Friday, September 13, 2013

Soal Jawab Agama Siri 83 (Syarat Membatalkan Solat, Adab Minum Air, Derma Organ, KenduriTahlil dan Kisah Nabi SAW Wafat)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 83 adalah menjawab persoalan syarat-syarat yang membatalkan solat, adab-adab ketika meminum air, hukum menderma organ, mengadakan majlis kenduru tahlil dan kisah kewafatan Rasulullah SAW.

701. Soalan : Apakah syarat-syarat yang boleh membatalkan solat?

Jawapan :

Terdapat  12 syarat yang boleh membatalkan solat iaitu :

1. Meninggalkan salah satu rukun solat. 

2. Berhadas kecil atau besar.

3. Makan atau minum

4. Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat

5. Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut

6. Berkata-kata.

7. Bersuara seperti menangis dan meraung kesakitan secara berlebih-lebihan

8. Berpaling dada daripada arah kiblat

9. Ketawa dengan mengeluarkan suara

10. Terbuka aurat dengan sengaja

11. Berubah niat

12. Murtad.

702. Soalan : Apakah adab-adab yang ditunjukkan oleh Islam ketika meminum air? Kenapa tidak dibenarkan minum cara berdiri?

Jawapan :

Memulakan minum air dengan membaca bismillah dan minum dengan tangan kanan.

Dari Amr bin Abi Salamah, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku, jika engkau hendak makan ucapkanlah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (Hadis Riwayat Thabrani dalam Mu’jam Kabir) Dalam silsilah hadis shahihah, 1/611 Syaikh al-Albani mengatakan, “Sanad hadis ini sahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Walau pun hadis tersebut menceritakan tentang makanan tetapi ianya juga termasuk minuman .

Terdapat beberapa hadis mengenai cara-cara minum air yang baik :

1. Nabi SAW bersabda maksudnya, "Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (Hadis Riwayat Tirmidzi)
 

2. Sabda Nabi SAW maksudnya : "Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

3. Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud : "Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika  kita sedang minum air. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.


Rasulullah SAW melarang kita minum air sambil berdiri : Diriwayatkan oleh Abu Ziyad Ath-Thihani, dia berkata: “Aku mendengar Abu Hurairah mengatakan:

Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłّلَّمَ ŰŁَنَّهُ ۱َŰŁٰٰى ۱َŰŹُÙ„Ű§ً يَŰŽْ۱َŰšُ قَۧ ŰĄِمًۧ فَقَŰ§Ù„َ لَهُ : قِهْ ، قَŰ§Ù„َ : لِمَهْ ؟ قَŰ§Ù„َ : ŰŁَيَŰłُ۱ُّكَ ŰŁَنْ يَŰŽْ۱َŰšَ مَŰčَكَ Ű§Ù„ْهِ۱ُّ ؟ قَŰ§Ù„َ : Ù„Ű§َ ، قَŰ§Ù„َ : فَِۧنَّهُ قَŰŻْ ŰŽَ۱َŰšَ مَŰčَكَ مَنْ هُوَ ŰŽَ۱ُّ مِنْهُ ! ŰŁَŰ§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ !!
 

“Dari Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda melihat seorang lelaki minum dengan berdiri. Kemudian baginda bersabda kepadanya, “Muntahkanlah!” 

Orang itu bertanya: “Mengapa?”

Baginda bersabda: “Apakah kamu suka jika minum bersama dengan kucing?” 

Orang lelaki itu menjawab: “Tidak.” 

Dia bersabda lagi: “Sesungguhnya telah minum bersamamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu, iaitu syaitan.” 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad (7990), Ad-Darimi (2/121), Ath-Thahawi dalam Musykilul-Atsar  (3/19) dari Syu’bah dari Abu Ziyad. Hadis ini shahih sanadnya.)

703. Soalan :  Bolehkan ustaz jelaskan apakah hukum menderma organ dan juga pemindahan organ menurut pandangan islam?

Jawapan :

Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhadap isu derma dan pemindahan organ :

1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu ba
hagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga :


Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana-mana anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.

 
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-

 
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.

 
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.

 
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.

 
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya.

 
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

2. Menghapus Ovum atau telur wanita yang berlebihan dari keperluan (Hasil pensenyawaan di luar rahim)
Hukumnya :

 
a). Kaedah penghaspusannya adalah dibiarkan tanpa sebarang perhatian, agar ia mati dengan sendirinya.

 
b) HARAM menggunakan ovum dari wanita lain, dan WAJIB pihak yang menguruskannya memastikan tiada sebarang kekeliruan atau percampuran atau pertukaran berlaku.

3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas

Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata')

b) Dalam Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-

 
i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas

 
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

 
(Di ambil daripada tulisan Ustaz Hj Zaharuddin bin Haji Abd Rahman)


704. Soalan : Apabila berlaku kematian ahli keluarga adakah kita di haruskan mengadakan Majlis Kenduri Tahlil untuk mendoakan simati?

Jawapan : 


Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa


Ű§Ù„Ű­Ű§ÙˆÙŠ للفŰȘŰ§ÙˆÙŠ

Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„Ű§Ù…Ű§Ù… ŰŁŰ­Ù…ŰŻ ŰšÙ† Ű­Ù†ŰšÙ„ Ű±Ű¶Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه فى كŰȘۧۚ Ű§Ù„ŰČÙ‡ŰŻ له : . Ű­ŰŻŰ«Ù†Ű§ Ù‡Ű§ŰŽÙ… ŰšÙ† Ű§Ù„Ù‚Ű§ŰłÙ… Ù‚Ű§Ù„ : Ű­ŰŻŰ«Ù†Ű§ Ű§Ù„ŰŁŰŽŰŹŰčى Űčن ŰłÙÙŠŰ§Ù† Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ Ű·Ű§ÙˆŰł)من ÙƒŰšŰ§Ű± Ű§Ù„ŰȘۧۚŰčين(: Ű§Ù† Ű§Ù„Ù…ÙˆŰȘ يفŰȘنون فى Ù‚ŰšÙˆŰ±Ù‡Ù… ۳ۚŰčۧ ÙÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ ŰŁÙŠ Ű§Ù„Ű”Ű­Ű§ŰšŰ© ÙŠŰłŰȘŰ­ŰšÙˆÙ† ŰŁ
ن ÙŠŰ·Űčم Űčنهم ŰȘلك Ű§Ù„ŰŁÙŠŰ§Ù….

Imam Ahmad Hambal telah meriwayat di dalam kitab Zuhdi daripada Hasyim bin Qasim daripada Ashja’ie daripada Sufian telah berkata, Thawus (Setengah daripada tabien yang besar) telah berkata sesunguh orang yang mati dicuba dan diuji (dengan soal kubur) di dalam kubur mereka selama tujuh hari, adalah sahabat-sahabat Nabi SAW suka bahawa diberi makan ganti bagi mereka yang telah mati pada tujuh hari tersebut.


Fatwa Majlis Islam Johor, Fatwa Majlis Islam Berunai, Fatwa Majlis Agama Islam Fathoni menyatakan keharusan melakukan kenduri tahlil (arwah) dirumah si mati.

Ada di antara fatwa menyatakan keharusan membuat jamuan atau kenduri arwah mestilah menuruti syarat-syarat nya. Para Ulamak berdalil hadis Thowus Ű±Ű¶Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه seorang pembesar Tabi’en menunjjukan amalan kenduri arwah telah berlaku semenjak zaman Sahabat Nabi SAW lagi.

Selain itu , terdapatnya keharusan mengadakan jamuan di rumah si mati kerana tetamu yang berkunjung dari jauh. Tetapi sebaik-baiknya jangan ditetapkan hari-hari tertentu.

Jika mengadakan sesuatu jamuan atau kenduri akan menambahkan kesedihan maka makruh mengadakan kenduri atau untuk mengadakan upacara Niayahah ( meratap kematian ) yang diharamkan maka haram majlis jamuan dan kenduri diadakan.

Mengadakan kenduri tahili dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian dari perwarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta yang selain dari pusaka simati misal nya duit gaji anak / waris simati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri tahlil dengan menggunakan harta yang begitu. Wallahu a'lam.


705. Soalan :  Saya keliru riwayat dimana Nabi SAW wafat. Ada yg kata Nabi SAW wafat dipangkuan Aishah r.ha dan menyebut ummati dan ada pula yang kata fil rafaqi a'la. Boleh ustaz memberikan penjelasannya.


Jawapan :

Dalam hadis sahih Nabi SAW menyebut semasa hendak wafat ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (Hadis Sahih al-Bukhari dll). 


Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat.

Dalam al-Bukhari:


Ű„ِنَّهُ لَمْ يُقْŰšَ۶ْ نَŰšِىٌّ قَŰ·ُّ Ű­َŰȘَّى يَ۱َى مَقْŰčَŰŻَهُ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ Ű«ُمَّ يُŰ­َيَّۧ ŰŁَوْ يُŰźَيَّ۱َ » . فَلَمَّۧ ۧێْŰȘَكَى وَŰ­َ۶َ۱َهُ Ű§Ù„ْقَŰšْ۶ُ وَ۱َŰŁْŰłُهُ Űčَلَى فَŰźِ۰ِ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ ŰșُŰŽِىَ Űčَلَيْهِ ، فَلَمَّۧ ŰŁَفَŰ§Ù‚َ ŰŽَŰźَŰ”َ ŰšَŰ”َ۱ُهُ نَŰ­ْوَ Űłَقْفِ Ű§Ù„ْŰšَيْŰȘِ Ű«ُمَّ قَŰ§Ù„َ « Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ فِى Ű§Ù„Ű±َّفِيقِ Ű§Ù„ŰŁَŰčْلَى »
 

(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah SAW dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)



Thursday, September 12, 2013

Tafsir Surah Huud Ayat 15-16

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT :

مَنْ كَŰ§Ù†َ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„ْŰ­َيَۧ۩َ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰČِينَŰȘَهَۧ نُوَفِّ Ű„ِلَيْهِمْ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„َهُمْ فِيهَۧ وَهُمْ فِيهَۧ لَۧ يُŰšْŰźَŰłُونَ (15)



Maksudnya : "Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan."(Surah Huud (11) ayat 15)

 
ŰŁُولَŰŠِكَ Ű§Ù„َّ۰ِينَ لَيْŰłَ لَهُمْ فِي Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©ِ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ُ وَŰ­َŰšِŰ·َ مَۧ Ű”َنَŰčُÙˆŰ§ فِيهَۧ وَŰšَۧ۷ِلٌ مَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْمَلُونَ (16)
 

Maksudnya : "Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan".(Surah Huud (11) ayat 16)

Asbabun Nuzul Surah Huud Ayat 15-16 :

Mujahid r.a. dan Anas bin Malik r.a. memaparkan bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum kafir yang selalu melakukan perbuatan yang di dasari keduniaan sahaja. Demikian pula dengan orang-orang muslim yang riyak " (Hadis Riwayat Ibnu Katsir)

Huraiannya :

Barangsiapa yang menginginkan kesenangan hidup di dunia seperti makanan, minuman, perhiasan, pakaian, perabot rumah tangga, kenderaan, binatang ternak dan anak-anak tanpa mengadakan persiapan yang berguna untuk kehidupan di akhirat, seperti beramal soleh, mengerjakan kebajikan, membersihkan diri dari berbagai sifat yang tercela, maka Allah SWT akan memberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan sesuai dengan ketentuan sunnatullah dan Allah SWT tidak akan mengurangi sedikit pun dari hasil usaha mereka itu kerana soal rezeki itu biasanya ada sangkut pautnya dengan kegiatan usaha manusia.

Hasil usaha mereka di dunia itu semata-mata bergantung kepada kegiatan bekerja dan ketentuan dari Allah SWT, sedang amal-amal keakhiratan, balasannya ditentukan oleh Allah Ta'ala sendiri tanpa perantaraan seorang pun.

 
Orang-orang yang dasar amalnya hanya sekadar mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan tidak mempunyai persiapan untuk menghadapi akhirat mereka itu tidak memperoleh apa pun juga nanti, kecuali neraka dan lenyaplah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia. Mereka berusaha di dunia bukan kerana dorongan iman pada Allah SWT dan bukan untuk membersihkan diri dari dosa dan kejahatan dan bukan pula untuk mengejar keutamaan dan takwa, tetapi semata-mata untuk memenuhi kepuasan hawa nafsu sepuas-puasnya. Itulah sebabnya maka apa yang telah mereka kerjakan di dunia itu sia-sia belaka.

Allah SWT berfirman:

مَنْ كَŰ§Ù†َ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„ْŰčَۧۏِلَŰ©َ ŰčَŰŹَّلْنَۧ لَهُ فِيهَۧ مَۧ نَŰŽَۧۥُ لِمَنْ نُ۱ِÙŠŰŻُ Ű«ُمَّ ŰŹَŰčَلْنَۧ لَهُ ŰŹَهَنَّمَ يَŰ”ْلَŰ§Ù‡َۧ مَ۰ْمُومًۧ مَŰŻْŰ­ُÙˆŰ±ًۧ وَمَنْ ŰŁَ۱َۧۯَ Ű§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©َ وَŰłَŰčَى لَهَۧ ŰłَŰčْيَهَۧ وَهُوَ مُŰ€ْمِنٌ فَŰŁُولَŰŠِكَ كَŰ§Ù†َ ŰłَŰčْيُهُمْ مَŰŽْكُÙˆŰ±ًۧ

Maksudnya : "Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi) maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedang dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik." (Surah al-Isra' (17) ayat 18-19)



Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)
Apabila kalian merasai kesukaran dan menghadapi banyak masaalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat di letakkan sepenuh pengharapan. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada-Nya.


Bersabda Rasulullah Sallallahu ’Alaih Wasallam (maksudnya) : “Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah: "Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Ilah yang berhak disembah selain Engkau.” 

(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT. Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

Wednesday, September 11, 2013

Soal Jawab Agama Siri 82 (Hukum Faraid, Aurat Wanita, Berkhalwat, Menggunakan Telefon Bimbit Dan Murtad)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 82 adalah menjawab persoalan hukum faraid, menceritakan aurat wanita Islam, hukum berkhalwat, menggunakan telefon bimbit semasa khutbah Jumaat dan saudara baru hendak kembali murtad.

696. Soalan : Seorang wanita meninggal dunia meninggalkan wang berjumlah RM 100,000.00. Si mati meninggalkan suami, anak perempuan 2 orang, adik lelaki 2 orang, adik perempuan 2 orang. Ibu dan bapa simati sudah lama meninggal dunia dan simati tidak mempunyai anak lelaki. Bolehkan ustaz jelaskan bagaimana cara untuk membahagikan harta pusaka si mati mengikut hukum faraid?

Jawapan :

Harta peninggalan si mati (wanita tersebut) sebanyak = RM 100,000.00

Suami akan mendapat bahagian 18/72 = RM 25,000.00

Anak perempuan 2 orang, setiap seorang akan mendapat bahagian 24/72 = RM 33,333.33

Adik lelaki 2 orang, setiap seorang akan mendapat  bahagian 2/72 = RM 2,777.77

Adik perempuan 2 orang, setiap seorang akan mendapat bahagian 1/72 = RM 1,333.33

697. Soalan :  Apakah hukum memberitahu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram tanpa menunjukkan bahagian tersebut? Contohnya seorang perempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya yang panjang, lurus dan sebagainya. Tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat rambut perempuan itu.

Jawapan :


Hukum memberitahu ciri-ciri bahagian aurat kepada yang bukan mahram adalah ditegah oleh syarak, maksudnya haram hukumnya walaupun orang itu tidak melihat aurat tersebut. Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a., Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya itu melihat perempuan yang diceritakannya". 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam  Ibnu Kathir menyatakan di dalam Tafsirnya mengenai Firman Allah Subhanahu Wa Taala (au nisaa`ihinna), maksudnya adalah, seorang wanita muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita muslimah kepada suami-suami mereka. 


Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Illah (sebab) batas aurat wanita muslim dihadapan wanita bukan muslim sama seperti aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram adalah kerana wanita bukan muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan. Bagi wanita ahlu zimmah tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain). Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut.

698. Soalan : Apabila seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin berdua-duaan ditempat yang sunyi. Mereka bercumbu-cumbuan tetapi tidak melakukan zina. Apakah hukuman yang dikenakan ke atas mereka berdua  jika ditangkap oleh Badan Pencegah Maksiat? Adakah perbuatan tersebut di kira berdosa besar?  Adakah jalan untuk mereka bertaubat dan bagaimana caranya?

Jawapan :

 
Merujuk kepada persoalan ditimbulkan, sebagaimana diketahui, zina adalah perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT. Dalam hubungan ini, ada banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW melarang umat Islam melakukan zina. Antaranya, Allah SWT berfirman, bermaksud: “dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (Surah al-Isra’ ayat 32) 


Oleh kerana zina itu ialah perbuatan yang terkutuk, maka apa saja yang berkaitan dengannya, sama ada perbuatan, kelakuan, perkataan atau apa sahaja kegiatan yang boleh menjerumuskan atau membawa seseorang itu terjerumus ke dalam perbuatan zina, maka ia diharamkan oleh Allah SWT.  Hukuman yang dikenakan ke atas mereka adalah hukum takzir.

Mengikut kaedah dalam ajaran Islam, perbuatan yang boleh membawa kepada perkara haram, maka ia juga haram. Begitu juga sebaliknya, sesuatu yang boleh membawa kepada perbuatan baik, berpahala, maka ia juga berpahala. Justeru, apa yang berlaku kepada lelaki dan wanita (berkhalwat dan bercumbuan) telah melakukan perbuatan yang memalukan dan perbuatan tersebut ditegah oleh Islam. Jika disabitkan kesalahan hukuman ke atas mereka yang hukuman Takzir.

Walaupun mereka tidak melakukan zina tetapi bercumbu dan bersunyi-sunyian dan melakukan perkara lain yang ditegah agama dianggap berdosa kerana ia lambat laun akan membawa kepada zina. Perbuatan itu haram disisi Islam walaupun tidak sama dengan dosa zina yang merupakan dosa besar. 

Tetapi melakukan suatu perbuatan yang boleh membawa kepada penzinaan itu adalah haram kerana perbuatan itu akhirnya menuju ke arah penzinaan. Ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW. Baginda melarang orang yang menternak kambing seumpamanya, daripada menternaknya di tepi sempadan orang lain walaupun ia masih berada dalam tanah miliknya sendiri tetapi kerana berdekatan dengan sempadan itu, ditakuti binatang ternakan itu boleh memasuki dan memakan tanaman orang lain. 

Oleh itu, ia dilarang oleh Rasulullah SAW. ini bermaksud baginda melarang kita melakukan sesuatu yang boleh membawa kita terjebak ke dalam perbuatan haram. Oleh itu, segeralah bertaubat dan menyesal di atas perbuatan itu. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, kuatkan iman dan rajin beribadat kepada Allah SWT. Pintu taubat masih terbuka dan Allah Maha Pengampun terhadap hamba-Nya yang menyesal dan bertaubat. Insya Allah, taubat mereka akan diterima Allah SWT. Kembalilah kepada agama Islam dengan sebenar-benarnya supaya hidup akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.


699. Soalan :Apakah hukum menggunakan telefon bimbit  semasa khatib sedang menbaca khutbah Jumaat ?

Jawapan :

Adapun perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat boleh diqiyaskan kepada maksud sebuah hadits sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi  Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat, lalu  mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah), maka dia telah berbuat sia-sia”. (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan jelas telah menegaskan bahawa  barangsiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu ketika khutbah Jumaat itu telah melakukan suatu perbuatan yang sia-sia. Maksud “sia-sia” dalam hadis ini sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini ialah bertentangan dengan sunnah, adab dan mengakibatkan rugi pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang  Fardhu Jumaat walaupun sembahyangnya masih dikira sah.

Menurut ulama, larangan dalam hadis tersebut tidak hanya terbatas terhadap bermain dengan anak batu sahaja, bahkan larangan tersebut menyeluruh terhadap semua perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.  Jika dinilai dan diteliti, perbuatan menggunakan telefon bimbit  ketika khutbah dibacakan ini adalah lebih buruk lagi daripada perbuatan bermain dengan anak batu kerana perbuatan seperti bermain game, melayari halaman internet, berkomunikasi melalui halaman rangkaian sosial dan sebagainya itu adalah sangat jelas lebih menghilangkan kekhusyukan dan menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Wallahu a'lam

700. Soalan : Saya ada mengenali seorang saudara baru..Dia telah memeluk agama Islam 6 tahun sebab berkahwin dengan orang Islam tetapi Islam pada nama sahaja. Menurutnya ajaran Islam langsung tidak diajarkannya sekarang di ambang penceraian. Kawan saya ini bercadang hendak kembali kepada agama asalnya Kristian. Bagaimana cara saya hendak memberikan motivasi kepada beliau . Suaminya tidak memberikan nafkah dan tinggalkan dia berseorangan.?

Jawapan :  

Cuba puan nasihatkannya secara baik dan jelaskan Islam yg sebenarnya dan kehidupan dihari akhirat dan jelaskan kepadanya supaya dia bersabar ini dugaan untuk dia. Islam agama yg benar yang salah adalah penganutnya, yakinkan dia bahawa jika dia kekal dengan Islam Insyaa Allah , Allah SWT akan memberi jalan mudah kepadanya dalam kehidupan ini.

Islam sudah menunjukkan jalan terbaik bagi menghadapi ujian Allah SWT seperti bersabar seperti pesan junjungan besar Nabi SAW yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh setiap orang beriman.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu orang Islam juga harus bertawakal kepada Allah tatkala menghadapi ujian Allah SWT. Bertawakal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah SWT yang menentukan.

Firman Allah yang bermaksud:“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44). 


Saya doakan semoga puan diberi kekuatan untuk memujuk hati saudara baru kita itu supaya tetap dengan Islam . Banyakkan berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufaik dan hidayah-Nya kepada saudara baru kita itu supaya dia membatalkan hasrat untuk kembali kepada agama asalnya. Wallahu a'lam..

Tuesday, September 10, 2013

Tafsir Surah An-Nisa' Ayat 32


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

وَلَۧ ŰȘَŰȘَمَنَّوْۧ مَۧ فَ۶َّلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِهِ ŰšَŰčْ۶َكُمْ Űčَلَى ŰšَŰčْ۶ٍ لِÙ„Ű±ِّŰŹَŰ§Ù„ِ نَŰ”ِÙŠŰšٌ مِمَّۧ Ű§ÙƒْŰȘَŰłَŰšُÙˆŰ§ وَلِلنِّŰłَۧۥِ نَŰ”ِÙŠŰšٌ مِمَّۧ Ű§ÙƒْŰȘَŰłَŰšْنَ وَۧ۳ْŰŁَلُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ مِنْ فَ۶ْلِهِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ كَŰ§Ù†َ Űšِكُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ Űčَلِيمًۧ (32)

Maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Surah an-Nisa' (4) ayat 32)

Asbabun Nuzul Surah an-Nisa' Ayat 32 :

Ummu Salama r.a berkata,"Kaum lelaki ikut berperang, sementara kaum wanita tidak; dan kami hanya mendapat separuh dari kaum lelaki dalam hak waris." Lalu, Allah menurunkan ayat ini," (Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim, Lihat Ibnu Katsir : 1/644)

Huraiannya :

Pada ayat ini Allah melarang orang-orang yang beriman merasa iri hati terhadap orang-orang yang lebih banyak memperoleh karunia dari Allah SWT, kerana Allah SWT telah mengatur alam ini sedemikian rupa satu sama lain tidak sama, tetapi terjalin dengan hubungan yang rapi. Manusia pun tidak sama jenis kemampuannya, sehingga masing-masing memiliki keistimewaan dan kelebihan.

Bukan saja antara lelaki dengan perempuan, tetapi juga antar sesama lelaki atau sesama perempuan. Selanjutnya ayat ini menerangkan bahwa laki-laki mempunyai bahagian dari apa yang mereka usahakan, demikian juga perempuan mempunyai bagian dari apa yang mereka usahakan. sesuai dengan hasil usaha dan kemampuan mereka masing-masing.
Oleh karena itu Allah melarang in hati terhadap orang yang lebih banyak memperoleh karunia dari Allah, dan menyuruh supaya memohon kepada-Nya disertai dengan usaha yang sungguh-sungguh agar Allah SWT melimpahkan pula karunia-Nya yang lebih banyak kepadanya tanpa iri hati kepada orang lain.

Ayat ini diakhiri dengan menyatakan bahwa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, baik tentang permohonan yang dipanjatkan kepada-Nya, maupun tentang apa-apa yang lebih sesuai diberikan kepada hamba-Nya. Setiap orang yang merasa tidak senang terhadap karunia yang di anugerahkan Allah SWT kepada seseorang, atau ia ingin supaya karunia itu hilang atau berpindah dari tangan orang yang memperolehnya, maka hal itu adalah iri hati yang dilarang dalam ayat ini.

Akan tetapi apabila seseorang ingin memiliki sesuatu seperti yang di miliki orang lain, atau ingin kaya seperti kekayaan orang lain menurut pendapat yang termasyhur. hal yang demikian tidaklah termasuk iri hati yang terlarang sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi SAW dari Ibnu MasĂșd.

Dari Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-sebenarnya, dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. ilmu pengetahuan agama, lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi.

Pelajaran yang kita dapati dari hadis ini ialah, kita tidak boleh mempunyai sikap iri hati kepada seseorang apabila melihat orang itu memiliki sesuatu kelebihan yang tidak ada pada diri kita. Sebagai contoh kita tidak boleh beriri hati jika seseorang itu memilikki harta yang banyak, atau seseorang itu berjawatan tinggi atau seseorang itu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sedangkan kita tidak memilikki semuanya itu. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.

Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan berikhtiar untuk mencari yang selebihnya. Jangan sekali-kali kita bersikap iri hati kerana semuanya itu datang dari Allah S.W.T.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah muslimah di zaman Nabi SAW bernama Asma' binti Yazid bertanya kepada Nabi SAW mengenai kedudukan wanita dalam Islam.

"Suatu ketika pada zaman Rasulullah SAW, berlaku kemuskilan di kalangan kaum wanita. Mereka ingin bertanya kepada Rasulullah SAW apakah peranan wanita hanya bertumpu di rumah sebagai ibu dan isteri tidak sebagaimana kaum lelaki. Maka mereka pun meminta Asma' binti Yazid menanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW.

'Wahai Rasulullah, saya datang ini sebagai wakil muslimah untuk membawa suara hati kami. Sesungguhnya Allah telah mengutuskan kamu kepada kaum lelaki dan kaum wanita sekeliannya. Kami percaya kepadamu dan Tuhanmu. Cuma kami ingin penjelasan dari pihakmu apakah peranan kami hanya di rumah melayan suami, mengasuh anak-anak dan melahirkan anak-anak suami sahaja? Sedangkan kaum lelaki pula bidangnya lebih luas, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah, mengerjakan haji dan berjihad. Kami seringkali ditinggalkan. Kamilah yang menjaga hartanya dan anak-anaknya. Apakah tidak ada peluang bagi kami menyamai pahala mereka?'

Maka Rasulullah berpaling kepada sahabat dan bertanya, "Pernahkah kamu semua mendengar satu persoalan yang baik dan bijak dalam menyelesaikan masaalah agama dari seorang wanita sepertinya?"

"Tidak," jawab sahabat.

"Kami tidak pernah melihat seorang wanita yang begitu berani mengemukakan permasalahan seperti ini wahai Rasulullah.?"

Maka Rasulullah berkata,"Dengarlah Asma' dan sampaikanlah kepada muslimah lain di belakangmu; mentaati suami itu, mengerjakan apa yang disenangi dan menurut kemahuannya, semua itu akan menyamai semua pahala yang diperolehi kaum lelaki."

Asma' pun menyampaikan kepada muslimah yang lain. Mereka melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana ternyata Allah itu Maha Adil, mengangkat darjat wanita dengan menetapkan pahala sesuai dengan kemampuan dan kejadian mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan ayat di atas tidak iri hati di atas apa yang bukan menjadi milik kita dan bersyukur apa yang ada dan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua. Orang mukmin juga akan sentiasa bersabar dengan apa yang hilang daripadanya dan redha dengan takdir Allah SWT yang berlaku ke atas dirinya.




Monday, September 9, 2013

Soal Jawab Agama Siri 81 (Ucapan Insyaa Allah, Perasan Was-was, Perbezaan Aqiqah dan Korban, Perbezaan Mazhab dan Memberi Salam)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
 

Soal Jawab Agama Siri 81 adalah membicarakan persoalan ucapan insyaa Allah, perasaan was-was, perbezaan aqiqah dengan korban, perbezaan mazhab dan hukum memberi salam. di antara lelaki dan wanita.

691. Soalan :  Kita selalu dengar orang berkata “Insya Allah” setiap kali berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang diminta atau menghadiri sesuatu majlis jemputan dan sebagainya. Sesetengah mereka menggunakan ucapan “Insya Allah” sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji yang dibuat itu malah kadangkala ucapan itu saja sudah menggambarkan bahawa janji-janji itu tidak mungkin ditunaikan. Apakah pandangan Islam terhadap perkara ini?

Jawapan :


Islam mengambil berat kesejahteraan dan keselesaan hidup umatnya.  Banyak ayat al-Quran dan hadis menganjurkan supaya umat Islam hidup berbaik-baik, hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain.

Menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam seperti firman Allah yang bermaksud : “Dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian (dengan Allah dan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”(Surah al-Israk ayat 34).

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud: “…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji..” 

(Surah al-Baqarah ayat 177).

Di samping itu, banyak pula hadis yang menuntut supaya umat Islam menjadi umat yang menghormati janji. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah keluar menunggu beberapa hari kerana menunaikan janjinya hendak berjumpa seseorang.  Demikian juga umat Islam dituntut supaya menjadi umat yang bertanggungjawab terhadap janji yang dibuat, kecuali ada keuzuran atau halangan yang tidak dapat dielakkan.  Besar dosanya bagi orang yang suka membuat janji dan sengaja tidak mahu menyempurnakannya, kerana perbuatan itu boleh menyusahkan orang lain dan mempunyai ciri-ciri orang munafik.

Sebagai seorang muslim yang yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah, maka setiap kali membuat janji hendaklah menyebut “Insya Allah” yang bermaksud : “Jika dikehendaki Allah”.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa ucapan itu bukanlah satu alasan untuk tidak menunaikan janji yang dibuat.

Ucapan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan ‘azam untuk menunaikan janji itu supaya dia tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik.  Sebutan “Insya Allah” itu adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah, kerana kita yakin bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Allah berfirman, maksudnya : “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya-Allah”. Dan ingatlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.  (Surah al-Kahfi ayat 23-24).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menceritakan bahawa pada satu malam, Nabi Allah Sulaiman yang mempunyai ramai isteri. Nabi Sulaiman a.s. pernah bersumpah dengan menyatakan bahawa: “Pada malam ini aku akan mendatangani semua isteriku dan masing-masing akan mengandung dan melahirkan anak lelaki yang akan menjadi mujahid (pejuang) menegakkan agama Allah.”

Ucapan itu tidak disertai dengan “Insya-Allah” dan akhirnya yang mengandung hanyalah seorang isterinya.  Itupun melahirkan anak yang cacat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Kalaulah Nabi Allah Sulaiman berkata “Insya-Allah” nescaya akan lahirlah zuriat yang akan menjadi mujahid (pejuang) pada jalan Allah”. (Fath al-Bari; jld. 6; m.s.558)

Kesimpulan ; Berdasarkan kepada hujjah dan alasan yang tersebut di atas dapat kita faham bahawa  betapa pentingnya menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga manusia. Sehingga Islam mensyariatkan bahawa seseorang itu melafazkan kalimah “Insya Allah” sekiranya ia berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang ia tidak pasti dapat melakukannya atau tidak, tetapi janganlah pula ini dijadikan alasan untuk melarikan diri daripada menyempurnakan janji yang dibuat. Kerana kalau kita tahu bahawa kita tidak akan dapat melakukan suatu perkara atau menunaikan janji itu maka seharusnya kita berterus terang sahaja, kalau tidak maka kita telah melakukan suatu pembohongan yang terancang.  Wallahua’alam.


692. Soalan :Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal-hal solat dan makanan. Contohnya kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. Begitu juga bila saya buang air besar, selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali-kali  bagi memastikan bau najis hilang walaupun tangan saya sudah dibasuh berkali-kali.

Jawapan :


Menurut Imam Ibn-Qayyim sesungguhnya orang yang was-was sedar atau tidak, mereka telah mengikuti bisikan syaitan. Menurut beliau lagi, orang-orang yang sudah dikuasai oleh syaitan, mereka telah menuruti apa sahaja kemahuan syaitan, oleh itu lawanlah perasaan was-was ini dengan meminta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan.

Didalam Jami Imam Tarmizi, hadis daripada Ubai bin Kaab, sesungguhnya Nabi saw bersabda (maksudnya): ”Sesungguhnya untuk wuduk ada syaitan (yang menganggu) yang bernama Walhan. Maka jauhilah was-was air!” Menurut penterjemah kitab, hadis ini merupakan ucapan seorang sahabat. (Ibnu Qayyim al-Jauzi. Bahaya Sikap Was-Was. K.L. Pustaka Syuhada. m/s 63)
Nabi Muhammad SAW semasa menjelaskan berhubung dengan seorang lelaki yang tidak pasti sama ada wuduknya sudah terbatal ataupun tidak bersabda:”Apabila salah seorang antara kamu merasakan sesuatu dalam perutnya kemudian dia ragu-ragu sama ada keluar sesuatu ataupun tidak janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi (kentut) ataupun menghidu baunya”. (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi.)

Bau yang tinggal setelah tangan kita dibasuh berkali-kali adalah dimaafkan, kerana bau dan warna juga kadang-kadang bukan mudah untuk dihilangkan walaupun dengan sabun. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlulah membawa sabun membawa sabun ke mana sahaja kita pergi hanya untuk tujuan itu kerana ini menyulitkan sedangkan Islam itu agama yang mudah.  Wallahu a'lam.


693. Soalan : Saya ingin tahu apakah perbezaannya di antara ibadah Qurban dengan ibadah Aqiqah

Jawapan :


Sebelum saya menjawab kepada soal perbezaan antara dua jenis ibadat ini maka sukalah saya maklumkan di sini bahawa hukum kedua-dua ibadat ini adalah sunat muakkad atau dengan kata lain ibadat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan dan besar pahalanya. Namun ia akan menjadi wajib sekiranya dinazarkan.


Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan korban ialah;

1. Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup  paling afdhal pada hari ke 7 kelahiran. Ulama mengatakan masih boleh di aqiqahkan sehingga mencapai umur baligh. 


Rasulullah S.A.W. bersabda:“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Manakala ibadah korban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah tiap-tiap tahun.

2. Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.

3. Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang.

4. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

694. Soalan : Apakah puncanya hukum Islam itu tidak sama antara satu mazhab dengan mazhab yang lain?

Jawapan :


Untuk memberi jawapan yang benar terhadap soalan ini perlu diketahui dahulu bahawa Islam mempunyai dua bentuk hukum:

Pertama: Hukum yang telah ditegaskan dalam al-Quran atau as-Sunah dengan cara yang jelas dan tidak memerlukan kepada penafsiran dan perbahasan lagi seperti haram seorang anak berkahwin dengan ibunya sendiri. Hukum seperti ini adalah disepakati oleh semua mazhab. Ia dikenali sebagai hukum qat’ie (tetap dan tidak berubah)

Kedua : Hukum yang tidak disebut dalam al-Quran atau Hadis, atau disebut oleh salah satu daripadanya tapi secara tidak jelas, dan mengandungi pengertian yang berbeza-beza. Di sinilah para imam mazhab atau ahli feqah melaksanakan Ijtihad mereka bagi menentukan pengertiannya yang tepat. 


Walau bagaimanapun, untuk melakukan ijtihad mereka mengikuti metodologi pengeluaran hukum (proses istinbat) yang tertentu seperti yang terdapat dalam tradisi keilmuan Islam, yakni bukanlah semata-mata pandangan tanpa sebarang panduan mengikut akal fikiran yang bebas, atau terlalu rigid sehingga langsung menolak penggunaan akal. Sebelum berijtihad, mereka hendaklah melengkapkan diri dengan syarat-syarat yang dikehendaki sebagai mujtahid serta mahir atau mempunyai pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu Islam.

695. Soalan : Saya adalah seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat disebuah jabatan kerajaan yang agak besar dan ramai anggotanya. Sifat semulajadi saya suka menegur sapa dan juga memberi salam kepada semua yang saya temui tidak kira pegawai atau kakitangan biasa. Tidak kira lelaki atau pun perempuan. Tetapi baru-baru ini saya telah ditegur oleh seorang kawan yang menyatakan bahawa lelaki tidak boleh memberi salam kepada wanita. Pendapat ini amat mengelirukan saya. Harap mendapat penjelasan.

Jawapan :


Amalan memberi salam kepada sesama Islam adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam, kerana salah satu hak sesama Islam adalah menyebarkan salam. Dengan mengucapkan salam itu dapatlah kita mengeratkan lagi tali persaudaraan, mendekatkan yang jauh dan melahirkan rasa kasih sayang. Walaupun ucapan salam itu pendek saja, tetapi isi dan maksudnya adalah merupakan doa bagi mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan. Merujuk dalil sama ada daripada al-Quran atau al-Hadis yang menggalakkan umat Islam memberi salam sesama Islam, ia adalah dalam bentuk yang umum serta tidak membezakan lelaki dan perempuan.

Antaranya firman Allah bermaksud : “Apabila kamu diberi penghormatan (dengan ucapan salam) hendaklah kamu menjawab dengan lebih baik atau jawab yang seumpamanya”. 

(Surah an-Nisa’ ayat 86.)

Mengikut kaedah syarak sesuatu arahan atau hukum daripada Allah dan Rasul-Nya adalah merangkumi lelaki dan perempuan kecuali dalil tertentu yang mengkhususkan sesuatu hukum itu kepada lelaki atau perempuan sahaja.

Dalam sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Ummu Hani’ binti Abu Talib berjumpa Rasulullah SAW pada tahun pembukaan Makkah dan terus memberi salam kepada baginda, lalu baginda bertanya siapa itu? Fatimah memberitahu bahawa yang memberi salam itu ialah Ummu Hani’ dan Rasulullah SAW pun menjawab salamnya.

Umar al-Khattab juga pernah memberi salam ketika berjumpa dengan beberapa orang wanita sambil berkata: “Aku adalah utusan Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.”

Bagaimanapun, kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa lelaki boleh memberi salam kepada perempuan yang sudah berumur dan tidak kepada perempuan yang masih gadis atau muda.

Semua ini adalah pendapat atau pandangan ijtihad kalangan ulama’ berdasarkan kaedah “menutup pintu mungkar”. Namun terdapat beberapa hadis dan amalan di kalangan sahabat serta tabiin mengenai memberi salam lelaki kepada wanita. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Jarir yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah berjalan dan berjumpa sekumpulan wanita lalu baginda memberi salam kepada mereka.”

Begitu juga dengan apa yang dilakukan Umar al-Khattab dan Ibnu Umar. Ibnu Aun pernah bertanya kepada Ibnu Sirin: “Bolehkah saya memberi salam kepada seorang perempuan?” Jawabnya: “Tidak ada salahnya”. Demikianlah beberapa pendapat dan pandangan kalangan ulama’ mengenai hukum lelaki memberi salam kepada perempuan dan sebaliknya.

Satu hal yang mesti difahami, iaitu ucapan salam adalah satu ibadat, bukan sebagai satu ucapan atau kata-kata biasa yang diucapkan seseorang. Justeru, ia hendaklah diucapkan dengan hati yang ikhlas serta bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan bukan sebaliknya. Kalangan ulama’ yang mengharuskan pun berpendapat bahawa wanita tidak wajib atau tidak perlu menjawab salam lelaki jika ucapan itu bukan dengan niat yang baik dan ikhlas.

Kesimpulannya, berpandukan pendapat jamhur (kebanyakan) ulama’ yang berasaskan hadis dan amalan Rasulullah SAW serta kalangan sahabat bahawa seorang, lelaki boleh memberi salam kepada wanita, jika sekiranya ia tidak menimbulkan sebarang fitnah. Wallahu a’lam







 

Sunday, September 8, 2013

Tabiat Buruk 10 Perkara Yang Boleh Jejaskan Prestasi Otak.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam cukup menjaga kesihatan ke atas diri manusia  samaada tubuh badan, jiwa, perasaan dan akal fikiran (otak) . Peribahasa melayu ada menyatakan bahawa, "Otak yang sihat datang daripada badan yang sihat."

Terdapat 10 perkara atau amalan yang boleh melemahkan fungsi otak kita. Perkera-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
 

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
 

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
 

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
 

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manu! sia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
 

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
 

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
 

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
 

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
 

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. 
Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menegakkan 10 perkara yang tersebut di atas semoga akal fikiran  dan otak kita sihat dan berfungsi dengan baik . Dengan otak yang sihat dan fikiran yang tenang akan memudahkan kita melaksanakan tugas yang di amanahkan oleh Allah SWT samaada amanah bekerja mencari nafkah atau pun amanah untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT.

Perang Dunia Ke 3 Telah Hampir Menandakan Fasa Perang Akhir Zaman Akan Bermula.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dalam hadis-hadis sahih Syam (Syria) akan dikuasai oleh orang-orang beriman sebelum kedatangan Nabi Isa a.s.Nabi Isa a.s akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.

Di beritakan Inilah Tempat Turunnya Nabi Isa A.S. Ketika Akhir Zaman, In syaa Allah.


Masjid Umayyah

Masjid Umayyah
Seluruh umat Islam memercayai bahawa Nabi Isa a.s. akan turun kembali ke bumi dan menyelamatkan umat manusia, membunuh Dajjal, menumpas Ya'juj dan Ma'juj, serta membersihkan akidah umat Islam dari berbagai penyimpangan dan fitnah Dajjal, sebagaimana diterangkan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, Ahmad, Tirmidzi, dan juga Abu Dawud. Namun, beberapa ulama berbeda pendapat mengenai lokasi diturunkannya Isa.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Thabrani, menjelang semua peristiwa di atas, tepatnya sebelum kiamat terjadi, Isa akan turun di sebuah menara yang ada di daerah Damsyik (Damaskus).

Nabi SAW bersabda maksudnya, ''Isa ibn Maryam akan turun di 'Menara Putih' (Al-Mannaratul Baidha') di Damsyik (Damaskus) bagian timur.'' (Hadis Riwayat Thabrani dari Aus bin Aus).

Serupa dengan hadis di atas, dari Nawas bin Sam'an, Rasulullah SAW bersabda, ''Lalu, Isa turun di 'Menara Putih' sebelah timur Damaskus (Damsyik) dengan memakai dua potong baju yang dicelup za'faran dan wars, dengan meletakkan kedua telapak tangan di atas sayap-sayap dua malaikat. Jika dia menundukkan kepalanya, akan menetes. Jika dia mengangkatnya, turunlah air, seperti mutiara. Maka, tidak ada seorang kafir pun yang mencium aroma nafasnya, kecuali dia pasti mati dan nafasnya tercium dari jarak sejauh pandangannya.''

Hal yang sama juga diungkapkan oleh Ibnu Katsir dalam kitabnya Qishash al-Anbiya' bahawa Isa akan turun di sebuah menara berwarna putih yang terletak di daerah Damaskus, Syam (Syria sekarang). Ketika itu, akan didirikan solat Subuh, Maka, imam kaum Muslimin berkata kepadanya, ''Majulah, wahai Ruhullah. Jadilah imam.'' Isa menjawab, ''Tidak. Di antara kalian, ada pemimpin-pemimpin yang telah dimuliakan oleh Allah dalam umat ini.'' (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad).



Dalam Manar al-Munif, Ibn Qayyim menjelaskan bahwa pemimpin imam dalam hadis ini adalah al-Mahdi yang akan meminta Isa untuk mengimami solat kaum Muslimin. Isa akan hidup di dunia bukan sebagai nabi, melainkan sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam akan memandangnya sebagai pemimpin mereka.

Menurut al-Syalabi, al-Mahdi akan memimpin umat Islam dalam solat dan Nabi Isa a.s. akan memimpin umat Islam berdasarkan syariat. Dalam kitab hadisnya, bab "Turunnya Isa ibn Maryam" menjelaskan, Isa turun untuk memerintah berdasarkan syariat Nabi Muhammad SAW.


Sahabat yang dimuliakan,
Tanda-tanda kiamat kecil telah bayak berlaku dan salah satu daripadanya peperangan dan pertumpahan darah akan berlaku di Syria, Mesir, Palestin (bumi Syam) akhirnya daerah Syam akan dikuasai oleh pemimpin Islam dan para mujahidin dan pejuang Islam yang amanah. 

Pembebasan Al-Aqsa bermula dari pembebasan Syria. Dan seterusnya Mesir menjadi tulang belakang kejayaan mengalahkan Zionis laknatullah akan dikuasai oleh pemimpin Islam. Gabongan di antara mujahidin Syria, Mesir dan disokong oleh mujahidin Turki memberi kekuatan maksima untuk mengalahkan Zionis laknatullah dan sekutu-kutunya di timur tengah. Semua boneka US akan dikalahkan dan Islam mengambil tempat untuk berhadapan dengan tentera musuh .

Bukan sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang dari awal mengikuti perkembangan di Syria kerana di Syria adalah pintu gerbang perang akhir zaman. Sayang sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi.

Disaat hampir tumbangnya regim kafir Basyar Assad dan pembantunya Iran dan Hizbullah, US mengambil tindakan campur tangan untuk mengambil alih Syria dari tangan Mujahidin. Serangan kimia yang dilakukan regim Basyar Assad sebenarnya taktik terakhir untuk membuka peluang kepada US dan sekutunya untuk membantu regim Basyar itu sendiri dan seterusnya meletakkan boneka pilihan mereka.

Bangunlah dari tidur wahai ummat Muhammad. Jangan memandang mudah apa yang sedang berlaku. Ini bukan masanya lagi untuk kalian menikmati kesenangan dunia yang penuh dengan tipu daya.

Dari Watsilah bin al Asqaa, berkata, Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Hudzaifah bin al Yaman dan Mu'adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat beliau tentang tempat tinggal. Maka, beliau mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. [Dan] baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Baginda bersabda:

Űčليكم ŰšŰ§Ù„ŰŽŰ§Ù… ÙŰ„Ù†Ù‡Ű§ Ű”ÙÙˆŰ© ŰšÙ„Ű§ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙŠŰłÙƒÙ†Ù‡Ű§ ŰźÙŠŰ±ŰȘه من ŰźÙ„Ù‚Ù‡ ..

"Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya".

Pembebasan Al-Aqsa bermula dari pembebasan Syria, Mesir kemudian Jordan dan  Lebnon

Note: Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].

Wallahu A'lam Bish Shawab
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber facebook: Sunnah Defence League

Harta Wakaf Saidina Usman Bin Affan Masih Kekal Di Madinah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Harta wakaf berupa sedekah jariah yang dilakukan oleh seorang mukmin akan berkekalan jika harta atau sedekah tersebut berterusan dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakannya dari zaman kezaman. Alangkan beruntungnya ada dikalangan sahabat Rasulullah SAW  sehingga kini harta wakafnya dimanfaatkan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
Khalifah Usman bin Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya, murah hati dan dermawan. Usman bin Affan juga mempunyai akaun di salah sebuah bank di Saudi? Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama beliau.

Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi itu?

Diriwayatkan pada zaman Nabi Sallallahu ' Alaihi Wasallam, kota Madinah pernah mengalami kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Mekah. Satu-satunya sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi, perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian bersabda: " Wahai sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat surga-Nya Allah Ta'ala" ( Hadis Riwayat Muslim) .

Usman bin Affan radhiyallahu ' anhu yang kemudian segera bertindak untuk membebaskan perigi Raumah itu. Usman segera mendatangi Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi. Walaupun sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut tetap menolak menjualnya, "Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Usman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .

Usman bin Affan radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa untuk mengatasi penolakan Yahudi ini .

"Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Usman meneruskan rundingan.

" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.

"Begini, jika engkau setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain. Bagaimana? " jelas Usman.

Yahudi itupun berfikir, " ... saya mendapat wang banyak dari Usman tanpa perlu kehilangan perigi milikku ". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Usman tadi dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Usman bin Affan radhiyallahu ' anhu.

