Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap orang muslim dan orang beriman adalah bercita-cita untuk memasuki syurga Allah S.W.T., kerana kejayaan sebenar di dalam kehidupan di hari akhirat adalah dapat memasuki syurga yang disediakan oleh Allah S.W.T seluas langit dan bumi. Allah S.W.T di dalam al-Quran telah menceritakan dengan jelas ciri-ciri ahli syurga dan sifat-sifat mereka. Dihuraikan lagi oleh Nabi S.A.W. dengan lebih jelas lagi melalui hadis-hadis baginda S.A.W.
Terdapat satu hadis daripada Nabi S.A.W. menceritakan 10 orang sahabat-sahabat baginda yang dijamin untuk memasuki syurga. Sebagai pengajaran dan ikhtibar kita perlu mengambil contoh peribadi-peribadi mulia sahabat-sahabat baginda ini untuk melayakkan diri kita memasuku syurga Allah S.W.T. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah at-Taubah ayat 100.
Berikut ini adalah 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga.
1. Abu Bakar Siddiq r.a.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Selain itu Abu Bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut yang bermaksud : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.
1. Abu Bakar Siddiq r.a.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Selain itu Abu Bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut yang bermaksud : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”.
Beliau dikenal sebagai sahabat pertama yang masuk Islam. Beliau selalu membenarkan apa-apa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. sebab itu beliau digelar As Shiddiq, iaitu yang membenarkan. Gelaran ini diberikan padanya saat Rasul S.A.W selesai menyelesaikan Isra dan Mi’raj pada 27 Rajab.
Di saat orang-orang Quraish mentertawakan peristiwa itu, Abu Bakar tetap memenarkannya. Lebih dari itu, beliau berkata, “Andai ada yang lebih dari itu dan disampaikan oleh Rasul S.A.W, saya akan tetap membenarkannya,” kata beliau dengan tegas.
Dalam kehidupan seharian beliau dikenal sebagai orang yang paling rendah hati (tawaduk). Saat Rasul S.A.W meminta para sahabat menyumbangkan hartanya untuk kepentingan dakwah Islam, Abu Bakar memberikan seluruh hartanya. Dan ketika Rasul S.A.W bertanya apa yang ditinggalkannya untuk isteri dan anaknya, Abu Bakar menjawab, “Cukuplah Allah dan Rasul-Nya yang menjadi penjaga diriku dan keluargaku.” Rasul pun memuji sikap tersebut.
Abu Bakar pun sering dipilih oleh Rasul S.A.W. untuk menggantikan baginda, termasuk menjadi imam solat kerana baginda sakit. Bahkan, ketika Rasul S.A.W. wafat para sahabat bersepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai penggantinya.
Abu Bakar Siddiq r.a. meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.
2. Umar Bin Khatab r.a.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad S.A.W. semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan para sahabat.
2. Umar Bin Khatab r.a.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad S.A.W. semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan para sahabat.
Sebelum masuk Islam dia dikenal sebagai lawan tanpa tanding. Musuh-musuhnya sering kali takut apabila mengetahui yang akan dihadapi adalah Umar bin Khattab.
Semasa umat Islam masih sedikit nabi pernah berdoa agar Islam dikuatkan oleh salah satu dari dua Umar, iaitu Umar bin Abdul Muthalib (Abu Jahal) atau Umar bin Khattab. Ternyata Allah memberikan Umar bin Khattab sebagi karunia untuk umat Islam.
Beliau juga dikenal sebagai panglima perang kaum muslimin. Beliau sangat berani dan tegas. Bahkan, semasa dakwah Islam dilakukan secara sembunyi-sembunyi, beliau mencadangkan agar dakwah Islam disampaikan secara terbuka.
Di zaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari timur hingga ke barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan r.a.
3. Usman Bin Affan r.a.
Usman mendapatkan julukan Dzunnurayni (dua cahaya) kerana menikahi dua puteri nabi. Mereka adalah Ruqayyah dan Ummu Kultsum. Ia juga dikenal sebagai pakar ekonomi muslim pertama kerana perhatiannya yang besar terhadap masalah umat.
Saat kaum muslimin mengalami kesukaran untuk memperoleh air, setiba di Madinah Usman membeli telaga air milik seorang yahudi bernama Raumah seharga 20 ribu dirham. Selain itu, ia pun menjadi orang yang membeli tanah untuk perluasan masjid Nabawi. Hal ini menyebabkan umat Islam semakin ramai dan mudah untuk beribadah di masjid.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W. sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) kerana di bunuh dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib r.a.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan.
4. Ali Bin Abi Thalib r.a.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan.
Beliau adalah genarasi muda pertama yang masuk Islam. Beliau dipilih oleh para sahabat sebagai khalifah keempat menggantikan Usman bin Affan. Beliau dikenal pula sebagai pemuda berani, cerdik dan cergas. Beliau telah dipilih oleh Nabi S.A.W. untuk mengantikan baginda ditempat tidur baginda semasa baginda melaksanakan hijrah ke Madinah.
Ali bin Abu Talib adalah sepupu Nabi Muhammad S.A.W sekaligus menantunya. Beliau berkahwin dengan puteri Nabi S.A.W, Fatimah az Zahra. Dari perkahwinan mereka lahirlah cucu nabi, iaitu Hasan r.a. dan Husain r.a., kerana kecerdasannya, Ali dipanggil sebagai Bab Al ‘Ilm atau pintu ilmu.
Beliau sudah mengikuti Rasulullah S.A.W. sejak kecil dan hidup bersama baginda sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh dan dikuburkan di Kufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Ubaidillah r.a.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq r.a, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah S.A.W. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau.
5. Thalhah Bin Ubaidillah r.a.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq r.a, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah S.A.W. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau.
Beliau merupakan sahabat nabi yang berasal dari suku Quraisy. Nama lengkapnya adalah Thalhah bin Abdullah bin Usman bin Kaab bin Said.
Thalhah termasuk orang yang bijak, ulama Islam dari kaum Quraisy, dan termasuk delapan orang yang pertama masuk Islam.
Bersama Rasul beliau ikut di Perang Uhud, Perang Hunain, dan Perang Tabuk. Ia adalah perisai Rasulullah s.a.w. Semasa berkecamuknya Perang Uhud, tentera Islam kocar-kacir. Ini terjadinya kerana tidak patuh arahan Nabi S.A.W. untuk menjaga pertahanan di atas bukit. Akibatnya, kemenangan yang sudah di perolehi tetapi oleh kerana godaan dengan harta rampasan perang pertahanan menjadi longgar dan mudah dipecah belahkan oleh pihak musuh. Kesempatan itulah yang dimanfaatkan kafir Quraisy untuk menyerang umat Islam dari atas bukit yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid.
Dalam suasana genting ini Thalhah berusaha melindungi Rasulullah S.A.W dari senjata orang kafir hingga tangannya luka-luka. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Thalhah dan Zubair, keduanya adalah tetanggaku di syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
“Siapa yang ingin melihat seorang syahid berjalan di muka bumi hendaklah ia melihat Thalhah bin Ubaidillah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Thalhah bin Ubaidillah r.a. gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam r.a.
6. Zubair Bin Awaam r.a.
Zubair bin Awwam adalah seorang pengawal Rasulullah S.A.W dan dikenal sebagai pahlawan yang gagah berani di medan perang. Beliau termasuk golongan yang pertama masuk Islam dan salah seorang dari enam sahabat nabi yang ditunjuk Umar untuk memilih penggantinya.
Ayahnya adalah Awwam bin Khuwailid yang kalah dalam perang Fijar. Sedangkan ibunya Shafiyah binti Abdul Muthalib bin Hisyam bin abdi Manaf, adalah ibu saudara Nabi S.A.W.
Isterinya, Asma binti Abu Bakar, adalah adik beradik dengan isteri Nabi S.A.W, Aisyah binti Abu Bakar.
“Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan. Kemudian, mereka tidak merasa berkeberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah An-Nisa' [4] ayat 65) Beberapa ahli tafsir menyatakan bahwa ayat tersebut diturunkan berkenaan dengan sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Zubair bin Awwam.
Memeluk Islam juga melalui Abu Bakar Siddiq r.a, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah S.A.W. dengan ke-dua ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah S.A.W. dengan ke-dua ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.
Menurut beberapa ahli tafsir, Allah menurunkan al-Quran surat Luqman ayat 14 – 15 berkaitan dengan Sa’ad bin Abi Waqqash. Ayat ini memerintahkan umat manusia untuk berbuat baik kepada orang tua meskipun mereka tidak mahu menerima Islam.
Ayahnya adalah Malik bin Ahib dari bani Abdi Manaf. Ibunya adalah Himnah binti Sufyan bin Umayyah. Setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya yang bersusah payah memberi nafkah dan mendidiknya bersama dengan saudaranya hingga datangnya Islam. Kemudian, mereka memilih jalan masing-masing. Sa’ad masuk Islam dan ibunya tetap menyembah berhala.
Ibunya berkata : “Ya Sa’ad, aku mendengar kau telah meninggalkan agama nenek moyangmu. Aku bersumpah tidak akan tinggal (serumah) denganmu lagi. Aku tidak akan makan dan minum hingga kau kafir terhadap agama Muhammad dan kembali kepada agama nenek moyangmu.” Sa'ad bin Abi Waqqas tetap dengan pendiriannya berpegang teguh dengan akidah Islam.
Meninggal dalam usia 70 tahun (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid r.a.
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengentai-intai gerakan musuh (Quraish).
8. Sa’id Bin Zaid r.a.
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengentai-intai gerakan musuh (Quraish).
Nama lengkapnya adalah Sa’id bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Quraisy Al Adawi. Beliau terkenal sebagai seorang sahabat yang gagah berani dan cemerlang dalam peperangan. Beliau termasuk sahabat yang mula-mula masuk Islam. Beliau pula yang menjadi faktor keIslaman Umar bin Khattab.
Isterinya, Fatimah binti Khattab, merupakan saudara perempuan Umar. Sementara itu, Umar juga berkahwin dengan saudara perempuan Said, iaitu Atikah. Selain itu, Sa’id berkesempatan mengikuti beberapa pertempuran yang disertai nabi, kecuali Perang Badar. Beliau ikut dalam Perang Yarmuk, penaklukan negeri Syam dan sekitarnya, serta pengepungan kota Damaskus dan pembebasannya.
Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf r.a.
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak dua kali.
9. Abdurrahman Bin Auf r.a.
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak dua kali.
Beliau adalah seorang dari sahabat nabi yang terkenal. Beliau merupakan salah seorang dari delapan orang pertama (As Sabiqun al awwalun) yang menerima Islam, iaitu dua hari setelah Abu Bakar as Shiddiq. Nama lengkapnya adalah Abdurrahman bin Auf bin Abdul Auf bin Abdul Harits.
Beliau juga dikenal sebagai orang kaya yang dermawan. Beliau banyak mendermakan hartanya untuk kepentingan Islam dan memerdekakan banyak hamba sahaya. Nabi S.A.W bersada maksudnya : “Aku melihat Abdurrahman masuk syurga dengan merangkak.”
Mendengar berita gembira itu, ia langsung mendermakan satu kafilah dagang seraya berkata, “Kalau aku boleh masuk syurga dengan berdiri, nescaya akan kulakukan.”
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Abdurrahman bin Auf adalah orang terpercaya di langit dan orang terpercaya di bumi.” (Hadis Riwayat Harits bin Usamah)
Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi’.
10. Abu Ubaidah Amir Bin Jarrah r.a.
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada fasa kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W.
10. Abu Ubaidah Amir Bin Jarrah r.a.
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada fasa kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W.
Beliau adalah seorang panglima perang yang perkasa dan kemenangan dan kejayaannya menjadi pembicaraan semua umat Islam. Beliau tidak merasa riak dan berbangga dengan pujian orang ramai terhadapnya dan menerjunkan dirinya ke dalam berbagai medan perang untuk mencari mati syahid. Dia juga seorang sahabat yang dapat dipercaya dan pernah dipilih oleh Rasulullah S.A.W menjadi guru di Najran.
Menurut beberapa ahli tafsir, surah al-Mujadalah ayat 22 diturunkan berkenaan dengan Abu Ubaidah bin Jarrah apabila beliau membunuh ayah kandungnya dalam Perang Badar. Ayahnya adalah pasukan kaum musyrikin. Apabila terjadi perangdi antara anak dan ayah saling berhadapan dan Abu Ubaidah berjaya mengalahkan ayahnya.
Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) kerana penyakit , dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum muslimin.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita mencontohi peribadi unggul sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang telah dijamin masuk syurga seramai sepuluh orang, kerana Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa sahabat-sahabat baginda adalah umpama bintang-bintang di langit dan sesiapa yang mengikutinya maka mereka tidak akan sesat. Begitulah mulianya sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang telah di didik oleh baginda sendiri yang digelar oleh Sayyid Qutb sebagai "Genarasi al-Quran yang unik"
No comments:
Post a Comment