Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunai ini adalah ujian daripada Allah S.W.T. Berjaya atau gagal seseorang mengemudi bahtera hidup di dunia adalah bergantung kepada matlamat hidup yang diprogramkan dalam hati dan mindanya. Jika dia meletakkan matlamat hidupnya hanya untuk dunia semata-mata, mencari harta dan kekayaan , kemegahan, kemewahan, keseronokkan, kemudian memuaskan hawa nafsunya semata-mata, maka dunia ini sajalah yang dia akan mendapat habuannya sedangkan di hari akhirat tidak ada bahagiaan untuknya.
Tetapi jika seseorang itu menjadikan dunai ini sebagai jambatan dan tempat persinggahan sementara waktu, dan menjadikan di dunia sebagai tempat dia beramal soleh dan mengumpul bekalan pahala sebanyak mungkin dan mengharapkan pertemuan dengan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti maka dia akan mendapat kebahagiaan samaada di dunia dan di hari akhirat.
Terdapat sebelas perkara yang boleh mendatangkan kesengsaraan dan kebencian Allah S.W.T. jika terdapat pada diri seseorang. Perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Tamak terhadap harta benda dunia.
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(Hadis Riwayat Abu Daud)
“Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang jika aku mengerjakannya, maka aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia’. Beliau lantas bersabda:
'Zuhudlah terhadap dunia, nescaya Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pula terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia mencintaimu’.”
(Hadis Riwayatkan Ibnu Majah dan selainnya dengan sanad hasan)
Kedua : Keinginan kuat kepada nafsu syahwat dan kenikmatan dunia.
Setiap orang mempunyai potensi menjadi baik, tapi nafsu sangat bencikan kebaikan. Sebaliknya apa saja sifat buruk serta perbuatan jahat cukup serasi dengan nafsu.Oleh itu, usaha membina sikap yang baik sering memerlukan kesungguhan yang kental. Contohnya, sangat payah menahan marah dan bersifat sabar, memaafkan kesalahan orang lain, bersangka baik, tidak berdendam dan tidak iri hati. Ia sukar kerana ada saja bisikan berlawanan yang datang dari nafsu.
Nafsu suka kepada kesenangan, kemewahan, bermalas-malas dan bersedap-sedap. Dengan itu nafsu tidak memujuk hati menempuh untuk jalan ke syurga kerana jalannya penuh dengan susah payah. Kerana jalan ke neraka penuh dengan hal-hal yang bersenangan dan keseronokan.
Dan firman Allah S.W.T maksudnya : "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya)."(Surah An-Nazia'at ayat 40- 41.)
Ketiga : Gemar bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan suka membuat fitnah.
Abu Said al-Khudri r.a menceritakan, "Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi maka bersegeralah segala anggota kepada lidah. Dan mereka semuanya berkata : 'Kami menuntut kepada engkau dengan nama Allah bahawa engkau benar atas petunjuk, kerana bahawasanya jika engkau lurus, kami akan lurus dan jika engkau bengkok nescaya kami akan bengkok.'."
Salah satu di antara kebinasaan lidah yang jarang disedari ialah sikap suka mengumpat dan membuat fitnah. Mengapakah dosa atau kesilapan ini jarang disedari? Ini adalah kerana perbuatan itu dilakukan pada setiap hari malah setiap waktu di mana-mana sahaja. Sedangkan, sebagaimana yang kita ketahui mengumpat dan memfitnah adalah termasuk perbuatan dosa serta dilarang oleh Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. berwasiat kepada Saydina Ali k.w : "Wahai Ali ! Sejahat-jahatnya teman ialah teman yang tidak memperhatikan terhadap temannya dan suka membuka aib temannya. Wahai Ali ! Jauhilah dusta kerana dusta itu menghitamkan wajah. Bila seseorang itu sentiasa berdusta, dia di namakan pendusta di sisi Tuhan. Bila ia benar, dia di sebut di sisi Allah sebagai orang yang benar. Dan sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan iman."
Keempat : Mengambil mudah solat lima waktu.
Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di bawah yang menghalang perbuatan tersebut .
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
Kelima : Bersubahat dengan orang-orang jahat.
Jika kita membiarkan sahaja maksiat berlaku dihadapan mata kita yang dilakukan oleh orang jahat ini bermakna kita bersubahat dengannya. Apabila kita biarkan anak-anak kita sewenang-wenangnya melakukan maksiat dengan menghampiri zina dan tidak ditegur atas perbuatannya ini bermakna kita bersubahat dan akan mendapat sahamnya.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dgn tangan jika tidak boleh maka dengan lisannya, jika tidak boleh juga maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan orang-orang yg beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (ialah) menjadi penolong sebagian yg lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yg makruf, mencegah dari yg mungkar.”
(Surah At-Taubah ayat 71)
Keenam : Berperangai buruk.
Berperangai buruk adalah sifat mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak baik yang dimiliki oleh mereka yang lemah imannya dan sifat yang dibenci oleh Allah S.W.T. Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat mazmumah ialah seperti berikut:
1. Gemar makan dan minum berlebih-lebihan
2. Banyak berkata-kata yang sia-sia.
3. Marah.
4. Hasad dengki dan iri hat.
5. Kasih kepada harta.
6. Takbur.
7. Riyak .
8. Ujub .
9. Kasih akan Dunia.
Ketujuh : Sombong dan suka membangga diri.
Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi S.A.W. bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)
Kelapan : Tidak suka menolong orang lain.
Seseorang yang tidak suka menolong orang lain adalah orang jahil dan mementingkan dirinya sendiri sahaja. Sifat ini adalah sifat Qarun yang kaya raya tetapi cukup sombong dan berbangga dengan kekayaan yang ia miliki. Apabila diminta hartanya untuk membayar zakat dan sedekah kepada orang miskin dia berkata bahawa kekayaannya adalah atas usahanya sendiri bukan mendapat bantuan orang lain. Sebenarnya dia tidak sadar bahawa apa sahaja yang ia miliki dan perolehi adalah dengan keizinan Allah S.W.T. dan ilmu yang ada padanya adalah yang telah diajarkan Nabi Musa a.s kepadanya.
Nabi S.A.W. memberi wasiat kepada Saydina Ali k.w yang bermaksud : "Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta. Wahai Ali ! Sayangilah golongan fakir miskin nescaya engkau disayangi Allah.
Wahai Ali ! Jangan engkau membentak fakir miskin nescaya engkau tidak dibentak malaikat kelak di hari kiamat."
Kesembilan : Jiwa yang tidak mengasihi orang-orang beriman.
Orang fasik tidak merasai kasih sayang kepada orang-orang beriman. Hatinya sebenarnya berpenyakit dan Allah S.W.T tambah lagi penyakit itu hinggakan ia tidak dapat melihat lagi kebenaran dan hidayah daripada Allah S.W.T. Jika iman itu wujud dalam jiwa seseorang ianya pasti akan melahirkan kasih sayang dan ukhwah sesama muslim.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Perkataan “ikhwah” atau bersaudara di dalam ayat ini menggambarkan hubungan yang seperti mempunyai pertalian darah dan hubungan kekeluargaan yang amat erat malah lebih erat dari itu. Begitulah hebatnya persaudaraan dikalangan orang-orang yang beriman. Ikatan ini sepatutnya lebih utuh dari pertalian darah. Memelihara hubungan persaudaraan sesama Islam merupakan terjemahan dari sifat keimanan.
Sekiranya timbul perbalahan maka Allah S.W.T. memerintahkan agar diatasinya dan bertaut kembali hubungan silaturrahim yakni ikatan kasih sayang. Ayat ini juga memerintahkan kita bertakwa yakni memelihara diri agar sentiasa melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Itulah dia formula utama dalam menjaga persaudaraan dan kasih sayang. Taat dan takut hanya kepada Allah S.W.T.
Kesepuluh : Bakhil dan kedekut.
Nabi S.A.W berwasiat kepada Saydina Ali k.w ; "Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya.
Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."
Kesebelas : Lupa kepada mati.
Sesiapa yang melupakan kematian sebenarnya hatinya telah mati. Apabila hati sudah mati , hati akan merasai keseronok dengan nikmat dunia dan akan bersungguh-sungguh mencari habuan dunia dengan tidak mengira halal haram semuanya dikebas dan sanggup memutuskan silaturahim semata-mata untuk mengejar kekayaan yang sementara ini.
Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.
Lalu baginda bersabda yang bermaksud :
"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."
"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita dan tinggalkanlah sebelas perkara yang boleh membawa kesengsaraan dan kebencian Allah S.W.T. Pertingkatkanlah amal soleh dan amal kebajikan sebagai pengorbanan dan usaha-usaha kita di dunia ini. Setiap kebaikan yang kita kerjakan tidak akan sia-sia dan akan mendapat rahmat dan keredaan Allah S.W.T.

No comments:
Post a Comment