Friday, September 5, 2014

10 Doa-doa Selepas Tahyat Akhir Sunat Di Baca

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad saw.

Berikut adalah doa-doa tersebut  : 

1) Doa pertama berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ ŰŹَهَنَّمَ ، وَمِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَمِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَŰ§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ،

 Ùˆَمِنْ ŰŽَ۱ِّ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

2) Doa kedua berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari. (sangat baik diamalkan jika kita ada situasi hutang)  :


Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَفِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْمَŰŁْŰ«َمِ وَŰ§Ù„ْمَŰșْ۱َمِ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.

3) Doa ketiga berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari juga. Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita. :

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰšُŰźْلِ، وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹُŰšْنِ، وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ ŰŁَنْ ŰŁُ۱َŰŻَّ Ű„ِلَى ŰŁَ۱ْŰ°َلِ Ű§Ù„ْŰčُمْ۱ِ، وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ.

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

4) Doa keempat berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam An-Nasaie. Doa yang amat baik untuk memohon ALLAH jadikan kita hambaNYA yang bersyukur dan sentiasa mengingatiNYA :

 Ű§َللَّهُمَّ ŰŁَŰčِنِّيْ Űčَلَى Ű°ِكْ۱ِكَ، وَŰŽُكْ۱ِكَ، وَŰ­ُŰłْنِ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِكَ.

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu

5) Doa kelima berdasarkan hadis riwayat Imam An-Nasaie.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰčَمِلْŰȘُ ، وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ لَمْ ŰŁَŰčْمَلْ

 :Dan mafhumnya

Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan

6. Doa yang keenam. Doa ini untuk memohon ALLAH mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah ALLAH di akhirat nanti.

Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű­َۧ۳ِŰšْنِي Ű­ِŰłًَۧۚۧ يَŰłِÙŠŰ±َۧ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7. Doa yang ketujuh dari riwayat Imam Bukhary. Doa ini adalah doa taubat. sesuai sangat dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰžَلَمْŰȘُ نَفْŰłِي Űžُلْمًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ وَلَۧ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ ، فَۧŰșْفِ۱ْ لِي مَŰșْفِ۱َŰ©ً مِنْ ŰčِنْŰŻِكَ ، وَۧ۱ْŰ­َمْنِي Ű„ِنَّك ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.

8. Doa kelapan  dari riwayat Imam Abu Daud.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ يَۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْŰŁَŰ­َŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ Ű§Ù„َّŰ°ِي لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُولَŰŻْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ ، ŰŁَنْ ŰȘَŰșْفِ۱َ لِي Ű°ُنُÙˆŰšِي Ű„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang

9. Doa kesembilan riwayat Imam Abu Daud. Doa inilah yang saya belajar dan amalkan dulu

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِي مَۧ قَŰŻَّمْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰźَّ۱ْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َ۱ْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰčْلَنْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َفْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَنْŰȘَ ŰŁَŰčْلَمُ Űšِهِ مِنِّي ، ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُقَŰŻِّمُ وَŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُŰ€َŰźِّ۱ُ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.

10. Doa kesepuluh dari hadis riwayat imam Abu Daud juga, doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.

Alhamdulillah berjaya juga mengumpulkan 10 doa-doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw selepas membaca tasyahhud / tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT  dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka….



No comments: