سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bersikaplah
pertengahan, bersikaplah pertengahan, nescaya kalian akan sampai
(kepada maksud tujuan). (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya agama ini mudah, tidaklah seseorang berlebih-lebihan dalam menjalankan agama kecuali ia akan keberatan sendiri. Tepatilah kebenaran atau apa-apa yang mendekatinya, berilah khabar gembira, dan pergunakanlah waktu pagi, waktu petang dan malam hari untuk memudahkan perjalananmu. (Hadis Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sifat bersederhana adalah tuntutan agama kerana sebaik-baik amalan adalah pertengahan. Maksud pertengahan adalah tidak terlalu memberatkan diri sehingga menyusahkan (mendatangkan mudarat) diri sendiri dan tidak meringan-ringankan sehingga meninggalkannya.
Pernah kita dengar kisah Rasulullah SAW dengan tiga orang sahabat baginda yang hanya mahu beribadah kepada Allah SWT. Kisah ini menjadi tauladan hidup kita. Telah termaktub bahawa ada tiga orang sahabat Rasulullah SAW tidak mahu tidur untuk beribadah di malam hari, tidak mahu makan untuk terus berpuasa dan tidak mahu bernikah untuk terus beribadah. Rasulullah sendiri bersabda baginda sendiri tidur, berbuka puasa dan bernikah. Itulah landasan yang dipertunjuki oleh Rasulullah sendiri.
"Anas bin Malik meriwayatkan, terdapat tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW untuk menanyakan ibadat yang dikerjakan baginda.

Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasakan ibadat mereka itu jika dibandingkan dengan ibadat Rasulullah SAW terlalu sedikit. Lalu ketiga-tiga orang sahabat itu berkata sesama mereka: “Bagaimana dengan ibadat kita, padahal baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan akan datang?” Maka salah seorang daripada mereka itu berkata, “Aku akan solat tahajud setiap malam”; seorang yang lain berkata, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka”; dan seorang yang lain berkata, “Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)”
Sebaik Rasulullah SAW datang, lalu baginda bersabda yang bermaksud, “Kenapa kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat takwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Hati-hatilah kalian dari ghuluw (ekstrim) dalam agama kerana sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah ghuluw dalam agama. (Hadis Riwayat Ahmad)
Sahabat yang dimuliakan,
Apabila kita kata perlu bersederhana dalam beribadah dan beramal soleh bukanlah bermakna kita melakukan ibadah sambil lewa (tidak khusyuk) atau beramal soleh seperti "melepaskan batuk ditangga" buat sekadarnya dan tidak bersungguh-sungguh.
Sifat orang mukmin apabila dia melakukan sesuatu urusan dia akan melakukan bersungguh-sungguh hingga keperingkat terbaik. Amal ibadah dan amal solehnya berterusan (istiqamah) dan dipertingkatkannya daripada masa kemasa hingga sampai keperingkat ihsan.
Gerak kerjanya dalam dakwah dan tarbiah tersusun rapi dan tidak mudah dilemahkan dengan masalah-masalah peribadi yang dihadapinya. Hati dan jiwanya sentiasa berazam untuk membantu masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan secara suka rela dan tidak mengharapkan habuan dan kepentingan duniawi.
Orang mukmin juga jika dia terlibat dalam menentukan kepimpinan negara samaada di peringkat pusat atau negeri, sifat dan sikapnya bukanlah seperti "duri dalam daging "atau seperti "gunting dalam lipatan" yang hanya mementingkan dirinya sendiri dan akan menikam rakan-rakannya dibelakang dan suka lobi-melobi dan membuat fitnah supaya dia terpilih walaupun dengan menggunakan cara yang salah.
Islam tidak boleh dipisahkan dengan akhlak dan adab-adab sopan. Perlulah diingatkan matlamat yang baik tidak boleh membersihkan jalan yang salah (haram) , jika matlamat kita baik untuk membela nasib rakyat maka cara-cara kita mendapatkan kepimpinan perlulah juga dengan cara yang betul dan tidak bertentangan dengan syariah Islam.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati maksud hadis di atas supaya sentiasa bersederhana dalam semua urusan di dunia ini, samaada urusan ibadah dan beramal soleh kepada Allah SWT maupun ketika berurusan dan bermuamalah, berkempen, dan berinteraksi sesama manusia semata-mata mencari keredaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment