Tuesday, June 16, 2015

Kesilapan-kesilapan Yang Biasa Di Lakukan Di Bulan Ramadan.

Terdapat sekurang-kurangnya 23 kesilapan yang selalu dilakukan di sepanjang bulan Ramadan. Sedarkah kalian bahawa terdapat banyak kesilapan yang mungkin tidak disedari, terlepas pandang atau mungkin telah diketahui di sepanjang bulan Ramadan ini. Antara kesilapannya ialah:
 .
1) Memasuki Ramadan Dengan Hati Kotor

Memasuki bulan Ramadan, bergelumang dengan maksiat dan keadaan hati yang penuh kotor, hasad dengki dan bermusuhan. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat besar kepada kualiti ibadah Ramadan kerana status orang yang terlibat dengan kemungkaran adalah seolah-olah berperang dengan Allah SWT dan Rasul-Nya..

Dari Ibnu Mas’ud radliyallaahu ‘anhu , Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

2) Tidak Membersihkan Harta.

Memasuki Ramadan dengan harta yang tidak bersih seperti menyimpan barangan curi, megekalkan harta riba dan tidak mengeluarkan zakat pendapatan dan harta serta tidak pula berazam untuk mensucikannya.

Firman Allah SWT  “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada segala akhlak yang buruk)…”  (Surah at-Taubah, Ayat 103)

Rasulullah SAW bersabda : “Islam diasaskan atas lima perkara, kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa pada Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT :

قَŰŻْ ŰŁَفْلَŰ­َ مَن ŰČَكَّىٰهَۧ

Maksudnya, “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan dirinya.” (Surah Al-Syams ayat 9).

3) Tidur Berlebihan

Banyak tidur terutama di siang hari dengan alasan, ‘daripada melakukan maksiat lebih baik tidur saja’ atau konon ianya adalah satu ibadah. Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah. Sedangkan Rasulullah SAW mengurangkan waktu tidurnya yang memang sangat sedikit itu untuk memperbanyak ibadah.

Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (Qailullah) bukan sepanjang hari.
.
4) Kurang Berdoa Ketika Berpuasa

وَŰ„ِ۰َۧ ŰłَŰŁَلَكَ ŰčِŰšَۧۯِى Űčَنِّى فَŰ„ِنِّى قَ۱ِÙŠŰšٌ ۖ ŰŁُŰŹِÙŠŰšُ ŰŻَŰčْوَŰ©َ Ù±Ù„ŰŻَّۧŰčِ Ű„ِ۰َۧ ŰŻَŰčَŰ§Ù†ِ ۖ فَلْيَŰłْŰȘَŰŹِÙŠŰšُÙˆŰ§۟ لِى وَلْيُŰ€ْمِنُÙˆŰ§۟ Űšِى لَŰčَلَّهُمْ يَ۱ْŰŽُŰŻُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, maka (jawablah), bahwasanya Daku adalah dekat. Daku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah; Ayat 186)

Ramai umat Islam kerap mengabaikan dan tidak memperbanyakkan berzikir, selawat, istighfar dan doa ketika berpuasa. Rasulullah SAW telah bersabda : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
.
5) Bebas Makan Minum

Ramai yang makan dan minum secara terang-terangan di hadapan orang lain tanpa menjaga adab sebagai orang yang tidak puasa. Atau makan dan minum tanpa rasa malu selepas sengaja batalkan puasa seperti mengeluarkan mani, merokok, makan dan minum tanpa uzur yang dibenarkan Islam. Hakikatnya mereka ini dikenakan denda dengan dilarang melakukan segala perkara yang membatalkan puasa termasuk makan dan minum di sepanjang hari itu.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
.
6)  Berbelanja Berbuka Secara Berlebihan

Ramai yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan dengan membeli pelbagai jenis makanan sehingga penuh meja atau berbelanja mewah dengan berbuka di restoran-restoran ekslusif dan hotel-hotel sehingga mencecah ratusan ringgit. Lebih malang jika mereka tidak mengambil berat kehalalan makanan tersebut. Kebiasaan inilah yang melanda kebanyakan umat Islam yang tidak kunjung padam ketika menghadapi puasa Ramadan.

Sewajarnya setiap mukmin bermujahadah dan belajar berbuka secara amat sederhana dan lebihan wang tersebut boleh menjamu orang lain dan disedekahkan kepada fakir miskin. “Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa atau seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa.”
.
7) Hanya Membaca Doa Berbuka

Sewaktu iftar hanya membaca doa berbuka sahaja tanpa penambahan doa-doa yang lain. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Sedangkan doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka), adalah waktu doa yang tidak akan ditolak.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
.
8)  Makan Berlebihan Ketika Sahur Dan Iftar

Walaupun telah melakukan berpuluh-puluh kali puasa, kebiasaan berbuka puasa secara berlebihan dan menjadikannya sebagai acara ‘balas dendam’ atau ‘lepas geram’ tetap sukar diubah. Adalah suatu yang amat dikesali dan merugikan, setelah dapat menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 14 jam hikmah berpuasa sebenarnya tidak dapat dihayati.

Ikutlah sunnah Rasulullah SAW hanya berbuka dengan 3 butir kurma dan segelas air dan boleh ditambah dengan makanan lain setelah mendahulukan solat Maghrib. “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

Cara inilah yang sepatutnya diamalkan supaya tidak berlaku kejutan pada organ perut dan seterusnya akan terpelihara kesihatan yang berpanjangan.
.
9) Makan Sahur Sebelum Tidur

Ramai yang makan sahur sebelum tidur kerana malas untuk bangun di akhir malam. ‘Sahur’ dari sudut bahasanya ialah ‘Aslah’ (waktu terakhir di hujung malam) dan para Ulama juga menyebut waktu afdalnya adalah 1/6 terakhir malam. Manakala Imam Ibnu Hajar menegaskan, “Melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.” (Fathul-Bari,4/138)
.
10) Bersahur Sahaja Tanpa Melakukan Ibadah

Adalah suatu kesilapan besar melepaskan bersahur sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain kerana pada waktu sahur dan 10 malam terakhir Ramadan inilah di antara waktu terbaik untuk beribadah, beristighfar dan menunaikan solat malam serta salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh Allah SWT

Firman Allah SWT ketika memuji orang mukmin:

وَŰšِٱلْŰŁَŰłْŰ­َۧ۱ِ هُمْ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُونَ

“..dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar.”
(Surah Az-Zariyyat ayat 18)
.
11) Salah Anggap Waktu Imsak Sebagai Penamat Sahur

Menganggap waktu imsak sebagai ‘Lampu Merah’ bagi sahur. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘Amaran Lampu Oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk ‘Fajar Sadiq’ (Subuh).
.
12) Tidak Menunaikan Solat Fardu Ketika Berpuasa

Diakui atau tidak, inilah penyakit dan suatu kesilapan yang amat besar yang diderita umat Islam kini. Walaupun solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, : “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya, ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Dan jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang daripada solat fardunya sesuatu, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai solat sunat untuk menampungkan solat fardunya?”Demikianlah keadaan amalnya yang lain.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
.
13) Bermalasan Dan Tidak Aktif

Puasa di bulan Ramadan kerap dijadikan alasan untuk berehat dan malas melakukan aktiviti dan kerja-kerja di siang hari sehingga membawa kesan tidak produktif. Sedangkan, kerja yang dilakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala dan sewajarnya umat Islam kini mempertingkatkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya. Hakikatnya puasa membuat kita mudah berfikir, mempunyai daya tahan diri yang kuat dan mendidik kita untuk mampu hidup.

Sejarah mencatat bahawa banyak kemenangan besar dalam ‘Futuhaat’ (pembebasan wilayah melalui peperangan) yang diharungi oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, berlaku di tengah bulan Ramadan.
.
14) Mengabaikan Solat Subuh Berjemaah

Tidak sebagaimana semangat bertarawih, ramai umat Islam yang terlupa dan mengabaikan kelebihan besar pada semua solat fardu berbanding solat sunat, teruatamnya Solat Subuh berjemaah yang disebut oleh Rasulullah SAW  “Bagi orang yang mendirikan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, ”Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (Hadis Riwayat Muslim .)
.
15)  Meninggalkan Solat Tarawih

Walaupun Solat Tarawih adalah suatu sunnah tetapi apabila dikaji secara lebih mendalam, nescaya kita akan dapati bahawa berpuasa Ramadan tanpa Solat Tarawih atau meninggalkan solat ini tanpa sebarang keuzuran dan halangan adalah suatu kerugian dan amat sayang untuk ditinggalkan, kerana solat Tarawih hanya ada di bulan Ramadan sahaja.
.
16)  Terpesong Niat Bertarawih

Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkan meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha Allah SWT sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis yang bermaksud,  “Sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
.
17)  Meninggalkan Solat Witir Berjemaah

Dalam bulan Ramadan ini umat Islam digalak melakukan ibadah yang mana segala ibadah sunat akan digandakan ganjaran pahalanya yang besaar. Maka bagi meraih pahala berjemaah adalah suatu yang amat merugikan jika tidak ikut serta imam menunaikan Solat Witir selepas tarawih di surau atau masjid.
.
18)  Tidak Berniat Iktikaf

Ramai yang mengabaikan berniat Iktikaf ketika bertarawih di masjid. Iktikaf bermaksud berhenti dalam masjid pada suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal ibadah sunat yang dituntut oleh Allah SWT. Selama kita beriktikaf dan menanti ke solat seterusnya, ia dikira sebagai suatu ibadat dan didoakan oleh para malaikat.

Hukum beriktikaf adalah sunat muakkad, terutama pada 10 terakhir Ramadan. Ibadah iktikaf adalah tidak sah melainkan dengan niat.

Niat ikhtikaf : "Sahaja aku niat berikhtikaf di masjid ini kerana Allah Taala"
.
19)  Masih Tidak Merasa Malu Membuka Aurat

Malangnya telah ada yang berani menentang hukum dan jabatan agama bagi membuka aurat. Sudah jelas diperintahkan untuk umat Islam menutup aurat mereka, khusus kaum wanita. Seharusnya semua kembali kepada ketetapan dan kerendahan hati dalam bulan Ramadan al-mubarak ini bagi melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya.

يَٰٓŰŁَيُّهَۧ ٱلنَّŰšِىُّ قُل لِّŰŁَŰČْوَٰŰŹِكَ وَŰšَنَۧŰȘِكَ وَنِŰłَ۹ۥِ ٱلْمُŰ€ْمِنِينَ يُŰŻْنِينَ Űčَلَيْهِنَّ مِن ŰŹَلَٰŰšِÙŠŰšِهِنَّ ۚ ۰َٰلِكَ ŰŁَŰŻْنَىٰٓ ŰŁَن يُŰčْ۱َفْنَ فَلَۧ يُŰ€ْ۰َيْنَ ۗ وَكَŰ§Ù†َ ٱللَّهُ ŰșَفُÙˆŰ±ًۭۧ ۱َّŰ­ِيمًۭۧ

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab ayat 59)
.
20) Wanita Ke Masjid Tanpa Menjaga Aurat

Walaupun ramai wanita siap bertelekung berterawih ke masjid, malangnya aurat dan kaki mereka kerap terdedah dan didedahkan ketika berjalan dan naik tangga masjid. Lebih buruk, jika mereka masih menggunakan telekng lama atau nipis tanpa disedari telah memdedahkan tubuh di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
.
21) Berpuasa Tapi Melakukan Maksiat

“Yang penting kan puasa!” Nampaknya ayat ini perlu difahami dengan lebih jelas kerana, seolah-olah terhad untuk ibadah lain dan menjadikan ibadah wajib yang lain dipinggirkan. Inilah yang menyebabkan ramai melakukan maksiat di bulan Ramadhan. Syaitan memang terbelenggu, tapi syaitan dalam hati yang harus kita belenggu. Maka dari itu perlu diingat bahawa yang paling penting adalah menjaga hawa nafsu dalam diri kita. Masa yang penuh ujian selama sebulan inilah akan mendidik, menahan pandangan liar dan menahan lisan yang tidak kurang terlepas dari kawalan.
.
22) Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah

Ramai yang berada dalam bulan Ramadan, tidak membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah. Zakat ini diwajibkan ke atas insan yang merasai hidup pada sekurang-kurangnya sehari Ramadan atau sehingga selepas terbit awal fajar 1 Syawal. Zakat Fitrah bertujuan menyucikan setiap individu Islam supaya dirinya bersih seperti baru dilahirkan. Orang miskin juga di wajibkan membayar zakat fitrah kerana jumlahnya tidak besar.

Kadar zakat fitrah tiap seorang hanyalah kira-kira 2 sen sehari iaitu cuma RM 7 atau 2.67 kg makanan asasi. Ramai yang sanggup berbelanja kepada perkara remeh dan sia-sia seperti ‘top up’ telefon, kerosang dan rokok tetapi sangat kedekut bayaran fitrah sekali setahun itu.

Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar : “ Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebanyak 1 sho’ dari kurma atau gandum bagi setiap muslim baik laki maupun perempuan yang merdeka,hamba,orang tua, anak kecil”. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam bukhari. Maka setiap muslim wajib membayar zakat fitrah walaupun hamba.
.
23)  Sibuk Memikirkan Persiapan Hari Raya

Ramadan belum sampai ke penghujung dan Aidil Fitri masih jauh lagi tetapi kebanyakan umat Islam sibuk melakukan persiapan Aidil Fitri dengan menghias rumah, membuat kuih-muih dan pakaian serta membeli-belah. Bahkan tidak kurang mempertaruhkan keimanannya dengan tidak puasa kerana aktivitinya.  Walaupun Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kemenangan seluruh umat Islam selepas sebulan menahan belenggu nafsu pada dirinya, ia perlu dirayakan tetapi tidaklah secara berlebihan.
.
Penutup

Ini adalah antara beberapa kesalahan atau keterlanjuran yang biasa dilakukan umat Islam ketika menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat Ramadan.

Oleh itu, kita perlu menghindarkannya demi menjamin pahala berganda pada bulan ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW “Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, ”Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!

Monday, June 15, 2015

Ihdad (Berkabung) Wanita Yang Kematian Suami

Ihdad maksudnya iaitu bahawa seorang wanita ketika ditinggal kerana kematian suaminya, ia diwajibkan untuk menjauhi dari berhias dan dari hal-hal yang dapat mengundang perhatian orang. Misalnya berdandan, memakai celak, memakai baju-baju yang termasuk dalam batasan baju baju yang indah, memakai wangi-wangian, perhiasan; anting, kalung, cincin dan sebagainya. Hal ini disebabkan kerana besar hak suami terhadapnya. Hal ini pula kerana memang pada dasarnya secara hati, wanita tiada hasrat melakukannya dalam waktu yang paling sedih dan luka hatinya. Dan Islam pun memberikan syariat yang sesuai dengan ini. Hukum ihdad ini wajib menurut majoriti ulama.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk berihdad terhadap mayat lebih dari tiga hari kecuali bila yang meninggal itu suaminya, maka ia berihdad selama empat bulan sepuluh hari.” (Hadis Muttafaq Alaih)

Zainab binti Ummu Salamah berkata, bahawa Ummu Salamah berkata, "Datang seorang wanita menemui Rasulullah SAW ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, suami puteriku telah meninggal dunia. Sementara puteriku mengeluhkan rasa sakit pada matanya. Apakah kami boleh memakaikan celak pada matanya?’ ‘Tidak,’ jawab Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali. Setelahnya baginda bersabda: “Masa ihdad itu hanyalah empat bulan sepuluh hari. Adapun dulu di masa jahiliah salah seorang wanita dari kalian menjalani masa iddahnya selama satu tahun.” (Hadis Muttafaq Alaih)

Bahkan kewajiban ini juga berlaku pula bagi setiap isteri yang ditinggal meninggal suaminya, walaupun mereka belum “berkumpul” sekalipun, baik wanita itu masih kecil, ataupun sudah besar, masih perawan (ketika dinikahi suaminya) ataupun sudah janda.

Hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi: “Dalam hadis di atas ada dalil wajibnya berihdad bagi wanita yang menjalani ‘iddah kerana kematian suaminya. Perkara ini secara umum disepakati walaupun ulama berselisih dalam perinciannya. Ihdad ini wajib bagi setiap wanita yang menjalani ‘iddah kerana kematian suami, baik ia telah ‘berkumpul’ dengan suaminya atau pun belum, si wanita masih kecil atau sudah besar, perawan (ketika dinikahi suaminya) atau sudah janda, wanita merdeka atau hamba, wanita muslimah atau wanita kafir. Ini merupakan mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i t dan jumhur”.

Adapun sebagian ulama menyatakan bahawa ihdad hanya berlaku bagi wanita muslimah saja.

Ihdad ini juga berlangsung selama empat bulan sepuluh hari, seperti halnya iddah, bagi isteri yang hamil, ihdadnya hingga ia melahirkan. Masa empat bulan sepuluh hari ini adalah masa yang pendek jika dibandingkan masa ihdad dan iddah di zaman jahiliyah, dimana mereka beriddah dan berihdad selama satu tahun, masa satu tahun seperti ini masih berlaku di awal mula Islam.

Saturday, June 13, 2015

Penggunaan Inhaler Di Mulut Tidak Membatalkan Puasa

Penggunaan Inhaler Mulut.

Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi tiga jenis bahan iaitu ubat-ubatan, air dan juga oksigen. Cara penggunaannya dilakukan di dalam bentuk mengangkat, kemudian menekannya ke dalam mulut atau hidung. Pada masa itu bahan-bahan yang terkandung di dalamnya akan keluar dan memasuki tekak melalui mulut atau melalui bahagian dalam hidung. Sebahagian daripadanya akan kekal berada di dalam tekak. Kadang-kadang satu kuantiti kecil akan berada di dalam kerongkong.

Pendapat Ulama:

Ulama’ masa kini berselisih pendapat tentang penggunaan inhaler ini kepada dua iaitu:

Penggunaan inhaler tidak membatalkan mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baaz, As-syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Dr. As-siddiq Ad-Darir, Dr. Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi.

Alasan Hukum:

a.    Bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas  kepada berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).

Satu alat inhaler mengandungi 10 ml cecair, yang mengandungi ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebnyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan, mengeluarkan jumlah yang rendah, tidak sampai 1ml. Setiap semburan tidak sampai 1 titis. Satu titis ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala bakinya jatuh ke dalam perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur dan istinsyaq. Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak daripada kuantiti semburan inhaler yang memasukinya. Dengan ini, jika seseorang berkumur dengan air yang diperkaya dengan bahan-bahan tertentu (seperti mineral atau vitamin, yang hanya boleh dilihat dibawah sinar x), sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak berapa lama selepas itu di dalam perut, yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut, tetapi di dalam kuantiti yang sedikit adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air dari berkumur dan istinsyaq tersebut dari segi keyakinannya,  sudah tentu melebihi kuantiti semburan inhaler yang memasuki kerongkong, jika diandaikan ia memasuki kerongkong.

b.    Semburan yang masuk ke dalam perut, satu perkara yang belum pasti, sebaliknya masih diragui. Mungkin masuk dan mungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak. Perkara yang yakin, tidak dapat dihilangkan dengan perkara yang masih ragu-ragu.

c.     Ia tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk ujian klinikal dan suntikan yang tidak mengandungi makanan (nutritive).
Perbahasan kepada alasan ini: Walau bagaimanapun alasan ini boleh dipertikaikan, kerana memang wujud kuantiti tertentu air di dalam kandungan ubatan yang terdapat di dalam Inhaler, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

d.    Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ka dalam perut, sebaliknya hanya ke dalam ruang di dalam paru-paru sahaja.

Perbahasan kepada alasan ini: Walau bagaimanapun sebelum ini, kita telah menjelaskan kuantiti kecil semburan Inhaler juga masuk ke dalam perut.

e.  Pakar-pakar perubatan memperakui penggunaan siwak (kayu sugi) mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak.

Di dalam Sahih Al-Bukhari daripada ‘Amir bin Rabi’ah, katanya: “Saya melihat Rasulullah s.a.w bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan Baginda berpuasa.”

Sekiranya bahan-bahan kimia yang memasuki tekak ini dimaafkan, kerana kuantitinya yang sedikit dan tidak disengajakan, begitu jugalah bahan-bahan daripada Inhaler yang memasuki tekak, juga dimaafkan, di atas sebab yang sama.

Perbahasan kepada alasan ini: Mereka yang bersiwak, berkumur dan beristinsyaq tidak berniat untuk memasukkannya ke dalam tekak, jika masukpun secara tidak sengaja. Berbeza dengan penggunaan inhaler yang mmg disembur ke dalam tekak.


Penggunaannya tidak membatalkan puasa, adalah sesuai dan logik. Manakala qiyas mereka kepada berkumur, istinsyaq dan siwak, adalah qiyas yang betul. Wallahu A’lam.

Hukum Inhaler Menggunakan Debu.


Adapun hukum inhaler yang menggunakan debu, para ulama semasa berselisih pendapat agak kuat lebih daripada isu inhaher, memandangkan debu tersebut mungkin terlekat di halkum atau kerongkong.


Menurut Kajian Dr. Khalid bin Abdullah Al-Muslih:
Semua jenis penggunaan inhaler dengan pelbagai jenisnya, termasuk yang menggunakan debu yang disedut melalui mulut atau hidung, semuanya tidak membatalkan puasa menurut pendapat yang rajah (kuat hujjahnya).


Alasan Hukum:


1-    Sedutan yang dilakukan pergi ke bahagian pernafasan, bukan pergi ke saluran makanan dan minuman.
2-    Kalaupun ada yang termasuk ke saluran makanan ianya adalah terlalu sedikit, tidak lebih pada kebiasaannya debu-debu yang masuk melalui pernafasan
(Fiqh Syafieyyah mengatakan: “Sekiranya lalat atau nyamuk, atau debu jalan masuk ke dalam al-Jauf, maka puasa TIDAK batal. Ini kerana untuk menghindarinya adalah tersangat susah (masyaqqah). Begitu juga dengan menelan air liur.”
3-    Debu ubat itu tidak dikira sebagai sejenis makanan dan minuman, atau yang bermakna sejenis makanan.
4-    Berpegang dengan hukum Asal, bahawa puasa seseorang itu tidak batal sehingga ada dalil yang menentukan perkara itu batal, Wallahu a’lam.

Tuesday, June 9, 2015

Kebaikan Lemon Untuk Kesihatan

Inilah yang Terjadi Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi??!!


Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.



Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne.
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar.

Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa.

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas.
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE).

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni.

Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa. 

Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari.
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment. Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam.

Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya Reneh atas api selama 5 minit, Tapiskan dan sejukkan. Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu. Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik. Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur. Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan.

Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam. Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut Selamat tinggal Varicose Vein!.

Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart. Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari. Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil.

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan. Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon. Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam.

Semoga bermanfaat!

Thursday, June 4, 2015

Manusia Tidak Boleh Berbohong Di Hari Akhirat Semua Anggota Mereka Akan Menjadi Saksi.

Firman Allah SWT maksudnya :

19 Dan (ingatlah) pada hari (ketika) musuh-musuh Allah digiring ke neraka lalu mereka dipisah-pisahkan. 

20 Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan. 

21 Dan mereka berkata kepada kulit mereka, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" (Kulit) mereka menjawab, "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang (juga) menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan. 

22 Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan. 

Asbabun Nuzul ayat 22.

Ibnu Mas'ud r. memaparkan, bahawa ayat ini di turunkan berkenaan dengan dua orang Quraisy dan seorang Bani Tsaqif yang saling berbantahan di Baitullah. Salah satu dari mereka berkata, "Bagaimana pendapatmu, apa kah Allah mendengar setiap perbicaraan kita?" Yang lain menjawab, "Jika kita berbicara keras, Allah akan mendengar. Namun jika kita berbisik-bisik, Allah tidak akan mendengar." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)

23 Dan itulah dugaanmu yang telah kamu sangkakan terhadap Tuhanmu, (dugaan itu) telah membinasakan kamu, sehingga jadilah kamu termasuk orang yang rugi. 

24 Meskipun mereka bersabar (atas azab neraka) maka nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka minta belas kasihan, maka mereka itu tidak termasuk orang yang pantas dikasihani. 

25 Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman (syaitan) yang memuji-muji apa saja yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka putusan azab bersama umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari (golongan) jin dan manusia. Sungguh, mereka adalah orang-orang yang rugi. 

(Surah Fussilat (41) ayat 19-25)

Monday, June 1, 2015

Minuman Cairkan Lemak

Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari

Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.

kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.

Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:

8 ½ cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina
Cara penyediaanya:

Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.

Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.

Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun:

timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Air

Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan..

Thursday, May 28, 2015

Mampukan Kita Melepasi Tujuh Sekatan Di Titian Sirat?

Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi SAW : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” (Hadis Riwayat Muslim)

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang memimpin umat lain.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” (Hadis Riwayat Bukhari)

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah SWT dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar.” (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi SAW yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra’ yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,“Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya.” Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah SWT

Manakala jumhur ( kebanyakan ) `ulama` berpendapat bahawa `ibadah haji disyariatkan pada akhir tahun ke-9 Hijriah setelah turunnya firman Allah SWT :

ولله Űčلى Ű§Ù„Ù†Ű§Űł Ű­ŰŹ Ű§Ù„ŰšÙŠŰȘ من ۧ۳ŰȘ۷ۧŰč Ű§Ù„ÙŠÙ‡ ŰłŰšÙŠÙ„Ű§ ومن ÙƒÙŰ± ÙŰ„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űșني Űčن Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†

“ Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji , bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya . Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya AllahMaha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu ) dari semesta alam . “ ( Surah Ali `Imran ayat 97)

Sekatan Keenam : Mengenai wuduk dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wuduknya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wuduknya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Nabi SW bersabda maksudnya, “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.Pemimpin yang menzalimi rakyat dan membebankan dengan cukai yang tak sepatutnya akan tersekat di sekatan ke tujuh ini.

Tuesday, May 26, 2015

Multy Level Marketing Menurut Syariat Islam

Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. 

Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. 

Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. 

Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;

1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli

2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.

3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Saling meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. 

Di antara syarat-syarat tersebut ialah;

1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.

2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.

3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.

4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)

5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.

6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;

a) Membantu kepada perbuatan maksiat

b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan

c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan

d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;

(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.

(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah SAW. menegah daripada jualan secara gharar” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah SAW.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;

( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.

(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.

(d) Mengurangi timbangan

(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah SAW.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian 

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;

1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.

2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.

3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.

4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus 

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Surah Yusuf ayat  72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;

1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.

2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.

3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;

1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai

2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat

3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.

4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus 

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Hadis Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid” 

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. 

Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 

1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.

2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.

3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.

4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.

5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.

6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.

(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk 

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.

b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.

(Di petik daripada tulisan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil)

Rujukan; 

1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Hayati Lima Pesanan Saidina Ali k.w Mengenai Ilmu dan Harta

Orang bertanya kepadan Saidina Ali k.w  kenapa beliau mencintai ilmu lebih dari harta.

Jawab Saidina Ali k.w :

Pertama : Ilmu itu jika diberi kepada orang lain, akan bertambah, manakala harta jika diberi akan menyusut.

Kedua : Ilmu dapat memelihara diri kita, manakala kita pula terpaksa melindungi harta.

Ketiga : Makin banyak ilmu hati semakin tenang, sedang semakin banyak harta semakin berat menjaganya.

Keempat : Orang yang menyimpan ilmu tanpa bimbang didatangi pencuri, sedang banyak menyimpan harta sentiasa cemas dan curiga kedatangan orang.

Kelima : Orang yang berilmu mempunyai kenalan luhur, sedang si punya banyak harta mempunyai ramai lawan dan musuh.

Saidina Ali k.w berpesan lagi :

Hendaklah engkau berlindung kepada Allah dalam semua urusan, kerana dengan itu engkau mendapat perlindungan yang kukuh, kuat dan mulia.

Harta kekayaan tidak akan kekal menemanimu, dan kamu pula tidak akan dikekalkan oleh hartamu. Salah satu akan musnah terlebih dahulu, samaada kamu atau hartamu. 

Ketahuilah kamu diciptakan untuk akhirat, tidak untuk dunia. Kamu dihidupkan untuk dimatikan, tidak untuk dikekalkan. Dengan itu sesungguhnya berada di tempat sementara inilah kamu berbekal untuk menuju akhirat yang pasti.

Engkau selalu dikejar maut, yang tiada siapa terlepas siapapun yang cuba lari daripadanya. Dengan itu hendaklah waspada jangan tertangkap maut ketika berbuat jahat, atau telah merancang berbuat jahat lalu menemui maut maka binasalah engkau.

Oleh itu utamakanlah ilmu daripada harta tetapi jika kalian berharta maka jadikanlah harta kalian untuk menuntut ilmu, sebarkan ilmu yang bermanfaat dan jadilanlah hartamu untuk sedekah jariah maka harta tersebut akan membantu kalian walaupun kalain berada dialam barzakh, jangan jadikan harta sebagai hamba nanti kalain akan binasa.

Perbezaan Di Antara Masjid dan Surau.

Para ulama’ telah menetapkan beberapa pengenalan ( takrif ) mengenai hal tersebut sebagaimana berikut ini :

1- MASJID : ialah satu tempat solat tertentu yang bukan menjadi milik orang-perseorangan, ataupun milik sesebuah badan / syarikat, yakni ianya merupakan satu tempat yang sudah pun diwaqafkan untuk dijadikan tempat solat awam.

2- MUSOLLA : ialah satu tempat solat orang ramai , yang tempatnya masih lagi menjadi milik individu ataupun badan tertentu, yakni ianya belum lagi diwaqafkan untuk solat bagi orang-orang awam. “ Musolla “ ini adalah perkataan Arab ( sebagaimana juga perkataan “ MASJID “ ) yang biasanya kita ertikan sebagai : “ Tempat Sembahyang “.

3- SURAU : ialah perkataan berbahsa Melayu. Saudara-saudara kita di sebelah utara Semenanjung Malaysia menggelarnya sebagai “ MANAQSAH “ , dan bagi masyarakat Pantai Timur pula menggelarnya sebagai “ BALASOH “. Surau juga seperti masjid dimana ianya diwaqafkan untuk kegunaan masyarakat awam, tetapi perbezaannya dengan masjid ialah di surau tidak didirikan syiar Solat Jumaat , akan tetapi ianya didirikan di tempat yang digelar sebagai “ MASJID “.

