Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syiah ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali k.wj sebagai pengganti
Nabi Muhammad SAW yang sah dan lebih utama daripada para sahabat
lain. Golonga Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi SAW serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin
iaitu Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthmanr r.a.
Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta
merendahkan kedudukan khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebahagian
isteri-isteri Nabi SAW. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan
Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
Ulama terkenal, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya
berkaitan Syiah menyenaraikan beberapa penyelewengan mereka.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah
maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak
berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan,
ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.
Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan
golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam
Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan
yang haram dan mengharamkan yang halal.
Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di
tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara
ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir
al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki
al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali
ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.
Lihatlah
bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di
tengah-tengah kita belum sempurna. Dan lihatlah bagaimana Syiah berdusta atas nama Saidina Ali k.wj. Mereka menyatakan bahawa hanya Ali bin Abi Talib
yang boleh mengumpulkan Al Quran.
Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah Ta’ala,
Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah Ta’ala,
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Maksudnya : “Pada
hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3). Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.
Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu
Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a, Amr bin al-Ass r.a. dan sebagainya.
Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha.
Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin
al-Aswad r.a, Abu Dzar al-Ghifari r.a. dan Salman al-Farisi r.a. kerana
mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut
dalam kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW sahaja.
Sahabat yang dihormati,
Dr. Musa al-Musawi, seorang yang
dibesarkan dalam sebuah keluarga terhormat di kalangan masyarakat Syiah
menulis sebuah buku mengajak para penganut fahaman Syiah pada hari ini
untuk kembali memperbetulkan kepercayaan yang telah diselewengkan dan
menyalahi pegangan Islam yang sebenar. Tegasnya, kebanyakan kepercayaan
dan pengamalan Syiah pada hari ini adalah rekaan atau perkara yang
diada-adakan oleh ulama serta pemimpin Syiah. Antara perkara yang
ditegaskan oleh beliau ialah:
Pertama : Penganut fahaman Syiah mengamalkan taqiyyah atau
berpura-pura. Ianya bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan
berlainan daripada kepercayaan. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah
membawa batu atau tanah Karbala dan sujud di atasnya ketika solat di
masjid penganut Syiah dan menyembunyikan batu tersebut ketika solat di
masjid-masjid bukan penganut Syiah.
(Dalam Islam berpura-pura adalah sifat munafik yang dilarang keras oleh Allah SWT.)
Kedua : Penganut fahaman Syiah mengadakan upacara
perkabungan ke atas kematian Saidina Husain pada Hari Asyura, 10
Muharram dengan berdukacita meratap dan menangis kesedihan, memalu
(memukul) serta menyeksa tubuh badan dengan rantai besi, benda tajam
atau sebagainya.
(Amalan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana amalan menyeksa diri adalah haram dan berdosa.)
Ketiga : Penganut fahaman Syiah mengamalkan Mutaah
yang bermaksud kahwin kontrak atau sementara. Iaitu berkahwin dengan
seorang perempuan atau lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam
tempoh beberapa jam, semalaman, seharian atau lebih. Mereka berpendapat
bahawa kahwin Mutaah adalah diharuskan dengan syarat wanita itu tidak
bernikah atau bermutaah dengan sesiapa.
(Dalam hadis riwayat Muslim jelas nikah Mutaah telah di batalkan oleh Allah SWT sedangkan Syiah masih mengamalkan dan mengharuskannya pula.)
Keempat : Penganut fahaman Syiah sujud di atas batu atau
tanah Karbala yang dibawa oleh mereka ketika solat. Mereka juga
menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut dengan menciumnya
ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan penyakit. Batu tersebut
adalah cebisan tanah yang diambil daripada perkuburan Saidina Husain di
Karbala.
(Amalan ini adalah amalan kurafat yang boleh merosakkan akidah umat Islam)
Kelima : Penganut fahaman Syiah meninggalkan Solat
Jumaat dengan alasan Solat Jumaat hanya wajib ketika wujud atau
hadirnya Imam al-Mahdi. Namun, ketika ketiadaan Imam al-Mahdi, mereka
boleh memilih sama ada melaksanakan Solat Jumaat atau melaksanakan
solat Zohor. Umumnya, penganut Syiah meninggalkan solat Jumaat.
(Berdosa besar meninggalkan solat Jumaat kerana solat Jumaat telah difardukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran)
Keenam : Penganut fahaman Syiah mengamalkan jamak solat
fardu iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir
atau tidak tanpa sebarang sebab. Walaupun ulama Syiah menfatwakan sunat
hukumnya solat pada waktu-waktunya. Namun, dari sudut pengamalan mereka
lebih mengamalkan jamak di antara dua solat, Zohor dan Asar dan Maghrib
dan Isyak. Perkara ini boleh dilihat diseluruh tempat-tempat solat yang
diurus oleh penganut-penganut Syiah.
(Umat Islam daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjamakkan solat fardu melainkan dalam musafir atau ada perkara penting yang diharuskan jamak dua solat fardu)
Sahabat yang dimuliakan,
Penyelewengan kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza daripada
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Syiah menafikan dan menolak
al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini. Syiah menolak
hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah SAW
seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Penganut
fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan
bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar oleh para ulama dan
institusi-institusi Islam.
