Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Siri 118 adalah membicarakan persoalan air liur manusia tidak najis, solat fardu dalam keadaan berhadas besar kerana terlupa, mengambil barang orang bukan Islam, perbezaan al-Quran umat Islam (ASWJ) dengan Syiah, doa mohon syurga dan menjauhi neraka.
871. Soalan : Apakah air liur manusia ketika tidur bila terkena pakaian tidak najis dan boleh dibuat untuk solat?
Jawapan :
Imam Ibnu Majah dalam sunannya menyebutkan judul bab:
بَابُ اللُّعَابِ يُصِيبُ الثَّوْبَ
Bab, tentang air liur yang mengenai baju.
Kemudian, beliau menyebutkan satu hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa bercerita,
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَامِلَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ عَلَى عَاتِقِهِ، وَلُعَابُهُ يَسِيلُ عَلَيْه
“Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendokong Husain bin ‘Ali di atas pundak baginda, dan air liur Husain menetes mengenai baginda.” (Hadis Riwayat Ibn Majah 658 dan disahihkan al-Albani, juga disebutkan oleh Imam Ahmad no. 9779 dalam Musnadnya dan disahihkan Syuaib al-Arnauth.)
Termasuk air liur yang keluar ketika tidur.
Dr. Soleh al-Fauzan pernah ditanya tentang liur yang keluar ketika tidur.
Jawaban beliau,
Liur yang keluar ketika seseorang tidur statusnya suci dan tidak najis. Dan hukum asal segala sesuatu yang keluar dari manusia adalah suci, kecuali yang terdapat dalil bahawa itu najis. Berdasarkan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ‘Sesungguhnya orang mukmin tidak najis.’ Diriwayatkan oleh Imam al-Albani dalam sahihnya, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu.
Kemudian beliau menegaskan,
Liur, keringat, air mata, atau cairan yang keluar dari hidung, semuanya suci. Inilah hukum asal. Sementara kencing, kotoran, dan setiap yang keluar dari dua jalan, statusnya najis. Liur yang keluar dari seseorang ketika dia tidur, termasuk benda suci, sebagaimana ingus, dahak atau semacamnya. Kerana itu, tidak wajib bagi seseorang untuk mencucinya atau mencuci baju yang terkena liur.(al-Muntaqa min Fatawa al-Fauzan, 5/10)
Keterangan:
Beliau menegaskan bahawa air liur tidak wajib dicuci. Tidak wajib ertinya, jika ada air liur yang terkena baju maka tidak masalah baju ini digunakan untuk solat. Namun jika ini mengganggu kerana bau, maka harus dicuci.
872. Soalan : Saya baru berkahwin 6 bulan ketika sehabis melakukan hubungan intim bersama suami saya lupa mandi hadas besar, hanya mandi biasa sahaja. Kejadiannya waktu pagi, setelah mandi biasa saya melakukan solat Duha, kemudian solat Zuhur dan Asar. ketika hendak solat maghrib saya baru teringat bahawa saya terlupa untuk mandi wajib. Adakah saya wajib mengqada' solat fardu yang telah saya kerjakan dalam keadaan berhadas besar?
Jawaban:
Diantara syarat sah solat adalah suci dari hadas besar mahupun kecil.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ
”Solat tidak akan diterima yang dikerjakan tanpa bersuci.” (Hadis Riwayat Muslim 224, Nasai 139, Abu Daud 59, dan yang lainnya).
Kemudian, ulama sepakat, orang yang solat dalam keadaan berhadas, solatnya tidak sah, baik dia sadar mahupun tidak sadar.
Imam an-Nawawi menegaskan,
أجمع المسلمون على تحريم الصلاة على المحدت وأجمعوا على أنها لا تصح منه سواء إن كان عالما بحدثه أو جاهلا أو ناسيا لكنه إن صلى جاهلا أو ناسيا فلا إثم عليه وإن كان عالما بالحدث وتحريم الصلاة مع الحدث فقد ارتكب معصية عظيمة
Kaum muslimin sepakat haramnya solat bagi orang yang berhadas. Mereka juga sepakat solat yang dikerjakan orang yang hadas tidak sah, baik dia sadar dirinya hadas atau dia tidak sadar, atau dia lupa. Hanya saja, jika dia solat kerana tidak tahu dirinya berhadas atau kerana lupa, dia tidak berdosa. Dan jika dia tahu sedang berhadas dan tahu haramnya solat dalam keadaan hadas, bererti dia telah melakukan dosa besar. (al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 2/67).
Hal yang sama juga ditegaskan oleh al-Mardawi – ulama Hambali – (w. 885 H),
لو انتبه بالغ أو من يحتمل بلوغه. فوجد بللا، جهل أنه مني: وجب الغسل مطلقا على الصحيح من المذهب
Ketika ada orang baligh terbangun dan dia menjumpai ada yang basah, sementara dia tidak tahu bahawa itu mani, maka dia wajib mandi secara mutlak menurut pendapat yang kuat dalam madzhab Hambali. (al-Inshaf, 1/228)
Solat yang telah dikerjakan, wajib di qada' kerana solatnya ketika belum mandi hadas besat tidak sah.
Al-Mardawi menegaskan,
وحيث وجب عليه الغسل فيلزمه إعادة ما صلى قبل ذلك
“Kerana dia wajib mandi, maka dia harus mengulangi semua solat yang telah dia kerjakan.” (al-Inshaf, 1/228)
Apabila puan baru sedar belum mandi hadas besar maka puan wajib segera mandi hadas besar dan segera solat fardu Magrib kemudain mengqada' semua solat yang telah puan kerjakan secara berurutan buat solat qada' Zohor dan kemudian solat qada' Asar.
873. Soalan : Kawan saya pernah bekerja di kilang perabut seorang bukan Islam berbangsa Cina. Sebelum berhenti kerja dia telah membawa balik beberapa peralatan perabut dikilang tersebut tanpa pengetahuan majikannya. Sekarang dia sudah sedar akan kesilapannya dahulu, adakah dia wajib memulangkan peralatan tersebut? Minta ustaz memberi pencerahannya.
Jawapan :
Orang yang megambil barang orang lain tanpa kebenaran wajib untuk mengembalikan barang yang diambil kepada pemilik barang tersebut atau ahli waris pemiliknya seboleh mungkin samaada barang tersebut hak milik orang Islam atau bukan Islam. Apabila pemilik kilang tersebut sudah tidak ada lagi ditempat tersebut dan tidak tahu berpindah dimana maka wajib mensedekahkannya dalam rangka berlepas diri dari harta tersebut.
Dalam Islam seorang muslim tidak boleh mengambil atau mencuri harta orang bukan Islam (kafir) jika sekiranya mereka terdiri daripada kafir zimmi (yang tinggal dibawah pemerintahan Islam dan memiliki perjanjian keamanan yang terus berlangsung) atau mustakman (yang memiliki perjanjian keamanan sementara dengan pemerintahan muslim) maka harta-harta tersebut harus dikembalikan kepada mereka. Jika dia tidak memulangkannya maka dia tetap mendapat dosa di sisi Allah SWT di akhirat nanti dia akan di adil dimahkamah Allah SWT.
874. Soalan : Apakah perbezaan kitab suci al-Quran nul karim yang di amalkan oleh umat Islam sekarang ini dengan kitab kepercayaan golongan Syiah?
Jawapan :
Terdapat perbezaan yang cukup jelas Kitab Suci (al-Quran) yang menjadi amalan dan pegangan umat Islam sekarang ini (Ahli Sunah Wal Jemaah) dengan ke kitab yang di amalkan dan pegangan golongan Syiah yang sesat dan menyesatkan ini.
1. Al-Quran kaum muslimin
Kitab suci kaum muslimin adalah al-Quran yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Setelah baginda wafat, al-Quran telah sempurna dan tidak lagi ada tambahan wahyu yang turun. al-Quran kaum muslimin, terdiri dari 30 juz, 114 surat, dengan jumlah ayat berjumlah 6236.
2. Al-Quran mengikut sepercayaan Syiah
Ada 3 Aqidah Syiah tentang kitab suci al-Quran:
i. Syiah meyakini bahwa al-Quran yang dipegang kaum muslimin telah diselewengkan oleh para sahabat, sehingga tidak semua ayat al-Quran masih asli. Beberapa ayat telah diubah dan sebagian besar dibuang para sahabat.
ii. Syiah memiliki al-Quran versi lain, yang tidak ada dalam al-Quran yang beredar di tengah kaum muslimin, jumlah ayatnya 17.000. Ada dua keterangan yang mereka sampaikan,
(1) Al-Quran itu langsung diturunkan kepada Fatimah,
(2) Al-Quran itu diturunkan melalui Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kemudian baginda berikan hanya ke Fatimah. [Ushulul Kaafi, Al Kulaini, 2/634, dan keterangan Yasir Habib, musuh sahabat].
iii. Orang Syiah menyebut kitab suci tambahan khusus mereka sebagai mushaf Fatimiyah. Mushaf ini tidak dimiliki oleh kaum muslimin pada umumnya. Menurut salah satu riwayat mereka, Jibril hanya menyampaikan kepada Fatimah, kemudian ditulis oleh Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.