Usman pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, sila mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini perigi  Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Usman.

Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Usman dan berkata "Wahai Usman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya semalam " . Usman setuju, lalu Usman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Usman secara sepenuhnya.

Kemudian Usman bin Affan radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Utsmaniyah memeliharanya hingga semakin berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga berjumlah 1550 pokok.

Jabatan Pertanian Saudi telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaran dan separuh daripada keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Usman bin Affan di bawah pengawasan jabatan Pertanian.

Begitulah seterusnya sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik berhampiran Masjid Nabawi.

Bangunan hotel itu sudah hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan mendapat keuntungan sekitar RS 50 juta setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Usman bin Affan radhiyallahu anhu.

Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi.

Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.

Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda:

ۄ۰ۧ Ù…Ű§ŰȘ Ű§Ù„Ű„Ù†ŰłŰ§Ù† Ű§Ù†Ù‚Ű·Űč Űčنه Űčمله Ű„Ù„Ű§ من Ű«Ù„Ű§Ű«Ű© Ű„Ù„Ű§ من Ű”ŰŻÙ‚Ű© ŰŹŰ§Ű±ÙŠŰ© ŰŁÙˆ Űčلم ينŰȘفŰč ŰšÙ‡ ŰŁÙˆ ÙˆÙ„ŰŻ Ű”Ű§Ù„Ű­ ÙŠŰŻŰčو له

"Apabila manusia meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya". [Hadis Riwayat Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ]

Dan disebutkan pada hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda .

Ű„Ù† Ù…Ù…Ű§ ÙŠÙ„Ű­Ù‚ Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù† من Űčمله ÙˆŰ­ŰłÙ†Ű§ŰȘه ŰšŰčŰŻ موŰȘه ŰčÙ„Ù…Ű§ Űčلمه ÙˆÙ†ŰŽŰ±Ù‡ ÙˆÙˆÙ„ŰŻŰ§ Ű”Ű§Ù„Ű­Ű§ ŰȘŰ±ÙƒÙ‡ ÙˆÙ…Ű”Ű­ÙŰ§ ÙˆŰ±Ű«Ù‡ ŰŁÙˆ Ù…ŰłŰŹŰŻŰ§ ŰšÙ†Ű§Ù‡ ŰŁÙˆ ŰšÙŠŰȘۧ Ù„Ű§ŰšÙ† Ű§Ù„ŰłŰšÙŠÙ„ ŰšÙ†Ű§Ù‡ ŰŁÙˆ Ù†Ù‡Ű±Ű§ ŰŁŰŹŰ±Ű§Ù‡ ŰŁÙˆ Ű”ŰŻÙ‚Ű© ŰŁŰźŰ±ŰŹÙ‡Ű§ من Ù…Ű§Ù„Ù‡ في ۔ۭŰȘه ÙˆŰ­ÙŠŰ§ŰȘه ÙŠÙ„Ű­Ù‚Ù‡ من ŰšŰčŰŻ موŰȘه

Maksudnya : "Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia ".

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber zilzaal.blogspot.com

Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 22

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT :

ŰŁَفَمَنْ ŰŽَ۱َŰ­َ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű”َŰŻْ۱َهُ لِلْŰ„ِŰłْلَŰ§Ù…ِ فَهُوَ Űčَلَى نُÙˆŰ±ٍ مِنْ ۱َŰšِّهِ فَوَيْلٌ لِلْقَۧ۳ِيَŰ©ِ قُلُÙˆŰšُهُمْ مِنْ ۰ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁُولَŰŠِكَ فِي ۶َلَŰ§Ù„ٍ مُŰšِينٍ (22)
 

Maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."(Surah Az-Zumar (39) ayat 22)

Huraiannya :

Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa tidaklah sama orang yang telah dibukakan Allah hatinya menerima agama Islam dengan orang yang sesat hatinya, sehingga ia mengingkari kebenaran agama Islam. Hati orang tersebut telah melihat kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dalam keindahan dan keajaiban alam ini, lalu terbukalah hatinya menerima pancaran cahaya dari nur Ilahi. Sebaliknya orang-orang yang sesat hatinya, tidak melihat tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dalam kejadian alam ini, mereka menyangka kejadian tersebut tidak lain dari suatu proses kejadian alam itu sendiri, tanpa ada yang mengaturnya. Mereka merasa sanggup merubah atau memperbaiki proses kejadian tersebut. Hal ini disebabkan kerana kebodohan dan kedangkalan  pandangan mereka sehingga hati mereka tetap tertutup, dan tidak memungkinkan masuknya pancaran nur Ilahi ke dalam hatinya. Kedua golongan orang itu tentulah tidak sama. Pada ayat yang lain Allah SWT menegaskan tentang ketidaksamaan kedua golongan orang itu. Allah SWT berfirman:

ŰŁÙˆÙ…Ù† ÙƒŰ§Ù† ميŰȘۧ ÙŰŁŰ­ÙŠÙŠÙ†Ű§Ù‡ ÙˆŰŹŰčÙ„Ù†Ű§ له Ù†ÙˆŰ±Ű§ ÙŠÙ…ŰŽÙŠ ŰšÙ‡ في Ű§Ù„Ù†Ű§Űł كمن Ù…Ű«Ù„Ù‡ في Ű§Ù„ŰžÙ„Ù…Ű§ŰȘ Ù„ÙŠŰł ۚ۟ۧ۱ۏ Ù…Ù†Ù‡Ű§

Maksudnya : "Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?." 

(Surah al An'am (6) ayat 122) 

Berkata Ibnu `Abbas: "Di antara orang yang telah dilapangkan Allah dadanya menerima agama Islam, ialah Abu Bakar ra diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Ibnu Mas'ud ia berkata:

ŰȘÙ„Ű§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© ÙÙ‚Ù„Ù†Ű§: ÙŠŰ§ Ù†ŰšÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ كيف Ű§Ù†ŰŽŰ±Ű­ Ű”ŰŻŰ±Ù‡? Ù‚Ű§Ù„: ۄ۰ۧ ŰŻŰźÙ„ ŰŁÙ†ÙˆŰ§Ű± Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš Ű§Ù†ŰŽŰ±Ű­ ÙˆŰ§Ù†ÙŰłŰ­ ÙÙ‚Ù„Ù†Ű§: ÙÙ…Ű§ ŰčÙ„Ű§Ù…Ű© Ű°Ù„Ùƒ ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡? Ù‚Ű§Ù„: Ű§Ù„Ű„Ű«Ű§ŰšŰ© Ű„Ù„Ù‰ ۯۧ۱ Ű§Ù„ŰźÙ„ÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰŹŰ§ÙÙŠ Űčن ۯۧ۱ Ű§Ù„ŰșŰ±ÙˆŰ±, ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰŁÙ‡Űš للموŰȘ Ù‚ŰšÙ„ نŰČول Ű§Ù„Ù…ÙˆŰȘ (Ű­ŰŻÙŠŰ« ŰŁŰźŰ±ŰŹÙ‡ Ù…Ű±ŰŻÙˆÙŠÙ‡ Űčن Ű§ŰšÙ† Ù…ŰłŰčÙˆŰŻ)

Rasulullah SAW membaca ayat ini, lalu kami bertanya: "Ya Nabiyallah, bagaimana hati yang terbuka itu? Baginda menjawab: "Apabila cahaya menerangi hati, maka ia menjadi terbuka dan lapang". Kami bertanya: "Apakah tanda yang demikian itu Ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Menghadapkan diri kepada kehidupan negeri yang abadi dan menjauhkan diri dari kehidupan negeri yang penuh tipuan dan mempersiapkan diri untuk mati sebelum kematian itu datang. "


Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Ibnu Umar, ia berkata:

