Ramadhan!
Malam ini kau akan pergi...
Pergi untuk selama sebelas bulan
Aku tidak pasti samaada kita akan bertemu lagi,
Hanya harapan dan do'a ku pada Allah
Agar ku dapat bertemu denganmu lagi tahun hadapan.
Ramadhan!
Kedatanganmu membawa 1000 rahmat, 1000 pengampunan dan pembebasan daripada api Neraka.
Kaulah bulan kesabaran, bulan tarbiyah, bulan tazkiah, bulan rahmat, bulan pengampunan, bulan mujahadah bulan muraqabah, bulan ibadah, bulan sedekah dan bulan pembebasan api Neraka.
Beruntunglah sesiapa yang menghayatimu dengan beramal ibadah, beramal soleh, qiyamulail ,bersedekah. dan mendapat pengampunan Allah.
Ramadhan!
Bila kau pergi maka di buka semula pintu-pintu Neraka dan ditutup semua pntu-pintu Syurga
Ahli-ahli kubur menjalani hukuman semula setelah direhatkan kerana menghormatimu
Iblis dan syaitan telah dilerai semula segala ikatan yang membelenggu mereka dari siksaan Allah.
Ketika inilah syaitan dan bala tenteranya akan mengoda dan menghasut anak Adam setelah kau tiada.
Ramadhan!
Kedatanganmu disambut dengan gembira oleh golongan muttaqin dan mereka menangisi kerana pemergianmu.Di tangisi kerana seistimewaanmu tak serupa dengan kebaikan sebelas bulan yang lain.
Nabi s.a.w berabda bahawa celakalah sesiapa yang namanya masih ada tercatat dipintu Neraka sedangkan kehadiranmu tak membawa kebaikan kepadanya.
Berbahagialah sesiapa yang namanya dicatat dipintu Syurga kerana mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t. setelah kau pergi meninggalkannya.
Ramadhan!
Kau datang membawa ibadah puasa yang penuh dengan keistimewaannya :
* Pintu Syurga Rayyan khusus untuk orang berpuasa.
* Menjadi benteng daripada api Neraka,
* Menjadi tirai penghadang daripada hawa nafsu.
* Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada kasturi disisi Allah
* Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan menyambut hari raya dan ketika bertemu dengan Allah di hari akhirat.
* Keseluruhan aktiviti orang berpuasa dikira sebagai ibadah, samaada tidurnya , diamnya dan bangunnya mendapat ganjaran disisi Allah.
* Do'a orang-orang berpuasa sangat mustajab disisi Allah
* Semua amalan wajib dan sunat pahalanya akan digandakan Allah berlipat kali ganda.
* Malaikat akan mendo'akan dan memohon keampunan disisi Allah sesiapa yang menjamu orang berpuasa dan berbuka bersama jemaah
Ramadhan!
Madrasah tarbiyah yang kau miliki bisa membawa kepada taqwa kepada Allah Taqwa adalah pakaian orang-orang Mukmin dan sesiapa yang paling tinggi taqwnya dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah.
Kehadiranmu benar-benar telah mendidik hati dan jiwaku. Keberkatanmu melatihku untuk memiliki sifat mahmudah iaitu sifat sabar, baik sangka, takwa, tawakkal, lemah lembut, rendah diri, bersyukur dan sopan santun dan juga aku mampu menjauhi daripada segala sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, suka mengumpat, sombong, bongkak, takbur, iri hati, ujub ,batu api dan hasad dengki. telah benar-benar mendidik hatiku. Melatih diriku bersedekah setiap hari ditabung-tabung masjid.
Alangkah indahnya kesan dari kemuliaanmu memberi kekuatan untuk ku bertahajjud, berikhtikaf dan berqiyamulail sepanjang kehadiranmu , mengadap wajah kehadrat Rabbul Jalil, di rumah Allah, terutama di sepuluh malam terakhir.
Ramadhan!
Segala natijah rohiyah dan jasmaniah yang kau tinggalkan akan ku pergunakan untuk menghadapi cabaran hidup di sebelas bulan yang akan datang.
Terima kasih Ramadhan.!
Terima kasih Ramadhan.!
Rinduku sentiasa mengingringi pemergiaanmu dengan penuh harapan agar kau dapat ku temui lagi ditahun hadapan dengan keazaman untuk meningkatkan amalku kepada Allah Azzawajalla.
No comments:
Post a Comment