Saturday, August 15, 2015

Carilah Lima Keberkatan Dalam Hidup Supaya Berbahagia Dunia dan Akhirat.

Perkataan berkat ( barakah ) bermaksud perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita boleh menyatakan maksud berkat ( barakah ) disini adalah memohon restu dari Allah SWT agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang . Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah SWT . Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya , maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi berkat kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa a.s., firman Allah SWT : " Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada " ( Surah al-Maryam ayat 31 )

Allah SWT adalah al-Mubaarik ( pemberi restu / berkat ) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah SWT , Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya : " Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya) " (Surah Qaaf ayat 9)

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah SWT kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah SWT memberi pertolongan , rahmat dan keberkatan dalam kehidupan . Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah SWT diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu

   1. Keberkatan pada umur.,
   2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.
   3. Keberkatan pada rezeki.
   4. Keberkatan pada berjemaah.
   5. Keberkatan pada ilmu

 Huraiannya :

Tanda-tanda keberkataan itu ada lima perkara seperti berikut :

Pertama : Keberkatan Pada Umur.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" [ Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim ]

Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah SWT.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah SWT. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.

Kedua : Keberkatan dalam hidup berkeluarga.

Keluarga yang berbahagia adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

Rasulullah Shallallahu’Alaihi Wasallam pernah bersabda:

«Űźَيْ۱ُكُمْ Űźَيْ۱ُكُمْ Ù„ŰŁَهْلِهِ وَŰŁَنَۧ Űźَيْ۱ُكُمْ Ù„ŰŁَهْلِى»

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik (dalam bergaul) dengan keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik (dalam bergaul) dengan keluargaku” (HR at-Tirmidzi (no. 3895) dan Ibnu Hibban (no. 4177), dinyatakan shahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)

Suami atau isteri harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasangan dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai. Allah SWT  berfirman:

{وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يَقُولُونَ ۱َŰšَّنَۧ هَŰšْ لَنَۧ مِنْ ŰŁَŰČْوَۧۏِنَۧ وَŰ°ُ۱ِّيَّۧŰȘِنَۧ قُ۱َّŰ©َ ŰŁَŰčْيُنٍ وَۧۏْŰčَلْنَۧ لِلْمُŰȘَّقِينَ Ű„ِمَŰ§Ù…ًۧ}

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam (panutan) bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah al-Furqaan ayat 74).

Keluarga yang diberkati Allah SWT. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya. Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Ketiga : Keberkatan Pada Rezeki.

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT

Apabila kita mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah s.w.t akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya, “ Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. ” [ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]

Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya, “ Tiada seorangpun yang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan do'anya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” [ Hadis riwayat at-Tabrani ]

Keempat : Keberkatan Hidup Berjemaah.

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Daripada Huzaifah r.a berkata : “ Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah SAW tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang ( takut ) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah SAW , :“ Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan? ”

Rasulullah SAW menjawab : “ Ya ada ”
Kemudian saya bertanya lagi, “ Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan? ”
Rasulullah SAW menjawab “ Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan ”
Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW “ Apakah dakhan itu?”
Rasulullah SAW menjawab “ Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”
Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”
Rasulullah SAW menjawab : “ Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”
Saya bertanya : “ Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu ( iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka ) ? ”
Rasulullah SAW menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka ”  ( Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud )

Kelima : Keberkatan Pada Ilmu.

Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i ( ilmu Islam ). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah SWT. dan Rasulullah SAW. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “ Ilmu yang muktabar menurut syara ’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka ”.

Nabi SAW bersabda maksudnya,  “Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman agama.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah SAW. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang menunjukkan atau mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama sepertimana orang yang melakukannya (mengikutinya)”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).

No comments: