Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup tidak sunyi daripada berdepan dengan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Seseorang itu mungkin berdepan masalah rumah tangga, suami dan isteri tidak bersefahaman, masaalah anak-anak yang tidak mendengar nasihat, masaalah perniagaannya yang sentiasa kerugiaan, masaalah hutang-piutang tiada kesudahan, masalaah dengan ketua pejabat ditempat kerja atau pun masaalah politik perebutan untuk mendapat sesuatu jawatan!
Semua masaalah yang dinyatakan di atas sebenarnya bukanlah masaalah yang besar yang boleh menyebabkan seseorang berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Bukanlah masaalah yang berat yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Orang mukmin menganggap masalaah duniawi ini hanya kecil sahaja dan sentiasa berlapang dada berbanding masaalah akidah dan akhlak yang melanda umat Islam.
Jika masaalah itu boleh merosakkan akidah atau masaalah memurtadkan umat Islam dan keruntuhan akhlak maka ini adalah masaalah yang paling besar dan perlu diatasi segera.
Umat Islam tidak boleh berdiam diri dan menyerahkan kepada orang lain untuk diselesaikannya. Bertindak segera tanda cinta kita kepada saudara seagama.
Apa juga keadaan, kalian perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan. Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, kalian perlu berserah diri kepada Allah SWT iaitu bertawakal kepada-Nya.
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada sesama manusia.
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dilanda masalah. Mereka tidak cepat berputus asas, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah SWT selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.
Dalam surah al-An'am Allah SWT berfirman :
Maksudnya : "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya hidayah (petunjuk), nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-An'am ayat 125)
Mereka yang mendapat petunjuk adalah mereka yang sentiasa berlapang dada untuk menerima Islam, bersabar dan berlapang dada dengan kesusahan dan kemiskinan dan berlapang dada dengan penyakit yang alami tanpa kecewa dan putus asa.
Allah SWT berfirman :
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah :'Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(Surah az-Zumar ayat 53)
Sifat ini dirakamkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak membantah” (Surah Al-Kahfi, ayat 54)
Hadis dari Jabir bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim).
Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana mereka berkata: 'Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? 'Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran, ayat 154)
Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu sifat berlapang dada yang akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT adalah berlapang dada semasa menuntut hutang kepada orang yang berhutang, hinggakan Allah SWT membalas dengan balasan syurga.
Daripada Abu Hurairah r. a Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata pada hambanya, 'Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita.'
Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah SWT. bertanya, 'Adakah kamu pernah berbuat baik?'
Dia dengan jujur menjawab, 'Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya, 'Ambilah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita."
Kemudian Allah berfirman yang bermaksud, "Cukup, Aku telah mengampunimu."
Pengajaran yang boleh diambil :
1. Kita digalakkan berlapang dada dan memberi maaf kepada orang lain, dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.
2. Perbuatan memberi pinjam kewangan kepada mereka yang memerlukannya adalah peribadi mulia yang sangat dituntut oleh Islam dan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT., terutama mereka yang berlapang dada semasa menuntut balik hutang tersebut, semata-mata mencari keredaan Allah SWT.
3. Menerangkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah SWT. walaupun suatu amalan yang kecil namun mendatangkan pahala yang besar.
4. Apabila seorang hamba itu mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, lemah lembut dan berkasih sayang terhadap hamba Allah yang lain, tidak berhati kasar dan memudahkan urusan, nescaya Allah juga akan akan berlemah lembut dan sayang kepadanya.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sentiasa berlapang dada kerana sikap berlapang dada adalah salah satu sifat mahmudah (sifat terpuji) . Oleh itu berlapang dadalah dengan Allah SWT nescaya Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya, berlapanng dadalah sesama manusia nescaya kita akan dikasihi oleh manusia, dan berlapang dadalah apabila menghadapi masaalah kehidupan , nescaya masalah itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

2 comments:
terima kasih ustaz..sangat2 memberi kesan pada diri hamba yg lemah ini
asslamualaikum, al-Kahattab Batik, sama-sama kita hayati pengajaran yang boleh kita dapati di dalam artikal di atas. Berlapang dadalah kerana ianya membawa banyak kebaikannya. wasslam.
Post a Comment