Saturday, August 1, 2015

Nama-nama Yang Buruk Dalam Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

Nama-Nama Larangan

1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

2. Malikul-Amlak

Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

Ű„Ù†َّ ŰŁŰźْنَŰčَ ۧ۳ْمٍ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰčŰ§Ù„Ù‰ ۱َŰŹُلٌ ŰȘَŰłَمَّى مَلِكَ Ű§Ù„ŰŁÙ…ْÙ„Ű§Ùƒِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

ŰŁَŰșْيَŰžُ ۱َŰŹُلٍ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ، وَŰŁَŰźْŰšَŰ«ُهُ، ۱َŰŹُلٌ كَŰ§Ù†َ يُŰłَمَّى مَلِكَ Ű§Ù„ŰŁَمْÙ„Ű§َكِ، Ù„Ű§َ مَلِكَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„َّهُ

“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3. Nama Malaikat

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

4. Tengok Nasib Dan Penafian

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

Ù„Ű§َ ŰȘُŰłَمِّيَنَّ ŰșُÙ„Ű§َمَكَ يَŰłَۧ۱ًۧ، وَÙ„Ű§َ ۱َŰšًَۭۧۧ، وَÙ„Ű§َ نَŰŹِÙŠŰ­Ű§ً، وَÙ„Ű§َ ŰŁَفْلَŰ­َ، فَŰ„ِنَّكَ ŰȘَقُولُ: ŰŁَŰ«َمَّ هُوَ؟ فَÙ„Ű§َ يَكُونُ، فَيَقُولُ: Ù„Ű§َ”. Ű„ِنَّمَۧ هُنَّ ŰŁَ۱ْŰšَŰčٌ، فَÙ„Ű§َ ŰȘَŰČِÙŠŰŻُنَّ Űčَلَيَّ.

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

Ù„Ű§ ŰȘŰłÙ…ÙŠÙ† ŰșÙ„Ű§Ù…Ùƒ ÙŠŰłŰ§Ű±Ű§ ÙˆÙ„Ű§ ۱ۭۚۧۧ ÙˆÙ„Ű§ Ù†ŰŹÙŠŰ­Ű§ ÙˆÙ„Ű§ ŰŁÙÙ„Ű­ ÙŰ„Ù†Ùƒ ŰȘقول ŰŁŰ«Ù… هو ÙÙ„Ű§ يكون فيقول: Ù„Ű§

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.”  (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

5.     Kekufuran Dan Kejahatan

Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6.     Tidak Melambangkan Islam

Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

7.     Memuji Diri Sendiri

Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

Ù„Ű§َ ŰȘُŰČَكُّوْۧ ŰŁَنْفُŰłَكُمْ َۧللهُ ŰŁَŰčْلَمُ ŰšِŰŁَهْلِ Ű§Ù„ْŰšِ۱ِّ مِنْكُمْ

“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.” (Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

Daripada Umar r.a.berkata, Rasulullah SAW bersabda;

Űčن ŰčÙ…Ű± Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„, Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…:Ù„ŰŁÙ†Ù‡ÙŠÙ† Ű§Ù† ÙŠŰłÙ…Ù‰ Ű±Ű§ÙŰč ÙˆŰšŰ±ÙƒŰ© ÙˆÙŠŰłŰ§Ű±.

“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”

8.     Gabungan Nama

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

9.     Nama Buruk

Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

ŰȘَŰłَمَّÙˆŰ§ ۣۚ۳ْÙ…Ű§ŰĄِ Ű§Ù„ŰŁÙ†ْŰšِÙŠŰ§ŰĄِ، وَŰŁŰ­َŰšُّ Ű§Ù„ŰŁŰłْÙ…Ű§ŰĄِ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„ّه ŰȘَŰčŰ§Ù„Ù‰ ŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ù„ّه وَŰčَŰšْŰŻُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَن، ÙˆŰŁŰ”ْŰŻَقُÙ‡Ű§: Ű­َۧ۱ِŰ«ٌ وَهمَّŰ§Ù…ٌ، ÙˆŰŁÙ‚ْŰšَŰ­ُÙ‡Ű§: Ű­َ۱ْŰšٌ وَمُ۱َّŰ©ُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

No comments: