Sunday, December 22, 2013

Apakah Dia Saka ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan / penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan / persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh mengambil saka harimau untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya (jin kafir) pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) Jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) Jin Kafir – saka yang dimiliki oleh ahli sihir, tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.

Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan / telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat / akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat / mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa seseorang pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir. Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)



APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya di buangkan secara rawatan.
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) Melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.

2) Bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.

Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. 

Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan kepada pusat-pusar rawatan Islam ada melibatkan SAKA.

Ramai juga yang sudah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa-rupanya selama ini punca permasalahan adalah Saka. 

Untuk terpelihara daripada gangguan jin saka ini maka tidak ada jalan lain melainkan kita kembali kepada ajaran Islam sebenarnya, mengambil al-Quran dan as- Sunah dan yakin dan bertawkal sepenuhnya kepada Allah SWT. Haya Allah SWT sahaja akan dapat menjaga dan membantu kita untuk terselamat daripada gangguan dan tipu daya jin dan syaitan.

Firman Allah SWT :

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا)

Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)

Sahabat yang dikasihi,
Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan pengakuan jin bahawa ramai manusia berlindung   kepada laki-laki jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan durhaka serta dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin kerana takut kepadanya dan tidak berlindung kepada Allah SWT, maka jin akan menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan meningkatkan penganiayaan terhadap mereka. Oleh itu umat Islam di larang membela atau bersahabat dengan Jin Islam atau Jin Kafir walau pun dengan tujuan yang baik kerana boleh jatuh kepada syirik kerana meminta pertongan selain daripada Allah SWT. Wassalam.

1 comment:

+AnamuSafir+ said...

salam..

syukran atas info yg bguna ni =)

baru faham apa sebenarnye saka tu..