أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda, dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai) :
'Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu : supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.
Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.
Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga '."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain dari Anas ra, dari Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?” Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang itu, malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (Setelah malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Huraiannya :
Berdasarkan hadis di atas Nabi S.A.W menyebut peringkat kejadian janin di dalam perut seseorang ibu yang melalui tiga peringkat. 40 hari pertama berupa setitis air mani. 40 hari kedua menjadi segumpal darah. 40 hari ketiga menjadi seketul daging. Kemudian roh ditiupkan selepas empat bulan. Jika janin gugur selepas empat bulan, ia mestilah dimandikan, di kafankan, disembahyangkan dan dikuburkan di kawasan perkuburan orang islam. Haram dengan sengaja menggugurkan janin.
Malaikat ditugaskan meniup roh kepada janin dan malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT akan menulis 4 perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalnya samaada mendapat celaka atau bahagia.
Allah sudah tentukan nasib kita sejak dari dalam perut ibu kita lagi. Itu memang betul sabit daripada hadis yang kita bahas ni. Cumanya, para ulama menyatakan bahawa Allah akan beri tanda atau signal supaya manusia yang dalam kecelakaan itu boleh buat perubahan, atau manusia yang dalam kebahagiaan itu boleh berterusan kehidupan yang baiknya itu. Dalam fahaman ahlul sunnah wal jamaah, kita tak boleh bergantung bulat serah kepada takdir. Kita perlu ada usaha dan ikhtiar sebab iradah Allah SWT bergantung kepada ikhtiar manusia. Sebagai contoh; masuknya Abu Jahal ke neraka sebab dia sendiri yang memilih jalan itu. Lalu Allah dengan sifat iradah, meluluskannya. Begitu juga dengan para mujahidin. Mereka pilih mati di jalan Allah. Maka Allah SWT dengan iradahNya, meluluskannya juga.
Apabila kita hidup sebenarnya kita sedang menjalankan qada Allah yang telah tertulis sejak azali lagi. Ini tidak boleh diubah oleh sesiapa pun, samada akhir kita bahagia (alhamdulillah) atau akhir kita celaka (nauzubillah), sebab semuanya ini Allah telah tentukan. Namun begitu, Allah tidak membiarkan hambaNya begitu saja.
Dia letak panduan untuk hambaNya sendiri pilih samada jalan bahagia atau jalan celaka itu. Dan dengan pilihan itulah, Allah akan menentukan dengan sifat iradah yang ada pada zatNya. Sebab yang kata iradah ini, ianya bergantung kepada ikhtiar manusia itu sendiri. Sebab itu jangan kita hairan dengan wujudnya santau, sihir, ilmu hitam apa semua ni. Memang benda-benda ini semua kita tidak suka dan Allah pun tidak suka, tapi ianya tetap berlaku. Sebab apa?…Sebab iradah (kelulusan daripada Allah) bergantung kepada ikhtiar manusia. Jangan jadi macam jabariah yang bergantung bulat-bulat kepada takdir. Pegangan ini ditolak oleh ahlul sunnah wal jamaah.
Sahabat yang dimuliakan,
Kita wajib percaya dan yakin dengan qadak dan qadar Allah SWT. kerana ianya adalah rukun Iman ke enam yang wajib diyakini tanpa ragu-ragu. Allah SWT memberikan kepada kita akal yang waras (itu sebab orang gila tidak ada kewajipan keatas dirinya) dan Allah SWT mengutus Rasulullah SAW sebagai rasul yang membawa hidayah dan petunjuk untuk manusia dengan dibawa baginda al-Quran dan sunnahnya semoga manusia boleh buat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk. Manusia sendiri mampu untuk membuat pilihan keatas dirinya jalan mana yang dia hendak ikuti. Jika baik maka baiklah jadinya dan jika buruk maka buruklah jadinya dan akibatnya akan ditanggong oleh manusia sendiri samaada di dunia dan akhirat.
Islam memberi panduan kepada kita dengan berikhtiar dan berdoa kepada Allah SWT supaya diakhir kehidupan kita mendapat husnul khatimah dan berbahagia di alam barzakh dan di hari akhirat seterusnya dapat memasuki syurga Allah SWT.
Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata, “Mengikut pendapat yang hak, Loh Mahfuz menerima penghapusan dan penetapan.”
Salman Radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidak tertolak qadak itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah.Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah tidak akan mempersia-siakan mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi : “Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Sayyidina Umar Al-Khattab r.a pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf : “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qadak dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”
Di zaman Umar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Umar al-Khattab. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.”
Khalifah Umar r.a amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.”
Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?”
Berkata Umar al-Khattab r.a: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah untuk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qadak dan qadar.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berdoa dan bermohon kepada Allah SWT supaya Dia tetapkan hati kita berada diatas jalan kebenaran dan terus kekal hingga kita bertemu Allah SWT dalam keadaan husnul khatimah dan kekal beriman dan mendapat kebahagiaan di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud , : "Al-Mizan itu berada ditangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga kehari kiamat. Hati manusia berada diantara dua jari Allah Al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakiNya akan disesatkanNya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Disebabkan terlalu mudahnya hati itu berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi SAW.
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim).
Untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kita perlu berdoa :"Rabbana atinafiddunya khasanah wafil akhirati khasanah wakinaazabannar”
(Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab api Neraka)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

No comments:
Post a Comment