerana apabila diminta ‘Ajarkan’ supaya seorang yang hampir mati itu dapat mengucapkannya sebelum rohnya keluar, bukan selepas keluar roh. Lebih-lebih lagi terdapat sebuah hadis lain yang menyatakan maksudnya "Sesiapa yang perkataannya di dunia diakhiri dengan kalimah La ilaha illallah, nescaya akan masuk syurga".
Di atas dasar ini tidak ada faedah diajarkannya selepas keluar roh atau selepas kematiannya. Manakala hadis Yasin menggunakan lafaz yang bererti: Bacakanlah ( ۧÙْ۱َŰĄُÙۧ) ia! Perkataan ini sesuai untuk seorang yang hampir mati dan seorang yang telah mati, kerana kedua-duanya merasa senang dengan surah tersebut, di samping pahalanya tetap sampai sekiranya dia telah mati. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Muhib At-Tabari dan lain-lain.”
Sebenarnya terdapat hadis lain yang menyokong hadis tadi iaitu:
ÙِÙ
َۧ ۱َÙَÙ ŰŁَÙَŰłٌ Ù
َ۱ْÙُÙŰčًۧ ÙَۧÙَ: Ù
َÙْ ŰŻَŰźَÙَ ۧÙْÙ
َÙَِۧۚ۱َ ÙَÙَ۱َŰŁَ ÙِÙÙَۧ ÙŰł ŰźُÙِّÙَ ŰčَÙْÙُÙ
ْ ÙَÙْÙ
َŰŠِ۰ٍ ÙَÙَۧÙَ ÙَÙُ ŰšِŰčَŰŻَŰŻِÙِÙ
ْ ŰَŰłَÙَۧŰȘٌ
Maksudnya, "Daripada Anas r.a. secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca surah Yasin, nescaya diringankan azab daripada mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan diberikan kebaikan yang banyak mengikut bilangan ahli kubur kepada si pembaca tadi. (Diriwayatkan oleh Sohibul Khilal dengan sanad beliau, telah disebutkan demikian itu oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni juga disebutkan oleh pengarang kitab Tuhfatul Al-Ahwazi. Menurut Dr. Ali Jum'ah dengan hadis inilah Imam Hanbali berhujah).
Hadis lain:
ŰčَÙْ ŰčَÙِÙٍّ Ù
َ۱ْÙُÙŰčًۧ { Ù
َÙْ Ù
َ۱َّ ŰčَÙَÙ Ű§ÙْÙ
َÙَِۧۚ۱ِ ÙَÙَ۱َŰŁَ ÙُÙْ ÙُÙَ ۧÙÙَّÙُ ŰŁَŰَŰŻٌ Ű„ŰْŰŻَÙ ŰčَŰŽْ۱َŰ©َ Ù
َ۱َّŰ©ً ، Ű«ُÙ
َّ ÙَÙَŰšَ ŰŁَŰŹْ۱َÙُ ÙِÙْŰŁَÙ
ْÙَۧŰȘِ ؛ ŰŁُŰčْŰ·ِÙ Ù
ِÙْ ۧÙْŰŁَŰŹْ۱ِ ŰšِŰčَŰŻَŰŻِ ۧÙْŰŁَÙ
ْÙَۧŰȘِ }
Maksudnya, "Daripada Ali RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan, kemudian ia membaca Surah al-Ikhlas 11 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada para penghuni kubur, ia sendiri akan memperoleh sebanyak yang diperoleh semua penghuni kubur itu.
(Diriwayatkan oleh Ar-Rafi’i dan As-Samarqandi. Juga disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Qurtubi)
Hadis lain:
ÙَŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ©َ ÙَۧÙَ : ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙ Ű§ÙÙَّÙِ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙَّÙُ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙَّÙ
َ : { Ù
َÙْ ŰŻَŰźَÙَ ۧÙْÙ
َÙَِۧۚ۱َ Ű«ُÙ
َّ Ùَ۱َŰŁَ ÙَۧŰȘِŰَŰ©َ ۧÙْÙِŰȘَِۧۚ ، ÙَÙُÙْ ÙُÙَ ۧÙÙَّÙُ ŰŁَŰَŰŻٌ ، ÙَŰŁَÙْÙَۧÙُÙ
ْ ۧÙŰȘَّÙَُۧ۫۱ُ ، Ű«ُÙ
َّ ÙَۧÙَ : Ű„ÙِّÙ ŰŹَŰčَÙْŰȘُ Ű«َÙََۧۚ Ù
َۧ Ùَ۱َŰŁْŰȘُ Ù
ِÙْ ÙَÙَۧÙ
ِÙَ ÙِŰŁَÙْÙِ ۧÙْÙ
َÙَِۧۚ۱ِ Ù
ِÙْ ۧÙْÙ
ُŰ€ْÙ
ِÙِÙÙَ ÙَۧÙْÙ
ُŰ€ْÙ
ِÙَۧŰȘِ ؛ ÙَۧÙُÙۧ ŰŽُÙَŰčَۧۥَ ÙَÙُ Ű„ÙَÙ Ű§ÙÙَّÙِ ŰȘَŰčَۧÙَÙ }
Maksudnya, "Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan kemudian ia membaca Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan At-Takatsur, lalu berdoa: Ya Allah, ku hadiahkan pahala bacaan firman-Mu ini kepada ahli kubur yang terdiri dari kalangan Mukminin dan Mukminat. Maka mereka akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat. (Mathalib Syarh Ghoyatul Muntaha)
Berkata Sheikh AlHamid AlHusaini:
“Hadis-hadis tersebut di atas dijadikan dalil yang kuat oleh para ulama”
Pertanyaannya: “Mungkinkah Imam Al-Syafi’i belum sempat bertemu dengan hadis-hadis ini?” Wallahu a'lam, Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Ayuh, kita lanjutkan kepada analisis seterusnya!
ANALISA KEMPAT
“Demikian juga tidak pernah diriwayatkan bahawa para sahabat melakukan hal yang demikian. Kalau perbuatan tersebut merupakan kebaikan pasti mereka telah mendahului dalam melakukannya.”
Sebenarnya pernyataan ini telah dijawab oleh para ulama dengan bersandarkan pada kisah dan dalil. Ikuti kisah ini:
“Al-Khallal berkata: Telah dikhabarkan kepadaku oleh Hasan bin Ahmad Al-Warraq: Telah diceritakan kepadaku oleh Ali bin Musa Al-Haddad dan dia seorang yang sangat jujur. Dia berkata: Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah al-Jauhari menghadiri pengebumian jenazah. Tatkala mayat itu telah dimakamkan, seorang lelaki yang kurus duduk di samping kubur sambil membaca Al-Qur’an. Melihat kejadian itu Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepadanya: Hai, sesungguhnya membaca Al-Qur’an di samping kubur itu bid’ah!. Maka ketika kami keluar dari kawasan perkuburan berkatalah Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad bin Hanbal: Wahai Abu Abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-Halabi? Imam Ahmad menjawab: Beliau seorang yang Tsiqah (Dipercayai). Apakah engkau ada meriwayatkan sesuatu daripadanya? Muhammad bin Qudamah berkata: Ya, telah dikhabarkan kepadaku oleh Mubassyar dari Abdurrahman bin Ala’ bin Al-Lajlaj dari bapanya bahawa dia berwasiat apabila telah dikuburkan nanti supaya dibacakan di sisi kepalanya permulaan pada surah al-Baqarah dan pada pengakhirannya dan dia berkata: Aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat dengan yang demikian itu. Mendengar riwayat tersebut Imam Ahmad berkata: Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar meneruskan pembacaannya tadi.”
Lihat! Imam Ahmad yang pernah berguru dengan Imam Al-Syafi’i sudah mengetahui bahawa pembacaan Al-Qur’an di perkuburan adalah Bid’ah. Lalu, beliau mengubah pendapatnya itu setelah mendengar hadis berkenaan wasiat Ibnu Umar r.a. tadi.
Ramai yang bertanya tentang taraf hadis wasiat Ibnu Umar r.a. itu sama ada Sahih atau Daif? Jawapannya ialah Sanadnya Hasan seperti yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.
Ù۱ÙÙÙۧ ÙÙ ŰłÙÙ Ű§ÙŰšÙÙÙÙ ŰšŰ„ŰłÙۧۯ ŰŰłÙ ŰŁÙ Ű§ŰšÙ ŰčÙ
۱ ۧ۳ŰȘŰŰšَّ ŰŁÙ ÙÙ۱ۣ ŰčÙÙ Ű§ÙÙۚ۱ ŰšŰčŰŻ ۧÙŰŻÙÙ ŰŁÙّÙ ŰłÙ۱۩ ۧÙŰšÙ۱۩ Ù۟ۧŰȘÙ
ŰȘÙۧ
Maksudnya, "Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi denagn sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.
ANALISA KELIMA
“Oleh kerana perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (termasuk membaca Al-Qur’an kepada si mati) mesti didasari oleh nas-nas agama, bukan dengan analogi dan fikiran (pendapat) orang.”
Tentang hal ini telah dikemukakan banyak dalil yang ada di atas. Dalil-dalil itu kebanyakannya tidak dinilai Daif dan sebaliknya dijadikan hujah oleh para ulama bahawa boleh sampainya pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati.
ANALISIS KEENAM
“Adapun untuk doa dan sedekah ulama sepakat bahawa keduanya boleh sampai kepada si mati, di samping ada nas syarak mendasari hal tersebut. Dan hadis tentang itu diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.”
Para ulama telah memberikan komentar terhadap pernyataan sebegini. Dan komentar yang diberikan oleh para ulama terlalu banyak.
Sering kita mendengar bahawa setiap kali kematian ahli keluarga, teman kita di ruangan Facebook memohon belas ihsan supaya kita sudi menghadiahkan surah al-Fatihah kepada si mati. Persoalannya sekarang ialah sama ada hukumnya boleh ataupun tidak? Takkan anda masih berpendirian bahawa ianya tidak boleh? Padahal, para ulama bersetuju sampai tidak diketahui siapa yang tidak bersetuju bahawa nama lain bagi surah al-Fatihah ialah Al-Doa (Doa). Maka, sudah tentu boleh menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada si mati.
Lalu, bagaimana dengan surah atau ayat yang lainnya? Adakah tidak akan sampai kepada si mati kerana bukan Al-Doa? Hal ini memerlukan perincian yang lebih luas.
Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya Al-Adzkar:
ŰŁŰŹÙ
Űč ۧÙŰčÙÙ
ۧۥ ŰčÙÙ ŰŁÙ Ű§ÙŰŻŰčۧۥ ÙÙŰŁÙ
ÙۧŰȘ ÙÙÙŰčÙÙ
ÙÙَŰ”ÙُÙÙ
( ÙÙ " ŰŹ " : " ÙÙŰ”Ù Ű«ÙُۧۚÙ " ) . ÙۧŰŰȘŰŹّÙۧ ŰšÙÙÙ Ű§ÙÙّÙ ŰȘŰčۧÙÙ : { ÙَۧÙَّ۰ِÙÙَ ۏۧۀÙۧ Ù
ِÙْ ŰšَŰčْŰŻِÙِÙ
ْ ÙَÙُÙÙُÙÙَ ۱َŰšَّÙۧ ۧŰșْÙِ۱ْ ÙَÙۧ ÙÙŰ„ِŰźْÙَۧÙِÙۧ ۧÙَّ۰ÙÙ ŰłَŰšَÙُÙÙۧ ۚۧÙŰ„ِÙÙ
َۧÙِ } [ ۧÙŰێ۱ : 10 ] ÙŰșÙ۱ ۰ÙÙ Ù
Ù Ű§ÙŰąÙۧŰȘ ۧÙÙ
ŰŽÙÙ۱۩ ŰšÙ
ŰčÙۧÙۧ ÙÙÙ Ű§ÙŰŁŰۧۯÙŰ« ۧÙÙ
ŰŽÙÙ۱۩ ÙÙÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙّÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
: " ۧÙÙَّÙُÙ
َّ ۧŰșْÙِ۱ْ ÙŰŁÙْÙِ ŰšَÙِÙŰčِ ۧÙŰșَ۱ْÙَŰŻِ " (۱ÙŰ§Ù Ù
ŰłÙÙ
) ÙÙÙÙÙÙ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙّÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
: " ۧÙÙَّÙُÙ
َّ ۧŰșْÙِ۱ْ ÙِŰَÙِّÙۧ ÙَÙ
َÙِّŰȘِÙَۧ " ( ŰŁŰšÙ ŰŻŰ§ÙŰŻ ÙŰșÙ۱ ۰ÙÙ). Ùۧ۟ŰȘÙÙ Ű§ÙŰčÙÙ
ۧۥ ÙÙ ÙŰ”ÙÙ Ű«Ùۧۚ Ù۱ۧۥ۩ ۧÙÙŰ±ŰąÙ ÙۧÙÙ
ŰŽÙÙ۱ Ù
Ù Ù
۰ÙŰš ۧÙێۧÙŰčÙ ÙŰŹÙ
ۧŰčŰ© ŰŁÙÙ Ùۧ ÙَŰ”Ù . Ù۰ÙŰš ŰŁŰÙ
ŰŻُ ŰšÙ ŰÙŰšÙ ÙŰŹÙ
ۧŰčŰ©ٌ Ù
Ù Ű§ÙŰčÙÙ
ۧۥ ÙŰŹÙ
ۧŰčŰ© Ù
Ù ŰŁŰ”Űۧۚ ۧÙێۧÙŰčÙ Ű„ÙÙ ŰŁÙÙ ÙَŰ”Ù ÙۧÙۧ۟ŰȘÙۧ۱ ŰŁÙ ÙÙÙÙَ ۧÙÙۧ۱ÙŰĄُ ŰšŰčŰŻ Ù۱ۧŰșÙ : " ۧÙÙÙÙ
ّ ŰŁÙŰ”Ùْ Ű«Ùَۧۚ Ù
ۧ Ù۱ۣŰȘÙ Ű„ÙÙ ÙÙŰ§Ù ÙۧÙÙّÙ ŰŁŰčÙÙ
. ÙÙُŰłŰȘŰŰšّ ۧÙŰ«Ùۧۥ ŰčÙÙ Ű§ÙÙ
ÙŰȘ Ù۰Ù۱ Ù
Űۧ۳ÙÙ.
Maksudnya, "Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim).
Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya.
Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.
Demikian ulasan Imam An-Nawawi tentang cara yang baik bagi menyampaikan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah dengan berdoa.
Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.
ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ű°َ۱ٍّ ŰčَÙِ ۧÙÙَّŰšِÙِّ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
ŰŁَÙَّÙُ ÙَۧÙَ « ÙُŰ”ْŰšِŰُ ŰčَÙَÙ ÙُÙِّ ŰłُÙَۧÙ
َÙ Ù
ِÙْ ŰŁَŰَŰŻِÙُÙ
ْ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَÙُÙُّ ŰȘَŰłْŰšِÙŰَŰ©ٍ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَÙُÙُّ ŰȘَŰْÙ
ِÙŰŻَŰ©ٍ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَÙُÙُّ ŰȘَÙْÙِÙÙَŰ©ٍ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَÙُÙُّ ŰȘَÙْŰšِÙ۱َŰ©ٍ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَŰŁَÙ
ْ۱ٌ ŰšِۧÙْÙ
َŰčْ۱ُÙÙِ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَÙَÙْÙٌ ŰčَÙِ ۧÙْÙ
ُÙْÙَ۱ِ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙَÙُŰŹْŰČِŰŠُ Ù
ِÙْ ۰َÙِÙَ ۱َÙْŰčَŰȘَۧÙِ Ùَ۱ْÙَŰčُÙُÙ
َۧ Ù
ِÙَ ۧÙ۶ُّŰَÙ ».
Maksudnya, "Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha." (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis Sahih ini telah dijadikan dalil oleh Imam Al-Qurtubi bahawa pembacaan al-Qur’an termasuk kategori sedekah. Dan sedekah memang telah disepakati tanpa ada perbezaan pendapat bahawa sampainya pahala itu kepada si mati. Namun, saya secara peribadi berpendapat bahawa hadis yang berikut ini lebih patut dijadikan dalil. Hadis berikut ini adalah Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
ŰčَÙْ ŰŁَŰšِÙ Ùُ۱َÙْ۱َŰ©َ Ű±Ű¶Ù Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙ ÙَۧÙَ ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
« ÙُÙُّ ŰłُÙَۧÙ
َÙ Ù
ِÙَ ۧÙÙَّۧ۳ِ ŰčَÙَÙْÙِ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ÙُÙَّ ÙَÙْÙ
ٍ ŰȘَŰ·ْÙُŰčُ ÙِÙÙِ ۧÙŰŽَّÙ
ْŰłُ ، ÙَŰčْŰŻِÙُ ŰšَÙْÙَ ۧÙِۧŰ«ْÙَÙْÙِ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ، ÙَÙُŰčِÙÙُ ۧÙ۱َّŰŹُÙَ ŰčَÙَÙ ŰŻََّۧۚŰȘِÙِ ، ÙَÙَŰْÙ
ِÙُ ŰčَÙَÙْÙَۧ ، ŰŁَÙْ Ùَ۱ْÙَŰčُ ŰčَÙَÙْÙَۧ Ù
َŰȘَۧŰčَÙُ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ، ÙَۧÙْÙَÙِÙ
َŰ©ُ ۧÙŰ·َّÙِّŰšَŰ©ُ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ، ÙَÙُÙُّ ŰźَŰ·ْÙَŰ©ٍ ÙَŰźْŰ·ُÙÙَۧ Ű„ِÙَÙ Ű§ÙŰ”َّÙَۧŰ©ِ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ ، ÙَÙُÙ
ِÙŰ·ُ ۧÙŰŁَ۰َÙ ŰčَÙِ ۧÙŰ·َّ۱ِÙÙِ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ »
Maksudnya, "Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap ruas tulang tubuh manusia berkewajipan atasnya sedekah. Setiap hari matahari terbit, lalu engkau mengadili manusia yang bertengkar adalah sedekah. Engkau membantu seseorang naik ke atas binatangnya ataupun mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah sedekah. Perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau hayunkan untuk pergi menunaikan solat adalah sedekah. Dan engkau menghilangkan bahaya dari jalanan adalah sedekah.(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
ÙَۧÙْÙَÙِÙ
َŰ©ُ ۧÙŰ·َّÙِّŰšَŰ©ُ Ű”َŰŻَÙَŰ©ٌ
Ertinya: “Perkataan yang baik atau kalam yang baik adalah sedekah.”
Muslim manakah yang enggan mengakui bahawa kalamullah (Al-Qur’an) adalah kalimah atau kalam yang baik? Benar. Semua mengakui bahawa kalamullah merupakah kalam yang baik. Maka sekaligus ianya termasuk sedekah. Dan sedekah boleh sampai kepada si mati.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
ŰŁŰŰłÙ Ű§ÙÙÙۧÙ
ÙÙۧÙ
ۧÙÙÙ
Ertinya: “Sebaik-baik kalam (perkataan) ialah kalamullah.”
(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)
Oleh yang demikian, jelas sudah kepada kita bahawa pendapat yang muktamad ialah sampainya pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Ini sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab Al-Bujairimi Minhaj:
( ÙَÙْÙُÙُ : ŰŁَÙَّÙُ Ùَۧ ÙَŰ”ِÙُ Ű«َÙَُۧۚÙَۧ ) ۶َŰčِÙÙٌ ÙَÙَÙْÙُÙُ : ÙَÙَۧÙَ ŰšَŰčْ۶ُ ŰŁَŰ”ْŰَِۧۚÙَۧ ÙَŰ”ِÙُ Ù
ُŰčْŰȘَÙ
َŰŻٌ .
“Perkataan: Sesungguhnya tidak sampai pahala bacaan adalah Daif sedang perkataan: Dan sebahagian Ashab Syafi’i mengatakan sampai adalah MUKTAMAD.”
