Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kemajuan, perpaduan dan kesejahteraan adalah hak asasi semua manusia. Perpaduan mengambarkan tamadun dan kemanusiaan masih bersih. Sedangkan perpecahaan menuju kemunduran. Ia petanda sifat kehaiwanan sudah meresap ke dalam jiwa manusia. Haiwan tidak kenal perpaduan dan kesejahteraan, sanggup bercakaran dan berbunuhan kerana merebut makanan, tempat tinggal dan berebut betina. Maklum saja haiwan, bernafsu liar, pentingkan diri sendiri dan sanggup membinasakan sesiapapun asalkan hasratnya tercapai.
Kenapakah saban hari kita saksikan nilai kemanusiaan kian malap? Sikap ego dan ganas menjadi-jadi. Akhirnya, berlaku keretakan keluarga, jenayah seks, berebut pengaruh, rasuah, pecah amanah, fitnah-memfitnah dan tuduh menuduh, mengabaikan si miskin, permusuhan, pembunuhan dan peperangan. Akhirnya dibalas oleh Allah SWT dengan kecelakaan alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau panjang, angin taufan dan berberbagai penyakit berjangkit yang merbahaya. Punah semua kemajuan fizikal yang dibina sekian lama. Cemas hati manusia kerana penyakit yang berjangkit masih belum mememui ubatnya sedangkan kematian bertambah hari demi hari.
Firman Allah SWT. yang bermaksud, “Telah Nampak kerosakan di darat dan lautan akibat perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan daripada perbuatan mereka itu agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah Ar-Rum ayat 41)
Bagaimana kesudahan jika kemajuan negara disertai malapetaka kerana manusia menurut nafsu dan mula lupa kepada Allah? Apakah kita tidak bimbang ancaman Allah akan datang satu persatu? Apakah kita tidak perhatikan kehancuran masyarakat lain kerana tidak direstui oleh Allah?
Contoh yang berlaku baru-baru ini gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Dari gambar-gambar yang diambil menunjukkan tiga buah kampung di telan bumi seolah-olah sama peristiwa yang berlaku keatas Qarun. Rumah-rumah dibina indah runtuh dan mayat bergelimpangan di sana sini. Dari cerita penduduk yang terselamat yang menyaksikan peristiwa tersebut, beliau menyatakan dia lihat macamana bumi terbelah dua, rumah-rumah, manusia dan haiwan ternak dan bukit-bukit dan pokok-pokok yang ada disekitarnya runtuh dan tertimbus ditelan bumi. Peristiwa ini berlaku beberapa minit saja dan amat dahsyat sekali.
Dari tinjauan dan perbincangan dengan alim ulama’ di Padang, apakah kesalahan penduduk-penduduk di sini mengakibatkan mereka mendapat musibah dan bala daripada Allah SWT?. Mereka berpendapat penduduk di sini sebelum peristiwa ini berlaku ramai penduduk meninggalkan solat, masjid dan surau sentiasa kosong dan amat sedikit yang mengerjakan solat berjemaah. Mereka lebih suka berhibur daripada melaksanakan ibadah kepada Allah . Mereka berpegang teguh dengan adat pepetih yang mengutamakan kaum wanita dalam pembahagiaan harta pusaka dan secara tak langsung menolak cara pembahagian faraid menurut Islam. Hampir setiap rumah ada parabola dan mereka sibuk dengan rancangan-rancangan yang merosakkan minda dan akhlak.
Pergaulan bebas lelaki dan wanitanya, perlakuan maksiat tidak diambil kesah oleh masyarakat di sini. Tidak dilaksanakan amal maaruf dan mencegah kemungkar.
Perlu diingat disini bahawa dinegara kita juga pernah dikesan gempa bumi kecil lebih empat puluh kali (1,2 dan 3 skala richter), tidak mengakibatkan kerosakan harta benda dan nyawa. Ini mungkin amaran daripada Allah SWT. untuk kita berwaspada dan perlu kembali melaksanakan suruhan Allah SWT. Tetapi jangan kita lupa bahawa negara kita pernah ditimpa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan runtuhnya kondominiam H. Tower, yang telah mengakibat kematian dan kerosakkan harta benda. Ini hanyalah amaran kecil dari Allah SWT.
Sahabat yang di muliakan,
Oleh itu apabila sesuatu pembangunan yang ingin dilaksanakan perlulah dipastikan iannya tidak lari dari asas iman. Islam dan akhlak. Manusia dan alam akan sejahtera dan selamat.
Firman Allah SWT. yang bermaksud, “Tidakkah kamu lihat Allah membuat perumpamaan; kalimah yang baik umpama pokok yang baik, akarnya kukuh (di dalam bumi) dan dahannya menjulang tinggi ke langit. Menghasilkan buah setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia supaya mereka mengerti. Dan perumpamaan kalimah yang buruk ialah pokok yang buruk, akarnya terbongkar dari bumi, dan tidak dapat berdiri tegak.”(Surah Ibrahim ayat 24-26)
Kalimah yang baik adalah Kalimah Syahadah iaitu beriman kepada Allah dan menjadikan Islam sebagai cara hidup untuk kemajuan dunia dan akhirat. Syahadah dan ajaran Islam (termasuk akhlak) itu akan menghasilkan buah kejayaan untuk sepanjang zaman. Malah zaman itu diberkati. Kalimah yang buruk ialah pegangan hidup yang kufur terhadap Allah dan menjadikan sistem hidup rekaan manusia sebagai cara memajukan kehidupan dunia. Nampak rendang dengan kemajuan tetapi rapuh dan mudah runtuh. Ahli tafsir mengatakan ada pokok yang tidak diingini tetapi tumbuh merata, berbunga cantik, malah berduri dan beracun. Sekali dihayun cangkul sudah tercabut.
Begitulah sistem kemajuan yang bukan daripada Allah. Mudah semarak kerana mengutamakan kebendaan. Tetapi menunggu masa runtuh kerana asas yang goyah. Apabila bencana datang dan merosakkan pembangunan yang mereka bina bertahun-tahun. Mereka terpaksa membelanjakan pula berbillion ringgit untuk membangunkan semula kerosakkan yang telah berlaku.
Beriman sekukuhnya menjana akal dan menjinakkan nafsu. Akal dan nafsu itu tidak mudah menurut perintah kerana adanya gangguan daripada syaitan yang membisikkan sesuatu yang boleh membawa kepada keruntuhan. Masyarakat maju sebenarnya adalah masyarakat yang menurut perintah Allah. Semua usahanya, samaada dalam pendidikan atau teknologi akan direstui oleh Allah SWT. Allah SWT. berfirman yang bermaksud, “Sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa akan dibuka untuk mereka berkat dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’araf ayat 96).
Sahabat yang dikasihi,
Pengkaji sejarah mengakui bahawa apabila Islam bertapak di Benua Arab dan berkembang pesat ke merata tempat, masyarakat mula hidup bersatu padu dan membina negara ke mercu kejayaan. Banyak penemuan sains dicapai oleh masyarakat Islam ketika Eropah masih dalam kegelapan. Islam seterusnya memimpin dunia selama hampir seribu tahun, dari abad ke tujuh hingga abad ke tujuh belas. Selama tempuh itu mana-mana negara yang diperintah oleh Islam mengecapi keamanan dan mencapai kemajuan dalam bidang ilmu, teknologi dan kebudayaan.
Syariat Islam yang bersih serta mulia menjadi dasar mengamankan dunia dalam tempuh seribu tahun itu. Seluruh bumi dianggap tanahair bagi umat Islam. Jika musibah berlaku di satu penjuru tanahair Islam akan dibantu secara percuma oleh penjuru lain dengan arahan Khalifah. Tidak kira musibah itu akibat kemerosotan ekonomi, wabak penyakit atau malapetaka.
Benua atau Negara yang berbilang kaum dan bahasa ketika itu seperti India, Mesir, Asia Timur, Sepanyol dan Turki semua hidup aman di bawah syariat Islam. Khalifah atau ketua pemerentah Islam sedunia telah bertukar tangan dari kalangan berbagai bangsa. Namun, semua itu tidak menghalang semua Negara mematuhi arahan Khalifah. Itulah nikmat besar yang pernah dinikmati oleh bumi selama seribu tahun hasil dari manusia berpegang kepada iman terhadap Allah SWT.

1 comment:
semoga kita dilindungi Allah dari semua jenis malapetaka
Post a Comment