ŰŁÙ† Ű±ŰŹÙ„Ű§ Ù‚Ű§Ù„: ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁÙŠ Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†ÙŠÙ† ŰŁÙƒÙŠŰł? Ù‚Ű§Ù„: ŰŁÙƒŰ«Ù‡Ù… Ű°ÙƒŰ±Ű§ للموŰȘ ÙˆŰŁŰ­ŰłÙ†Ù‡Ù… له ۧ۳ŰȘŰčۯۧۯ, ÙˆŰ„Ű°Ű§ ۯ۟ۚ Ű§Ù„Ù†ÙˆŰ± في Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš Ű§Ù†ÙŰłŰź ÙˆŰ§ŰłŰȘÙˆŰłŰč. ÙÙ‚Ű§Ù„ÙˆŰ§: Ù…Ű§ ŰŁÙŠŰ© Ű°Ù„Ùƒ ÙŠŰ§ Ù†ŰšÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡? Ù‚Ű§Ù„: Ű§Ù„Ű„Ù†Ű§ŰšŰ© Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰźÙ„ÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰŹŰ§ÙÙŠ Űčن ۯۧ۱ Ű§Ù„ŰșŰ±ÙˆŰ±, ÙˆŰ§Ù„Ű§ŰłŰȘŰčۯۧۯ للموŰȘ Ù‚ŰšÙ„ نŰČول Ű§Ù„Ù…ÙˆŰȘ. (Ű­ŰŻÙŠŰ« ŰŁŰźŰ±ŰŹÙ‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ Űčن Ű§ŰšÙ† ŰčÙ…Ű±)

Maksudnya : "Bahwa seorang laki-laki berkata: "Ya Rasulullah, orang mukmin yang manakah yang paling baik ? Rasulullah menjawab: "Mereka yang banyak mengingat mati dan paling banyak persiapannya untuk mati itu, dan bilamana cahaya menyinari hatinya, maka hati itu terbuka dan menjadi lapang". Para sahabat bertanya: "Apa tandanya yang demikian itu ya Nabiyallah? Nabi menjawab: "Menghadapkan diri kepada negeri yang abadi dan menjauhkan diri dari negeri yang penuh dengan tipuan dan menyiapkan diri untuk mati sebelum kematian itu datang.  Adapun orang-orang yang kasar hatinya dan membatu akan mengalami kecelakaan yang besar disebabkan sikap mereka yang keras kepala tidak mau ingat kepada-Nya. Seharusnya hati mereka menjadi lembut bila nama Tuhan disebut di hadapan mereka, tetapi muka mereka hitam muram bila mendengar nama Allah disebut dan hati mereka bertambah keras membatu."


Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari Ibnu Umar, ia berkata: berkata Rasulullah SAW:

Ù„Ű§ ŰȘÙƒŰ«Ű±ÙˆŰ§ Ű§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… ŰšŰșÙŠŰ± Ű°ÙƒŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡, ÙŰ„Ù† ÙƒŰ«Ű±Ű© Ű§Ù„ÙƒÙ„Ű§Ù… ŰšŰșÙŠŰ± Ű°ÙƒŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù‚ŰłÙˆŰ© Ù„Ù„Ù‚Ù„Űš ÙˆŰ„Ù† ŰŁŰšŰčŰŻ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł من Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš Ű§Ù„Ù‚Ű§ŰłÙŠ

Maksudnya : "Janganlah kamu memperbanyak pembicaraan tanpa menyebut nama Allah, kerana banyak bicara tanpa menyebut nama Allah menyebabkan hati menjadi kasar. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang kasar hatinya. (Hadis Riwayat Tirmizi dari Ibnu Umar) 


Pada akhir ayat ini diterangkan bahawa orang yang hatinya kasar itu adalah orang yang buta penglihatannya, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata. Setiap orang dengan mudah mengetahui keburukan mereka itu.

Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 23

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT :

Ű§Ù„Ù„َّهُ نَŰČَّلَ ŰŁَŰ­ْŰłَنَ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻِÙŠŰ«ِ كِŰȘًَۧۚۧ مُŰȘَŰŽَِۧۚهًۧ مَŰ«َŰ§Ù†ِيَ ŰȘَقْŰŽَŰčِ۱ُّ مِنْهُ ŰŹُلُÙˆŰŻُ Ű§Ù„َّ۰ِينَ يَŰźْŰŽَوْنَ ۱َŰšَّهُمْ Ű«ُمَّ ŰȘَلِينُ ŰŹُلُÙˆŰŻُهُمْ وَقُلُÙˆŰšُهُمْ Ű„ِلَى ۰ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ۰َلِكَ هُŰŻَى Ű§Ù„Ù„َّهِ يَهْŰŻِي Űšِهِ مَنْ يَŰŽَۧۥُ وَمَنْ يُ۶ْلِلِ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَمَۧ لَهُ مِنْ هَۧۯٍ (23)


Maksudnya : "Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.
(Surah Az-Zumar (39) ayat 23)

Asbabun Nuzul Surah Az-Zumar Ayat 23.

"Saat bin Abi Waqash memaparkan bahawa suatu ketika telah diturunkan kepada Nabi salah satu ayat al-Quran, kemudian baginda membacakannya pada mereka. Lalu mereka berkata, "Wahai Rasulullah, hendaklah engkau mengisahkan itu kepada kami." Lalu turunlah ayat ini." (Hadis Sahih Riwayat Hakim, lihat Hakim: 2/345)

Allah SWT menerangkan bahwa Dia menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu al-Quran yang mulia, sebahagian ayat-ayatnya menyerupai ayat-ayat yang lain baik dalam menjelaskan hukum-hukum, kebenaran, pelajaran, mengemukakan hujah, hikmah-hikmah, dan sebagainya, sebagaimana beberapa bahagian air menyerupai beberapa bagian udara, beberapa bagian suatu negeri menyerupai beberapa bahagian negeri yang lain. Kerana ada suatu kisah diulang-ulang menyebutnya di beberapa tempat demikian pula perintah-perintah, larangan-larangan dan sebagainya. 

Orang-orang yang beriman biIa mereka mendengar bacaan al-Quran meremang bulu romanya, dan bergoncang hatinya kerana takut kepada Allah SWT. Hal itu mendorong hati mereka mengikuti semua perintah-perintah Allah dan menghentikan larangan-larangan-Nya. Jiwa mereka menjadi hidup semangat mereka bertambah untuk melaksanakan amal-amal yang soleh dan berjihad di jalan-Nya.

Dengan al-Quran Allah SWT memberikan petunjuk kepada hamba-hamba-Nya, membimbing orang-orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus serta mempertebal iman di dalam hatinya. Tetapi orang yang disesatkan hatinya, mereka hampa dan kosong, mereka tidak akan memperoleh manfaat sedikitpun dari al-Quran itu.


Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa di antara sifat-sifat al-abrar adalah mereka yang memiliki sifat-sifat yang dimiliki oleh para sahabat antaranya; apabila dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kulit badan mereka bergementar, kemudian menjadi luluh bersama kalbunya untuk berzikir kepada Allah SWT.

Mereka tidaklah berteriak seperti kena hasutan dan menangis yang dibuat-buat, akan tetapi mereka memiliki ketegaran, keteguhan dan kesopanan dan rasa takut yang tidak akan ada menyamai sifat seperti itu. 

Oleh sebab itulah mereka beroleh kepujian yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld: 4, hlm: 51)

Tidak semudah yang disangka bagi air mata mengalir di dalam mengenang nasibnya di hadapan Rabbul Jalil. Seseorang yang menangis di dalam solat kerana Allah SWT maka solatnya tidak batal selagi mana tangisannya tidak mengeluarkan suara yang kuat, seperti meraung sehingga mengganggu orang lain atau didengari oleh orang lain. 

Sebab itu dalam banyak keadaan kita akan dapati imam-imam di Masjid Haram mahupun masjid-masjid yang lain apabila mereka mula menangis mereka akan cuba mengawal suara supaya tidak terkeluar suara tangisan yang kuat. 

Bagi mengelakkan suara mereka tidak terkawal biasanya mereka akan berhenti bagi menenangkan perasaan sebelum menyambung bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Maksudnya tangisan dalam solat harus dikawal supaya tidak melampuai keharusan.

Sahabat yang dikasihi,
Hati orang mukmin akan terkesan apabila mendengar ayat-ayat al-Quran. Apabila mendengar ancaman Allah SWT hati rasa gementar dan takut akan azab Allah SWT yang akan ditimpakan keatas  orang-orang fasik, zalim, munafik dan kafir. Hati dan jiwa yang gementar ini akan membuatkan dirinya sentiasa patuh dan tunduk akan perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Oleh itu marilah kita berazam untuk berpegang teguh di atas kebenaran dan meninggalkan dalam hidup kita semua kejahatan dan kepalsuan.