Ramadhan akan menghilang kembali - antara esok atau lusa. Dan bulan Syawal akan menjelma - menceriakan kita. Ini lah tandanya kita umat Rasullullah saw dan hamba Allah sekali lagi akan menamatkan tugasan ibadah yang mencabar dan penuh kenangan pahit manis di tahun ini. Bermakna, sekali lagi kita telah melaksanakan amanah yang sering di himpit oleh tuntutan hawa nafsu agar berhenti berpuasa dan membazirkan wang untuk berbelanja. Malah kita sendiri dapat menilai apakah sempurna ibadah puasa kita atau apakah KPI keimanan kita di bulan . Walau apapun, mudah-mudahan kita semua umat Rasullulah saw di panjatkan ketakwaan sepanjang masa setelah kita melaksanakan sebulan lamanya tugasan ibadah dan amanah dengan penuh keinsafan.
Jika usia kita di panjangkan illahi, kita umat Islam akan menempuhi bulan Syawal sekali lagi.
Apakah kita telah bersedia dengan kedatangan Syawal?
Atau kita akan terleka dengan keceriaan Hari Raya mengikut pandangan dunia?
Syawal dari sudut bahasa bermaksud “meningkat”. Apakah prestasi istiqamah kita di bulan Syawal akan meningkat? Di bulan Syawal, umat Islam yang mendapat keberkatan Allah di bulan Ramadhan akan berusaha mempertahankan prestasi istiqamah mereka. Mereka akan memelihara hubungannya dengan saudara mara atau sesama manusia semata-mata kerana Allah. Tiada rasa benci, dendam atau marah dengan perilaku manusia yang menyakitkan hati di bulan Ramadhan atau bulan sebelumnya. Hati umat Islam yang beriman akan menjadi putih -sebersih kain putih dalam memberi kemaafan kepada manusia lain. Semua kesilapan dimaafi dengan penuh rasa rendah diri dalam mengharapkan keredhaan Allah. Itulah yang selalunya dilakukan oleh umat Islam yang beriman apabila Syawal menjelma lagi
Namun dugaan Syawal sebenarnya lebih kuat dari Ramadhan. Di bulan inilah kita akan melihat mendadaknya penurunan KPI atau penurunan kualiti ibadah umat Islam. Yang paling ketara ialah sebaik sahaja selesai Sembahyang Hari Raya di pagi Syawal – masjid, madrasah dan surau akan kembali lengang dan kosong. Akan kita lihat di bulan ini dan di saat ini bermulanya Al-Quran di letak di dalam almari. Di ganti dengan majallah fesyen, artis dan pelbagai lagi majalah kegemaran hati melekat mula melekat di jari pemuda dan pemudi. Yang mual menjinakkan diri dengan masjid melalui sembahyang Tarawikh mula menjauhi diri - melipat sejadah dan meletakkanya di tepi. Tugasan dunia di junjung sekali lagi.
Di bulan Syawal terdapat manusi yang mula lupa diri. Keampunan yang dipohon dan pahala yang diraih dengan susah payah selama sebulan di bulan Ramadhan tidak membaw erti. Kesabaran mula pudar. Pergaduhan dan perselisihan antara manusia angkara berlainan pendapat dan ideologi terjalin kembali. Apakah caci maki yang muncul dari mulut mereka yang rendah ahlak dan moralnya akan tersiar di FB ini lagi?
Memahami akan kelemahan umat Islam yang mudah tunduk dengan tuntutan hawa bafsu setelah berakhirnya Ramadhan, Rasullulah saw telah menyeru kita, agar tekun dan terus melaksanakan amalan sunat walau berakhirnya Ramadhan. Ianya bertujuan akan kita senantiasa mengingati tujuan apakah Allah menghidupkan dan memanjangkan usia kita di muka bumi ini. Kasih sayang beliau terhadap kita dan ingin melihat hidup dan diri kita, mrmbawa beliau menyeru umat Islam agar:
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid untuk bersembahyang di pagi raya.
e)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut.
Syawal sebagai bulan peningkatan prestasi ibadah perlu di isi dengan mencari keredhaan Illahi. Jangan terleka dengan gamitan hawa nafsu dunia - jika menyesal sudah tiada gunanya - nasi menjadi bubur.
Ingatlah, jangan menunggu datangnya Ranadhan sekali lagi baharu kita berusaha untuk meningkatkan prestasi ibadah kita. Kerana kita tidak tahu saat bila nafas kita akan terhenti. Mungkin di Ramadhan kita tidak dapat berfacebook seperti ini. Lupakan yang lalu dan mulakan kebersihan hati di pagi Syawal yang mulia ini.
Beringat lah kerana ….. SEGALANYA MUNGKIN TERJADI dan .. Kerana nyawa kita dalam genggaman Illahi.
(Di petik daripada tulisan Che Azie S Naro)

- Mengerjakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal.
- Bersolat berjemaah setiap hari (QS. At-Taubah: 18).
- Meneruskan ibadah qiyamullail dan iktikaf.
- Lidah dibasahi dengan dibasahi dengan zikir, terutama bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
- Tidak meninggalkan shalat Dhuha.
- Menyemai berinfak, bersedekah, berwaqaf dan berzakat sepanjang masa.
- Memelihara silaturrahmi atau menjaga tali silaturahim dengan saudar yang mahram dan saudara bukan mahram serta dengan semua hamba Allah di muka bumi ini.
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid untuk bersembahyang di pagi raya.
e)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut.
Syawal sebagai bulan peningkatan prestasi ibadah perlu di isi dengan mencari keredhaan Illahi. Jangan terleka dengan gamitan hawa nafsu dunia - jika menyesal sudah tiada gunanya - nasi menjadi bubur.
Ingatlah, jangan menunggu datangnya Ranadhan sekali lagi baharu kita berusaha untuk meningkatkan prestasi ibadah kita. Kerana kita tidak tahu saat bila nafas kita akan terhenti. Mungkin di Ramadhan kita tidak dapat berfacebook seperti ini. Lupakan yang lalu dan mulakan kebersihan hati di pagi Syawal yang mulia ini.
Beringat lah kerana ….. SEGALANYA MUNGKIN TERJADI dan .. Kerana nyawa kita dalam genggaman Illahi.
(Di petik daripada tulisan Che Azie S Naro)
No comments:
Post a Comment