ÙَÙَŰ”ِÙُ Ű«َÙَُۧۚ ۧÙْÙِ۱َۧۥَŰ©ِ ۄ۰َۧ ÙُŰŹِŰŻَ ÙَۧŰِŰŻٌ Ù
ِÙْ Ű«َÙََۧ۫Ű©ِ ŰŁُÙ
ُÙ۱ٍ ؛ ۧÙْÙِ۱َۧۥَŰ©ِ ŰčِÙْŰŻَ ÙَŰšْ۱ِÙِ ÙَۧÙŰŻُّŰčَۧۥِ ÙَÙُ ŰčَÙِŰšَÙَۧ ÙَÙِÙَّŰȘِÙِ ŰُŰ”ُÙÙَ ۧÙŰ«َّÙَِۧۚ ÙَÙُ
Berkata Syeikh Muhammad Ar-Ramli: “Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu:
1. Pembacaan dilakukan di sisi kuburnya.
2. Berdoa untuk mayat sesudah membaca Al-Qur’an yakni memohon agar pahalanya disampaikan kepadanya.
3. Meniatkan sampainya pahala bacaan itu kepadanya.”
(Hasyiatul Jamal)
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
_________________________________________________
Sumber Rujukan:
1. Tafsir Al-Qur'an Al-Azhim. Imam Ibnu Katsir.
2. Tafsir Ad-Durr Al-Mantsur. Imam Al-Suyuti.
3. Al-Ruh. Sheikh Ibnul Qoyyim.
4. Al-Bayanul Qowim Litashih Ba'dhil Mafahim. Dr. Ali Jum'ah.
5. Al-Bid'ah fi Al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq. Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa'di.
6. Al-Arba'in Al-Nawawiyyah. Imam An-Nawawi.
7. Al-Itqan fi Ulum al-Qur'an. Imam Al-Suyuti.
8. Tazkirah Al-Qurtubi. Imam Al-Qurtubi.
9. Mu'jizatul Qur'an. Imam Mutawalli Al-Sya'rawi.
10. Riyadh Al-Solihin. Imam An-Nawawi.
11. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah. Ustaz Hj. Mujiburrahman.
12. Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Syafi'i. Mustafa Al-Bugho, Mustafa Al-Khen, Ali Al-Syarbaji.
13. Hasyiatul Jamal.
14. Bujairimi ala al-Minhaj.
15. Al-Muktamad. Muhammad Az-Zuhaili.
16. Al-Umm. Al-Syafi'i.
17. Al-Mughni. Ibnu Qudamah al-Maqdisi.
18. Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyyah. AlHamid AlHusaini.
Kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:
Firman Allah SWT maksudnya, "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu." (Surah al-Baqarah (2) ayat 275)
Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Mereka yang menafikannya.
Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
2. Mereka yang berlebih-lebihan.
Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.
3. Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua.
Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.
Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.
Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?
Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.
Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.
Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.
Seterusnya, peranan syaitan dalam menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua kategori:
Kategori Pertama:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri. Sengaja syaitan merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya, mensyirikkannya dan memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua ini dapat dicapai oleh syaitan apabila mangsa atau orang di sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu dengan cara yang berbeza dari tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang dilarang oleh Islam.
Kategori Kedua:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini disebut sebagai sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan dua unsur utama:
1. Manusia sebagai ahli sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”.
Syaitan sebagai khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya.
Melalui sihir syaitan dapat mencapai beberapa objektifnya. Secara terperinci:
Objektif Menyesatkan: Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu cara perubatan sahih yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan Islam yang masyhur di sisi masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah perubatan yang diberikan olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud jampi-jampian yang dibacakan ke atas mereka. Akibatnya, mereka telah meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan lain yang menyesatkan.
Objektif Memusyrikkan: Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka meletakkan keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah dari bomoh atau pengamal perubatan yang sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi mereka. Padahal satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu yang lain, dia telah syirik kepada Allah.
Objektif Mengkafirkan: Satu contoh mudah, apabila Jamal ingin berbuat jahat kepada Jamilah, dia akan menemui seorang ahli sihir bernama Ahmad dan menyampaikan hajatnya. Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni syaitan, untuk membuat apa yang dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah. Perbuatan itu pelbagai, dari muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah kepada kerasukan. Inilah yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”
Untuk melawan buatan sihir itu, Jamilah akan pergi menemui seorang ahli sihir lain bernama Kamal dan menyampaikan hajatnya. Kamal akan memerintahkan khadamnya, yakni syaitan, untuk membuatkan apa yang dihajatkan oleh Jamilah ke atas Jamal. Demikianlah ia berulang antara Jamal dan Jamilah.
Dalam contoh di atas, syaitan berjaya mengkafirkan kesemua Jamal, Jamilah, Ahmad dan Kamal. Sekali pun syaitan disebut sebagai “khadam”, sebenarnya ia adalah tuan kepada semua yang terbabit, termasuklah Ahmad dan Kamal. Syaitan hanya berpura-pura menjadi khadam asalkan dengan itu tercapailah objektifnya untuk mengkafirkan manusia.
Sesiapa saja yang terlibat dengan sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir dengan sihir, akan menjadi kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud : "Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); Kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajari sihir).”(Surah al-Baqarah (2) ayat102)
Objektif memasukkan ke dalam neraka: Orang yang berurusan dengan sihir akan menerima padah yang buruk di Hari Akhirat, termasuk diazab di dalam neraka.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman maksudnya : "Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara (sihir) yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah al-Baqarah (2) ayat 102)
Buku-buku membicarakan tentang sihir, sila kaji buku-buku berikut:
1. ‘Abd al-Salam al-Syukri – al-Shir bain al-Haqiqah wa al-Wahm fi al-Tashawwur al-Islami (edisi terjemahan oleh Tirmidzi & Sari Narulita atas judul Bedah Tuntas Sihir; Pustaka Qalami, Jakarta, 2004).
2. Muhammad ‘Umar Sulaiman al-Asyqar – ‘Alam al-Sihr wa al-Sya’wadzah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Candu Mistik: Menyingkap Sihir dan Perdukunan; Darul Falah, Jakarta, 2005).
3. Ibrahim ‘Abd al-Alim – ar-Radd al-Mubin ‘ala Bida‘i al-Mu‘alijin (edisi terjemahan oleh Masturi Irham & Abdurrahman Salih atas judul Rujukan Lengkap Masalah Jin dan Sihir; Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2005).
KITAB-KITAB HADIS YANG WAJIB BAGI SEORANG PENUNTUT ILMU :
Dalam Ahli Sunnah Wal Jemaah melihat enam kitab hadis utama ini sebagai himpunan hadis yang terpenting. Berikut merupakan senarai kitab-kitab tersebut, mengikut aturan ketulenan :
1. Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 hadis
2. Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 hadis
3. Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa'i (m. 915)
4. Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888)
5. Jami' at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
6. Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah (m. 887)
Dua yang pertama, lazimnya dirujuk sebagai Dua Sahih sebagai tanda ketulinan mereka, mengandungi sekitar 7 ribu hadis semuanya, tanpa mengira yang berulang, mengikut Ibnu Hajar. [al-Nukat 'Ala Kitab ibn al-Salah, oleh Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 1, m/s. 153, Maktabah al-Furqan, Ajman, U.A.E., edisi ke-2, 2003.]