Dalam kitab Ushul al-Kafi – salah satu rujukan utama Syiah – dinyatakan,
Ketika Imam as-Shodiq – alaihis salam – ditanya tentang mushaf Fatimah – alaihas salam – beliau menjawab,
“Sesuungguhnya Fatimah, sepeninggal Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau berkabung selama 75 hari. Beliau sangat bersedih karena wafatnya ayahnya. Jibril selalu mendatangi Fatimah, dan turut berkabung atas kematian ayahnya. Jibril menghibur Fatimah, dan menyampaikan tentang keadaan ayahnya dan kedudukan ayahnya. Jibril juga menyampaikan keadaan masa depan keturunan Fatimah.Sementara Ali mencatat semua yang disampaikan Jibril. Itulah Mushaf Fatimah.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, 1/241].
Mushaf Fatimah Jauh Lebih Tebal (3 Kali Ganda )
Mushaf Fatimah jauh lebih tebal dibandingkan al-Quran umat islam. Mushaf Fatimah 3 kali lebih tebal dibandingkan al-Quran kaum muslimin.
Dalam Ushul al-Kafi juga disebutkan, bahwa Abu Abdillah – alaihis salam – mengatakan,
“Kami memiliki mushaf Fatimah alaihas salam. Mereka tidak tahu, apa itu mushaf Fatimah? Mushaf Fatimah berisi seperti quran kalian ini 3 kali lipat. Demi Allah, tidak ada satupun bagian (dalam mushaf Fatimah) yang dijelaskan dalam Quran kalian satu hurufpun.”
[al-Kafi, al-Kulaini, jilid 1, hlm. 287]
Salah satu tokoh Syiah, Kamal al-Haidari menjelaskan kitab Ushul al-Kafi yang menjelaskan keterangan Mushaf Fatimah. Bahwa Mushaf itu ada, dan bukan khayalan. Tapi wujudnya masih disembunyikan.
Mushaf yang Disembunyikan :
Mushaf Fatimah, hingga saat ini belum diterbitkan. Bahkan orang Syiah sendiri tidak boleh menunjukkan lembaran mushaf Fatimah itu. Semua kaum muslimin menyatakan mushaf itu hanya khayalan, khurafat kaum Syiah. Namun mereka membantah dan mengatakan, mushaf fatimah itu ada, dan mushaf itu hanya dimiliki oleh al-ma’shumin (imam yang maksum). Sementara selain imam yang maksum, mereka tidak pernah tahu isinya, selain
Berdasarkah huraian di atas jelaslah aqidah Syiah telah sesat dan menyesatkan. Apabila mereka menolak kitab suci al-Quran ini bermakna mereka tidak beriman kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dan mereka bukan lagi menjadi sebahagian daripada umat Islam.
Kaum muslimin meyakini bahawa al-Quran yang sampai ke tangan mereka adalah al-Quran asli, sama seperti yang AllahSWT turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melalui malaikat Jibril. al-Quran ini dijaga oleh Allah SWT, dan tidak mengalami perubahan hingga Allah SWT mengangkatnya.
Allah berfirman SWT,
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya : "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Surah Al-Hijr: 9)
Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan,
قرر تعالى أنه هو الذي أنزل الذكر، وهو القرآن، وهو الحافظ له من التغيير والتبديل
Allah menegaskan bahawa Dia yang menurunkan az-Zikr, yaitu al-Quran, dan Dia yang akan menjaganya dari setiap perubahan atau penyelewengan. (Tafsir Ibnu Katsir, 4/527).
Sementara Syiah memiliki keyakinan yang sangat menyimpang jauh tentang al-Quran. Berikut diantara keyakinan mereka tentang al-Quran,
1. Jibril salah dalam menurunkan wahyu. Seharusnya kepada Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, tapi dia berikan kepada Muhammad bin Abdillah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Dalam kitab Anisul Wahid, al-Jazairi mengatakan,
Muhammad dengan Ali itu lebih mirip dibandingkan dua burung gagak atau dibandingkan miripnya dua ekor lalat. Kemudian Allah mengutus Jibril ‘alaihis salam untuk memberikan wahyu kepada Ali ‘alaihis salam, namun Jibril salah dalam menyampaikan risalah, seharusnya kepada Ali, dia berikan kepada Muhammad. Dan mereka (orang syiah) melaknat sang pemilik sayap, yaitu Jibril. (Anisul Wahid, 2/310, Tahqiq: ar-Raja’i).
