Saturday, March 19, 2011

Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Ayat-ayat al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia adalah sebagai petunjuk dan hidayah untuk dibaca, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan kita. Al-Quran merupakan kalamuallh, yang mengandungi mukjizat akan digunakan oleh orang mukmin untuk menyelesaikan semua permasaalahan hidup di dunia ini.

Salah satu masaalah yang dihadapi adalah kita terpaksa berhadapan dengan sikap manusia yang mempunyai  keras hati, cepat marah dan sukar untuk menerima nasihat. Oleh itu cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.



ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ (1)


Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِينَ (2)


Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ (3)


مَŰ§Ù„ِكِ يَوْمِ Ű§Ù„ŰŻِّينِ (4)


Ű„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰčْŰšُŰŻُ وَŰ„ِيَّŰ§Ùƒَ نَŰłْŰȘَŰčِينُ (5)


Ű§Ù‡ْŰŻِنَۧ Ű§Ù„Ű”ِّ۱َۧ۷َ Ű§Ù„ْمُŰłْŰȘَقِيمَ (6)



Ű”ِ۱َۧ۷َ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَنْŰčَمْŰȘَ Űčَلَيْهِمْ Űșَيْ۱ِ Ű§Ù„ْمَŰșْ۶ُÙˆŰšِ Űčَلَيْهِمْ وَلَۧ Ű§Ù„Ű¶َّŰ§Ù„ِّينَ (7)

Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21



Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Ű·Ù‡ (1) 

مَۧ ŰŁَنْŰČَلْنَۧ Űčَلَيْكَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ لِŰȘَŰŽْقَى (2) 

Ű„ِلَّۧ ŰȘَŰ°ْكِ۱َŰ©ً لِمَنْ يَŰźْŰŽَى (3) 

ŰȘَنْŰČِيلًۧ مِمَّنْ Űźَلَقَ Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶َ وَŰ§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰčُلَۧ (4) 


Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنُ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰčَ۱ْŰŽِ ۧ۳ْŰȘَوَى (5) 


Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


 KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

KAEDAH KE LAPAN : AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA SUPAYA SUAMI SENTIASA MENCINTAI ISTERINYA.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita.








16 comments:

nur said...

assalamualaikum, bagaimana jika nak pujuk bekas suami jika berada jauh dari kita? Sbb saya msh sygkan dia. Kami bercerai bukan atas org ketiga tetapi krn berjauhan

Unknown said...

assalamualaikum...saya suka kat sorang gadis nie..tp die mcm xde prasaan ler kat saye..dh 2 thunsetgah kmi knal..tp tetap same..kuar same1 bnyak kali dh..die pown dh thu prasaan sy..cmner nk wat ek??

Anonymous said...

Salam puan nur..saya rasa cara terbaik adalah dengan membuat solat hajat dan mohon digerakkan hati si suami untuk berbaik balik..perlu diingatkan dalam dunia semuanya bukan milik kita..tapi milik Allah.. Kalau bukan hak kita..buat mcm mana pun xkn boleh bersama..tapi kalau ia jodoh kita..pstinya akan bersama nnti..yg penting doa dengan penuh khusyuk dn merendah diri (hamba yg kerdil)..insyaAllah..Allah maha mendengar..

Anonymous said...

sy baru lepas break 2 minggu lepas. Semua yg berlaku adalah atas kesalahan saya yangvtidak menghargai kekasih saya. Kami ada pembuat perancangan untuk berkahwin dan saya memang sgt cintakan dia. Dia mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan kami kerana saya sentiasa mencari kesalahan dia. Saya menyesal dan berjanji untuk berubah, saya amat mengharapkan agar hati kami dpt bersatu kembali. Setiap hari saya berdoa agar di bukakan hati dia untuk menerima saya semula. bagaimanapun, sekiranya Allah telah menetapkan jodoh dia bukan dengan saya, saya akan tetap berdoa yang terbaik untuk dia dan saya takkan melupakan dia.

Unknown said...

salam kekasih saya sebelum ni penah tidur ngn ramai perempuan,, tp skg ni sy da break up ngn dye,,cuma sy tkot nde yg sme kat kalau dye akan wat bende yg sme kat perempuan lain,,sy xmaw dye hancurkan hidup org lain sebab dendam dye yg dlu,, sy maw dye berubah menjadi yg soleh,,bagaimana saya nak bimbing dye ke jalan yg benar kalau hati da keras,,, sy maw dye balik ke pangkal jalan

Unknown said...

kawan bagaimana kalau orang selalu lupa apakah ada juga doa yang paling mujarob, untuk menghilangkan sifat pelupa tsbt.

Unknown said...

Assalamualaikum...saya mempunyai seorang kawan yang keras kepala dan hanya nak ikut pelunjuk sendiri sahaja...saya nasihatkan baik-baik dia tengking saya...dia cakap lebih baik kau cermin diri kau sendiri sebelum kata aku...dan macam-macam lagi dia cakap...sekarang saya tengah bergaduh dengan dia...saya nak bawa berbincang baik-baik tak boleh,sebab dia susah nak dengar nasihat orang...Apa yang patut saya buat?

Anonymous said...

Salam, kawan saya mempunyai seorang ayah yang agak sukar untuk menunaikan solat. Selain berdoa agar si ayah mendapat hidayah, adakah doa pelembut hati untuk seorang ayah?

Anonymous said...

t,kasih ustaz allah saja yg balas budi baik ustaz,moga murah rezeki ustaz.....amin.

Anonymous said...

assalamualaikum..saya baru saja putus dgn teman lelaki saya walaupun kami masih sayang satu sama lain, tapi atas sebab ibu bapanya yang tidak bersetuju bermenantukan orang jauh..die org johor saya org terengganu, kami terpaksa memutuskan perhubungan kami..walaupun saya telah bekerja dijohor, dan setelah dipujuk pun ibu bapanya tetap keras dengan keputusan mereka atas alasan jauh nanti susah dikemudian hari..dan die terpaksa akur dgn keputusan ibu bapanya kerana takut jadi anak derhaka..dan sekarang kami masih berkawan walaupun hati masing2 terkilan dgn apa yg terjadi tapi tidak lagi seperi dulu, saya pun terasa kekok bila berjumpanya..saya tidak pernah putus doa supaya Allah lembutkan hati untuk terima atau bermenantukan org jauh..Sekiranya ade inisiatif atau pendapat atau doa yg boleh diamalkan supaya dapat melembutkan hati kedua orang tuanya amat dihargai.

Amn N said...

Assalamu'alaikum...mohon izin untuk mengamalkan dan untuk menyebarluaskan ke sesama muslim. Send..Al-fatikhah...

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Bagaimana caranya untuk lembutkan hati bos saya yang sangat keras. Pulak tu bos saya orang bukan islam.

Unknown said...

Alhamdulillah syukran jazilan ya Ustaz/Admin yang kongsikan banyak kaedah untuk melembut hati ini.Pohon share ya ustaz.

Lavender senja said...

Bagaimana nak mengembalikan kasih sayang yang semakin hilang terhadap suami. Ada doa tak?

Lavender senja said...

Bagaimana nak mengembalikan kasih sayang yang semakin hilang terhadap suami. Ada doa tak?

Lavender senja said...

Bagaimana nak mengembalikan kasih sayang yang semakin hilang terhadap suami. Ada doa tak?