Bagi saya adalah lebih baik bagi seorang pelajar mempunyai terus matan hadis yang telah disyarah.
1).Kitab Jami’ Shahih Al-musnad oleh Imam Abi Abdellah Muhammad bin Ismail Al-bukhari lahir pada tahun 194 dan meninggal pada tahun 256 hijrah.
Kelebihan :
a).Semua hadis dalam kitab ini shahih.
b).Banyak faedah yang boleh didapati melalui Ta’liq,Istimbath dan juga perkataan Sahabah,Tabien,Tabi’ tabien.
c).Pengolahan bab dan susunan yang begitu sistematik.
Kekurangan:
a).Ada beberapa Ta’liq yang masih memerlukan penjelasan.
b).Banyak mengulangi hadis yang sama.
c).Susunan hadis lain di dalam bab yang lain(hadis tentang nikah contohnya mungkin diketemui dalam bab perang atau bab tafsir).
.
Saranan syarah Al-bukhari:
a).Fathul bari oleh Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Asqalaani lahir pada tahun 773 dan meninggal pada tahun 852 hijrah,Tahqiq dan Taq’liq oleh sheikh Abdul Aziz bin bazz dan sheikh Fuad Abdul Baqi atau sheikh Abdul Qadir Syaibah Muhammad.
b).Fathul Bari oleh Imam Ibnu Rejab Al-hambali dilahirkan pada tahun 736 dan meninggal 795 hijrah(dikatakan oleh Ahli ilmu jika kitab ini siap dikarang nescaya dapat menandingi kehebatan kitab yang dikarang oleh Imam Ibnu Hajar).
c).Syarah Ibnu Batthal oleh Imam Abu Hassan Ali bin Khalaf meninggal pada tahun 449 hijrah,Tahqiq oleh sheikh Abu Tamin Yasir bin Ibrahim.
d).Umdatul Qari’ oleh Imam Badruddin Aini meninggal pada tahun 855.
2).Al-musnad Al-shahih Mukhtasar min As-sunan, Shahih Muslim oleh Imam Abi Hussain Muslim Bin Hajjaj lahir pada tahun 206 dan meninggal pada tahun 261.
Kelebihan:
a).Mengumpul hadis yang temanya sama ke dalam satu bab.
b).Terdapat tambahan hadis tanpa merubah kalimat.
c).Ada hadis lain yang membantu untuk memahami antara hadis lain.
Kritikan:
a).Imam Daruquthni telah mendhaifkan sebanyak lapan puluh hadis,akan tetapi imam Ibnu Tamiyyah hanya mengangap cuma ada tiga hadis dhaif.
Saranan syarah Shahih Muslim:
a).Syarah Al-minhaj oleh Imam Nawawi yang meninggal pada tahun 676 hijrah .
b).Ad-dibazj oleh Imam As-syuyuthi lahir pada tahun 849 dan meninggal pada tahun 911 hijrah yang di tahqiq oleh sheikh Abu Ishaq Al-huwaini.
c).Fathul Mun’im yang merupakan susunan sekelian banyak ulama yang mengsyarahkan Shahih Muslim yang disusun oleh sheikh Dr.Musa Shahin(kitab ini diajar oleh Dr.Talawabeh di masjid Jamiah Yarmouk,lepas maghrib setiap malam rabu).
3).kitab Jami, Shahih oleh Imam Abi Isa Muhammad Bin Isa bin Saurah lahir pada tahun 209 dan meninggal pada tahun 279 hijrah.
Kelebihan:
a).Pengarang memberi keterangan sesuatu hadis sama ada shahih atau dhaif.
b).Pengarang juga menyebut semua nama-nama Sahabah yang meriwayatkan hadis.
c).Juga menyebut pendapat ulama yang muktabar seperti Imam Malik,Imam Ahmad dan lain-lain.
kekurangan :
a).Pengarang sering bertolak ansur terhadap hadis-hadis yang dianggap dhaif oleh imam yang hadis lain.
b).Kadang-kala pengarang mengshahih dan menghasan hadis yang dianggap dhaif oleh imam-imam hadis lain.
Saranan syarah :
a).Tuhfatul Awazi oleh imam Mubarukfuri meninggal pada tahun meninggal pada tahun 1383 yang ditahqiq oleh sheikh Isamuddin Assobabaty.
4).Sunan Abu Dawud oleh imam Abu Dawud Bin Sulaiman Bin Ays’assi Sijisstani lahir pada tahun 202 dan meninggal pada tahun 275 hijrah.
Kebaikan:
a).Mengumpulkan seluruh hadis hukum.
Kekurangan:
b).Masih ada terdapat hadis dhaif .
Saranan syarah:
a).Badzlul Majhud oleh sheikh Khalil Ahmad As-saharanfuri meninggal pada tahun 1346 hijrah.
b).Awnul Ma’bud oleh Al-allamah Muhammad Syamsul Haqq Azhim Abaadi yang diberi Hasyiah dan Ta’liq oleh Hafiz Syamsuddin Ibnu Qayyim Al-jauziyyah lahir pada tahun 691 dan meninggal pada tahun 751 hijrah.
5).Sunan An-nasaie oleh Imam Ahmad Syuib An-nasaie yang meninggal pada tahun 279 hijrah.
Kebaikan:
a).Para perawi yang ramai dan kedudukannya juga kuat.
Kekurangan:
b).Masih terdapat hadis Dhaif .
Saranan syarah:
a)Syarah oleh Hafiz Jalaluddin As-suyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah beserta dengan Hasyiah Imam As-sindie meninggal pada tahun 1138 hijrah.
6).sunan Ibnu Majjah oleh Imam Muhammad bin Zaid bin Majjah Ar-rabaie meninggal pada tahun 273.
Kelebihan:
a).Masih mendapat sanjungan daripada ulama.
Kekurangan:
a)Terdapat beberapa hadis Maudhu’(palsu).
Saranan syarah:
a). Syarah oleh Hafiz Jalaluddin As-suyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah.
Bercerita tentang kitab hadis memang terlalu banyak, namun dibawah ini terdapat beberapa senarai kitab hadis yang juga penting antaranya:
kitab Hadis:
1).Musnad Imam Ahmad bin Hambal meninggal pada tahun 241 hijrah yang ditahqiq oleh Sheikh Ahmad Muhammad Syakir (tidak sempat dihabiskan dan disambung oleh Sheikh Hamzah Ahmad Zain)atau tahqiq Sheikh Shuib Al-arnouth bersama muridnya.
2).Al-muattho’ oleh Imam Malik bin Annas yang disyarahkan oleh imam Muhammad Abdul Baqi Az-zurqanie yang meninggal pada tahun 1122 hijrah.
3).Shahih Ibnu Hibban oleh Imam Muhammad bin Hibban meninggal pada tahun 354 hijrah yang ditahqiq oleh sheikh Shuib Al-arnouth
.
4).Shahih Ibnu Khuzaimah Oleh Imam Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah yang di tahqiq oleh Dr.muhammad Mustafa Al-a’zhami.(tidak sempat dihabiskan penulisan kitab ini).
5).Sunan Qubra oleh imam Abu Bakar Ahmad bin Hussain bin Ali Baihaqi.
6).Sunan Ad-darimie oleh Imam Abdullah bin Abdul Rahman Ad-darimie meninggal pada tahun 255 hijrah.
7)Sunan Daruquthni oleh imam Ali bin Umar Daruquthni yang meninggal pada tahun 375 hijrah.
8)Musannaf oleh Imam Abu Bakar bin Abdullah Bin Muhammad Bin Abi Syaibah meninggal pada tahun 235 hijrah juga oleh Imam Abdul Bakar bin Abdul Razzaq.
9)Syarah Musykil Asthar Oleh Imam Thahawi yang meninggal pada tahun 321 hijrah.
10).Faidhul Qadeer oleh Imam Al-munawee yang mensyarah kitab Jami’ Shaghir oleh Imam As-Suyuthi.
11).Nailul Authar oleh Imam As-syaukani yang meninggal pada tahun 1250 hijrah.
Kitab ‘illal(masalah yang berkaitan pada perawi hadis):
1).kitab ‘illal oleh imam Daruquthni (kitab ini ditulis oleh anak murid Imam Daruquthni berdasarkan hafazannya).
2).kitab ‘illal oleh Imam Ibnu Madini yang meninggal pada tahun 234 Hijrah(guru Imam Bukhari).
Kitab takhrij Hadis:
1).Taghrib wa Taghhib oleh Imam Abdul Azhim Al-munziri meninggal pada tahun 656 hijrah yang ditahqiq oleh Sheikh Nasaruddin Al-albani dan disusun semula oleh Sheikh Masyhur Hassan Salman.
2).Riyadusshalehen oleh Imam Yahya Bin Syaraf An-nawawi meninggal pada tahun 676 hijrah juga disyarahkan oleh Sheikh Muhammad bin sholeh Al-usthaimeen atau sheikh Mustafa Dib Bugha.
3).Kunzul Ummal oleh Allauddin Ali muttaqi Al-hindi yang meninggal pada tahun 975 hijrah
4).Misykat Al-mashobeh Oleh Imam Muhammad Bin Abdullah Khatib At-tabrizi meninggal pada tahun 737 hijrah.
Musthalah hadist :
1).Al-muhaddist Al-fashil baina rawi wal w’aie oleh Imam Abdul Rahman Ar-ramahurmuzi meninggal pada tahun 376.
2).Ma’rifah Ulum Hadis oleh Imam Hakim An-naisaburi yang meninggal pada tahun 405 hijrah.
3).Muqaddimah oleh Ibnu Solah Usthman bin Abdul Rahman yang meninggal pada tahun 643.
4).Syarah Manzumah baiquniyyah oleh sheikh Muhammad bin Sholeh Al-usthaimeen.
Kitab yang mengumpulkan hadis maudhu’(palsu) :
1).Al-maudhuaa’t oleh Imam Ibnu Qayyim Al-jauziyyah yang meninggal pada tahun 597 hijrah.
2).Al-laie Al-mashnuah fi Ahadist Al-maudu’ah. Oleh imam Suyuthi meninggal pada tahun 911 hijrah.
Kitab mukhtalaful Hadist :
1).Ikhtilaful hadis oleh Imam Muhammad bin Idris As-syafie yang meninggal pada tahun 204 hijrah.
2).Ta’wil Mukhtalaful Hadis oleh Imam Ibnu Qutaibah yanq meninggal pada tahun 276 hijrah.
Tebal
Kitab Rijal(perawi hadist):
a).Biografi Sahabah :
1).Asadul Ghabah oleh oleh Izzuddin bin Hassan Ali bin Muhammad bin Asthir yang meninggal pada tahun 630 hijrah.
2).Al-isobah oleh Hafiz Ibnu Hajar Asqalani yang meninggal pada tahun 852 hijrah.
b).Tabaqat :
1).Thabaqaat Al-qubra Oleh imam Abdullah Muhammad Bin Saied yang meninggal pada tahun 230 hijrah.
Tebal
2).Tazkirah Al-huffaz oleh Abi Abdellah bin Muhammad Az-zahabi yang meninggal pada tahun 748 hijrah.
c).Perihal perawi secara Umum :
1).Tarikh Al-kabir oleh Imam Bukhari yang meninggal pada tahun 256 hijrah.
2).Jarah Wal Ta’dil oleh Imam Ibnu Abi Hateem yanh meninggal pada tahun 327 hijrah.
3)Kitab As-sthiqaat oleh Ibnu Sholeh Al-‘ijlee yang meninggal pada tahun 261 hijrah,juga ditulis oleh imam Ibnu Hibban Al-busti yang meninggal pada tahun 354 hijrah.
4).kitab Ad-dua’faa oleh Imam Ibnu Uqaili yang meninggal pada tahun 323 hijrah.
5).kitab Al-kamil Fi Du’afaa Oleh Imam Ibnu ‘Adie yang meninggala pada tahun 365 hijrah.
d).Kitab perawi Sunan Sittah dan lain-lain yang paling utama dalam mengetahui perawi hadist :
1).Al-kamal fi Asmai Rijal oleh hafiz Ibnu Ghani Al-maqdisi yang meninggal pada tahun 600 hijrah kemudian disusun dan diperbaiki semula dan maka terhasil kitab,
-Tahzib Al-kamal oleh Imam Al-mizzi Yang meninggal pada tahun 742 yang ditahqiq oleh Dr. bassyar A’wwad M’ruf(murid sheikh Shuib Al-arnouth).kemudian disusun dan diperbaiki sekali lagi maka terhasil kitab,
-Ikmal tahzib Al-kamal oleh Hafiz Alauddin Mughlathoie yang meninggal pada tahun 762 hijrah,juga dua kitab yang diringkas dari kitab Tahzibul Kamal iaitu,
-Tazhibul Tahzib dan Al-kasyif oleh Imam Az-zahabi yang meninggal pada tahun 748.kemudian kitab ini dan Kitab Tahzibul Kamal diringkaskan lagi,maka terhasil 2 kitab,
-Tahzibul Tahzib dan Taqribul Tahzib oleh Imam Ibnu hajar Asqalani dan yang terakhir kitab ini diringkaskan lagi maka terhasil,
-Khulasah Tazhib Tahzib Al-kamal oleh imam shofiyuddin Al-khazarji Al-anshori yang meninggal pada tahun 900 hijrah.
Selain itu banyak juga kajian-kajian ilmiah dan kitab-kitab hadist di zaman ini yang ditahqiq dan dihasilkan oleh sheikh Muhammad Nasaruddin Al-albani,sheikh Ahmad Muhammad Syakir,Sheikh Abdul Qadeer Al-arnouth,sheikh Shuib Al-arnouth dan ramai lagi ulama-ulama hadist yang tidak kurang hebatnya.Ada yang memuji dan mengkritik hasil kajian mereka..bagi saya orang yang mengambil terus kajian ini tanpa usul periksa adalah tersilap dan orang yang menolak terus kajian ini juga adalah tersalah..apatah lagi mengambil kajian ulama sekarang dan mengetepikan secara langsung kajian ulama terdahulu..sebagai penuntut ilmu kita perlu sentiasa meneliti bahan-bahan yang terbentang di depan kita dan sentiasa bersikap pertengahan lagi terbuka dalam menilai ulama dan kajian mereka…… biar tersalah berbaik sangka kepada ulama jangan tersalah berburuk sangka kepada ulama.
P/s : Sudah semestinya senarai dan maklumat yang saya berikan tidak mencukupi disebabkan kedhaifan dan kefakiran saya terhadap ilmu…sebarang kajian boleh dinilai semula dan boleh bertanya kepada orang yang lebih mengetahui ,saya tidaklah mengkritik kitab-kitab ini melainkan telah ada ulama-ulama terdahulu yang telah mengkritiknya. Wallahu a'lam.
(Di ambil dariada tulisan MUSTAFAR MOHD SUKI )
Terdapat beberapa doa-doa yang akan muktabar dan yang akan mengikat hubungan hati kita dengan Allah SWT dan perlu kita amalkan di dalam kehidupan kita :
1. Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman :
ŰŁَÙَّ ۧÙÙَّŰšِÙَّ Ű”َÙَّÙ Ű§ÙÙÙ ŰčَÙَÙْÙِ ÙَŰłَÙّÙ
َ ŰčَÙَّÙ
َÙُ ŰŁَÙْ ÙَÙُÙÙَ Ùَ۰َۧ ۧÙŰŻُّŰčَۧۥَ
َۧÙÙَّÙُÙ
َّ ŰŁَÙِّÙْ ŰšَÙْÙَ ÙُÙُÙْŰšَÙَۧ، Ùَۧ۔ْÙِŰْ ۰َۧŰȘَ ŰšَÙْÙَÙَۧ، ÙَۧÙْŰŻِÙَۧ ŰłُŰšُÙَ ۧÙŰłَّÙَۧÙ
َِ
ÙَÙَŰŹِّÙَۧ Ù
ِÙَ ۧÙŰžُّÙُÙ
َۧŰȘِ Ű„ِÙَÙ Ű§ÙÙُّÙ۱ِ،ÙَŰŹَÙِّŰšْÙَۧ ۧÙْÙَÙَۧ ŰِŰŽَ Ù
َۧ ŰžَÙَ۱َ Ù
ِÙْÙَۧ ÙَÙ
َۧ ŰšَŰ·َÙَ
ÙَŰšَۧ۱ِÙْ ÙَÙَۧ ÙِÙ ŰŁَŰłْÙ
َۧ ŰčِÙَۧ ÙَŰŁَŰšْŰ”َۧ۱ِÙَۧ ÙَÙُÙُÙŰšِÙَۧ ÙَŰŁَŰČْÙَۧۏِÙَۧ ÙَŰČُ۱ِّÙَŰȘِÙَۧ
ÙَŰȘُŰšْ ŰčَÙَÙْÙَۧ Ű„ِÙَّÙَ ŰŁَÙْŰȘَ ۧÙŰȘَّÙَُّۧۚ ۧÙ۱َّŰِÙْÙ
ُ
ÙَۧۏْŰčَÙْÙَۧ ŰŽَۧÙِ۱ِÙْÙَ ÙِÙِŰčْÙ
َŰȘِÙَ، Ù
ُŰ«ْÙِÙْÙَ ŰšِÙَۧ ÙَÙَِۧۚÙِÙْÙَۧ ÙَŰŁَŰȘِÙ
َّÙَۧ ŰčَÙَÙْÙَۧ
Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin dan limpahkanlah kepada kami keberkatan baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami" (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud)
2. Doa Nabi Daud a.s. : Doa memohon diberi pasangan hidup yang dicintai Allah :
ÙَۧÙَ ÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ -Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
ÙَۧÙَ Ù
ِÙْ ŰŻُŰčَۧۥِ ŰŻَۧÙُŰŻَ ÙَÙُÙÙُ
ۧÙÙَّÙُÙ
َّ Ű„ِÙِّÙ ŰŁَŰłْŰŁَÙُÙَ ŰُŰšَّÙَ ÙَŰُŰšَّ Ù
َÙْ ÙُŰِŰšُّÙَ
ÙَۧÙْŰčَÙ
َÙَ ۧÙَّ۰ِÙ ÙُŰšَÙِّŰșُÙِÙ ŰُŰšَّÙَ ۧÙÙَّÙُÙ
َّ ۧۏْŰčَÙْ ŰُŰšَّÙَ ŰŁَŰَŰšَّ Ű„ِÙَÙَّ Ù
ِÙْ ÙَÙْŰłِÙ
ÙَŰŁَÙْÙِÙ ÙَÙ
ِÙَ ۧÙْÙ
َۧۥِ ۧÙْŰšَۧ۱ِŰŻِ.
ÙَۧÙَ ÙَÙَۧÙَ ۱َŰłُÙÙُ ۧÙÙَّÙِ Ű”ÙÙ Ű§ÙÙÙ ŰčÙÙÙ ÙŰłÙÙ
Ű„ِ۰َۧ ۰َÙَ۱َ ŰŻَۧÙُŰŻَ ÙُŰَŰŻِّŰ«ُ ŰčَÙْÙُ ÙَۧÙَ ÙَۧÙَ ŰŁَŰčْŰšَŰŻَ ۧÙْŰšَŰŽَ۱ِ .
Rasulullah SAW bersabda, diantara doa Nabi Daud adalah : “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. ” Dan bila Rasulullah mengingat Nabi Daud baginda menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi dari Abu Darda/3828)
3. Membaca Doa Agar Hati Diteguhkan
Ùَۧ Ù
ُÙَÙّŰšَ ۧÙÙُÙُÙْŰšَ , Ű«َŰšّŰȘْ ÙَÙْŰšِÙ ŰčَÙَÙ ŰŻِÙÙِÙَ
“Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik”
Maksudnya : “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahwa doa yang paling sering dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah doa, “Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik ” artinya “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (HR. Tirmidzi, Ahmad, Hakim, disahihkan oleh Adz Dzahabi, lihat pula Shahihul Jami’)
4. Membaca Doa Agar Terhindar Dari Kesusahan .
ۧÙÙÙُÙ
َّ Ű„ِÙِّÙْ ŰŁَŰčُÙْ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙ Ű§ÙÙَÙ
ّ Ùَ ۧÙŰَŰČَÙْ, Ùَ ۧÙŰčَŰŹْŰČِ Ùَ ۧÙÙَŰłÙْ, Ùَ ۧÙŰšُŰźْÙْ Ùَ ۧÙŰŹُŰšْÙِ,Ùَ ۶َÙَŰčِ ۧÙŰŻَÙÙِ, Ùَ ŰșَÙَŰšَŰȘِ ۧÙ۱ِ ŰŹَۧ Ùْ
“Allahumma inni a-‘udzuubika minal hammi walhazan, wal-‘ajzi wal kasal, wal bukhli wal jubni, wa dhola’iddayin, wa gholabatilrrijal“
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa gelisah dan sedih, lemah dan malas, pengecut dan kikir, dibebani hutang (dhala’id dain) dan dikuasai manusia (ghalabatir rijal).” (HR. Bukhari No. 364, 2736, 6002, Muslim No. 1365,)
5. Doa memohon kebaikan dunia dan akhirat :
Firman Allah SWT :
ÙَÙ
ِÙْÙُÙ
ْ Ù
َÙْ ÙَÙُÙÙُ ۱َŰšَّÙَۧ ŰąŰȘِÙَۧ ÙِÙ Ű§ÙŰŻُّÙْÙَۧ ŰَŰłَÙَŰ©ً ÙَÙِÙ Ű§Ùْ۹ِ۟۱َŰ©ِ ŰَŰłَÙَŰ©ً ÙَÙِÙَۧ Űčَ۰ََۧۚ ۧÙÙَّۧ۱ِ
Maksudnya : "Dan di antara mereka ada orang yang mendoa: `Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka". (Surah al-Baqarah ayat 201)
"Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar"
Maksudnya : Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka" (Hadis Riwayat Bukhari.)
6. Membaca Doa Agar Terhindar dari Syirik
ۧÙÙÙُÙ
َّ Ű„ِÙَّۧ ÙَŰčُÙ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙْ ŰŁَÙْ ÙُŰŽْ۱ِÙَ ŰšِÙَ ŰŽَÙْŰŠًۧ ÙَŰčْÙَÙ
ُÙُ، ÙَÙَŰłْŰȘَŰșْÙِ۱ُÙَ ÙِÙ
َۧ Ùَۧ ÙَŰčْÙَÙ
ُ
“Allahumma inna na’udzubika an nusyrika bika syai’an na’lamuh wa nastagfiruka lima laa na’lamuh.”
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampunanMu dari apa-apa yang tidak kami ketahui.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya No. 19606)
7. Doa memohon istiqamah dalam solat :
۱َŰšِّ ۧۏْŰčَÙْÙِÙ Ù
ُÙِÙÙ
َ ۧÙŰ”َّÙَۧ۩ِ ÙَÙ
ِÙْ ۰ُ۱ِّÙَّŰȘِÙ
۱َŰšَّÙَۧ ÙَŰȘَÙَŰšَّÙْ ŰŻُŰčَۧۥِ
"Wahai Rabbku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan juga zuriat keturunanku . Wahai Rabb kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim ayat 40)
8. Doa Nabi Zakaria a.s. a.s.: Doa memohon mendapat keturunan yang baik-baik :
۱َŰšِّ ÙَŰšْ ÙِÙ Ù
ِÙْ ÙَŰŻُÙْÙَ ۰ُ۱ِّÙَّŰ©ً Ű·َÙِّŰšَŰ©ً Ű„ِÙَّÙَ ŰłَÙ
ِÙŰčُ ۧÙŰŻُّŰčَۧۥِ
"Wahai Rabbku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan." (Surah Ali-Imran ayat 38)
9. Doa Nabi Ibrahim a.s. : Doa memohon keampunan :
۱َŰšَّÙَۧ ۧŰșْÙِ۱ْ ÙِÙ ÙَÙِÙَۧÙِŰŻَÙَّ ÙَÙِÙْÙ
ُŰ€ْÙ
ِÙِÙÙَ ÙَÙْÙ
َ ÙَÙُÙÙ
ُ ۧÙْŰِŰłَُۧۚ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim ayat 41)
10. Doa berlindung diri dari sifat-sifat buruk dan umur yang nyanyuk pinyuk :
َۧÙÙَّÙُÙ
َّ Ű„ِÙِّÙ ŰŁَŰčُÙ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙَ ۧÙْŰšُŰźْÙِ ÙَŰŁَŰčُÙ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙَ ۧÙْŰŹُŰšْÙِ
ÙََۧŰčُÙْ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙْ َۧÙْ ُۧ۱َŰŻَّ ِۧÙَÙ Ű§َ۱ْ۰َÙِ ۧÙْŰčُÙ
ُ۱ِ
ÙََۧŰčُÙْ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙْ ÙِŰȘْÙَŰ©ِ ۧÙŰŻُّÙْÙَۧ
ÙََۧŰčُÙْ۰ُ ŰšِÙَ Ù
ِÙْ Űčَ۰َِۧۚ ۧÙْÙُŰšْ۱ِ
"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari sifat bakhil dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut. Dan aku berlindung padaMu akan dilanjutkan umur sampai umur tua pinyuk. Dan aku berlindung padaMu dari fitnah dunia. Dan aku berlindung padaMu dari azab seksa kubur." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Doa memperelokkan amalan :
ۧÙÙÙُÙ
َّ ŰŁَŰčِÙِÙ ŰčَÙَÙ Ű°ِÙْ۱ِÙَ ÙَŰŽُÙْ۱ِÙَ ÙَŰُŰłْÙِ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِÙَ
”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)
12. Doa membaiki segala urusan :
ۧÙÙَّÙُÙ
َّ ŰŁَŰ”ْÙِŰْ ÙِÙ ŰŻِÙÙِÙَ ۧÙَّ۰ِÙ ÙُÙَ ŰčِŰ”ْÙ
َŰ©ُ ŰŁَÙ
ْ۱ِÙ ÙَŰŁَŰ”ْÙِŰْ ÙِÙ ŰŻُÙْÙَۧÙَ ۧÙَّŰȘِÙ ÙِÙÙَۧ Ù
َŰčَۧێِÙ
ÙَŰŁَŰ”ْÙِŰْ ÙِÙ ŰąŰźِ۱َŰȘِÙ Ű§ÙَّŰȘِÙ ÙِÙÙَۧ Ù
َŰčَۧۯِÙ ÙَۧۏْŰčَÙِ ۧÙْŰَÙَۧ۩َ ŰČِÙَۧۯَŰ©ً ÙِÙ
ÙِÙ ÙُÙِّ ŰźَÙْ۱ٍ ÙَۧۏْŰčَÙِ ۧÙْÙ
َÙْŰȘَ ۱َۧŰَŰ©ً ÙِÙ Ù
ِÙْ ÙُÙِّ ŰŽَ۱ٍّ
"Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku; perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala keburukan."(Hadis Riwayat Muslim)
Marilah kita beramal dengan doa-doa di atas dalam usaha kita untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin yang perlu di amalkan dan di hayati di dalam kehidupannya setiap hari.