2. Sebagian besar al-Quran, isinya hanya menjelaskan sosok Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, ahli bait, dan para musuh ahli bait (para sahabat). Tokoh syiah, al-Faidh al-Kasyani mengatakan,
“Majoriti al-Quran turun terkait dengan sosok ahlul bait, para pembela mereka, dan musuh mereka.” (Tafsir as-Shafi, 1/24).
Bahkan salah satu tokoh syiah, Hasyim bin Sulaiman al-Katkani menegaskan bahwa nama Ali bin Abi Thalib sendiri, disebutkan dalam al-Quran sebanyak 1154 kali. Untuk mendakwahkan itu, dia menulis buku al-Lawami’ an-Nuraniyah fi Asma Aliy wa Ahli Baitihi al-Quraniyah.
3. Para sahabat menyelewengkan al-Quran, dan membuang banyak ayat al-Quran, terutama yang menyebutkan tentang keutamaan Ali bin Abi Thalib.
Dari Hisyam bin Salim, dari Abu Abdillah ‘alaihis salam, ia berkata, “Al Qur’an yang dibawa oleh Jibril ‘alaihis salam kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam terdiri dari 17.000 ayat.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, jilid 2, hlm. 634].
Dalam keterangan tokoh syiah yang lain, keterangan Sulthan Muhammad bin Haidar Al-Khurasaaniy:
اعلم، أنه قد استفاضت الأخبار عن الأئمة الأطهار بوقوف الزيادة والنقيصة والتحريف والتغيير فيه
”Ketahuilah bahwasannya telah banyak tersebar khabar-khabar dari para imam yang suci tentang adanya penambahan, pengurangan, penyimpangan, dan perubahan Al-Qur’an…” [Bayaanus-Sa’aadah fii Muqaamaatil-’Ibaadah 1/12].
Dalam kitab Minhaj Al Baro’ah Syarh Nahjul Balaghoh (2/216) oleh Habibullah al-Khou’i disebutkan, “Lafazh aali Muhammad wa aali ‘Ali (bin Abi Tholib) – keluarga Muhammad dan keluarga ‘Ali – telah terhapus dari Al Qur’an”.
4. Yang tahu seluruh isi al-Quran hanya ahlul bait. Selain Ahlul bait, hanya mengetahui sebagian isi al-Quran. Artinya, mushaf yang berada di tangan kaum muslimin, hanya sebagian dari al-Quran
Abu Ja’far berkata, “Barangsiapa menganggap dirinya telah mengumpulkan seluruh isi Al Qur’an, sebagaimana yang diturunkan, berarti dia pendusta. Tidak ada yang boleh mengumpulkan dan menjaga Al Qur’an sebagaimana yang Allah turunkan selain ‘Ali bin Abi Tholib dan para imam setelahnya”(Ushul al-Kaafi, Al Kulaini, 1/228).
PERHATIAN :
Empat fakta di atas adalah bukti yang jelas bahawa Syiah tidak menggunakan al-Quran yang digunakan oleh umat Islam hari ini. Jika kalian berjumpa orang Syiah mereka kata mereka juga menggunakan kitab suci yang sama sebenarnya mereka berbohong. Mereka hanya bertaqiyah ( tipu muslihat Syiah). Kitab mereka adalah al-Quran yang telah diubah suai dan di tokok tambah sama seperti Pendita Yahudi yang merubah kitab Taurat. Mereka lebih merbahaya daripada orang yang bukan Islam tetapi tidak memusuhi umat Islam. Kitab Tafsir Syiah juga menyimpang jauh daripada maksud sebenar al-Quran dalam bahasa arab dan mereka tafsir ikut nafsu mereka.
Oleh itu kaum muslimin semua perlulah berhati-hati dengan Syiah kerana jarum yang mereka bawa cukup halus dan amat berbahaya, jika kalian terikut ajaran mereka sebenarnya kalian telah merosakkan aqidah kalian kepada rukun Iman yang enam.
875. Soalan : Bolehkah ustaz nyatakan di sini satu doa yang boleh dibaca berulang-ulang untuk kita memohon kepada Allah SWT syurga dan memohon agar kita dijauhi daripada neraka?
Jawapan :
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ
”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad 12585, Nasai 5521, Turmudzi 2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai shahih oleh al-Albani).
Berdasaarkan hadis di atas kalian boleh berdoa bila-bila masa tidak kira waktunya samaada ketika habis solat, ketika sedang memandu dan ketika kita berihat-rihat berseorangan.
Disebutkan bilangan angka, iaitu 3 kali. maksudnya untuk mendapatkan keutamaan itu, kita baca paling sedikit sebanyak 3 kali, dan maksima sebanyak mungin. Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment