Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Kematian akan datang bila-bila masa, samaada kita mengalami sakit sebelum mati atau mati datang mengejut tanpa ada tanda-tanda kematian. Oleh itu Islam menuntut supaya umatnya membuat wasiat sebelum mengalami kematian. Tujuan surat wasiat adalah untuk memudahkan ketika pembahagiaan harta pusaka secara faraid dijalankan, menyelesaikan hutang-hutang simati, sedekah jariah yang dicadangkan oleh simati, ianya boleh berjalan lancar setelah kematiaan orang yang memiliki harta tersebut. Dengan adanya surat wasiat para ahli waris akan mengetahuinya dengan lengkap perkara-perkara yang ingin diselesaikan sebagaimana kehendak simati.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari hadis diatas jelaslah kepada kita Nabi S.A.W. meminta agar umatnya jangan menangguh-nangguhkan untuk membuat wasiat kerana hidup dan mati ditetapkan oleh Allah, oleh yang demikian tidak sesiapa pun yang dapat tahu bila kematian itu akan menjemputnya. Seseorang yang hendak berwasiat janganlah ia menangguh-nangguhkan membuat wasiatnya demi kebaikan dirinya sendiri dan waris-waris yang akan mewarisi harta pusaka sepeninggalannya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari hadis diatas jelaslah kepada kita Nabi S.A.W. meminta agar umatnya jangan menangguh-nangguhkan untuk membuat wasiat kerana hidup dan mati ditetapkan oleh Allah, oleh yang demikian tidak sesiapa pun yang dapat tahu bila kematian itu akan menjemputnya. Seseorang yang hendak berwasiat janganlah ia menangguh-nangguhkan membuat wasiatnya demi kebaikan dirinya sendiri dan waris-waris yang akan mewarisi harta pusaka sepeninggalannya.
Sahabat yang dimuliakan,
Semua waris yang akan memiliki harta pusaka dan mendapatkannya secara pembahagiaan mengikut faraid tidak boleh dinamakan di dalam surat wasiat tersebut. Yang boleh dinamakan dalam surat wasiat tersebut adalah anak angkat, saudara-mara (yang tidak menjadi waris), sahabat-handai dan untuk rumah anak yatim, sekolah agama, pembinaan masjid dan lain-lain berbentuk sedekah jariah, tetapi jumlahnya semuanya tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta si mati setelah ditolak hutang piutang si mati. Dan bakinya akan dibahagikan menurut cara faraid kepada waris simati.
Perkara yang paling penting yang dituliskan dalam surat wasiat tersebut adalah semua hutang-piutangnya dan senarai itu perlu lengkap dan jelas supaya ianya dapat dibereskan saja selepas kematian barulah dibahagi-bahagikan menurut surat wasiat dan secara faraid.
Roh simati akan tergantung di antara langit dan bumi apabila hutang-hutangnya tidak diselesaikan. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Sahabat yang dimuliakan,
Islam mengalakkan ibu bapa yang mempunyai harta dapat membahagikan hartanya secara hibah (hadiah) kepada anak-anaknya secara adil, seorang anak tidak boleh mendapat lebih bahagian daripada anak-anak yang lain kerana ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan iri hati kepada anak-anak yang lain.
Islam memberi perhatian berat terhadap pendidikan kepada anak-anak supaya mereka terdidik dengan akhlak Islam dan berperibadi mulia. Justeru mereka dituntut hak-hak Allah dan hak-hak manusia, terutama hak-hak ibu bapa terhadap anak-anak dan sebaliknya.
Islam mengalakkan ibu bapa yang mempunyai harta dapat membahagikan hartanya secara hibah (hadiah) kepada anak-anaknya secara adil, seorang anak tidak boleh mendapat lebih bahagian daripada anak-anak yang lain kerana ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan iri hati kepada anak-anak yang lain.
Islam memberi perhatian berat terhadap pendidikan kepada anak-anak supaya mereka terdidik dengan akhlak Islam dan berperibadi mulia. Justeru mereka dituntut hak-hak Allah dan hak-hak manusia, terutama hak-hak ibu bapa terhadap anak-anak dan sebaliknya.
Atas dasar ini ibu dan bapa dilarang melakukan tindakan yang boleh menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap mereka dan sesama adik beradik dan kaum keluarga seperti mengutamakan sebahagian mereka dengan pemberian istimewa, sama ada ketika masih hidup atau berkuat kuasa selepas mati.
Terdapat satu hadis daripada Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Al-Nu'man bin Basyir.
Al-Nu`man bin Basyir r.a. meriwayatkan: "Bapaku memberi sedekah kepadaku sebahagian daripada hartanya. Lalu ibuku berkata: 'Aku tidak suka dengan pemberian ini sehingga engkau persaksikan kepada Rasulullah S.A.W. terlebih dahulu.' Lalu bapaku pergi memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang sedekahnya kepadaku. Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya: 'Adakah engkau beri kepada semua anakmu pemberian seumpama itu? Jawabnya: 'Tidak'. Sabda Rasulullah S.A.W. 'Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anakmu, lalu bapaku mengambil balik pemberian itu”.
Menerusi hadis ini Al-Nu`man bin Basyir Al Ansari Al Khasraji melaporkan, bapanya telah memberi hadiah kepadanya daripada sebahagian harta kepunyaannya, ibunya kurang puas hati dengan pemberian yang mengutamakan al Nu`man, sedangkan mereka mempunyai beberapa orang anak-anak selain Al-Nu`man.
Pergilah Basyir untuk menemui Nabi dan seterusnya meminta persaksian benar atas pemberiannya itu, sebelum itu Nabi S.A.W. bertanya: “Adakah engkau memberi hadiah atau sesuatu pemberian yang sama kepada anak-anakmu yang lain?” Jawabnya tidak. Seterusnya Nabi menjelaskan, pemberian yang membeza-bezakan di antara anak anak ini bertentangan dengan takwa dan satu tindakan zalim terhadap anak-anak. Oleh itu aku tidak sedia memberi persaksian baik atas perbuatan ini, sambil menasihati Basyir sama ada menarik balik pemberian itu atau memberikan hadiah yang sama kepada anak-anaknya yang lain. Lalu Basyir akur dengan kesilapannya dan mengambil balik pemberiannya kepada al Nu`man.
Sahabat yang dikasihi,
Harta dan tamakkan kekayaan dunia merupakan faktor utama manusia ditimpa kecelakaan hidup seperti putus hubungan di antara keluarga dan sanak saudara, berlaku kejadian derhaka kepada ibu bapa dan berbagai-bagai kejadian lagi berlaku dalam masyarakat. Justeru Islam mengambil berat terhadap ibu bapa apabila menguruskan harta kekayaan mereka, terutama apabila membahagikannya kepada anak-anak ketika mereka masih hidup.
Islam telah menyusun peraturan dan kaedah pengurusan harta, terutama setelah empunya harta meninggal dunia, umat Islam harus berpuas hati dengan hukum dan pengurusan yang telah diputus oleh Allah dan Rasul-Nya, mereka tidak seharusnya mencari alternatif lain kerana hukum Allah tetap adil dan tidak wajar dipertikaikan. Soalnya bagaimana cara pembahagiannya kepada anak-anak, terutama ketika mereka masih hidup?
Ulama sepakat menyatakan kewajipan berlaku adil terhadap anak-anak pada setiap pemberian atau hibah (hadiah) , malah menurut ulama salaf, keadilan bukan sahaja pada penghebahan harta tetapi juga sentuhan kasih sayang, kemesraan, pelukan dan ciuman dan hubungan dalam pergaulan harian. Ini kerana sikap membeza-beza bakal membawa kepada jauh hati sesama mereka dan hidup pecah belah yang sangat buruk dalam keluarga. Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : 'Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim' ".
Membeza-bezakan pemberian di antara anak-anak memungkinkan timbulnya kesan buruk pada jiwa mereka seperti permusuhan, perkelahian di antara adik-beradik, terputus hubungan silaturahim, durhaka kepada ibu bapa dan sebagainya. Gejala-gejala ini merupakan sikap yang ditolak oleh Islam. Malah apa jua perkara yang membawa kepada haram maka hukumnya haram. Mengikut kaedah Fiqh : Hukum pada cara sama dengan hukum pada tujuan. (apabila matlamatnya haram maka jalan menuju kematlamat juga haram)
(Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Nabi S.A.W. yang di riwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : “Samakan pemberian kepada anak-anak kamu. Andainya aku ingin melebihkan seseorang nescaya aku melebihkan wanita”
Maksud hadis tersebut pebahagiaan harta secara hibah (hadiah) hendaklah diberikan cecara adil yang itu sama rata di antara anak lelaki dan perempuan kerana tidak ada larangan daripada Allah S.W.T. dalam urusan ini. Tetapi sekiranya pembahagiaan itu dibuat selepas kematian ibu atau bapa maka pembahagiaannya mestilah di buat secara faraid iaitu anak lelaki akan mendapat dua bahagian dan anak perempuan mendapat satu bahagian.
Maksud hadis tersebut pebahagiaan harta secara hibah (hadiah) hendaklah diberikan cecara adil yang itu sama rata di antara anak lelaki dan perempuan kerana tidak ada larangan daripada Allah S.W.T. dalam urusan ini. Tetapi sekiranya pembahagiaan itu dibuat selepas kematian ibu atau bapa maka pembahagiaannya mestilah di buat secara faraid iaitu anak lelaki akan mendapat dua bahagian dan anak perempuan mendapat satu bahagian.
Imam Ahmad, Imam Bukhari, al Thawri, al Zuhri dan lain-lain berpendapat haram malah tidak sah pemberian atau hibah yang membeza-bezakan di antara anak-anak samada kerana ada sebab atau tanpa sebab, kecuali pada barang yang tiada nilai atau rendah nilainya.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Tidak harus bagi seseorang memberi suatu pemberian atau menghhuibah satu hibah, kemudian menarik balik pemberiannya kecuali pemberian bapa kepada anak. Bandingan orang yang menarik balik hibahnya bagaikan anjing muntah setelah makan kenyang, kemudian diulangi lagi makan dan kemudian mengulangi muntah”Jika dilahirkan anak selepas hartanya dibahagikan (secara hibah) pada masa hidupnya, hendaklah bapa membuat pembahagian semula dengan adil antara semua anak-anaknya. Jika dilahirkan selepas kematian bapa atau ampunya harta pusaka, hendaklah pihak penerima pusaka membahagikan secara adil sesama adik-beradik mereka yang baru dilahirkan mengikut hukum faraid.
Sahabat yang dihormati,
Sebagai ibu bapa dan mempunyai anak-anak perlulah berlaku adil samaada pemberian harta secara hibah, pemberian pendidikan dan kasih sayang. Jangan dibeza-bezakan di antara anak-anak kerana ibu bapa perlu berlaku adil kerana sikap adil adalah menghampiri takwa sedangkan sikap tak adil adalah melakukan satu kezaliman.
Kesimpulannya :
Sebagai ibu bapa dan mempunyai anak-anak perlulah berlaku adil samaada pemberian harta secara hibah, pemberian pendidikan dan kasih sayang. Jangan dibeza-bezakan di antara anak-anak kerana ibu bapa perlu berlaku adil kerana sikap adil adalah menghampiri takwa sedangkan sikap tak adil adalah melakukan satu kezaliman.
Kesimpulannya :
1: Wajib berlaku adil terhadap anak-anak tanpa membezakan di antara satu dengan yang lain dalam pembahagian harta dan bukan harta.
2: Kezaliman dalam pembahagian harta boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi saksi kerana keadilannya terjejas dengan sebab ini.
3: Wajib memulangkan pemberian yang terlebih ambil kepada pihak empunya yang sebenar supaya tidak berlaku pengambilan hak orang lain dengan cara yang batil.
4: Jika hukum-hukum yang diputuskan bertentangan dengan syarak tidak harus dijalankan kerana batal dan menyalahi dalil-dalil yang sahih.
5: Menyarankan supaya berkasih sayang diantara saudara serta menolak sikap dendam dan buruk hati.
6: Tidak diwajibkan berlaku keadilan pada pemberian kepada kaum kerabat yang bukan waris penerima pusaka.
7: Diharamkan memberi persaksian kepada pemberian yang sememangnya tidak adil kerana persaksian ini bermakna menolong untuk berbuat dosa dan meningkatkan permusuhan di antara pihak-pihak yang bertelagah.
No comments:
Post a Comment