Hadis daripada Irbid bin Sariah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :
“Sesungguhnya aku telah tingggalkan bagimu agama yang jelas
nyata dari sebarang kesamaran. Jelasnya diibaratkan gelap malam gelita
seperti siang harinya. Sesiapa pun tidak akan tergelincir darinya
selepasku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa. Sesiapa yang hidup
selepas itu akan melihat kekeliruan yang banyak sekali. Maka hendaklah
kamu berpegang dengan apa yang telah kamu ketahui dari sunnahku dan
sunnah khulafa’ rashidin yang terpimpin. Peganglah kepercayaan itu
dengan teguh”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Hadis di atas menjelaskan bahawa Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina
Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah para
pemimpin yang terpimpin dengan tunjuk ajar daripada Nabi Muhammad SAW. Begitu juga sekalian para sahabat, mereka adalah umat terbaik
selepas kewafatan Baginda SAW. Justeru, kita sebagai muslim mestilah
berhati-hati dengan kepercayaan, pegangan dan ideologi yang jelas
menyalahi serta menyeleweng daripada perkara asas dalam ajaran Islam,
apatah lagi yang telah diwartakan sesat, menyeleweng dan seumpamanya.
Dalam menghadapi kemelut kepercayaan, para ulama adalah mereka yang
berkelayakan untuk kita rujuk. Sesungguhnya Islam adalah agama yang
jelas kebenarannya dan jelas juga batas-batas kekufurannya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisihan dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih
elok pula kesudahannya”.
Dalam surah An Nuur, Allah membantah orang-orang yang menuduh Aisyah –isteri Rasulullah SAW yang mulia dengan tuduhan keji iaitu berzina. Hal ini menunjukkan
orang-orang Syiah sangat benci terhadap Aisyah –puteri Abu Bakr-
bahkan sebagian ulama mereka sampai mengkafirkan Aisyah dan menyatakan Aisyah itu di neraka. Na’udzu billahi min dzalik. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari kesesatan ajaran Syiah.
Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah dengan golongan Syiah ini kerana mereka bukan sahaja terdapat di Iran dan Iraq tetapi golongan ini telah bertapak di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Mereka cukup fanatik dengan ajaran Syiah. Mereka cuba menyerap masuk dan mensyiahkan para pelajar IPT dan pendakwah Islam. Yang menjadi tanda tanya ada sebahagian 'ustaz' kita boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah. Kerajaan Iran mempunyai dana yang besar dan cuma menyebarkan fahaman Syiah ke seluruh dunia dan cuba menyesatkan umat Islam di negara kita . Perlu diingat golongan Syiah ini akan memusuhi Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila berpeluang memeranginya contoh yang terdekat bagaimana tentera Iran Syiah dan pejuang Hasbullah Syiah telah menbantu rejim Basyar Assad laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita di Syria tanpa belas kasihan. Umat Islam jangan berbangga dengan kerajaan Iran dan Hasbullah kononnya mereka anti-Israel, hakikat sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut dan bersekongkol dengan Israel dan Amerika untuk memerangi umat Islam.
Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah dengan golongan Syiah ini kerana mereka bukan sahaja terdapat di Iran dan Iraq tetapi golongan ini telah bertapak di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Mereka cukup fanatik dengan ajaran Syiah. Mereka cuba menyerap masuk dan mensyiahkan para pelajar IPT dan pendakwah Islam. Yang menjadi tanda tanya ada sebahagian 'ustaz' kita boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah. Kerajaan Iran mempunyai dana yang besar dan cuma menyebarkan fahaman Syiah ke seluruh dunia dan cuba menyesatkan umat Islam di negara kita . Perlu diingat golongan Syiah ini akan memusuhi Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila berpeluang memeranginya contoh yang terdekat bagaimana tentera Iran Syiah dan pejuang Hasbullah Syiah telah menbantu rejim Basyar Assad laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita di Syria tanpa belas kasihan. Umat Islam jangan berbangga dengan kerajaan Iran dan Hasbullah kononnya mereka anti-Israel, hakikat sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut dan bersekongkol dengan Israel dan Amerika untuk memerangi umat Islam.
3 comments:
Assalamualaikum Ustaz..
Saya ada menonton satu video dalam Youtube bertajuk Zaman Khalifah. Keraguan saya timbul apabila terdapat nama seperti Fatimiah terselit di dalam video tersebut. Dalam Comment Video tersebut ada segelintir Melayu Memuji-muji, Adakah mereka memuji kerana mereka buta dalam bab ilmu agama, atau sejarah itu betul-betul berlaku?.. Saya sedih melihat bangsa Melayu kalau sudah terperangkap dengan Syiah.
Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=Yq4LWBVNSGs
Mohon Pengjelasan Ustaz.
Assalamualaikum ustaz,
untuk makluman saya seorang mualaf dan telah memeluk Islam selama 14 tahun. seringkali timbul persoalan dari keluarga saya (yg masih menganut agama kristian dan separuh masih mempercayai adat lama (percaya semangat hutan, gunung sungai dsbnya)tentang kemelut yang melanda islam masa kini.... mohon untuk saya print out nukilan ustaz untuk saya kongsikan . Semoga tiada lagi salah faham yang mengatakan islam berperang sesama sendiri.... mohon keizinan juga untuk saya kongsikan diblog dan facebook saya.
Post a Comment