4- MASJID : ianya juga ialah satu nama umum bagi mana-mana tempat yang disitu didirikan solat, samada ianya milik orang perseorangan ataupun sudah diwaqafkan untuk kegunaan awam, ataupun ianya adalah milik sesebuah badan ataupun syarikat mahupun sebaliknya.

Walhal, Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah tidak pula menetapkan sama-sekali apakah yang disebut “ MASJID “ , dan apakah pula “ MUSOLLA “ itu. Oleh sebab itu dalam perkara yang seperti ini perlu kita timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan di dalam agama kita yang mulia ini .

Marilah kita cuba timbang-timbangkan dan banding-bandingkan dengan keterangan-keterangan daripada Hadist-Hadist Rasulullah s.a.w ;

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda :

( I ) - HADIS PERTAMA :

Daripada Abu Said Al-Khudry , beliau berkata : (( “ Rasulullah SAW pernah bersabda : Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan “ )) ~ Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483.

( II ) - HADIS KEDUA :

Hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a : Pernah Rasulullah SAW bersabda : “….Maka sesungguhnya aku tidak halalkan masjid bagi wanita yang haidh dan orang-orang yang berjunub “. ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di dalam Sunanya : Kitab At-Toharah : 201.

PERBINCANGAN MENGENAI HADIS-HADIS DI ATAS :

Di dalam Sirah ( Kisah Perjalanan Hidup ) Rasulullah SAW sendiri dinyatakan bahawa, pada awalnya ( asalnya ) rumah Baginda Rasulullah SAW sendiri adalah di sebelah Masjid An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. Namun, setelah diperluaskan beberapa kali Masjid An-Nabawi itu, maka rumah Baginda Rasulullah SAW sendiri terkena dan termasuk di dalam kawasan Masjid yang mulia itu. Sirah juga membuktikan bahawa Maqam Rasulullah SAW itu juga pada awalnya ( asalnya ) adalah bilik Baginda SAW, yang mana sekarang maqam itu juga termasuk di dalam kawasan ( ruang dalaman ) bagi Masjid An-Nabawi Asy-Syarif.

Jadi kalau kita berpegang dengan hadis yang menyatakan bahawa seluruh bumi ini adalah MASJID, maka sudah tentu rumah Baginda SAW itu juga adalah masjid. Walhal sebenarnya tidak begitu, kerana kalau kita pegang hadis itu secara “ harfiah “ ( keterangan secara zahir ), maka sudah tentu isteri-isteri Baginda SAW yang juga merupakan Ibu-Ibu bagi orang-orang Islam yang suci itu kesemuanya TIDAK PATUT berada di dalam rumah baginda SAW ketika di dalam keadaan “ tidak suci “ , kerana tatkala itu juga mereka turut berada di dalam Masjid An-Nabawi. Namun realitinya, hadis-hadis Rasulullah SAW dan sirah sendiri tidak pernah ada yang menunjukkan bahawa isteri-isteri Baginda SAW  yang suci-murni itu meninggalkan rumah Baginda SAW  ketika mereka didatangi “ waktu tidak suci “ !.

Dan begitulah juga, andainya kita berpegang kepada keumuman hadis yang menjelaskan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid , maka sudah tentu akan menyebabkan kesukaran bagi wanita-wanita yang sedang haidh dan juga mereka yang berjunub. Ke mana mereka hendal pergi kerana kesemua bumi ini difahami sebagai “ masjid “ ?. Ini sudah tentu bertentangan dengan tujuan Islam itu diturunkan Allah Ta’ala iaitu bersifat : MEMUDAHKAN . BUKANNYA MENYUKARKAN !.

Oleh kerana itu, tidak boleh kita berpegang dengan keumuman hadis yang menyifatkan bahawa seluruh bumi ini adalah masjid ( kecuali tandas-tandas dan perkuburan ). Yang jelas, yang dimaksudkan dengan masjid adalah sebagaimana di dalam di dalam takrif 1 , dan bukannya sebagaimana di dalam takrif ke-4.

MASALAH WANITA HAID DI DALAM SURAU :

Sebagaimana dijelaskan, perkataan surau tiada di dalam istilah Bahasa Arab. Oleh kerana itu, ianya perlulah difahami menurut ‘uruf ( kebiasaan ) masyarakat kita. Apatalah lagi ‘uruf ini juga merupakan salah-satu daripada sumber-sumber perundangan Islam.

Masyarakat kita biasanya membezakan bahawa MASJID : Ialah satu tempat umum untuk didirikan solat jemaah dan Solat Jumaat . Manakala SURAU pula tidak didirikan di dalamnya Solat Jumaat.

Walaupun begitu , ada juga masjid-masjid kecil ( kebiasaannya di kampung-kampung ) yang sudah tidak lagi mengadakan Solat Jumaat kerana adanya Masjid Besar yang berhampiran dengan beberapa buah kampung itu yang mampu menampung dan menyatukan penduduk beberapa buah kampung berdekatan untuk mengadakan Solat Jumaat di situ. Masjid Besar seperti ini dikenali sebagai : “ MASJID JAMIK “. Digelar sebagai “ JAMIK “ kerana makna asalnya di dalam Bahasa Arab bermaksud : “ Yang Menyatukan “. Digelar juga sebagai “ JAMIK “ kerana di situlah didirikan Solat Jumaat.

Jadi di sini sudah jelas adanya PERBEZAAN DI ANTARA SURAU DENGAN MASJID , dari sudut didirikan Solat Jumaat di dalamnya !.

AKAN TETAPI, Surau pula sama dengan masjid daripada sudut : KEDUA-DUANYA ADALAH DIWAQAFKAN KEPADA MASYARAKAT AWAM UNTUK DIDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH.

Merujuk kepada ‘uruf yang berlaku di kalangan masyarakat kita , maka : SEBAHAGIAN BESAR ASHABUS-SAMAHAH MUFTI-MUFTI KITA, TUAN-TUAN GURU KITA, PARA ULAMA’ KITA telah menyatakan :

1 – Wanita-wanita yang haid boleh memasuki surau, tetapi haram memasuki masjid.

2 – Di dalam masjid boleh didirikan solat sunat Tahiyatul-Masjid, tetapi tidak pula di surau dan di tempat lain. .

Namun begitu, ada juga di kalangan beberapa ulama’ di Nusantara ini yang membantah kenyataan di atas dengan hujah-hujah :

1 – Bagaimana wanita-wanita yang sedang haidh boleh memasuki surau, tetapi tidak pula ke dalam masjid, walhal surau dan masjid itu kedua-duanya adalah tempat umum yang diwakafkan untuk didirikan solat berjemaah ?.

2 – Jika di dalam masjid kita boleh mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid , maka mengapa pula tidak boleh di surau-surau walhal kedua-duanya itu juga adalah tempat umum yang diwaqafkan untuk didirikan solat berjemah ?.

PANDANGAN SAYA :

Perselisihan pendapat ini berlaku kerana tiadanya satu panduan yang tepat daripada Baginda Rasulullah SAW mengenai “ Perbezaan Di Antara Masjid Dengan Surau “ . Lantaran itu semua hukum-hakam yang berkaitan dengan perbezaan di antara kedua-dua tempat sembahyang itu lahir daripada keputusan yang dicedok dan diperbahaskan daripada sudut-sudut tinjauan dan perbahasan di atas.

Menurut pandangan saya : Lebih baik kita berpegang dengan apa yang telah dinyatakan oleh sebahagian besar ( majoriti ) ulama’ mengenai perbezaan di antara Masjid dengan Surau dan hukum-hakam yang berkaitan dengan kedua-duanya kerana , keputusan yang diambil oleh majoriti ulama’ LEBIH HAMPIR KEPADA KEBENARAN DAN LEBIH SELAMAT DARIPADA KESILAPAN berbanding dengan keputusan sebahagian kecil ( minoriti ) para ulama’.

Kita juga menasihatkan agar masyarakat awam tidak masuk campur di dalam perkara-perkara khilafiyah ( yang diperselisihkan ) di kalangan ulama’ memandangkan mereka tidak mempunyai kemampuan ilmu untuk memahami setiap hujah dan sudut pandangan para ulama’ yang berselisih pendapat itu.

Kita juga bimbang, andainya masyarakat awam yang tidak mempunyai kemampuan ilmu yang kental ini “ cuba-cuba “ masuk ke dalam “ arus-perbincangan “ dan “ titik-perselisihan “ di kalangan ulama’ ini, mereka pula yang akan menjadi “ pening “ dan “ bingung “ yang akhirnya mereka akan mula mencemuh ulama’ itu dan ulama’ ini, ataupun mereka sendiri akan dipermainkan oleh Golongan Yahudi dan Kristian yang suka melihat umat Islam ini “ tenggelam “ di dalam “ perkara-perkara khilafiyah seperti ini “.

Akhir kata, saya lebih cenderung andainya saudari yang bertanya berpegang dengan apa yang telah diputuskan oleh golongan majoriti ulama’ di atas !. Wallahu a'lam.

Monday, May 25, 2015

Solat Tahajud Adalah Amalan Orang Mukmin.

“Tahajud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajud dikerjakan dua rekaat.

1. Berdoa Sebelum Memulakan Solat Tahajud.

Dari Ibnu Abbas r.a : Apabila Rasulullah SAW  bangun tengah malam hendak solat tahajjud, Nabi SAW membaca : 

Wahai Allah.. Untuk-Mulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. 

Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Untuk-Mulah segala puji ; 

Cahaya langit dan bumi. Untuk-Mulah segala puji. 

Engkau Maha Benar, janji-Mu Maha Benar, menemui Engkau (di akhirat) Maha Benar, syurga Maha Benar, neraka Maha Benar, 

Para Nabi Maha Benar dan Muhammad Sallallaahu ‘Alaihi Wassalam Maha Benar dan hari kiamat Maha Benar. 

Wahai Allah..Aku pasrah kepada-Mu dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah dan kepada Engkau aku kembali; dan kerana (mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan dan kepada Engkau aku meminta hukum. 

Oleh  itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan. 

Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau ). 

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 0581)

2. Bangun Di Waktu 1/3 Akhir  Malam.

Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a : Rasulullah SAW bersabda, “Allah Tabaaraka Wa Ta’aala (Allah yang Maha Suci lagi Tinggi) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. 

Dia (Allah) berfirman : ‘Barangsiapa berdoa kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuni dia.” 

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 0602)

3. Kebaikan Tahajud Menurut Al-Quran.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah al-Israa’ ayat 79)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)