Sahabat yang dikasihi Allah,
Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.
Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda yang bermaksud : “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan-Nya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : ""Tidak boleh menolak qada' kecuali dengan doa"
Qada' dan qadar rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya..Tugas kita buat ibadah sebaik mungkin dan tingkatkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah dan yakin dgn janji Allah akan membalasi hamba-Nya yg beriman dgn Syurga.
Sahabat yang dimuliakan,
Percaya terhadap Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada Rukun Iman, kita wajib percaya dan yakin terhadap ketetapan Allah s.w.t. Yakin yang sebenarnya dan tidak ragu-ragu. Kita juga hendaklah bersangka baik dengan Allah s.w.t. (husnu zan) di atas sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dunia ini.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dihormati,
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah s.w.t. dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.
Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah adalah :
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
2. Apabila berdo'a dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan do'anya.
3. Apabila dia berdosa , segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment